Wednesday, May 13, 2009

Apabila RINGGIT mengatasi RAKYAT



IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri seperti biasa hari ini, sekali gus menepis dakwaan segelintir pihak kononnya pentadbiran kerajaan Perak lumpuh berikutan kemelut baru politik di negeri ini.

Zambry berkata, perjalanan mesyuarat Exco berjalan seperti biasa dengan antara isu dibincangkan ialah persetujuan Perdana Menteri untuk memberi keutamaan terhadap projek memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), persetujuan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia untuk menghidupkan semua laluan penerbangan dari LTSAS ke beberapa destinasi serta fasa akhir cadangan penubuhan universiti perubatan luar negara di negeri ini.

"Pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa. `Business as usual' dan kita lebih memberi tumpuan terhadap pembangunan ekonomi.

"Saya juga ingin menjelaskan apabila ia berkaitan ekonomi dan pelaburan, kami rakyat Perak amat mengalu-alukan kehadiran pelabur (tanpa mengira fahaman politik)," katanya selepas mesyuarat berkenaan di pejabatnya di sini, hari ini.

Ajijoi ~ Apabila DS Nizar diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah, beliau terus menawarkan jawatan tersebut untuk dipulangkan kepada rakyat dengan memohon kepada Sultan Perak agar Dun dapat dibubarkan bagi membolehkan rakyat Perak memilih kerajaan yang benar-benar mereka mahukan. Tiada kepentingan diri malah rakyat diutamakan.

Berlainan pula dengan Mahatma Zambry yang terus menjerumus kepada projek lapangan terbang dan universiti yang bakal membawa 'keuntungan' kepada pihak-pihak tertentu dan sekaligus membelakangkan hasrat rakyat agar kemelut politik di Perak ini ditangani segera.

Jelas sekali apabila Zambry Mandela dan UBN mengutamakan RINGGIT lebih daripada RAKYAT.

No comments:

Followers