Salam Sejahtera...
Hari ini jam 2.30 ptg lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri...Tuan tanahnya,.
Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.
Disebabkan jalan untuk laluan kereta untuk ke rumah tersebut tak ada.. maka kereta Rasmi Zambri. Kong Cha dan Polis telah diletak di kawasan halaman rumah si tuan ni, tanpa minta izin kebenarannya. Apalagi tuan rumah ni terus minta keluar dari tanah kawasannya.. mereka tak indah larangannya.. malah mereka semakin gostan keretanya ke belakang, menyebab dia memekik tak faham bahasa ka sambil menepuk kereta tersebut.
Bila dah malu tak ada arah, mulalah cari pasal.. tanya kat tuan rumah ni, tanahnya tu bayar cukai ke tidak.. lagi la hangat tuan rumah, dapatlah maki percuma darinya "Pukimak hangpa", seawktu mereka nak keluar dari rumahnya ada lagi suara-suara mengatakan jangan layan orang tak betul...situan rumah balik balik sapa yang tak betul, kalau berani mari.. tak ada sapa yang beranila nak masuk.. dah bersalah.. nak tak nak mula tebal keluar balik... lawatan pun tak jadi..
Malu besarlah Zambri, kerana tak jauh dari situ kat Batu 10 Lekir adalah rumah mertuanya, tup-tup dia sendiri kena halau...
Pada sebelah petang DS IR Hj Nizar pulak pergi melawat ke situ, dah HJ Nizar pun risau juga pada mulanya.. takut kena halau.. sebab sangkaan mereka tuan tanah ni jenis orang tak betul... suspen aja mereka nak turun dari kereta,,, rupanya bila ia nampak Hj Nizar sampai berlari ia sambut Hj Nizarkat kereta, siap cium tangan lagi... berbangga dia dapat bertemu Hj Nizar dan ia menceritakan kisahnya yang berlaku pd Hj Nizar.. rakaman ceritanya bersama HJ Nizar ada di blog otai-manjung.
Tuan Tanah/Rumah ni menetap di KL.. entah habuannya nak jadi cerita balik kerumahnya dapat bertemu Zambri.. nasib Zambrilahhh... itulah MB yang bukan pilihan rakyat.. Padan muka kau Zambri... Kau dimalukan depan anggota polis.... depan Menteri Kabinet MCA...korang mereka tahu yang rakyat betul-betul tak suka...pi la ngadu kat Pak Mentua kau tu... apa dia nak kata....
-manjungmari
Sunday, May 31, 2009
Kenyataan media DSAI kemenangan dun Penanti
Syabas kepada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang berusaha keras memastikan kemenangan Sdr Mansor Othman. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan buat pengundi Penanti.
Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihanraya, dan masih tetap tidak berganjak untuk meyokong agenda Perubahan Pakatan Rakyat. Keputusan Pilihanraya Kecil ini membuktikan Keadilan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti.
Hari ini penduduk Penanti telah membuat keputusan bijak dengan memilih Sdr Mansor sebagai wakil mereka dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Semoga dengan perlantikan ini beliau akan menunaikan amanah yang diberikan serta berkhidmat bersungguh-sungguh demi Rakyat.
ANWAR IBRAHIM

Mansor menang, PKR kekalkan Penanti
BUKIT MERTAJAM: Sebagaimana dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang dengan majoriti 5,558 undi.
Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.
Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).
Sebelum ini Mansor disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil hari ini.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahaya pada pukul 7.10 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Jalan Berapit di sini.
Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi.
Calon PKR ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.
Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

Peratus undi rendah, angkara boikot Umno?
DUN Penanti: Hanya 46% undi, paling rendah di Semenanjung
BUKIT MERTAJAM: Hanya 46 peratus pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti keluar mengundi pada pilihan raya kecil diadakan hari ini berbanding 82 peratus Mac 2008.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang kecewa dengan perkembangan tersebut menyifatkan jumlah itu sebagai "paling rendah dalam
sejarah pilihan raya" di Semenanjung.
Paling rendah iaitu 15.3 peratus dicatatkan di Sarawak pada 2006.
Seramai 7,100 pengundi keluar untuk menunaikan tanggungjawab setakat 5 petang tadi apabila proses pengundian ditutup. Proses pengundian bermula 8 pagi tadi.
Sehingga 2 petang tadi seramai 5,964 orang telah mengundi.
Paras itu jauh lebih rendah berbanding 82.1 peratus yang direkodkan pada 8 Mac 2008.
Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 keluar mengundi.

