Tuesday, December 21, 2010

Najib kata cipta 1Malaysia, 1Indonesia bagaimana?


Marah sungguh Najib bila ada yang pertikaikan slogan 1Malaysia bukan ciptaannya. Mati-mati dia pertahankan yang 1Malaysia tu idea dia sendiri. Anwar pembohong katanya bila tuduh dia meniru konsep 1Israel atas nasihat Apco yang dibayar sebanyak RM76.8 juta oleh kerajaan Malaysia sebagai perunding.

Jika diteliti Wikipedia, One Israel dicipta pada tahun 1999, manakala 1Indonesia juga dikaitkan dengan firma perunding Apco yang mencipta One Israel.

Gambar diatas bagaikan bertanya kembali kepada Najib, siapa cipta dan tiru siapa?

Tawaran 100 hari PR, kenapa Najib dan Muhyiddin perlu gelabah?

Apabila Pakatan Rakyat berkata bahawa mereka cuma memerlukan 100 hari untuk merubah corak pemerintahan negara bagi kepentingan semua pihak, Umno mula gelabah.

Tepat sekali jangkaan Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat yang pemimpin BN akan mula memberikan jawapan resah mereka mengenai hal ini.

"Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan Pakatan" kata beliau sebelum ini.

Muhyiddin cuba menakut-nakutkan rakyat dengan 'lagu' lama Umno iaitu negara boleh muflis jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Mungkin Muhyiddin terlupa amaran yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara bakal muflis pada 2019 setelah 53 tahun Umno/BN memerintah.

Manakala Najib pula menyifatkan tawaran Pakatan tidak realiti sedangkan beliaulah yang mencadangkan untuk membina Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion. Realitikah bangunan setinggi itu dengan keadaan ekonomi negara yang semakin hari semakin menekan rakyat kebanyakan?

Mengapa pemimpin Umno perlu menggelabah apabila Pakatan Rakyat menawarkan program 100 hari ini kepada rakyat?

Dan apakah program 100 hari itu?

Ianya bertunjangkan kepada 10 asas untuk menjaya dan merealisasikan program ini. 10 perkara asas tersebut adalah:-

1. Mengheret perasuah-perasuah negara kemuka pengadilan.
2. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim.
3. Menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
4. Memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat.
5. Keutamaan kepada kebajikan terutamanya warga emas.
6. Dasar kemudahan kebajikan Wifi kepada seluruh negara secara percuma.
7. Mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan.
8. Memperkukuhkan institusi agama.
9. Memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan diantara pelbagai penganut agama dinegara ini.
10.Menjadikan Polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak.

Memandangkan kesemua asas-asas 100 hari Pakatan Rakyat ini berlawanan dengan apa yang dilakukan sekarang oleh pimpinan Umno dan BN, memang patutlah Najib dan Muhyiddin menggelabah.

RM10 juta peruntukan untuk blogger?

Sebagai sebahagian daripada jentera Barisan Nasional untuk menentang blogger pembangkang dan pro pembangkang, Umno dan PBB (Parti Persaka Bumiputera Bersatu) telah menubuhkan Dana Perang Siber sebanyak RM10 juta.

Kami menjemput rakyat Sarawak yang mempunyai jiwa kewartawanan untuk menghubungi atau mengunjungi mana-mana cawangan PBB, PRS dan SUPP untuk mendaftarkan diri kepada yang berminat.

Calon yang berkelayakan akan diberitahu didalam 7 hari.

Latihan akan dijalankan oleh New Straits Times, Malay Mail (Datuk Rocky Bru) dan Utusan Melayu di Pusat Latihan UMNO di Janda Baik, Pahang.

Setiap blogger akan diberikan sebanyak RM30,000 untuk menaikkan blog mereka, sama ada portal web percuma ataupun berbayar, disamping dibayar elaun bulanan sebanyak RM5,000.

Kami menyeru rakyat Sarawak yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan diri di pejabat-pejabat parti komponen BN Sarawak.

Ianya adalah tanggungjawab anda untuk mempertahankan Sarawak daripada serangan bertubi-tubi Sarawak Report dan Radio Free Sarawak.

YB Abdul Karim Hamzah
YB Fadzillah Yusof

Membaca iklan diatas yang dipetik daripada laman Sarawak Talk dan juga Malaysia-Todaybagaikan menjawab pertanyaan orang ramai iaitu benarkah blogger-blogger Umno dibayar?

Dan iklan tersebut juga seolah-olah membuat undangan kepada orang-orang yang sanggup menggadaikan maruah, jati diri dan prinsip hidup dengan menjadi penulis upahan, bukan penulis berfikiran.

Tentunya berbeza diantara penulis upahan dan penulis berfikiran.

Penulis upahan: menulis kerana terpaksa, diupah untuk menulis sesuatu cerita tanpa mengira kebenarannya, betul salahnya, halal haramnya dan fakta ataupun rekaan semata.

