Badan Perhubungan PAS Perak.
Beliau menyatakan tarikh tersebut dipilih sempena malam Nuzul Quran dan keesokannya pula tarikh berlakunya Perang Badar.
Timbalan Presiden PAS , Tuan Haji Mohamad Sabu juga akan turun dalam program tersebut. Program ini lebih bersifat menyuntik inspirasi dan momentum kepada ahli dan pendokong PAS mencapai
kemenangan ke Putrajaya. PAS Perak menjangkakan ribuan orang yang akan hadir ke program tersebut.
Pada program tersebut juga beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan akan membuat penyerahan borang menyertai PAS di hadapan Timbalan Presiden PAS dan orang ramai.
Program bermula dengan ibadah buka puasa bersama, diikuti solat fardhu Maghrib, Isya' dan Solat Sunat Tarawih.
Di sebelah malamnya ceramah Badar Kubra akan diadakan yang akan menampilkan Dato' Seri Presiden PAS , Dato' Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin dan Ustaz Abu Bakar Hussian selaku Pesuruhjaya PAS Perak.
Setiap tahun PAS Perak malahan PAS Pusat menganjurkan majlis memperingati peristiwa Perang Badar al Qubra dengan tujuan mengambil semangat perjuangan para sahabat yang berjaya menghadapi musuh Islam
yang kuantitinya lebih ramai. Pemilihan Teluk Intan sebagai tuan rumah sambutan ini dijangka dapat memobilisasikan gerakan rakyat ke arah perubahan menjelang PRU 13.
No comments:
Post a Comment