Thursday, September 9, 2010

Nilai semula di mana punca isu perkauman negara kita

Terlalu banyak hal berkaitan perkuaman berlaku tatkala umat Islam sedunia sedang berlatih menahan nafsu sepanjang Ramadhan tahun ini. Baik dari aspek perkauman melayu mahupun bangsa lain.

Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya baru sahaja selesai membuat laporan polis berkenaan laman Facabook yang menghina Islam dan Allah. Akaun tersebut kelihatannya dinamakan atas nama seorang berbangsa Cia iaitu Katy Lim Li Lian.

GPMS juga baru sahaja membuat laporan polis yang sama terhadap satu akuan faacebook yang menggunakan nama Melayu babi.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee pula telah membuat Klip video terbaru beliau atas nama seni yang belia bawa tetapi berunsur menghina suasana perpaduan keharmonain antara kaum di malaysia.

Masalah ini bukan masalah lama malah ia adalah amalan majoriti penduduk malaysia baik dari kalangan pemimpin, media, artis dan rakyat jelata.

Adakah dengan saranan PM agar SKMM mengambil tindaka tegas terhadap sebarang penghinaan melalui media baru seperti facebook dan youtube akan menyelesaikan ketegangan kaum di Malaysia? Adakah benar kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa institusi keluarga yang gagal telah melahirka para pemikir komunalisme, perkuaman dan sikap chauvinis yang menghina melayu dan islam.

Dari mana fahaman kebangsaan dan ‘tekanan dalaman’ (internal stress) yang berlaku di kalangan masyarakat bukan Melayu sehingga mereka juga berani membuat sesuatu tindakan yang kelihatan mencabar nama Islam dan toleransi kaum sejak merdeka?

Sebenarnya rangka asal kehidupan di Malaysia telah dirangkakan sebagai kehidupan yang penuh dengan nafas perkauman dan ini telah diteruskan denga jayanya oleh para pemerintah hari ini. Penghinaan terhadap dunia melayu dan tradisi melayu iaitu beragama islam bukan sahaja dihina oleh kaum bukan melayu malah juga dicarik dan dirosakkan oleh gerakan atau individu seperti Abdul Kahar yang mengaku sebagai nabi melayu. Kes Ayah Pin yang juga terang-terang membina institusi sesat terkenal di pantai Timur. Bukankah mereka juga disokong oleh segelintir elit melayu yang menganut fahaman sekularism, juga bercanggah dengan Islam? Lihat sahaja betapa sukarnya Mahkamah Syariah untuk mendakwa Abdul kahar sehingga beliau juga masih berjaya membuat blog khas ‘Nabi Melayu’ walaupun telah lama diburu oleh Mahkamah.

Ancaman Mahyuddin bahaawa si penghina agama dan Melayu tidak akan dilepas begitu sahaja, tidak membawa apa-apa remedi berkesan untuk merawat fitrah perkauman dan keresahan kaum di Malaysia.

Selagi mana gendang perkauman dimainkan di media massa, agenda perkauman masih lapuk dalam perlembagaan parti-parti politik Malaysia, selagi mana perpaduan kaum hanya dilampirkan dalam pakej 1 malaysia hanya sebagai kosmetik melalui tarian dan nyanyian beramai-ramai semata-mata, selagi itulah akan muncul beratus-ratus facebook dan klip video sepertimana yang kita lihat hari ini.

Silibus pendidikan AM, Tamadun Asia dan sebagainya yang diajar di kolej dan universiti masih kaku malah ia hanya membincangkan asal usul tanah melayu tanpa menggesa dan memandu anak-anak melayu, Cina dan India di negara ini untuk bertoleransi dan memahami antara agama yang lain. Kampus-kampus di malaysia juga masih menjadi kilang pengeluar produk mahasiswa perkauman yang kemudiannya menghiasi pasaran kerja yang jauh lebih dahsyat perkaumannya.

Naun begitu, dalam membawa agenda perpaduan, bukan sekadar kerajaan dan melayu yang merapatkan jurang sesama kaum, sebaliknya juga tindakan optimis dan progresif daripada bangsa lain untuk mengertikan hakikat perpaduan kaum. Agenda perpaduan kaum juga menjadi dingin memandangkan Malaysia masih terlapuk dengan politik komunalisme yang sempit dan menyesakkan agenda ini berlangsung. Kaum-kaum yang daulunya taat dan setia dengan negara asal mereka kini pula hanya taat kepada parti perkauman mereka. Mereka hanya dipujuk dan ditenteramkan melalui agenda negara serta kontrak sosial sahaja tanpa ada usaha oleh kerajaan untuk memecah tembok perkauman ini.

