Saturday, September 4, 2010

Iklan raya TV3 boleh memesongkan akidah?



Iklan Hari Raya terbitan TV3 dengan tema Sinari Lebaran dilihat sebagai usaha untuk menyelitkan unsur-unsur tahyul dan khurafat serta boleh memesongkan akidah umat Islam terutamanya kanak-kanak yang menontonnya.

Mengapa perlu diselitkan adegan orang Islam yang berwatakan ala-ala 'Santa Claus' dengan basikal terbang yang begitu mirip dan sinonim dengan perayaan Christmas oleh orang-orang Christian?

Unsur agama Buddha pula dimasukkan dengan bunga lotus.

Perlukah kita mengutip kembali episod 'kongsi raya' yang diadakan dahulu iaitu berkongsi 2 raya berlainan agama dalam satu?

Sampai kesitukah misi 1Malaysia atas nasihat Apco Yahudi memesongkan akidah umat Islam?

Tidak cukupkah perayaan Aidilfitri tahun ini dicemari dengan fitnah dan pembohongan tentang ajaran Islam oleh politik perkauman melampau?

Terlampau canggih sehingga nilai keagamaan dibelakangkan.

Konsep 1Malaysia, siapa yang rugi? Sudah pasti akidah umat Islam itu sendiri.

Tingkatkan bantuan kebajikan kepada rakyat - Pesuruhjaya Pas Perak

PARIT – Pesuruhjaya PAS Perak dalam penyampaian sumbangan kepada masyarakat setempat sebelum ini menyarankan agar ahli PAS di setiap peringkat supaya terus menerus memberikan kebajikan kepada rakyat. Mengulas lanjut, beliau mengatakan bahawa ruang lingkup kebajikan haruslah mencapah supaya dapat mencapai rakyat di pelbagai peringkat. Mengaitkan sirah kebajikan yang dilakukan Rasulullah SAW, beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW dapat mengubah arab jahiliyah disebabkan sifat sabar dan istiqamah dalam memberikan kebajikan kepada masyarakat.


“Kita harus memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk meyakinkan rakyat bahawa PAS adalah jamaah Islam yang mendekati masyarakat dan bersedia untuk menggantikan kerajaan korup yang ada kini,” ujarnya mengenai kepentingan PAS memperbanyakkan aktiviti kebajikan. Beliau menambah, sebagai jamaah Islam, PAS harus memanfaatkan bulan Ramadhan untuk memperbanyakkan amal kebajikan kepada rakyat yang lebih utama berbanding amalan-amalan sunat.


Tambahnya lagi, kebajikan tidak harus dipandang dari sudut tenaga dan wang ringgit semata-mata, malah kebajikan juga dapat dilakukan dengan menyampaikan ilmu dan informasi kepada rakyat. Mengenai manifesto pilihanraya ‘Negara Berkebajikan’ beliau menambah, hasrat PAS untuk memerintah supaya rakyat hidup dalam keadaan sejahtera dan tidak tertekan.


“Negara Berkebajikan boleh membawa rakyat ke satu tahap perubahan jauh daripada penyelewengan, rasuah, penipuan dan sebagainya, berbanding kerajaan sekarang ini penuh dengan gejala yang merosakkan negara serta generasi pewaris,” tegasnya.


756 ahli Pas masuk Umno, bohong!

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.

Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

-harakahdaily

Penjelasan Ustaz Misbah

Berita yang keluar di tv dan surat khabar mengatakan 756 ahli PAS menyertai UMNO adalah bohong semata-mata. Makrof yang didakwa Timbalan Pengerusi PAS Cawangan Bagan Baru Larut juga adalah bohong dan palsu.

Makrof baru sahaja diluluskan menjadi ahli PAS, sijilnya masih dalam simpanan PAS Kawasan Larut, ia tidak diserahkan kepadanya kerana dua bulan yang lalu diberitakan telah menyertai UMNO. Bagan Baru belum pun ditubuhkan PAS, baru ada Jawatankuasa Penaja PAS.

Bagan Baru adalah kubu kuat UMNO, ahli PAS tidak ada di situ, baru-baru ini PAS Larut dengan kerjasama PAS Negeri telah mengadakan program PAS For All di DUN Kubu Gajah. Kekuatan UMNO di Bagan Baru telah berjaya ditembusi dalam program tersebut. Dakwaan kononnya Makrof menjadi Timbalan Pengerusi PAS adalah pembohong, jawatan dalam PAS bukan Pengerusi tetapi Ketua. Nama jawatan pun tak betul. Nampak sangat pembohongnya. Man mungkin Makrof pegang jawatan puluhan tahun sedangkan cawangan PAS pun tidak ada di situ, ahli pun baru lulus tetapi tak sempat terima sijil dah masuk UMNO.

