Monday, March 19, 2012

Dato Tuan Ibrahim penuhi jemputan walimatul urus anak YDP Batu Gajah


BATU GAJAH (17.3.12): Seusai majlis Jamuan bersama rakyat sempena Konvoi Penerangan Pas Pusat menjelajah negeri Perak di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man telah meluangkan sedikit masa untuk memenuhi jemputan walimatul urus anak perempuan kepada YDP Batu Gajah, Haji Ismail Ariffin di Taman Seri Berjaya dekat sini.

Sungguhpun agak kepenatan kerana program yang padat semenjak awal subuh lagi, Dato Tuan Ibrahim masih bersemangat untuk meraikan majlis YDP Batu Gajah itu disamping melayani tetamu-tetamu Tuan Haji Ismail yang bersalaman, bertegur sapa serta beramah mesra bersama beliau sebelum meneruskan program konvoi ke Tapah pula.

Sikap Dato Tuan Ibrahim yang begitu merendah diri dan mesra melayani sapaan siapa sahaja, begitu menarik hati penulis yang mengikuti beliau ke sana. Begitu bersahaja dan marhaen dimata orang ramai. Sifat wasatiyyah yang ada pada beliau perlu di contohi oleh kita semua.

Berpelukan bersama tuan rumah, Tuan Haji Ismail sambil mengucapkan tahniah kerana menerima menantu hari ini

Dato Tuan Ibrahim beramah mesra bersama orang ramai

Ramai yang seronok dengan kehadiran Dato Tuan Ibrahim

Ada yang bersoreh memperkenalkan diri dan asal usul

Dato Tuan Ibrahim meraikan tetamu-tetamu yang sedang menjamu selera

Jauh pandangannya...

Bergambar bersama sebagai kenangan manis buat pasangan pengantin serta Tuan Haji Ismail

Sebelum mengundurkan diri, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sempat menitipkan beberapa pesanan kepada pasangan pengantin baru yang bakal menempuh alam rumahtangga. Tugas seorang ulama yang senantiasa meninggalkan pesanan berharga buat siapa sahaja yang ditemui, sesuai dengan hadis Nabi SAW "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat..."

Sunday, March 18, 2012

Bekas Komando 69 PGK serah borang ahli Pas kepada Tuan Guru Presiden


IPOH (17.3.12): Semasa program Jamuan bersama rakyat di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh, telah berlangsungnya satu acara yang istimewa.

Bekas-bekas Anggota Komando 69 Pasukan Gerak Khas (PGK -Unit Elit PDRM) dengan diwakili oleh Mohamad Ismail Bin Hj Saleh telah berbesar hati untuk menyampaikan sendiri borang-borang kemasukan mereka ke dalam Pas kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Lebih istimewa dan uniknya apabila Mohamad Ismail telah menyerahkan borang-borang tersebut dengan penuh istiadat dan penghormatan seorang angkatan tentera kepada Tuan Guru Presiden.

Aksi-aksi beliau semasa penyerahan borang-borang tersebut telah sempat saya rakamkan. Mari saksikan adegan tersebut:-

Mohamad Ismail melutut di hadapan Tuan Guru untuk memulakan penghormatan beliau

Songkok yang dipakai telah ditukar kepada beret Komando PGK yang disertakan dengan logo Pas

Beret dipakai kemas dikepala

Beliau bangun dengan penuh tertib dan hormat setelah memakai beret tadi

Tabik hormat seorang bekas anggota komando PGK kepada Tuan Guru Haji Hadi



Bersalaman sebelum menyerahkan borang

Borang diserahkan kepada Tuan Guru Presiden bagi menandakan beliau dan rakan-rakannya ingin bersama di dalam jemaah Islam parti Pas. Takbir!!!


Jamuan bersama rakyat Konvoi Penerangan - Part 2


IPOH (17.3.12): Cuaca yang panas terik sedikit pun tidak menghalang beribu-ribu orang daripada bersama-sama di dalam program Jamuan bersama rakyat di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh.