Penulis berfikiran: menulis tanpa dipaksa, menafsir mengikut isu semasa, berfikir akan kebenarannya, sumber beritanya, akhlaknya dan risiko yang menanti dihadapan (dunia dan akhirat) jika tersalah lapor. Dan yang paling penting, berpegang dengan prinsip jati diri dan bertanggungjawab dengan apa yang diluahkan melalui tulisan.

Walaupun telah dinafikan oleh PBB, kemungkinan untuk ianya benar-benar menjadi kenyataan terlalu besar.

Sarawak perlu dibebaskan daripada cengkaman Taib Mahmud



ATM (Abdul Taib Mahmud) telah memegang kuasa selama 30 tahun di Sarawak, dan hasil daripada itu, Sarawak menjadi negeri yang paling miskin sedangkan dia sendiri telah menjadi orang yang paling kaya di Malaysia. Video ini yang bertajuk 'Bloody Wealth / Harta Berdarah' akan membongkar segala muslihat Taib Mahmud, yang memperalatkan rakyat Sarawak dan merampas harta negeri Sarawak selama ini untuk kepentingannya sendiri.

Untuk menghadapi pilihanraya Sarawak, media-media alternatif telah bersungguh-sungguh untuk menghadapi pihak kerajaan dalam membebaskan Sarawak daripada cengkaman kuasa Taib Mahmud.

Salah satunya adalah Sarawak Report yang telah menerbitkan segala dokumen-dokumen dan gambar-gambar yang membongkar serta membuktikan kekayaan Taib Mahmud.

Namun begitu, www.sarawakreport.org telah digodam (hacked) untuk menghalang daripada terus menerus membongkar segala salah laku Taib Mahmud.

Did she marry for his money or his morals? All we know of the bride is she is around 29 and from Lebanon


Salah satunya laporan terbaru Sarawak Report adalah mengenai perkahwinan Taib Mahmud yang berumur 74 tahun dengan seorang gadis Lebanon yang berumur 29 tahun baru-baru ini di kediaman mewah peribadi Taib Mahmud di Demak Laut, Kuching.

Permata dan berlian yang dikalungkan sebagai rantai kepada isteri terbaru serta anak-anak perempuannya dikatakan sebagai bukti yang wang rakyat Sarawak telah dirompak oleh Taib Mahmud. Jumlah yang dianggarkan oleh pakar permata adalah RM150 juta.

Selagi pilihanraya Sarawak tidak dilakukan, selagi itulah perang siber akan diarahkan kepada Taib Mahmud sekeluarga demi membebaskan rakyat Sarawak daripada cengkaman Taib Mahmud dan Barisan Nasional.

Kerajaan untuk rakyat



Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memartabatkan rakyat menjadi contoh dan bukti bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat sepatutnya sebuah kerajaan yang bertuankan rakyat, bukannya menghambakan rakyat.

Mufti Perak dicabar isu ancak

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilihat sering mengeluarkan 'fatwa' mengikut keadaan dan kedudukan.

Fatwanya juga jelas berbeza mengikut isu semasa, fahaman dan ideologi seseorang. Rujukan entah kemana, syarie atau tidak, lain cerita.

Menghukum mengikut telunjuk tuan empunya jawatan lebih diutamakan berbanding mengikut hukum tuan empunya nyawa.

Kes ancak yang dilakukan Zambry baru-baru ini menjadi perdebatan hangat kerana rata-rata ramai yang tahu bahawa perbuatan itu syirik, telah lama ditinggalkan.

Namun, oleh kerana ianya dilakukan oleh tuan kepada mufti, hukum diterbalikkan dan menambahkan kekeliruan rakyat. Nak diikut, syirik. Nak ditolak, eh kan ke dia tu MUFTI.

Dato Seri Nizar mencabar 'fatwa' Harussani yang mengatakan perbuatan ancak tidak khurafat.

Mungkin cabaran itu untuk menghalang agar setiap kawasan perumahan baru di negeri Perak ini perlu dilakukan acara ancak sepertimana yang dilakukan oleh Menteri Besar Umno dan disahkan 'halal' oleh Mufti Perak.

Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (gambar) mencabar penjelasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini, yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri itu berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.

"Yang saya bangkitkan dalam sidang Dun baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.

"Tak kisah la letak ancak ke (kiri), renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya kepada Harakahdaily semasa dihubungi, hari ini.

Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar BN Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.

Penjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

"Semasa saya bangkitkan dalam sidang Dun itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.

Isu tersebut juga telah panjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.

Biarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.

Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.

Berbeza dalam kes Zambry, Harussani katanya dilihat seperti terdesak dalam mengeluarkan 'fatwa'nya sehingga memanggil dan mendengar penjelasan Menteri Besar Perak itu.

Namun menurutnya, hasilnya adalah seperti dijangkakan, iaitu perbuatan Zambry itu 'dihalalkan' oleh Harussani.

Tindakan Harussani itu, katanya lagi bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.

"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.

"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.

"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.

Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan Dun yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.

Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan ekoran membangkitkan perkara itu.

