Thursday, May 26, 2016

Alhamdulillah. PAS berjaya bentang RUU Mahkamah Syariah (Pindaan) 2016 di Parlimen

Sungguhpun hari ini adalah hari terakhir parlimen bersidang dan RUU Mahkamah Syariah (Pindaan) 2016 yang mahu dibentangkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula diletakkan di nombor 15, dengan kuasa Allah Taala serta doa ahli-ahli Pas serta umat Islam seluruhnya, pindaan tersebut berjaya juga dibentangkan hari ini.

Sungguhpun perbahasan pindaan tersebut diminta tangguh sehingga persidangan Parlimen yang akan datang, sekurang-kurangnya pindaan tersebut telahpun berjaya dibacakan pada sidang kali ini yang mana ianya akan membuka jalan bagi perbahasan dan seterusnya diluluskan. 

Umat Islam yang mengikuti persidangan Parlimen hari ini tentu saja amat kecewa dengan suara-suara tentangan dan juga pertikaian berkenaan pindaan tersebut terutamanya yang datang daripada orang yang mengaku beragama Islam itu sendiri.

Biar apapun, kita semua perlu bersyukur atas kejayaan parti PAS yang sentiasa istiqamah dalam perjuangannya menegakkan agama Islam dinegara ini biarpun ditentang hebat daripada pelbagai penjuru.

Alhamdulillah. Takbir!

18 comments:

mohd shahran said...

hahaha puak kena tipu dgn umno

Dan said...

PRK punya pasal umno bagi bacaan Ruu ni dipercepatkan kali pertama dalam sejarah parlimen. Nak pelingkup pas dan Ph. Ingat umno ikhlas ke nak pejuang hudud? Wahai pas sedarlah yg kamu kene main,kene tipu,kene kencing oleh umno/apco.

powertrain1648 said...

percepat apa abg dan...ini kali ke 3 atau ke 4 cubaan nk bentang dari tahun lepas...kalau nk kira betul2...malah semenjak 1995 lagi
ada jer alasan korg ni...dulu tanya mana hudud? mana hudud? bila dah bentang persoalkan psl lain plak...sifat apa tu? cer tanya iman?
satu lagi xusahla tanya keihklasan umno...cer tanya keikhlasan hati kau sendiri atau keikhlasan dap

Dan said...

Bagusla kalau ada usaha, sy tak pertikaikan usaha nk bentang hudu..yg sy pertikaikan knp bukan kerajaan yg ada kuasa penuh yg tak bentangkan? Jika umno ikhlas dia patut bantu pas bentangkan usul ruu. Tak nampak ke ini hnya mainan umno nak ranapkan pakatan pembangkang? Dap itu ikhlas sbb mereke jelas tolak hudud atas dasar perlembagaan. Bukanke dlu haji hadi pernah kata itu hak dap nak menentang? Skrg ni mana pendirian rasmi umno ttg hudud? Dah lupa nazri aziz dan azalina othman terang2 tentang hudud? Dan mereka itu muslim. Weak point antara pas dan dap adalah hudud dan umno berjaya pecahkan pakatan pas dap. Skrg nak prk sg besar dan kkangsar, umno nak tunjuk baik dan senyap2 nak ranapkan pas. Aku muslim dan aku sokong hudud tapi mata hati ak celik melihat permainan umno terhadap islam dan pejuang2 islam. Lagipun kenapa ruu bill hudud dipercepatkan dari yg ke 15 menjadi yg pertama? Dan disokong oleh azalina othman aka tomboy? Tak nampak ke nak kene main lagi..wahai pas..bukalah mata hatimu

KAMARUDDIN BIN HUSSIN( D20102043488 ) said...

Sedarlah wahai saudaraku yang mengaku dirinya islam.Di akhirat nanti Allah tidak tanya samada berjaya atau tidak usaha dalam menegakkan syariat islam tetapi yang ditanya ialah adakah usaha yang dibuat utk menegakkan syariatNya..adakah ada terdetik dalam hati utk menyokong usaha ini...

Modern Talking said...

cakap bodoh kang marah pulak puak2 pas ni. tapi itu lah hakikat pemimpin pas.

safuan said...

kik kik ... dah dapat peluang bentang tapi minta tangguh ...