Kekabutan pemahaman perpaduan kaum adalah disebabkan sosio-politik negara ini. Lirik Namewee dan videonya serta beberapa laman facebook adalah manifestasi isihati segelintir rakyat yang jelak dengan kepura-puraan integrasi kaum. Ia petanda bahawa agenda 1 Malaysia masih teruk bermasalah dan belum merawat masalah lama.

Penyelesaian yang disarankan oleh Setiausaha gabungan Ihtisas dan usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) di dalam akhbar bahawa Namewee perlu diISA adalah langkah penyelesaian lapuk BN sejak dahulu dan ia bukan penyelesai penyakit ini.

Jika ingin meggunakan ISA, tentu parah malaysia ingin ISAkan semua rakyat Indonesia yang terlibat memijak bendera Malaysia yang juga mengandungi simbol Islam iaitu Bulan dan Bintang! Malaysia juga perlu ISAkan TV3 yang jelas menyiar iklan perpaduan kaum ala liberal yang menyamakan islam dengan agama lain. Adakah ini penyelesai masalah? Akta zalim yang buta undang-undang tamadun ini bukan ubat bagi penyakit sosial sebegini. Banyak aspek yang perlu dinilai semula oleh pihak kerajaan khususnya disamping kesedaran rakyat. Jika budaya artis yang berleluasa dibenarkan menghina syariah dan agama islam melalui kenyatan-kenyataan bodoh di media perdaanamereka dibiarkan sahaja, jangan harap kita berjaya menangani rakyat yang menggunakan ruang maya seperti internet.

Lebih malang apabila ada penganut fahaman perkuaman melayu menggesa melayu bersatu untuk menentang persekutuan kaum bukan melayu yang menggugat islam dan Melayu. Bermakna kata si pembela itu juga 2 kali 5 sahaja dengan penghina kaum bukan melayu itu.

Islam telah lama mengharamkan pemikiran chauvinis sempit. Malah tiada amalan dalam syariah yang cuba menerbitkan suasana tegang antara kaum jika diamalkan. Jika benar ingin memahamkan kaum bukan melayu tentang Islam, berilah penerangan yang sahih tentang apa itu islam dan nyatakan di mana perkara yang menjadi sensitiviti Islam dan bukannya telah memalu gendang perkuaman dalam akhbar-akhbar seperti yang berlaku hari ini.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1431H dari Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin

Ehya Ramadhan Surau Al-Ehsan 1431H

5 September: Sepertimana kebiasaan, Surau Al-Ehsan melangsungkan acara Ehya Ramadhan pada malam 27 Ramadhan dengan sambutan khatam al-Quran serta penyampaian hadiah kepada ahli qariah surau.

Haji Omar bertindak selaku pengerusi majlis

Tuan Guru Haji Abu Bakar selaku Pengerusi Surau menyampaikan ucapan aluan

Ingatan mengenai istiqamah dalam melakukan ibadah dibulan Ramadhan ditekankan oleh Tuan Guru

Haji Omar memastikan bilangan sumbangan mencukupi

Kanak-kanak juga merupakan aspek penting bagi sambutan ini

Didikan sedari kecil untuk hadir ke surau

Muslimat juga tidak ketinggalan


Acara khatam al-Quran dimulakan

Ustaz Tahir mengepalai majlis

Tuan Guru Haji Abu Bakar meneruskan acara khatam al-Quran

Haji Omar membacakan doa khatam al-Quran


Mengaminkan doa

Cikgu Akmal mengumumkan pemenang bagi Kuiz Islami yang diadakan sebelum ini


Pemenang-pemenang Kuiz Islami serta sumbangan hadiah kepada para imam dan guru-guru kuliah di surau

Masa yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak, DUIT RAYA

Pihak surau menyumbangkan duit raya kepada semua anak-anak qariah

Muslimat juga mendapat bahagian mereka

Termasuklah anak-anak yang besar

Ucapan penutup majlis oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar

Bersalaman sebelum berpisah

Aktiviti sebegini akan berterusan disambut disurau Al-Ehsan, InsyaAllah

Tolak iklan pluralisme agama TV3

KENYATAAN MEDIA

Pemuda Islam Gopeng menyahut bantahan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap Stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab menyiarkan siaran iklan Aidil Fitri yang sungguh mengelirukan . Iklan yang berunsur pluralism (penyatuan semua agama) kelihatan menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur agama Krismas , Hindu dan Buddha .

