Semalam, Perodua telah melancarkan produk terbaru mereka, Perodua Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) Malaysia yang pertama.
Hari ini, bersempena dengan cuti Hari Malaysia, saya telah berpeluang untuk meninjau sendiri kereta terbaru itu di bilik pameran Perodua DMM Ipoh, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.
Nama Axia yang dipilih untuk keluaran terbaru Perodua ini saya difahamkan adalah bersempena dengan nama Asia tetapi huruf S itu telah digantikan dengan X yang bersamaan dengan nombor 10 bagi tulisan roman. Ini adalah kerana kereta Axia ini merupakan keluaran ke-10 produk Perodua.
Ianya menggunakan enjin 1.0 EEV (Energy Efficient Vehicle) ataupun Kenderaan Cekap Tenaga yang pertama di Malaysia. Satu lagi kejayaan Perodua dengan keluaran terbaru mereka ini adalah ianya merupakan kenderaan yang mesra alam (Eco-Friendly) yang pertama buatan negara.
Oleh kerana ianya menggunakan teknologi mesra alam, kerajaan telah memberikan insentif kepada Perodua untuk usaha tersebut. Dan dengan sebab itulah Perodua berupaya menawarkan harga yang teramat istimewa rendahnya sehingga ianya mampu dimiliki oleh semua.
Harga yang ditawarkan bermula dari RM24,600 sehingga RM42,530 ini begitu menarik perhatian ramai. Sungguhpun harganya rendah tetapi kualiti yang didatangkan bersama produk terbaru ini begitu tinggi dan menepati citarasa semua.
Kesemua model Axia yang didatangkan dalam 8 warna ini diberi 5 tahun waranti atau 150,000km.
Pembeli pasti tertarik dengan model terbaru ini yang memberikan lebih ruang (muat sehingga 4 beg perjalanan), pemanduan yang mudah, mesra alam dan lebih penjimatan. Untuk transmisi manual, pemanduan eco ini boleh membawa anda sejauh 21.6km untuk setiap liter minyak,
Enjin EEV 1.0 ini menggunakan timing belt walaupun ianya hanya 3 silinder. Ini membuatkan kos penyelenggaraannya lebih rendah. Enjin aluminium keseluruhannya ini juga lebih senyap dan bersih.
|
Perodua Axia Standard |
Axia SE (Special Edition)
|
Grill depan yang lebih garang dan sporty dengan fog lamps |
|
Stereng dan dashboard yang lebih elegan |
|
Selesa walaupun hanya duduk dibelakang |
|
Tempat duduk yang kemas dan lembut serta ruang kaki yang luas |
|
Tempat letak barang yang lebih luas sehingga muat 4 beg perjalanan |
|
Lampu belakang LED dengan clear lens |
|
Enjin 1.0 EEV |
Axia 1.0 Advance
|
Sungguh sporty walaupun dengan harga yang murah |
|
Sekali pandang seperti Myvi SE, dua kali pandang seperti Alza SE, tiga kali pandang....teruslah booking |
|
Rekabentuk yang menarik |
|
Axia mempunyai saiz yang lebih panjang dan luas tetapi sedikit rendah daripada Viva |
|
5-split-spoke Alloy Rims |
|
Kemasan dalaman yang mantap |
|
Tempat duduk kulit |
|
Stereng dengan kemasan kulit dan juga audio control |
|
Touchscreen multimedia system dengan built-in GPS, DVD Player, TM Wifi Hotspot locator, USB dan juga Bluetooth |
|
Ruang kaki bahagian depan juga begitu luas |
|
Tempat duduk kulit |
|
Rekabentuk belakang yang lebih menarik |
|
Eagle-eye Projector Headlamps |
|
Enjin 1.0 EEV |
|
Memang menarik dan mendapat thumbs-up |
Terdapat juga warna-warna yang lain selain daripada yang dipamerkan di bilik pameran ini.
Harga yang ditawarkan kepada pembeli adalah seperti berikut:-
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Axia, memandu uji ataupun menempah sebuah untuk anda dan keluarga, sila hubungi rakan saya, Ahmad Fairouz daripada DMM Sales Sdn Bhd, Jln Tun Abdul Razak, Ipoh di nombor 019-5644104. (Jangan lupa sebut nama saya ye....hehe).
Kepada pengguna kereta Perodua seperti saya (saya guna Viva), pasti anda akan setuju jika saya katakan yang produk Perodua tidak akan mengecewakan anda. Perodua AXIA, seindah namanya.