Betapa amannya pilihanraya tanpa BN
Kempen topi keledar kanak-kanak
IPOH (31.5.09): Kempen topi keledar kanak-kanak peringkat negeri Perak telah diadakan pagi tadi di S.K. Rapat Setia, Ipoh anjuran bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Kementerian Pelajaran, Resort World Bhd dan Road Safety Marshall Club (RSMC).
10 buah sekolah telah dipilih untuk mengambil bahagian didalam program yang memberikan pendidikan keselamatan di jalanraya serta topi keledar percuma. 50 orang pelajar yang menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan ke sekolah telah dipilih dari setiap sekolah, yang bermakna 500 buah topi keledar telah diberikan secara percuma hari ini.
Road Safety Marshall Club (RSMC) telah memainkan peranan penting didalam pendidikan keselamatan jalanraya ini dengan memberikan panduan kepada murid-murid tentang cara yang betul untuk menyeberangi jalan, lampu isyarat, tali pinggang keledar, tanda-tanda jalanraya serta cara penggunaan topi keledar yang betul.
Pendaftaran untuk pelajar yang layak menerima topi keledar percuma.
Pelajar beratur untuk memulakan sesi pendidikan peraturan jalanraya.
Pelajar beratur untuk memulakan sesi pendidikan peraturan jalanraya.
Sebahagian daripada pelajar-pelajar yang menunggu giliran.
Sessi pertama pendidikan bermula.
Penerangan tentang cara-cara melintas jalan.
Mengenali lampu isyarat.
Cara-cara melintas jalan menggunakan zebra crossing.
Penggunaan tali pinggang keledar belakang yang betul.
Mengenali papan tanda di jalanraya.
Cara-cara mengenakan tali topi keledar agar tidak terlalu ketat.
Menerima topi keledar percuma bersama dengan cenderahati.
Pelajar perlu menurunkan tandatangan selepas menerima topi keledar.
Kapten Bala yang mengetuai pasukan RSMC menjayakan program pendidikan ini.
Antara ibu-bapa yang tidak berpuas hati dengan cara anak-anak berbaris menunggu giliran. Kesemua mereka mahukan anak-anak mereka segera diberikan peluang sedangkan setiap orang pelajar yang hadir akan menerima topi keledar masing-masing kerana 500 topi keledar telahpun disediakan untuk mereka. Sekiranya kesemua ibu-bapa bersabar dan mematuhi arahan yang diberikan, program pasti dapat berjalan dengan selesa dan teratur. Kapten Bala telah berkali-kali memberikan peringatan agar ibu-bapa menunggu anak-anak mereka didewan sementara petugas JKJR akan mengendalikan perbarisan anak-anak.
Minuman Milo percuma untuk pelajar-pelajar yang mengambil bahagian juga telah disalahgunakan dengan ibu bapa juga meminta minuman untuk mereka sedangkan ramai pelajar yang masih beratur dan menjalani pendidikan tersebut belum mengambil minuman mereka. Benda percuma masih lagi menjadi rebutan biarpun telah diberitahu akan peraturannya.
YB Dato' Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang merasmikan majlis bersama-sama dengan tetamu kehormat berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku.
Perasmian dan pelancaran program oleh YB menteri.
Perasmian dan pelancaran program oleh YB menteri.
Suatu yang unik apabila petugas RSMC, seorang India dan Cina yang mengangkat tangan berdoa ketika bacaan doa diadakan. Sedangkan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Islam yang lain hanya memberhentikan aktiviti pendidikan semasa bacaan doa sebagai tanda hormat.
Program ini amat baik untuk pendidikan anak-anak tentang keselamatan janlanraya. Ianya adalah lebih baik lagi jika diberikan peluang luas kepada sekolah-sekolah luar bandar yang rata-rata penggunaan motorsikal sebagai pengangkutan utama ke sekolah lebih tinggi dan pemberian topi keledar secara percuma adalah lebih diperlukan serta dihargai.
Saturday, May 30, 2009
Sarapan bersama YB
IPOH (30.5.09): Saya telah dijemput untuk bersama-sama bersarapan dengan Adun Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan juga pembantu peribadinya, Azlina.
Ust Faisol yang menjemput saya telah hadir bersama isteri, Hjh Mazidah, Haji Amran, Cikgu Omar, Shamsul dan Haji Din meraikan YB bersarapan sambil bertanyakan masalah setempat di Rapat Setia yang berada didalam dun Simpang Pulai.
Haji Amran sedang melontarkan pandangannya tentang situasi di Perak hari ini.
Semua yang hadir sedang menikmati nasi lemak panas.