Selepas YB Hj Nizar turun ke DUN Kubu Gajah 18 Julai yang lalu Jawatankuasa Penaja berjaya ditubuhkan dan 26 pemuda UMNO telah menyertai PAS. PAS pula berjaya menganjurkan pertandingan bola di Bagan Baru dan disertai ramai belia dan pemuda UMNO. Saya sebagai SU Perhubungan turut hadir dalam program tersebut.

Kesihan Zamry, datang jauh-jauh dari Ipoh semata-mata mahu ditipu di bulan Ramadhan yang mulia ini oleh Raja Zainuddin dan UMNO Larut. Kalau nak buat cerita tipu pun, tunggulah habis Ramadhan.

Ramadhan 2009 dulu, Zambry berbuka di pondok Pak Teh di Pengakalan Hulu, yang dulu dia yang menipu Pak Teh, dia kata tanah yang Hj Nizar lulus dulu sebenarnya dah lulus sejak Tajol Rosli jadi MB lagi, Hj Nizar hanya bagi geran sahaja. Dulu dia yang menipu, sekarang dia yang kena tipu oleh Raja Ahmad pula. Memang UMNO kaki menipu.


Umno kini tinggal nyawa-nyawa ikan, terpaksa melakukan pembohongan demi pembohongan buat sedikit nafas sedangkan rakyat telah lama tahu yang nafas mereka itu berbau BUSUK!

Dakwah perlu diteruskan kepada bukan Islam - Pesuruhjaya PAS Perak

IPOH, 4 September – Pesuruhjaya PAS Perak di sini hari ini, menegaskan supaya dakwah diteruskan kepada masyarakat yang bukan Islam supaya mereka lebih mengenali Islam.


Mengulas lanjut, beliau mengatakan masyarakat bukan Islam perlu terlebih dahulu diperkenalkan kepada Islam sebelum mereka diperkenalkan kepada orang Islam. Hal ini, menurut beliau adalah kerana kebenaran perlu diperkenalkan kepada mereka terlebih dahulu untuk mereka menilai siapa sebenarnya yang membawa kebenaran. “PAS perlu menyampaikan dakwah kepada masyarakat bukan Islam supaya sampai kepadanya ilmu Islam sebelum ia menumbuhkan keyakinan kepada mereka. Manusia memusuhi apa yang tidak ia ketahui,” ujarnya lagi mengenai keperluan PAS untuk mendekati dan berdakwah kepada masyarakat bukan Islam.


Menambah mengenainya, Ustaz Abu Bakar mengatakan pada saat kini, masyarakat bukan Islam sedang menunggu-nunggu dakwah daripada PAS supaya mereka lebih memahami polemik isu yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini. Hal ini juga kerana, kini, masyarakat bukan Islam diwarwarkan dengan keharmonian yang dicanang oleh UMNO dan BN sedangkan hakikatnya, PAS dan Pakatan Rakyat telah terlebih dahulu menunjukkan contoh keharmonian di antara kaum yang lebih baik daripada UMNO dan BN. “Kita perlu pasarkan produk berkualiti kita kepada masyarakat supaya masyarakat nampak keperluan untuk menumbangkan kerajaan korup yang ada kini,” katanya lagi.


Selain itu, katanya lagi, PAS dan PR sebenarnya mempunyai perwatakan yang lebih meyakinkan berbanding daripada perwatakan pemimpin UMNO dan BN yang kini penuh terpalit dengan najis rasuah. Untuk itu, beliau menambah, para ‘amilin di dalam PAS perlu bekerja lebih keras untuk berdakwah samada melalui contoh tauladan, penyampaian risalah penerangan dan sebagainya.


Di akhirnya, beliau berkata, masyarakat Malaysia kini tidak boleh mengharapkan UMNO untuk menyampaikan Islam. “PAS kini perlu bersedia untuk menggantikan tempat UMNO untuk menyampaikan Islam dan menerajui Malaysia,” ujarnya menyeru kepada semua ahli PAS.


Badar STAR berkunjung ke Surau Al-Ehsan


1 Sept 2010: Surau Al-Ehsan amat berbesar hati apabila telah dipilih oleh Program Badar STAR (Sekolah Tunku Abdul Rahman), Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh untuk para pelajarnya bersama-sama berbuka puasa serta bertarawikh disana.

