YB Jamaludin Radzi dan YB Osman Jailu tersenyum lebar dapat makan angin bersama Mufti Perak di Mesir
Cd krisis DUN Perak dan Buku Kemelut Politik Perak serta Cenderahati sebuah kotak pencil yang ada lambang umno pada kertas pembalut di edar ketika majlis bersama pelajar di Kaherah.
Kelihatan Ketua delegasi Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak. Delegasi ini juga turut disertai oleh Y.B Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu, ADUN Changkat Jering, Y.B Jamaluddin bin Mohd Radzi ADUN Behrang.
Ketika majlis diadakan bersama pelajar di Kaherah, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani mempertahankan akta ISA dan perlu dikekalkan.
Terdapat beberapa maklumat lain yang tak perlu dinyatakan disini.
Tarikh : 5 Ogos - 11 Ogos 2009
Destinasi : Mesir, Syria, Jordan
Nota - Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap delegasi yang mengheret pelajar ke kancah politik murahan UMNO dan BN yang kian pudar dalam politik tanah air. Diharapkan para penuntut tidak termakan dengan umpan yang lunak dari pihak delegasi.
Sikap Mufti Perak yang terus mempertahankan akta ISA amat dikesali kerana seperti yang sedia maklum, ISA telah menyeksa tahanan dengan siksaan yang kejam tanpa dibicarakan dan hanya mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri samaada dibebaskan atau terus ditahan. ISA juga menyebabkan ramai yang menanggung dosa kerana menyokong akta zalim ini.
Penderitaan keluarga tahanan terus menjadi bahan mainan kerajaan BN. Keluarga tahanan terus diabaikan tanpa pembelaan, malangnya penentang akta kejam ini dilayan dengan gas pemedih mata, gari, dipukul, dinafikan hak Allah untuk menunaikan Solat, dimaki hamun, dan barmacam-macam lagi bentuk hukuman yang dikenakan terhadap penentang akta ISA.
"Mampukah kau ketawa tika kau di mahligai indah sedangkan fuqara' menangis di lokap yang sempit"
Semoga para pelajar terus tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang dalam perjuangan menimba ilmu Allah SWT di bumi Anbiya'.
AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak
Ajijoi ~ Hebat Mufti Perak ni. Sampai ke Mesir dia berkempen untuk Umno. Sebab apa? Sebab orang-orang di Malaysia dan Perak khususnya dah tak percaya cakap dia. Terpaksalah berkempen ke Mesir dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana. Tapi tok mufti, pelajar-pelajar tu tak mengundi di pilihanraya negeri Perak hujung tahun ni. Depa tak habaq ka?
SPRM pun tolonglah tengok-tengokkan kot-kot perbelanjaan Mufti dan rombongan umno yang diketuai Datuk Setiausaha kerajaan negeri BN Perak tu menggunakan peruntukan kewangan negeri. Tu program umno tu, bukannya ada kena mengena dengan program negeri. Kalau betul mereka ke sana gunakan kewangan negeri, harap dapatlah SPRM soal siasat mereka-mereka yang terlibat. Tapi tak payah la nak soal kat tepi tingkap bangunan tinggi lagi. Kot-kot ada yang 'tergelincir' lagi nanti.
2 comments:
Salam,
Kak leha mohon halal nak copy
salam tuan ajijoi,
izinkan saya tanya sedikit soalan.
1. adakah tuan ajijoi turut serta mendengar ss mufti berkempen untuk umno di mesir?
2. jika tidak, dari manakah tuan mengetahui akan perkara ini?
pada pendapat saya, eloklah kalau sahihkan dulu maklumat ini, takut jadi fitnah, makan daging saudara seagama.
apa yang saya tahu, mufti tak kempen untuk umno dengan para mahasiswa. kalau ahli politik lain mungkin ya.
wallahualam.
Post a Comment