Semua yang hadir sedang menikmati nasi lemak panas.
Ust Faisol serta isteri bersama YB dan P.A.nya
Bersarapan bersama sambil menjenguk masalah kawasan dun
Biarpun kelihatannya hanyalah bersarapan sambil bersembang-sembang biasa, sekurang-kurangnya dapatlah juga kami dari Surau Al-Ehsan mendengar maklumat terbaru dari YB Chan serta dimasa yang sama mengutarakan pandangan dan masalah yang terdapat ditempat kami.
Friday, May 29, 2009
Polis bertindak bukan atas kehendak mereka sendiri - DS Nizar
IPOH (28.5.09): Satu taklimat ringkas daripada pimpinan Pakatan Rakyat kepada yang hadir mengenai perkembangan terkini yang berlaku didalam krisis di Perak.
Kebanyakan tindakan yang diambil oleh pihak polis bukanlah diatas kehendak mereka tetapi lebih kepada arahan yang menekan daripada pihak atasan yang hanya mengikut telunjuk Umno dan BN.
Mungkin kita berasa marah terhadap tindakan yang mereka ambil kepada Pakatan Rakyat tetapi mereka sendiri juga tidak bersetuju terhadap arahan yang diterima namun tiada apa yang dapat dibuat kerana tugasan mereka yang hanya menurut perintah.
DS Nizar sendiri dihalang daripada bersalam dengan anggota polis yang berkawal di Wisma DAP tempohari.
Ust Misbahul Munir bertindak sebagai pengacara majlis.
Saya tidak pernah marah tetapi tindakan polis yang menghalang
pihak Pakatan daripada menyiarkan tayangan sidang dun
7 Mei di Manjung tempohari amat keterlaluan dan ini
telah menaikkan kemarahan saya. Isteri saya agak terkejut
kerana sebelum ini saya tidak pernah marah. Tetapi,
marah saya itu adalah kerana menuntut keadilan dan
mempertahankan hak rakyat Perak.
Krisis di Perak ini telah memberikan satu pengajaran kepada
rakyat Perak tentang perundangan yang terdapat didalam
perlembagaan negeri dan negara kita.
Jika kita dapat mendengar bisikan hati pihak polis, tentu kita akan
merasakan betapa mereka juga tidak bersetuju dengan arahan
yang diterima untuk menekan dan menangkap pihak pimpinan
Pakatan. Kita memang bersimpati dengan nasib mereka yang
terpaksa berkawal disetiap tempat kita mengadakan program.
Antara orang ramai berbilang bangsa yang hadir.

negeri Perak ini sebelum pilihanraya kecil dun Manek Urai,
Kelantan.
bekas Mufti Perlis, Dr Maza telah mengulas tentang mogok lapar
Pakatan tanpa mengetahui duduk perkara yang sebenarnya
terlebih dahulu.
"Harussani tu junior saya dulu. Kami memang rapat sehingga
sekarang. Tapi sayangnya, beliau lebih mengikut telunjuk
Umno sehinggakan kenyataannya kadang-kadang lebih
Umno dari Umno.
Solat hajat: Rayuan hanya kepada Yang Esa
Buka puasa tamat mogok
IPOH (28.5.09): Majlis berbuka puasa sebagai penutup program Puasa Sunat / Mogok Lapar anjuran Pakatan Rakyat untuk menuntut demokrasi dikembalikan di Perak telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Perhubungan Negeri Perak sebentar tadi.
Antara yang hadir adalah DS Nizar Jamaludin, Ust Ahmad Awang, Ngeh Koo Ham, Drs Khalil Idham Lim, Adun-adun Pakatan dan juga pimpinan parti.
Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah melapangkan masa bersama-sama isteri untuk hadir bagi menyatakan sokongan beliau terhadap tuntutan Pakatan dan rakyat Perak agar dun dibubarkan.
Setelah berpuasa (bagi orang Islam) dan mogok lapar (yang bukan Islam) selama tiga hari, majlis berbuka bersama ini begitu meriah sekali. Yang bukan Islam kini telahpun mempunyai pengalaman bagaimana rasanya umat Islam berpuasa selama hari ini. Semoga ada diantara mereka yang disentuh hidayah Illahi dan turut bersama-sama kita berakidah nan satu.
Menunggu masuknya waktu berbuka puasa.
Ramai ahli-ahli Pas yang berbuka puasa di situ.
Begitu berselera sekali Lim Guan Eng menjamu selera dengan menggunakan tangan.
Lim Guan Eng beserta isteri, Betty Chew bersama-sama dengan pimpinan Pakatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)