Anonymous Anonymous said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui terdapat "salah faham" di kalangan parti-parti komponen BN mengenai rang undang-undang ahli persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, apa yang dibentangkan bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah<--- KAN DAH CAKAP PEMIMPIN UMNO PEMIMPIN PAS.. PENJILAT UMNO PENJILAT PAS MASING2 BANGANG DAN BODOH MAAF KLU TERASA TAPI ITU MMG KENYATAAN

mfi usj said...

Ya seikh! Ianya bukan lah hudud kan? Bukan hududkan? Bukan? Tak usah lah nak berbelit2 lagi, pergi lah bertaubat wahai walaun2.....kamu telah mengkafirkan ramai sesama islam......islam kah kamu!?????? Astaghfirullah....Olamak dunia adalah pendusta!

mfi usj said...

Apa yg ada dlm RUU335 itu hukum Allah ke? Ada ke tuntutan suruh buat macam yg hadi bentang.....mana nas nya? Jangan lah jadi Yahudi wahai sedara2 Pas......kalau bukan hudud katakan saja bukan hudud macam najib perjelaskan........jgn jadi pendusta ugama......habis jemaah jadi kapir. Hadi hadi hadi wala auta habis cai2 pas ni! Jadi lembu ameno.

Frank Lucas said...

Yg mintak tangguh nape?

Frank Lucas said...

Yg mintak tangguh nape?

An Anonymous said...

Pada sesiapa yg dah tgk video usul tu pasti dpt melihat MP2 DAP jelas menyatakan mereka tak sempat meneliti usul berkenaan wpun sebenarnya ini adalah kali ketiga cuba hendak dibentangkan.. di sini kita dapat melihat tingginya keperibadian TGHA yg mengambil kira faktor tak sempatnya MP DAP berkenaan.. mereka kini mempunyai masa yg panjang sehingga Oktober utk buat persiapan membahas nanti..

wijaya kezuma said...

Drama tv alhijrah..

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Boley Jalan said...

Yg tak sempat tu mca dan mic lah bro, sampai nak letak jawatang.....ke drama juge? Tolol le pas ni.

cerita aku said...

Syukur kepada Allah sebab bagi aku lawat blog ni

soalan aku di a4as kesyukuran admin blog ni apabila hadi awang dapat "membentangkan" RUU tersebut.

1. Adakah itu hudud atau sekadar anak perkasakan kuasa mahkamah syariah?
Kalau hudud, di manakah perenggan Qisas , Qazaf dan Diat?

Kalau bukan Hudud, kenapa nak bersorak sangat dan mengatakan orang yang tak menyokong sebagai ala ala tak beriman?

2. Kenapa hadi awang minta tangguh?
Dari dulu lah nak tunjuk sebagai amat beriman dan kini bila telah diberikan peluang, kenapa jinta tangguh? Adaiah peluang akan datang lagi atau harus ke Jepun makan raamen?
Alasan tak bersedia Dap, Mic dan Dap tu alasan tolol dan memalukan ibubapa sendiri atas kebodohan anak yg menwajarkan penangguhan seperti en an anon....ini cubaan kali ke 4 la walaunta. Kau nak persediaan apa lagi...lemban tol

cerita aku said...

3. Bolehkah admin menjawab....
Kenapa hadi awang minta tangguh sedangkan hadi awang kata ini percubaan sejak tahun 1990an lagi? Bolehkan en ajijoi yang sangat bersyukur memberitahu, kenapa masih ditangguhkan?


4. Kamaruddin bin husaain lagi memberikan nasihat kepada yang mengaku islam.....bla..bla..,bla agar menyokong usaha ini.... en kamaruddin, saya ni menyokong ,,,,samalah seperti yang lainnya...cuma nak tanya.,.kenapa ditangguh?
benda cantik depan mata, diberi peluang...lakssanakanlah. kenapa tangguh

Takperl, tunggu oktiber. Harap dibentang dan kita doakan ianya berjaya diterima serta dilaksanakan.
lepas tu, kita akan melaksanakan hukum hudud dengan sejahtera. Aamiin

Followers

Video ajijoi

Loading...