PAS adalah parti yang cukup tegar memperjuangkan perpaduan keharmonian kaum malah berangkatan dengan kaum bukan Islam menolak kezaliman dan kemungkaran. Namun ada bezanya denga perpaduan kosmetik yang ditaja oleh BN dan TV3. BN mempromosikan kehidupan perkauman dalam parti berasingan dan hanya bersatu atas label 1Malaysia. Hakikatnya tiada keterlibatan harmoni perjuangan antara kaum yang di bawa.

Dalam hal akidah, Islam tetap adalah akidah Islam malah kaum bukan islam tidak pernah dipaksa menganut Islam dalam mana-mana persepakatan masyarakat (tahalluf siasiy) pada zaman rasulullah. TV3 yang terlalu ingin mendokong kalimah 1Malaysia sanggup menerbitkan iklan liberal agama sebegini.

Dewan Pemuda PAS Pusat turut mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Desakan perlu dilakukan agar Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [JAKIM] memantau iklan , filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam. FINAS masih jauh daripada menjadi badan yang mampu mengawal kefahaman akidah melainkan hanya memotong adegan lucah semata-mata. Keselarasan erat perlu diantara FINAS dan JAKIM jika benar media Malaysia ingin dihormati diperingkat dunia.

TV3 juga perlu mengubah sikap semberono menerbitkan apa-apa bahan media. Walaupun terkenal dengan siri ala islamik seperti Jejak rasul, Al Kuliyyah dan Kalamullah, TV3 juga terkenal dengan siaran berunsur politik seolah-oleh menjadi lidah rasmi pemerintah. Perlu juga ustaz-ustaz TV3 yang menjayakan rancangan-rancangan Islamik tersebut menegur tindakan media ini.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

Monday, September 6, 2010

Isi dunia yang rapuh



Kiamat semakin dekat. Tetapi masih ramai yang masih belum mahu BERTAUBAT.

Saturday, September 4, 2010

Dinar habis dijual di Kelantan


Pelbagai komen dan tuduhan dilemparkan oleh kerajaan Pusat terhadap matawang Dinar dan Dirham keluaran kerajaan Kelantan sebelum ini.

Bukan itu saja, malahan ada yang mencabar agar dibuktikan bahawa matawang Dinar ini mendapat sambutan daripada orang ramai.

Nah, sekarang cabaran itu telah terjawab apabila matawang Dinar habis dijual di Kelantan.

Menurut Kelantan Gold Trade (KGT) Sdn Bhd yang mengeluarkan matawang Dinar berkata sebanyak RM1.5 juta wang dinar dan RM1 juta wang perak dirham telah terjual semenjak diperkenalkan pada 12 Ogos lalu.

"Kami memohon agar orang awam bersabar sehingga selepas Aidilfitri bagi mendapatkan dinar. Buat masa ini, hanya syiling dirham sahaja yang boleh didapati tetapi ianya akan hanya dijual kepada yang mahu menggunakannya untuk membayar zakat fitrah," kata CEO KGT Umar Ibrahim Vadiloo.

KGT adalah anak syarikat kepada Kelantan Menteri Besar Corporation yang juga menguruskan matawang berdasarkan syariah.

Umar berkata sebanyak 150,000 syiling dinar dan dirham yang dikeluarkan dan kebanyakan pembeli membelinya untuk kegunaan pelaburan.

"Ianya adalah wang syiling emas, jadi mereka membelinya untuk pelaburan dan daripada pemerhatian kami ramai pembeli berbuat demikian," katanya lagi.

Satu dinar sekarang ini berharga RM592 dan dirham RM13 tetapi nilainya berubah-ubah mengikut harga pasaran.

Mengikut perundangan Islam, syiling dinar seberat 4.25 gram emas manakala dirham 3.0 gram perak tulen.

Dinar sold out in Kelantan

By ZUHRIN AZAM AHMAD


PETALING JAYA: Kelantan’s gold dinar that was recently introduced has been sold out with most people buying it for investment purposes.

