Tuesday, January 28, 2014

PRK DUN KAJANG: PEMUDA PAS MALAYSIA TUNTUT PENJELASAN

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawtan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat 'syura' di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADN Kajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda 'politik egois' dan 'besar kepala' dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti 'boss besar' yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah 'pemegang saham minoriti' di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.

Saudara Mohd Sany Bin Hamzan

Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia

28 Januari 2014

1 comment:

Ridd said...

Gua SETUJU....Sesangat-sangat. Ini Dinamakan RAKYAT DIPOLITIK. Kamu semua adalah ahli politik, tapi janganlah sampai Rakyat diusung sama. Rakyat sudah memberi MANDAT dan KEYAKINAN penuh pada yang dipilih.

Gua percaya Rakyat KAJANG mesti akan marah dan rasa tidak puas hati. Jangan rasa terlalu Yakin dengan masalah KANGKUNG dan kenaikan harga. Rakyat pun ada tugas dan Tanggungjawab yang perlu ditanggung.

Kalau PKR ada masalah selesaikan dengan cara yang betul. Seluruh Negeri membaca dan menilai. Alasan yg di berikan untuk meletak jawatan tidak masuk akal sama sekali dan tindakkan ini terlalu DUNGU. walaupun ia ada berlaku atau apa saja dalam sejarah politik Malaysia, yang pasti ia tidak WAJIB berlaku pada waktu yang mana Rakyat sedang menanggung BEBAN. Adakah PKR ini wujud atas dasar membuat perubah yg baik buat RAKYAT atau mengambil kesempatan dari perbuatan terkutuk BN.

Dalam Barisan PR Tak mungkin tiada seorang pun yang layak. kalau tak layak? mengapa pilih mereka untuk memimpim.

Kalau Benar DSAI atau RAFIZI(YB Parlimen Gua ni)ini bukan lah waktu yang tepat. Tan Sri Khalid kalau buat kesilapan pun panggil semua YB yang dilantik oleh RAKYAT Selangor untuk bermesyuarat dan aturkan penyelesaian untuk Tan Sri apa yang perlu beliau patuhi, bukan dengan cara memecat beliau.

Adakah dengan cara memecat Tan Sri masalah dalam PKR akan selesai. Kalau benar kenyataan YB kajang ini, beliau tiada prinsip dan tidak boleh dipercayai di masa akan dating.

Dengan Isu ini, BN teramatlah gembira sama sekali. malah BN tidak akan gusar untuk bertanding.

Followers