Pelajar yang seramai 50 orang daripada kalangan tingkatan 3 hingga 5 tiba disurau sekitar jam 7 malam dan berada disana sehingga jam 11 malam.

Keunikan Surau Al-Ehsan dalam aktiviti ibadah sehariannya seperti berbuka puasa dengan menggunakan talam yang mengikut sunah Nabi serta tazkirah selepas solat sunat tarawikh telah memikat hati ajk Badar STAR untuk berkunjung disana bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Ikuti perjalanan program tersebut yang saya rakamkan disini:

Muslimat surau menyediakan kuih muih untuk berbuka puasa seawal jam 6 petang lagi

Kurma, karipap, cucur udang, tembikai, seri muka dan bihun goreng sebagai pembuka puasa sebelum solat Maghrib manakala Nasi Beriyani Ayam Kurma menjadi menu utama

Para pelajar mula tiba dengan bas sekolah mereka

Mengadakan tahlil ringkas sebelum berbuka

Haji Omar memberikan ucapan aluan bagi pihak surau

Antara ahli qariah yang telah tiba untuk berbuka

Bersabar menanti masuknya waktu berbuka

Makan dalam talam amalan sunah Rasulullah

Tuan Guru Haji Abu Bakar sebagai Pengerusi Surau juga bersama berbuka dengan para pelajar

Selesai makan, para pelajar diasuh untuk membasuh talam masing-masing

Bersama-sama membasuh cawan

Ada yang teringin untuk mencuba membasuh periuk

Bersedia menunggu untuk solat Isyak

Haji Omar memberikan taklimat ringkas sebelum solat

Solat Isyak dan sunat Tarawikh {8 rakaat dan witir 3 rakaat} diimamkan oleh Ketua Umum Badar STAR

Tazkirah berupa motivasi untuk para pelajar disampaikan oleh Haji Nazmi

Ustaz Tanusi yang merupakan Ketua Rombongan daripada STAR begitu gembira dengan perjalanan program malam ini

Cenderahati daripada pihak Badar STAR disampaikan kepada Haji Amran yang mewakili Surau Al-Ehsan

Haji Omar memberikan ucapan penutup dengan berterima kasih kepada kunjungan Badar STAR serta mengharapkan program malam ini memberikan manfaat dan pengalaman baru kepada para pelajar semua

Bersalaman serta berselawat beramai-ramai mengikut saf


Bergambar sebagai kenangan kunjungan

Semoga ada susulan kunjungan ditahun-tahun mendatang

Lagi foto-foto dan laporan program di blog Ustaz Asril dan Ummu Naufal

Pengalaman yang menarik bagi para pelajar yang sekian lama terperap didalam asrama.

Semoga program luar sebegini diperbanyakkan bagi membuka minda para pelajar.

Kuiz Islami anak-anak qariah Surau Al-Ehsan

Surau Al-Ehsan tidak pernah sunyi daripada aktiviti bagi menghidupkan Ramadhan setiap kali bulan yang mulia itu tiba.

Saban tahun ada saja program yang dijalankan yang melibatkan ahli qariah tidak kira tua mahupun yang muda.

Pada hari Ahad (29 Ogos 2010) yang lepas, satu kuiz Islami telah diadakan buat anak-anak qariah surau. Ianya melibatkan anak-anak daripada tadika sehinggalah tingkatan lima dengan soalan-soalan yang diberikan secara bertulis dan lisan mengikut peringkat umur masing-masing.

Pertandingan kuiz ini yang dahulunya dipelopori oleh Allahyarham Cikgu Ismail, kini diteruskan legasi tersebut oleh pembantu arwah dahulu iaitu Cikgu Akmal yang kini dibantu pula oleh Cikgu Nasir.

Soalan-soalan yang dikemukan termasuklah matematik, agama Islam dan ehwal semasa.

Kesemua pemenang-pemenang akan diumumkan serta diberikan hadiah ketika majlis ehya' Ramadhan pada malam 27 Ramadhan yang akan diadakan nanti.

Semoga program bermanfaat sebegini akan disuburkan lagi untuk tahun-tahun mendatang.

Kenapa menung aje tu? Tak boleh jawab ke atau dah siap?


Semoga aktiviti-aktiviti yang berguna ini dapat dimanfaatkan bersama demi kebaikan dan faedah anak-anak kita.

