Friday, June 17, 2016

Surat Terbuka kepada pengundi Sg Besar dan Kuala Kangsar

Allah swt telah berfirman:

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur-an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil)…” [al-Baqarah/2: 185]

Allah swt mentakdirkan berlaku kedua-dua pilihanraya kecil ini pada bulan Ramadhan. Bulan yang besar yang penuh barakah dan kemuliaan.

Bulan ini adalah satu kem latihan dimana umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah untuk mendekatkan diri pada Allah swt.

Selain berlapar dan berdahaga disiang hari dan mempertingkatkan amal ibadah di malam hari umat Islam di Sg Besar dan K.Kangsar turut diberikan tugas memilih pemimpin di bulan Ramadhan ini.

Janganlah dipersia-siakan tanggungjawab itu.

Sewajarnyalah sempena bulan mulia yang Allah perturunkan al Quran ini maka al Quran itu jugalah sewajibnya menjadi panduan kita dalam membuat pilihan.

Al Quran itu kata Allah adalah petunjuk dan ia lah yang membezakan buat kita antara yang hak dan batil.

Jika semasa solat berjemaah pun kita mahukan biar imamnya jauh lebih baik dari kita dari segi aklak, ilmu dan bacaannya inikan pula dalam memilih pemimpin.

Pilihlah yang mulia akhlaknya dan duduk bersama orang yang baik-baik, yang tinggi ilmunya serta duduk bersama-sama mereka yang berilmu, ringkasnya pilihlah yang mampu membela dan memperjuangkan agama kerana hanya yang demikian sahaja yang cinta dan tunduk pada al Quran yang diturunkan Allah swt.

Sebagaimana kita memelihara makan minum kita disiang bulan Ramadhan maka 18hb nanti peliharalah juga tangan kita jangan sampai memangkah mereka yang mungkar, yang pincang dan menyusahkan rakyat. Mereka yang telah memungkiri amanah yang diberikan rakyat selama ini. Mereka yang mengakibatkan rakyat terhimpit angkara pengurusan negara yang bercelaru.

Jangan juga terdorong mengundi mereka yang bersekongkol dengan golongan yang anti Islam. Golongan yang telah mengkhianati perjuangan Islam dan menghina serta memperlekehkan para ulamak.

Biarlah Ramadhan yang di dalamya diturunkan Al Quran menjadi obor menyinari hati kita 18hb nanti.

Pilihlah dengan yakin, tenang dan rela hati parti yang memperjuangkan Islam. Parti yang ahli-ahli dan pimpinannya istiqamah lebih 60 tahun berjuang penuh ikhlas mendaulatkan agama Allah swt.

Mereka tidak pernah mengalah tidak pernah menggadaikan prinsip dan dasar perjuangan untuk habuan dan kedudukan.

PAS lah pilihan terbaik di Sg Besar mahupun K.Kangsar.

Ayuh di bulan umat Islam meraikan kemenangan Badar ini, golongan kecil mengalahkan yang gergasi, kita tunjukkan pada semua bahawa agama kita mulia dan tinggi dan kita semua penganutnya bermaruah dan punya harga diri.

Biar kita nanti bangga memberitahu anak cucu kita apabila ada panggilan jihad untuk memenangkan Islam di bulan Ramadhan tahun 2016, abah dan emak, datuk dan nenek telah bangkit memberi undi pada parti yang memperjuangkan Islam tanpa ragu-ragu.

Selamat mengundi .......Allahu Akbar!

ROSLAN SMS 
17 Jun 2016

8 comments:

Modern Talking said...

bodoh lah undi pas mengabis kan kertas undi.. klu diorg kesemua kerusi menang pun lum tentu boleh bentuk kerajaan di pru14.. perlukan gabungan kerusi dr PKR DAP sama seperti klu umno menang semua kerusi tapi still tak boleh tubuh kerajaan tanpa kerusi MIC MCA and sabawak srawak. kenapa Macai PAS bodoh sangat tak nampak benda simple mcmni

Modern Talking said...

PRKecil peratusan keluar mengundi tak sama dgn PRU, so BN dah sebelah kaki menang maklum lah kubu sendiri, cuma Amanah dan PAS je yg org tertunggu2 siapa yg ukur baju dibadan sendiri..Alhamdulillah lepas ni HADI awang bleh ukur serban sendiri kah kah kah

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KY WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KY WITJAKSONO dengan senang hati KY WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor togel yang betul2 tembus atau uang gaib tanpa tumbal seperti saya,silahkan hubungi KY WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> TOGEL UANG GAIB TANPA TUMBAL

Unknown said...

Apa yang boleh saya nilai mengapa keadaan itu berlaku mungkin disebabkan kedua pihak masih "berklu klik", tusuk punca. Belum jelas dan tidak mengistyharkan kedudukan mereka. Atau ummah Melayu masih belum faham apa istilah ta'awun dan slogan politik "matang dan sejahtera" itu. Bagi orang Pas mereka masih teringat kepada kesadisan Umno. Lagipun pemimpin mereka masih ada yang menafikan wujud kerjsama. Perbezaan pendapat dan kesimpulan politik berbeza di kalangan pemimpin mengelirukan mereka.

Demikian juga dipihak Umno, ia tidak menyatakan secara jelas akan bentuk kerjsama itu. Walaupun "paip" nafsu Umno sudah terbuka dan menegang untuk bersama Pas, tetapi kerana ia belum jelas, tidak istyahar kepada ahli maka ia mengelirukan.

Sepatutnya Umno tidak perlu menyembuyikan shawatnya. Masa PAU yang lalu seharusnya sudah ada usul membincangkan kerjasama dengan Pas. Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir sudah membayangkan isu perpaduan dengan Pas akan dibincangkan, malangnya sampai ke sudah usul itu tidak kedengaran. Kenapa? Apakah ia ada nasihat daripada Pas ditangguhkan disebabkan hal-hal tertentu atau bagaimana?

Tanpa ada pengistyharan untuk berkerjasama menyebabkan ahli dan penyokong kedua-dua parti itu keliru dan segan untuk datang. Umpama majlis kenduri kahwin yang perkahwinannya diragui, maka tetamu yang berakhlak sangsi untuk hadir. Apa lagi tuan rumah tidak menjemput secara rasmi sekadar memesan kepada orang lain. Nah, begitu juga dengan sikap orang Pas dan Umno dengan majlis di Titiwangsa itu. Mereka keliru dan keadaan itu menyebabkan mereka rasa tidak penting untuk bersama.

Makanya wajar Pas dan Umno tidak terus membungkus maksud hati. Tidak perlu "berkongkalikong" dan hanya bercekeraman menerusi whatsAap atau media sosial sahaja. Seperti saya nyatakan kalau keputusan dan analisa politik yang dibuat menyakinkan mereka, untuk kebaikan bangsa, agama dan negara, apa tunggu-tunggu lagi umumlah segera. Kita perlu telus dan gentlemen. Saya percaya kalau Pas dan Umno mengistyharkan kerjasama mereka, kehadiran dihimpunan semalam Melayu akan lebih ramai daripada masyarakat Rohingya. Majlis itu akan menjadi ruang solidariti Melayu bukan medan solidariti Rohingya.

Salam Ukhuwah Islamiah Dari Kami Untu Semua
Sila kunjungi kami https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/01/12/6-rahsia-untuk-bersama-rasulullah-saw-di-akhirat-nanti/

kamr said...

شركة رش مبيدات بالخبر

شركة مكافحة الفئران بالخبر

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

PAS telah menang PRK Sg Besar dan kuala kangsar.

Followers