Kelibat ketibaan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sahaja sudah cukup menggembirakan orang ramai yang sedari awal lagi telah menunggu.

Apatah lagi dengan satu persatu pimpinan pusat yang tiba daripada destinasi yang berbeza sekitar negeri Perak. Perancangan yang diatur Penerangan Pas Negeri Perak telah berjaya mengumpulkan kesemua pimpinan tepat pada masa yang ditetapkan, Alhamdulillah.

Daripada congakan penulis, tidak kurang daripada 2000 orang yang berkumpul dibawah khemah-khemah yang disediakan pihak Pas Kawasan Gopeng.

Kehadiran yang ramai, melebihi daripada program konvoi dinegeri-negeri lain sebelum ini, telah menaikkan semangat pimpinan utama. Perancangan asal untuk pimpinan memberikan ucapan hanya sekitar 5 minit seorang telah berubah apabila masing-masing berucap panjang dihadapan ribuan hadirin.

Namun, itu tidak sedikit pun mengganggu perjalanan program, malah membuatkannya lebih bermakna kepada ribuan yang hadir kerana dapat mendengar ucapan-ucapan bernas dan bermanfaat tatkala hadirnya mereka ke negeri ini.

Tuan Guru Presiden, Haji Abdul Hadi Awang

Ucapan Tuan Guru banyak kepada sejarah Pas itu sendiri

Tuan Guru yang lebih mesra dipanggil Ayah Chik ini menceritakan pengalaman Pas suatu ketika dahulu apabila bersama-sama dengan Umno di dalam sebuah kerajaan

Sdr Radzi Zainon, mantan dan bakal calon Pas di Dun Sg Rapat membacakan doa penutup majlis selesai sahaja Tuan Guru Presiden memberikan ucapan beliau







Orang ramai bersama-sama mengaminkan doa

Tiba masanya untuk menjamu selera


Sebelum makan, Tuan Guru telah diminta untuk mentahnikkan (membelah mulut) seorang bayi




Semoga dengan berkat tahnik daripada seorang ulama, anak kecik ini nanti bakal membesar sebagai seorang mukmin yang sejati

Pimpinan utama disajikan dengan makanan yang disediakan khas oleh Pas Cawangan Rapat Setia


Pimpinan Muslimat juga turut diraikan

Orang ramai menjamu selera dengan Gulai Kawah Kerbau yang disediakan

Jamuan bersama rakyat Konvoi Penerangan - Part 1


IPOH (17.3.12): Jamuan bersama rakyat, program yang menghimpunkan kesemua pimpinan yang menyertai program Konvoi Jelajah Perak oleh Penerangan Pas Pusat untuk makan tengahari bersama-sama dengan orang ramai.

Diadakan di kawasan padang di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh, Lahat dengan Pas Kawasan Gopeng bertindak selaku tuan rumah.

Ustaz Nuri, Ketua Penerangan Pas Perak yang mengiringi Dato Tuan Ibrahim Tuan Man semenjak Kuliah Subuh lagi di Selama telah bertindak sebagai pengacara kepada program Jamuan bersama rakyat ini

Pesuruhjaya Pas Perak, AF Ustaz Haji Abu Bakar Husain menyampaikan ucapan alu-aluan beliau



Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Muslimat Pas Pusat

Ucapan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man


Ustaz Nuri sedang berbincang sesuatu dengan YDP Pas Gopeng, Tuan Haji Abdul Rahim (tengah) dan Sdr Nan, penyelaras jamuan



DS Nizar sedang berbual dengan Kartunis Zunar yang juga singgah ke program Jamuan bersama Rakyat ini

Khemah untuk muslimat

Dato Tuan Ibrahim memuji Penerangan Pas Perak kerana kejayaan program konvoi kali ini

Dua orang ulama yang berjuang untuk Islam

Ulama pewaris Nabi

Followers