Sunday, April 7, 2013
Najib Razak mungkir janji, punca puluhan ribu pekerja bank turun ke jalanraya
Setahun yang lalu, Kesatuan Sekerja Pekerja Bank Malaysia atau National Union of Bank Employees (NUBE) telahpun berjumpa, berbincang dan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mengenai kegagalan pihak bank (terutamanya bank yang berasaskan kerajaan - GLC) dalam menangani permasalahan dan kebajikan para pekerja mereka.
Di dalam pertemuan tersebut, Najib Razak telahpun memberikan janji beliau untuk menyelesaikan permasalahan tersebut kepada Setiausaha Agung NUBE, Saudara J. Solomon yang mengetuai rombongan kesatuan itu.
Bukan sekali, tetapi telah 3 kali pertemuan NUBE dengan Najib Razak diadakan.
Kini, setelah setahun berlalu, janji yang diberikan oleh Najib Razak kepada NUBE masih tidak terlaksana sehinggakan pihak bank telah menjadi lebih berani dalam menekan dan menganiaya para pekerjanya.
Tiga bank GLC yang dikatakan terkehadapan dalam permasalahan dengan para pekerjanya adalah Maybank, CIMB Bank dan juga Bank Muamalat. Dan di antara tiga bank tersebut, salah satu CEOnya adalah adik Perdana Menteri sendiri, Nazir Razak yang menerajui CIMB.
Ini memburukkan lagi keadaan apabila Najib Razak dilihat berpihak kepada adiknya berbanding para pekerja bank yang sekaligus memusnahkan slogan yang diciptanya sendiri iaitu, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
Sebagai memperingati setahunnya janji Najib Razak yang 'dicapati', puluhan ribu ahli NUBE telahpun turun ke jalanraya dengan berpiket di Maybank dan CIMB, di ibu negara semalam.
Piket yang dinamakan Piket Daulat 6413 itu telah berjaya membuktikan bahawa para pekerja bank bukanlah rakyat yang boleh dimungkiri janjinya.
Untuk gambaran mengenai Piket Daulat 6413 tersebut, bolehlah di layari di Facebook Friends of Union.
Dan untuk permasalahan pekerja yang ditindas oleh pihak bank, sila ikuti di SINI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment