Sunday, May 31, 2015

Jangan mudah terpengaruh, kembali sedar diri


Mengenai entri sebelum ini yang bertajuk 'Komplot Yahudi untuk jatuhkan Tuan Guru Haji Hadi', kita perlu muhasabah diri kembali, takut-takut kita telah terpengaruh dengan debu kotor yang giat berterbangan di awangan masa kini, yang mencari mangsa untuk menyebarluaskan gerakan mereka untuk menjatuhkan pemimpin umat Islam sedunia tersebut.

Salah satu sebab saya dah lama tidak menulis blog adalah takutnya rasa jika terjebak di dalam perangkap ini yang boleh memesongkan taat kita kepada pemimpin yang dipilih ahli-ahli jemaah parti Islam terbesar di negara ini.

Sumber maklumat kini terlalu banyak bersebaran, daripada kenyataan sehinggalah rasa hati dan buah fikiran entah siapa-siapa yang tidak berautoriti mahupun berjawatan. Daripada kalangan pimpinan, ahli sendiri mahupun bukan ahli, semuanya bebas memberikan kenyataan di media sosial tanpa tapisan, amanah dan rasa tanggungjawab.

Saya bimbang jika tersalah petik, yang bukan daripada sumber sahih, maka saya telah terperangkap dalam menyebarkan fikrah musuh yang mahu menjatuhkan pimpinan Islam kita.

Masa kini, segalanya mengikut trend. Apa saja trend yang sentiasa diulang-ulang di laman media sosial, itulah yang biasanya akan diikuti ramai.

Begitulah juga sentimen untuk menjatuhkan Presiden Pas yang giat dikempenkan hari ini.

Jika kita semua berhenti sejenak daripada membaca, berkongsi dan menulis sesuatu yang bakal merugikan umat Islam di negara kita dan juga di serata dunia, istighfar beberapa kali, mungkin kita akan menemui semula titik sedar kita sebagai umat Islam yang kian tertindas biarpun di tanahair sendiri.

Fikirkan, setelah kita kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila Almarhum pulang bertemu dengan Penciptanya, maka pimpinan utama yang tinggal adalah Tuan Guru Haji Hadi Awang yang kita sayangi. Gandingan dua Tuan Guru ini perlulah dikekalkan walaupun kini tinggal hanya seorang sahaja lagi.

Keduanya, perancangan jahat yahudi dunia untuk menghukum mati Syeikh Yusof Qaradhawi. Pernahkah kita terfikir jika ianya menjadi kenyataan, mungkin Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bakal menggantikan Syeikh Yusof sebagai pemimpin dunia Islam, apakah yahudi akan menyambutnya dengan penuh ikhlas dan berlapang dada?

Sudah tentulah mereka akan sedari awal lagi menyekat kemaraan tuan guru kita untuk memimpin dunia Islam dengan menjatuhkan beliau terlebih dahulu dilaman rumahnya sendiri.

Bolehkah kita berbangga dan memaafkan diri kita jika kita juga turut serta dalam kempen menjatuhkan tuan guru ini mengikut perancangan licik yahudi? 

Ketegasan beliau di dalam mempertahankan dasar Islam dan parti, tanpa boleh diletak ke kanan mahupun ke kiri, walaupun atas nama tahaluf siyasi, begitu menggerunkan musuh-musuh Islam, mahupun yang mengikat perjanjian berkawan ataupun yang memang terang-terangan melawan.

Tiadakah sedikit rasa bangga mempunyai pemimpin sebegini?

Tergamakkah kita menggantikan beliau dengan seseorang yang diredhai lagi disenangi pihak lain?

Kembalilah ke alam sedar diri, pertahankan keistimewaan ini. 

Jangan digoyang bahtera yang dah lama berlayar gagah ini, kelak kita semua yang terpaksa berenang mencari pantai ditengah-tengah gelora laut yang amat luas ini.

Fikir-fikirkan!

1 comment:

Nora said...

Betul pendapat tuan... menyampah sangat situasi politik tanah air byak fitnah dr kebenaran

Followers