Monday, August 17, 2009

Helikopter Muhyiddin nyaris terhempas


Helikopter bawa Muhyiddin buat pendaratan cemas di Tuaran

KOTA KINABALU: Helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Selain Muyiddin, turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

Bagaiamanapun, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.

Menurut Ainon sebelum kejadian mereka berlepas dari Kudat pada 1.45 tengah hari selepas Muhyiddin merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kudat, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

"Selepas itu beliau sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang pula," kata Ainon kepada Bernama di sini.

Ainon berkata kira-kira 45 minit selepas berlepas, cuaca buruk melanda dan helikoper yang mereka naiki terpaksa membuat pendaratan cemas berdekatan pusat peranginan Impian Jadi di Tuaran kira-kira 45 km dari sini.

Ainon berkata ekoran kejadian itu Muhyiddin terpaksa membatalkan hasrat merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Penampang dan meminta agar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mewakili beliau.

Beliau berkata Muhyiddin kemudian menaiki kereta menuju ke Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata beliau bersyukur kerana semua yang berada dalam helikopter itu terselamat dan tidak cedera.

"Saya okay.. tiada ada-apa yang berlaku," katanya sambil mengakui ini merupakan pertama kali beliau mengalami saat-saat getir pendaratan cemas.

Mengulas tindakan juruterbang, Muhyiddin berkata " Saya fikir beliau (juruterbang) telah melakukan perkara yang betul (mendarat cemas) kerana cuaca buruk pada ketika itu. BERNAMA

Ajijoi ~ Penyelewengan secara terang lagi nyata apabila Muhyiddin menggunakan kemudahan kerajaan untuk membuat kerja parti. Merasmikan mesyuarat Umno bermakna kerja parti Umno. Mengapa menggunakan status Timbalan Perdana Menteri untuk secara sewenang-wenangnya menjadikan helikopter Nuri kerajaan sebagai kenderaan ketika menjalankan kerja parti. Berapakah perbelanjaan minyak dan penyelenggaraan helikopter tersebut yang terpaksa ditanggung kerajaan (baca: rakyat) untuk Muhyiddin merasmikan mesyuarat umno?

SPRM mungkin tidak berminat dengan kes sebegini kerana jumlah perbelanjaan penggunaan helikopter itu termasuklah minyaknya begitu besar untuk satu-satu perjalanan. SPRM lebih berminat kepada kes-kes ahli politik pembangkang yang berjumlah sekitar RM2400 sepertimana kes Teoh Beng Hock.

Sampai bila rakyat Malaysia hendak dibuai lena tentang penyelewengan UBN mempergunakan harta negara sesuka hati mereka.

Sekali lagi saya nak katakan, kerajaan dan parti adalah dua entiti yang berbeza.

Dan, Allah telah menegur perbuatannya itu dengan kejadian cuaca buruk melanda penerbangan helikopter itu.

Baca disini artikel mengenai harta kerajaan, harta parti.

4 comments:

AnTi AljUbuRi said...

ko ni jenis manusia kah atau sejenis iblis.

Bila pula heli tu nak terempas...ko ada di dalamnya? atau kau yang jadi pilot???

Semasa penerbangan, kalau cuaca buruk, heli kenalah mendarat di mana mana lapangan yang ada - apakah itu maknanya hampir terhempas???

Kalau heli yang bawa orang biasa pun akan mendarat ini kan pula bawa VIP. Tapi kalau heli bawa orang biasa, tidaklah dia menjadi tajuk berita seperti yang dilakukan ke atas berita VIP... ada heran dan pelikkah?

Tak rasa malukah membuat berita yang bukan bukan? Islamkah anda???

Aku rasa macam nak sebut 'puki mak kau' kepada manusia yang hatinya penuh dengan dendam kesumat!!

MaMa NabIhAH said...

kesian kat antialjuburi;
tak reti bezakan antara berita dari wartawan Bernama ataupun komen dari pemilik blog? cuba perati betul2 dgn mata hati. gunakan mata milik Allah dgn sebaiknya, bukan sebaliknya.

pejuangmuda said...

wahai anti jubur....
betul ke kamu anti jubur o antie(saya ) jubur?
hehehe...
komen pun jgn ar mencarut..
xrupe pemimpin pun kamu ni walau pemimpin...tut.........huhu
kmu mcm mara je pada penulis blog ni... sape yg mkn cili, dialah yg rasa pedasnye... memang pedas....

(kamus bahasa arab)
antie = saya seorang perempuan

Ajijoi said...

Kesian anti aljuburi ni. Blogger cari makan dgn umno yang tak paham membaca berita. Tak boleh nak bezakan antara 'pendaratan cemas & tiada sesiapa yang cedera' dengan 'nyaris terhempas'.
Pukimak dah jadi slogan terbaru umno selepas 1Malaysia ke?

Followers