Thursday, September 2, 2010

Ceramah Palestin Dalam Bahaya malam ini


Jangan lupa untuk bersama-sama Syeikh Dr. Mohamed Mahmoud Siyam, Mantan Khatib Masjid Al-Aqsa, Palestin di Dewan Bandaran Ipoh [bersebelahan Masjid Negeri Ipoh] selepas solat Tarawikh malam ini.

Datang beramai-ramai

Wednesday, September 1, 2010

Osman Jailu beraya dengan rumah RM1 juta?

Rumah baru Osman Jailu, Adun Changkat Jering

Rumah ini didakwa oleh penduduk Kg Larut Tin,Taiping telah dibeli tunai RM250 ribu. Nilai sebenar setelah ubahsuai dan perabot di dalamnya bernilai Rm1 juta.

Osman Jailu yang mempunyai rumah asal di Taman Sri Hijau,Pokok Assam dan kini memiliki rumah mewah di Kg Larut Tin yang dibeli tunai mengikut satu sumber yang boleh dipercayai.

Gambar rumah ini diambil semasa mengikuti DS Nizar dalam majlis sumbangan untuk rakyat yang memerlukan di Kg Larut Tin.

Osman Jailu dikatakan telah membuat majlis masuk rumah pada 8 Ogos lalu. Osman menjemput penduduk kampung. Tetapi dikatakan kurang mendapat sambutan orang surau.

Rakyat Dun Changkat Jering masih terdapat yang miskin tetapi Osman Jailu bermewah berbelanja hasil menjadi wakil rakyat mesra UMNO.

Pegawai-pegawai Osman pun hidup seperti mereka tidak pernah mengkhianati rakyat dan pengundi DUN Changkat Jering.

sumber: blog sisibukit

Khianati hak rakyat, hidup mewah didunia yang sementara. Diakhirat nanti bagaimana?

Raya tahun ni, 'kataksitter' Osman Jailu dan juga Jamaluddin pasti datang beraya untuk berkongsi kemewahan yang diraih bersama. Siapa 'kataksitter'? You know who....

Rujuk alim ulama: Umno patut belajar dan rasa malu

Apabila kita tidak faham, kurang pengetahuan tentang sesuatu ataupun tertanya-tanya apakah salah kita sehingga kita dituduh membuat sesuatu, kemanakah tempat rujukan kita?

Sebagai seorang muslim, rujukan hidup kita adalah al-Quran dan as-Sunnah. Segala kemusykilan dan permasalahan perlu dirujuk kepadanya. Dan untuk menjelaskan lebih mendalam akan isi kandungan al-Quran dan juga hadis, ulama adalah sebaik-baik tempat kita mendapatkan penjelasan dan jawapan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang yang alim berbanding seorang abdi (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah antara kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat, makhluk di langit dan di bumi, malah semut di dalam lubang dan ikan di laut sentiasa memohon keampunan untuk orang lain (ulama

selalu membimbing umat ke arah kebaikan). (Hadis Riwayat Imam Tarmizi)

Ketinggian dan kemuliaan kedudukan seorang ulama sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis ternyata bahawa seseorang ulama mempunyai penguasaan ilmu agama yang tinggi dan mendalam. Mereka juga menjadi cermin dan pemimpin umat dalam menegakkan agama Allah, sanggup mengatakan perkara yang hak.

Taraf ulama adalah tinggi. Oleh itu, ulama disebut sebagai waris anbiya, malah Rasulullah menyebut dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Muliakanlah ulama kerana sesungguhnya mereka adalah pewaris Nabi. Barang siapa yang memuliakan ulama sesungguhnya mereka memuliakan Allah dan Rasul-Nya." (Hadis Riwayat Iman Khatib dari Jabir).


Satu contoh yang baik dan juga menjadi teladan kepada kita untuk menghormati dan juga merujuk permasalahan kita kepada ulama adalah apa yang berlaku kepada isu bukan Islam memasuki surau ataupun masjid.


Apabila pihak kerajaan melarang orang bukan Islam untuk memasuki surau/masjid, ini bukan sahaja memberikan tanggapan yang salah dan berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi juga dibimbangi akan menjauhkan keinginan bukan Islam untuk mengetahui lebih lanjut serta mempelajari agama Islam itu sendiri.


Bagi YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang yang diserang oleh pihak Umno akibat menyampaikan bantuan kepada sebuah surau, permasalahan yang dihadapinya itu telah dibawa kepada sumber rujukan yang betul dan tepat mengikut ajaran Islam iaitu menemui Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut dan juga mendalam mengenai samada bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid ataupun tidak.