- harakahdaily

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 buktikan kesepakatan bersama

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 yang baru berlalu di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang berjaya membuktikan kesepakatan bersama diantara 3 komponen parti utama iaitu PAS, DAP dan PKR.

Tiada media utama milik kerajaan yang berani menyiarkan gilang gemilangnya kejayaan konvensyen yang diadakan melainkan memetik beberapa potong ucapan pimpinan lalu diputarbelit untuk mengelirukan rakyat.

Mari kita ikuti ucapan-ucapan para pimpinan Pakatan Rakyat di konvensyen tempohari untuk mendapatkan gambaran yang sebenar mengenai konvensyen yang diadakan.

Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang (tuan rumah)



Nurul Izzah (PKR)



Saifuddin Nasution (PKR)


Dr Wan Azizah Ismail (Presiden PKR)



Karpal Singh (DAP)





Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR)





Tuan Guru Haji Hadi Awang - Presiden PAS


Deklarasi bersama yang dicapai semasa konvensyen berlangsung berteraskan enam isu penting untuk menyelamatkan negara ini.

Enam isu tersebut adalah :-

1. Menghapuskan semua deklarasi darurat.

2. Memansuhkan semua undang-undang anti-demokratik.

3. Menghormati perjanjian untuk membentuk Malaysia bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak.

4. Menjamin integriti pilihanraya umum.

5. Mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan.

6. Mewujudkan kebebasan akhbar.

Friday, December 17, 2010

Adun Tenang meninggal, media utama cuba sorok?

Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia awal pagi ini. Berita mengenai kematiannya mula tersebar seawal pagi ini di ruangan maya twitter dan facebook.

Apa yang menyedihkan adalah media-media utama cuba mengelirukan rakyat dengan menyiarkan berita ditalian online mereka pada malam tadi dengan mengatakan bahawa Datuk Sulaiman Taha berada dalam keadaan stabil sedangkan Allahyarham pada waktu itu hanya bergantung kepada mesin talian hayat di sebuah hospital swasta di Selangor.

Kematian beliau menandakan satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Dun Tenang. SPR bakal mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Dun Tenang tidak lama lagi.

ADUN Tenang, Sulaiman Taha meninggal dunia

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham berusia 59 tahun.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

NONEMenurut Umno Online, Allahyarham diirawat di Hospital Ampang Puteri kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Sebelum ini, dilaporkan Allahhyarham yang juga ketua Umno Labis dimasukkan ke Hospital Segamat selepas mengadu tidak sihat dan terlantar hampir sebulan.

Pada 24 November lalu, Allayarham memohon dipindahkan ke hospital swasata di ibu negara itu.

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

azlanMenurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundiMelayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.

Awal petang semalam, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan dalam keadaan stabil.

Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Thursday, December 16, 2010

Mampukah Najib sumbang 1/3 simpanan untuk Umno?


Siapa pula yang gatal mulut bertanya begitu? Takkanlah dia pulak nak buat sumbangan untuk partinya. Mana ada dalam sejarah presiden Umno beri sumbangan untuk parti. Songlap 1/3 duit parti, mungkin.

Soalan tadi berkaitan dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang hendak menyumbangkan 1/3 daripada wang simpanannya kepada parti PAS bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan Islam.

"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran." ujar Tuan Guru Nik Aziz.

Kalau sebelum ini, beliau dituduh dengan rasuah,kemudian dibebaskan daripada tuduhan itu oleh SPRM, kenyataan terbaru Tuan Guru itu merupakan bukti kukuh bahawa beliau tidak memandang dan mengharapkan kepada harta dunia sebagaimana pimpinan Umno.

Sumbangan Tuan Guru itu juga dilihat bertepatan dengan 'Tabung Buluh untuk PAS' yang disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru semua pemimpin dan ahli PAS seluruh negara mempersiapkan parti itu menghadapi pilihanraya umum akan datang ini.

Ha, siapa kata pimpinan dan ahli Umno boleh membuat perkara yang sama?

Dewan Rakyat: Kecoh didalam, tegang diluar





Kecoh di dalam, kecoh juga diluar Dewan Rakyat hari ini apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim digantung selama 6 bulan tanpa diberikan peluang membela diri serta membawa bukti.

Kronologi perjalanan sidang hari ini bagaikan telah diatur dengan rapi. Kehadiran polis yang terlalu ramai, 11 rang undang-undang ditangguhkan untuk dibahas dan pemilihan hari terakhir sidang parlimen juga menampakkan seolah-olah segalanya telah dirancang.

Mulut Anwar perlu ditutup dengan apa cara sekalipun. Itulah cara bacul berlawan. Dan bacul yang dimaksudkan disini adalah Umno yang tiada hujah untuk melawan, mengguna dan mengkorupkan kuasa yang ada untuk menyekat hujah-hujah daripada pihak pembangkang daripada pengetahuan rakyat.



Manakala diluar dewan pula, 2 orang ditahan polis. Kira-kira 15 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Demokrasi Hitam 2.0 berhimpun dihadapan bangunan Parlimen sebagai bantahan terhadap penggantungan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Followers