Kelantan Gold Trade (KGT) Sdn Bhd that issues the dinar and the silver dirham said about RM1.5mil worth of dinar and RM1mil worth of dirham had been sold since it was introduced on Aug 12.

“We kindly request the public to wait until after Aidilfitri if they wish to purchase any more dinar. Now, only the dirham coins is available but it will be strictly sold to those who want to use it to pay tithe,” said KGT chief executive officer Umar Ibrahim Vadiloo to reporters here Saturday.

KGT is the subsidiary of Kelantan Mentri Besar Corporation which also manages the syariah-compliant currency.

Umar said about 150,000 dinar and dirham coins were minted and many bought them for investment purposes.

“It is a gold coin, so of course they can keep it as an investment and our observation showed that most bought them for that purpose,” he said.

A dinar is currently equivalent to RM592 and a dirham is worth about RM13 but their values fluctuate according to market prices.

According to Islamic law, the dinar coin is 4.25 grams of gold, while the dirham is 3.0 grams of pure silver.

-thestar


Kembali kepada matawang Islam sesuatu yang amat ditakuti Apco dan sekutunya.

Tahniah diatas usaha kerajaan Kelantan.

Dewan Pemuda Pas Parit buat laporan polis terhadap fitnah Zainuddin Maidin


Bandar Sri Iskandar, 4 Sept - Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit telah membuat satu laporan polis terhadap kenyaatan Tan Sri Zainuddin Maidin seperti yang dipaparkan di laman web umno-online. Ustaz Zaid (gambar sebelah kanan) selaku Ketua Pemuda dan Ustaz Hakimi selaku Penolong Setiausaha hadir pada jam 3.00 petang di Balai Polis Sri Iskandar untuk membuat laporan tersebut.

Kenyataan fitnah dan berniat jahat Zainuddin terhadap PAS dengan mengatakan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Puta Al-Haj 'merampas' harta-harta orang Cina. Kenyataan beliau juga turut menuduh PAS menyebelahi Indonesia supaya mengambil Malaysia semasa konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit berharap pihak polis segera melakukan penyiasatan terhadap laporan yang dilakukan ini.

Diharap Dewan-dewan Pemuda dalam kawasan yang lain juga membuat laporan polis yang sama terhadap Zainuddin Maidin.

Zam fitnah Pas - Dewan Pemuda Pas Perak buat laporan polis

IPOH, 3 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Laporan polis hari ini dibuat oleh Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Salleh di balai Polis Sungai Senam kira-kira jam 3 petang ini.

Salman berkata, DPPN Perak menganggap ini adalah tuduhan liar yang semata-mata inginkan sokongan orang bukan melayu kembali kepada Barisan Nasional.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Tambah beliau juga, Umno sudah terdesak kerana kehilangan sokongan rakyat sehingga bertindak memfitnah PAS.

"Umno tahu mereka sudah pun terdesak kerana mereka juga mengalami kehilangan sokongan terutama di kalangan Melayu yang agak cerdik dan ada maklumat.

"Jadi mereka sudah tidak dapat untuk mengawal keadaan dan orang bukan Melayu juga tidak bersama dengan mereka dan apa yang Zainuddin buat ini untuk timbulkan keraguan kepada orang bukan Melayu terhadap PAS," katanya lagi.

Salman turut menyifatkan politik yang dimainkan Zainuddin adalah politik jijik dan meminta beliau berhenti daripada memfitnah PAS serta menarik kembali kenyataan.

PAS sebelum ini memberi tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zainuddin agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Ekoran gagal berbuat demikian, PAS sedang menimbang akan mengambil tindakan undang-undang.




Zam si badut Umno yang diberi tugasan memfitnah lagi. Mungkin untuk sesuap nasi

Raya Khamis - Dah ada yang tak sabar nak raya?

Tetiba keluar berita yang hari raya tahun ini akan jatuh pada hari Khamis, bukannya hari Jumaat sepertimana yang dihebahkan dan ditetapkan didalam kalendar.

Kenapa jadi begini? Tengok anak bulan pun belum, dah nak raya hari Khamis?

Dah tak seronok puasa ke? Atau tak sabar-sabar nak raya?

Golongan yang mengeluh pabila tibanya bulan Ramadhan pasti akan menggelejat sakan mendengar berita raya hari Khamis. Sehari lagi berpuasa pun bagi mereka azab sengsara.

Kita tunggu keputusannya nanti oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Tetapi selalunya apa yang dinafikan disurat khabar perdana, akhirnya menjadi kenyataan.