Perbuatan beliau bertemu dan bertanya kepada seorang yang alim mengenai permasalahan agama Islam adalah satu tindakan yang tepat dan bijak berbanding dengan pimpinan Umno yang hanya mengeluarkan pendapat mengenai Islam yang ternyata bukan hanya bertentangan malah memalukan dan menyempitkan pengertian Islam itu kepada kalangan yang bukan Islam.


Syabas kepada Ahli Parlimen Serdang ini dan ia adalah satu pengajaran yang cukup baik kepada pimpinan Umno serta para cerdik pandai Islam dan mufti sendiri yang menyokong Umno membuta tuli tanpa membuat apa-apa rujukan sebelum menjatuhkan hukum.


Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara siang tadi sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.

"Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia," katanya lagi.

22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.

Beliau juga dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Nie Ching berkata, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.

"Saya masih menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen bila dijemput.

"Sejak insiden itu diperbesarkan, saya terus mendapat sokongan dari rakyat," katanya.

Sementara itu, Nie Ching juga memberitahu surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor telah disampaikan melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lalu.





Umno bukan hanya memalukan diri mereka sendiri tetapi yang lebih memalukan adalah agama ISLAM itu sendiri.

Mereka patut berasa malu dengan keterbukaan dan penghormatan bukan Islam terhadap alim ulama kita.

Boleh atau tidak non-Muslim masuk masjid?

Terbaru ini masyarakat Malaysia digemparkan dengan seorang ADUN non muslim masuk ke dalam surau dengan memberikan tazkirah.. Dalam penulisan artikel ini tidak melibatkan mana-mana pihak dan parti politik yang ada dalam negara ini. Saya hanya membahaskan berdasarkan kepentingan agama Islam.

Di sini, saya datangkan dalil dan pendapat ulamak tentang masalah non muslim masuk masjid. Pendapat As-Syafi’iyaah mengatakan bahawa :

“Sesungguhnya diharuskan bagi kuffar (non-muslim) masuk masjid dengan kebenaran orang Islam kecuali Masjid al-Haram dan setiap masjid di Tanah Haram.”

Pendapat dari Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid mengatakan bahawa :

“Adalah ditegaskan yang Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslim. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yang boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yang bermanfaat dalam maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.”

Dari pandangan di atas, mengatakan bahawa orang non muslim tidak boleh menjejak kaki atau masuk ke dalam Masjid Al-Haram dan masjid-masjid lain yang terdapat di tanah haram Mekah dan Madinah. Firman Allah swt yang bermaksud :

“(Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.)” (At-Taubah : 28)

Mengikut pandangan dari Ulamak Syafi’i mengatakan bahawa orang non muslim tidak dibenarkan masuk Masjid Al-Haram dan masjid-masjid sekitar tanah haram. Selain dari masjid-masjid tanah haram dibolehkan masuk dengan keizinan orang Islam. Ini bertujuan untuk mendekatkan non muslim terhadap keindahan Islam dan membenarkan mereka melihat segala aktiviti ibadah yang terdapat dalam masjid tersebut. Ini bertepatan dengan Pandangan Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’ mengatakan bahawa :

“Dibenarkan jika ia menepati matlamat Syariah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid untuk mendengar sesuatu yang mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah cara Rasulullah saw dengan mengikat tawanan Baginda Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini. Mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah saw untuk melihat orang solat dan membaca Al-Qur’an, dan sebagainya."

Sebagai tanda menghormati rumah Allah, maka orang non muslim mestilah menutup auratnya seperti orang muslim, kerana ini tanda penghormatan mereka kepada umat Islam. Hal ini juga telah dipraktikkan di masjid Putrajaya, Masjid Negara dan lain-lain yang membenarkan pelancong non muslim masuk masjid dengan memakai jubah dan tudung khas yang disediakan kepada mereka yang ingin memasuki masjid tersebut.
Di sini juga secara tidak langsung proses dakwah itu berlaku kepada mereka dengan memperlihatkan mereka tentang keindahan seni bina Islam, melihat info-info Islam dalam masjid dan melihat segala aktivi-aktivi yang terdapat dalam masjid. Betapa untungnya kalau orang non muslim tertarik kepada Islam dengan kesan melihat keindahan masjid sahaja.

- blog Ustaz Nor Amin

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs208.ash2/47108_156837687660195_100000018934244_542096_3216219_n.jpg

Malas bertanya, sesat jalan. Malas belajar, jahil sepanjang jalan.

Followers