Tuesday, June 3, 2014

Kenapa perlu keliru dengan kenyataan JAKIM?

Saya kira, pihak JAKIM tidak pernah membuat tindakan U-TURN sepertimana yang mewarnai ruangan komen terhadap kenyataan pihak JAKIM hari ini.. Saya nasihatkan supaya perbanyakkan pembacaan dari sumber yang sahih sebelum kita membiakkan fitnah2 di alam yang serba laju ini..

[sumber disertakan]

Mari kita ikuti kronologi isu ini terlebih dahulu. Bermula dengan ketirisan 'screenshot'  dokumen sulit pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) tentang pencemaran DNA babi bagi 2 produk Cadbury ke laman sosial pada 23 Mei [rujuk: dokumen sulit]. Dalam masa tidak sampai satu hari isu ini dimainkan dengan panasnya oleh orang ramai sehingga 'memaksa' pihak KKM mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari berikutnya. [rujuk: kenyataan media KKM]. Jika difikirkan kesahihannya, ya, berita ini memang benar kerana ia disahkan sendiri oleh pihak KKM.. 

Namun perlu diingat, pengesahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Ketua Pengarah JAKIM, sebaik sahaja menerima berita ini seolah2 terkejut lalu terus mengambil tindakan serta merta menggantung sijil halal untuk produk yang terlibat bertindak memulakan siasatan. Beliau menyatakan sepatutnya hal ini dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu untuk tindakan peringkat dalaman sebelum sampai ke tangan orang ramai [rujuk: kenyataan KP JAKIM]

menurut beliau, kuasa yg diberikan kepada makmal ujian tersebut hanyalah mengesahkannya sahaja, bukan menghebahkan kepada umum. Jika diteliti secara logik, ia hanyalah satu pencemaran DNA, bukan kandungan yang sengaja diadun oleh pihak Cadbury [Rujuk: penerangan pegawai JAKIM]. Jadi, ia hanyalah satu pemboleh-ubah yang masih boleh dikaji dan dibincangkan, bukan terus dihukum sepertimana sumpah seranah yang kita hamburkan!

Setakat itu, 2 persoalan yang timbul; 
1. Keputusan ujian dikeluarkan pada Februari, tapi kenapa Mei baru dihebahkan? 
- soalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada KKM. KENAPA DI'BOCOR'KAN PADA MEI? malah sepanjang tempoh Februari hingga Mei, langsung tiada penjelasan yang dibuat oleh KKM kepada JAKIM. Salah siapa? Pihak JAKIM menegaskan jika Februari isu ini timbul, maka Februari lah tindakan diambil.
Namun begitu, JAKIM lah yang dihukum oleh rakyat..

2. Kenapa logo halal boleh diluluskan kepada Cadbury?
  - Diingatkan sekali lagi, ini hanyalah satu isu pencemaran yang mungkin boleh berlaku diluar kilang dan di kedai2. Cadbury memiliki sijil halal seawal 2004 dan sehingga Februari lalu masih tidak ada penyelewengan tentang status halal dalam pemprosesan harian mereka. Namun rakyat terlebih dahulu menghukum JAKIM sebelum kata putus dikeluarkan..
JAKIM sekali lagi dipijak-pijak!

Pada 26 Mei, JAKIM telah mengambil kedua dua jenis produk yang terlibat itu bersama-sama 4 produk lain serta 5 jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan DARI KILANG untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Kimia Malaysia(JKM) bagi tujuan ujian dan pengesahan. Berbeza dari ujian yang dilakukan oleh KKM tempoh hari yang mana sample diambil dari kedai, bukan dari kilang. Hal ini yang mungkin mengakibatkan berlakunya pencemaran tersebut.

Alhamdulillah, pada hari ini [2 Jun], pihak JKM telah tampil dengan keputusan ujikaji dan mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan pada 2 jenis produk tersebut [rujuk: keputusan ujian JKM]. Walaubagaimanapun, pemeriksaan keseluruhan akan dijalankan keatas kilang Cadbury mengikut prosedur2 yang sepatutnya.

1 lagi persoalan timbul. Adakah ini satu sandiwara untuk menyelamatkan syarikat Cadbury dan adakah disana telah berlaku transaksi rasuah disebalik keputusan ini? 
- persoalan ini sering berlegar bila terbit sebarang kekeliruan dalam pengurusan pihak kerajaan. Janganlah kita mengambil isu ini sebagai bayangan kepada isu2 rasuah yang pernah terbukti berlaku sebelum ini. Hanya berbekalkan kebarangkalian yang direka sendiri, kita tidak berhak menuduh itu dan ini! Ini soal darah daging umat Islam di Malaysia. 