Usah terpengaruh raya Khamis
Oleh Hazirah Che Sab

2010/09/04

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul.
Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini, katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web JAKIM.
Laman web JAKIM menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah.

Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.

Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya, katanya ketika dihubungi.
Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.

Katanya, tidak mustahil anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi keadaan cuaca di Malaysia yang selalu berawan menyebabkan ia sukar dilihat.

Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak, katanya.

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari.

Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.
Saya bertegas dengan pengiraan yang dibuat kita akan menyambut hari raya pada hari Jumaat, katanya ketika dihubungi semalam.

Kassim yang turut menjadi sasaran pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu, berkata beliau akan muncul dalam satu program dengan radio Melaka untuk bercakap mengenai khabar angin berkenaan dan dirakamkan dalam bentuk video yang boleh ditonton menerusi laman web www.khawarizmiobs.com selewat-lewatnya petang semalam atau pagi ini.


Raya Khamis ataupun Jumaat sama saja.

Tetapi alangkah baiknya jika kita tidak tergesa-gesa berpisah dengan Ramadhan?

Anak-anak yatim dan ibu tunggal dijamu duit judi

Anak-anak yatim pasti menjadi tumpuan setiap kali tiba bulan Ramadhan. Mereka akan diangkut berbondong-bondong dari hotel ke hotel untuk berbuka puasa oleh pihak-pihak tertentu sambil gambar-gambar mereka diambil untuk tatapan media demi publisiti pihak tadi.

Bulan-bulan yang selain dari Ramadhan bagaimana pula? Sunyi sepi.

Oleh kerana trend ini dilihat sebagai satu cara untuk mendapatkan publisiti dengan mudah, cara dan sumber bukan lagi dijadikan ukuran. Asalkan tercapai apa yang diinginkan.

Itulah apa yang terjadi kepada Anak-anak Yatim daripada Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kg. Medan, PJ dan juga Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting.

Mereka telah diangkut dengan bas ke Bukit Kiara Country Resot untuk berbuka puasa serta diberikan pelbagai barangan dan duit raya oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan judi iaitu Sports Toto.

Bukankah ianya duit HARAM? Mengapa pihak pengurusan dua buah persatuan anak yatim tadi membiarkan anak-anak yatim serta ibu tunggal disitu dijamu dengan duit haram yang jelas daripada hasil judi?

Mereka telah penat lelah dipergunakan sepanjang Ramadhan hanya untuk kepentingan pihak-pihak tertentu dan kini dijamu pula dengan duit haram. Dimana tanggungjawab pihak berkuasa keatas anak-anak yatim dan ibu tunggal ini? Dimana kepekaan mereka terhadap hukum duit haram?

Diharap semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi dimasa-masa yang akan datang.

Laporan daripada akhbar The Star, 3 September 2010:-

Sports Toto brings gifts to children at hospital and welfare homes

In conjunction with the coming Hari Raya celebrations, Sports Toto reached out to about 300 people on separate occasions to spread the festive cheer.

An entourage of Sports Toto staff made a goodwill visit to the paediatric wards of Hospital Tengku Ampuan Rahimah in Klang and Hospital Sungai Buloh recently.

They had a light-hearted moment mingling with about 150 children in both hospitals and handed duit raya and gift packs to them. The children were visibly brightened up by the surprises despite being unwell.

Festive cheer: A group photo of all the invited guests with their goodies.

Thereafter, a breaking of fast was held in collaboration with Bukit Kiara Equestrian & Country Resort for about 150 underprivileged children and single mothers from Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kg. Medan, PJ and Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting.

Chartered buses were specially arranged to transport the invited guests to the Country Resort.

They were treated to a rare and exciting experience of horse-drawn carriage rides and poney rides around the scenic equestrian park, a sumptuous dinner, duit raya and gift packs plus entertainment by talented teen singer, Putri as well as some fun andgames with fabulous prizes.

Easing the pain: Sports Toto staff giving a gift pack to a child patient in Hospital Sungai Buloh.

The Raya charity programme has been listed in Sports Toto’s calendar of charitable causes for many years as it is part of the company’s tradition towards inculcating a sense of caring and sharing in the community.


Perlukah 1Malaysia sehingga ketahap sebegini? Dimana sensitiviti umat Islam terhadap duit hasil perolehan daripada judi?

Harap Mufti Harussani ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Followers