Tuesday, June 7, 2016

Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar: Sah Dr Najiha calon PAS


Sebaik keluar daripada Dewan Jubli Perak, kepulangan rombongan yang mengiringi Dr Najiha disambut meriah. Dr Najiha sah diterima sebagai calon PAS untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar kali ini.


Aura Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria yang disenangi ramai

Dr Najiha kelihatan sebak disambut begitu hebat oleh ahli dan penyokong PAS


Ucapan sulung Dr Najiha sebagai calon kerusi Parlimen P067 Kuala Kangsar mewakili parti PAS



Kesemua menyambut seruan Dr Najiha agar bekerja keras bagi memastikan kemenangan parti PAS

Tuan Guru Presiden menyampaikan ucapan beliau


Doa dipanjatkan 




Takbir 


Monday, June 6, 2016

Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar: Sementara menanti pengumuman


Sementara menantikan pengumuman calon-calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen P067 Kuala Kangsar diumumkan, orang ramai yang berhimpun bersama-sama berzikir munajat serta mendengar beberapa ucapan yang disampaikan secara spontan.


Ustaz Abdullah Khairi juga turut memberikan ucapan yang bersemangat agar semua bekerja keras dalam memenangkan calon Pas, Dr Najiha.

Bob Lokman juga ada bersama


Ustaz Wan Tarmizi berucap kepada semua yang ada




Bob Lokman tidak sempat berucap panjang apabila pihak berkuasa meminta dihentikan segala ucapan buat masa ini.

Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar: Tuan Guru Presiden berarak mengiringi calon


Tuan Guru Presiden dan juga pimpinan PAS Pusat dan Negeri telah berbesar hati untuk berarak mengiringi calon ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak pagi ini.









Calon PAS P067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussolehah Ahmad bersama dengan Tuan Guru Presiden dan juga isteri beliau. 


Wajah ceria yang akan menjadi pilihan pengundi Kuala Kangsar, Insya Allah.


Kawasan kawalan Polis yang menjadi pemisah antara penyokong parti dan juga Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak


Tuan Guru Presiden telah bersedia membawa calon ke Pusat Penamaan Calon

Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar: Dimulai solat hajat bersama Tuan Guru Presiden


Perarakan calon PAS untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar dimulakan dengan zikir munajat dan juga solat hajat yang dipimpin oleh Tuan Guru Presiden Dato Seri Haji Hadi Awang. Berkumpul disepanjang jalan berhampiran MCKK (Malay College Kuala Kangsar) sebelum pimpinan PAS dan juga ahli serta penyokong berarak membawa Dr Najihatussolehah Ahmad ke Dewan Jubli Perak untuk mendaftar sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Cuaca panas sedikit pun tidak menghalang semua yang hadir untuk berhimpun dan bersolat hajat memohon kehadrat Ilahi bagi membantu perjalanan parti PAS di dalam pilihanraya kecil kali ini.

Ustaz Wahab Dawam memimpin zikir munajat sebelum solat hajat

Ustaz Sidek Nor,, Ketua Dewan Ulama' PAS Perak antara pimpinan yang hadir


Ustaz Idris Ahmad tekun mendengar sesuatu yang diperkatakan YDP Pas Kuala Kangsar Raja Iskandar


Ketibaan susuk tubuh yang dinantikan, Tuan Guru Haji Hadi Awang dengan diiringi oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria




Solat hajat dipimpin oleh Tuan Guru Presiden sendiri






Ruang yang terhad tidak dapat menampung kesemua yang hadir untuk turut serta bersolat hajat



Doa dipanjatkan dengan penuh kesedaran bahawa segala usaha yang dilakukan di dalam pilihanraya kecil ini tiada daya dan upaya selain dengan pertolongan Yang Maha Esa. Kemenangan mahupun kekalahan segalanya di dalam ketentuanNya jua

Selesai solat hajat, ramai yang bersalaman bersama Tuan Guru Haji Hadi

Tuan Guru dibawa ke tempat perhimpunan untuk mengiringi calon

Thursday, May 26, 2016

Alhamdulillah. PAS berjaya bentang RUU Mahkamah Syariah (Pindaan) 2016 di Parlimen

Sungguhpun hari ini adalah hari terakhir parlimen bersidang dan RUU Mahkamah Syariah (Pindaan) 2016 yang mahu dibentangkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula diletakkan di nombor 15, dengan kuasa Allah Taala serta doa ahli-ahli Pas serta umat Islam seluruhnya, pindaan tersebut berjaya juga dibentangkan hari ini.

Sungguhpun perbahasan pindaan tersebut diminta tangguh sehingga persidangan Parlimen yang akan datang, sekurang-kurangnya pindaan tersebut telahpun berjaya dibacakan pada sidang kali ini yang mana ianya akan membuka jalan bagi perbahasan dan seterusnya diluluskan. 

Umat Islam yang mengikuti persidangan Parlimen hari ini tentu saja amat kecewa dengan suara-suara tentangan dan juga pertikaian berkenaan pindaan tersebut terutamanya yang datang daripada orang yang mengaku beragama Islam itu sendiri.

Biar apapun, kita semua perlu bersyukur atas kejayaan parti PAS yang sentiasa istiqamah dalam perjuangannya menegakkan agama Islam dinegara ini biarpun ditentang hebat daripada pelbagai penjuru.

Alhamdulillah. Takbir!

Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar


Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam bertempat di padang berhadapan Markaz Pas Kuala Kangsar, Bukit Chandan.

Pengumuman tersebut akan dilakukan oleh Timbalan Presiden Pas, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bersama YB Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden Pas), Haji Razman Zakaria (Pesuruhjaya Pas Perak) dan juga Raja Iskandar Al-Hiss (YDP Pas Kuala Kangsar).

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi bersama-sama meraikan calon  bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang akan diumumkan malam esok. 

Semoga segalanya berjalan lancar dan calon yang akan diumumkan itu menjadi pilihan seluruh warga Kuala Kangsar bagi memenangkan Pas di dalam pilihanraya kecil tersebut.

Followers