Adapun tersiar kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan coklat Cadbury Halal dimakan sebelum didakwa tercemar [rujuk: Majlis Fatwa]. Ia bertujuan untuk meredakan perasaan orang ramai yang sangat beremosi sehingga ada yang mahu menyamak, menyucikan darah, membakar bangunan dan sebagainya dek takutnya akan coklat tersebut yang sudah menjadi darah daging mereka. Kenyataan ini boleh digunapakai samada sekiranya produk Cadbury itu terbukti haram, mahupun terbukti tiada DNA babi dikesan. Asasnya, kita sebagai orang awam yang tidak mampu untuk menyelidik setiap makanan secara saintifik dan hanya mampu bergantung kepada logo halal JAKIM, bukan menjadi kesalahan kita jika ia haram. Sebaliknya pihak yang bertanggung jawab itulah akan menanggung dosa disebabkan pengkhianatan terhadap amanah yang diberi. Kecuali memakan daging yang dilabel Pork yang bercop halal.  

Baca dan fahami betul2 sebelum baca komen orang ramai..

Perangai kita. 
Seperti terjumpa orang muda berambut kusut masai berbaju lusuh. Hanya bermodalkan penampilannya seperti seorang perompak ditambah dengan satu jeritan yang mendakwa dia seorang perompak, kita secara beramai2 menangkap dan membelasahnya sehingga koma tanpa soal siasat terlebih dahulu. Samada terbukti bersalah atau tidak, bukan itu caranya! Serahlah kepada pihak berwajib. yang pasti, setiap lebam2 yang diterima pasti ada balasannya terhadap si pemangsa di akhirat kelak. Apa-apa pun, kita lah yang berhak kepada kantung dosa dan pahala kita. Itupun kalau kita beriman kepada hari Akhirat! 

Pihak berwajib sudahpun bersidang dan tampil dengan keputusannya. Sekarang pilihan berada di tangan kita. Mahu terus boikot Cadbury, terpulang. Yang pasti jangan sesekali menghasut orang lain dengan membuat tuduhan dan fitnah. 

Tepuk dada tanya iman, sebelum mulut berkata sebelum tangan menulis, tanya diri seandainya timbangan dosa seberat timbangan pahala, adakah tulisan atau perkataan kita itu akan memberatkan sedikit timbangan dosa lalu menghumban kita ke neraka? 

JAKIM tidak pernah membuat U-TURN. Sebaliknya mereka hanya berjalan terus dengan langkah berhati-hati dan sedaya upaya menerangkan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
hanya kita yang terlebih bersangka buruk..

Allahua'lam

rujukan;

Dokumen Sulit
https://www.dropbox.com/s/2mz68xrxrwyrvvl/sulit.jpg

Kenyataan Media KKM
https://www.dropbox.com/s/ny21ylgf6np4434/media%20kkm.jpg

Kenyataan KP JAKIM
https://www.dropbox.com/s/zmc791yezlir4sa/media.jakim.jpg

Penerangan pegawai JAKIM
@[666816963373225:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=666816963373225&set=a.259095060812086.80145.100001347838242&type=1&relevant_count=1]

keputusan ujian JKM
http://www.astroawani.com/news/show/kenyataan-media-berkenaan-keputusan-ujian-dna-babi-dalam-produk-cadbury-37022

Majlis fatwa
http://www.astroawani.com/news/show/coklat-cadbury-halal-majlis-fatwa-kebangsaan-36793

Sumber: facebook

2 comments:

Mohamad Zin said...

Saya masih tidak dapat menerima kenyataan mengatakan bahawa sampel coklat yang dikesan ada DNA babi mugkin akibat pencemaran. Boleh pihak jakim atau syarikat cadbury jelaskan macamana boleh berlaku pencemaran ini. Saya berandaan ada kemungkinan pencmaran boleh berlaku kerana dikilang itu juga ada memproses benda2 haram drp unsur babi dikilang itu. Sehingga kini pihak cadbury masih membisu dan tiada penjelasan bagaimana pencemaran boleh berlaku. Pemantauan sepatutnya dijalankan di kilang dan juga coklat yg berada dipasaran. Sampel dikilang perlu diambil sendiri oleh pegawai jakim dan mesti dilakukan secara dhoc tanpa di ketahui oleh pihak kilang masanya. Persampelan secara rawak coklat cadbury di beberapa seluruh negara spt di seven eleven atau supermarket perlu dilakukan dan dianalisa kandungan. Selain jabatan kimia, upm, mardi dan makmal teknology park boleh buat anlis dna babi. Persampelan dipasaran adalahlebih reprentatif kerana ia melibatkan batch bancuhan yang berlainan. Saya harap pihak persatuan pengguna islam dan cap ambil initiatif utk buat pemantauan dan persampelan dipasaran.

Nazman said...

Saranan dari En Mohamad Zin perlu dipandang serius dan tindakan segera dari JAKIM amat diharapkan. Sepatutnya JAKIM perlu ada ada pegawai penguatkuasa yang mencukupi.

Followers