Wednesday, February 9, 2011

Sehari bersama DS Nizar: Meninjau ke Pulau Pasir Hitam

PULAU PASIR HITAM (7 Feb 2011): Sekitar jam 2.30 petang, DS Nizar dan rombongannya berlepas ke Pulau Pasir Hitam.

Pulau Pasir Hitam yang berkeluasan kira-kira 4 hektar ini terletak didalam kawasan Parlimen Bukit Gantang. Perjalanan untuk sampai kesini dianggarkan 45 minit dengan menaiki bot.

Di pulau ini hanya terdapat sebuah balai polis, sebuah klinik desa, sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, tokong dan dewan orang ramai.

Sepertimana juga dengan Pulau Kuala Sanggar, bekalan elektrik hanya melalui generator manakala airnya daripada tadahan air hujan.


Senyuman seorang wakil rakyat yang menjalankan tanggungjawabnya

Tiba di jeti


Disambut penduduk tempatan

Pasangan yang bersama-sama memikul amanat rakyat

Ketibaan DS Nizar memang dinanti-nantikan

DS Nizar memang gemar menziarahi balai polis disetiap tempat yang dilawatinya. Seorang anngota polis sedang bersalaman dengan DS Nizar. Menurut pembantu DS Nizar, anggota polis disini meminta jasa baik jika dapat membekalkan sebuah televisyen kerana antena dan televisyen yang sedia ada telah teruk dan lama.

Berjumpa dengan penduduk tempatan

Ramai yang gembira dengan kunjungan DS Nizar

Kaum wanitanya juga tidak ketinggalan menyambut Datin Seri Fatimah Taat


Tiada kanak-kanak yang terabai daripada usikan DS Nizar

Tempat berkumpulnya penduduk setempat

Jamuan makan disediakan oleh muslimat dan DHPP. Seperti juga jamuan di Pulau Kuala Sanggar tadi, lemang memang dibawa khas oleh DS Nizar

Sambil menjamu selera dengan lemang dan rendang, segala permasalahan diluahkan secara terus kepada wakil rakyat mereka

Mohd K.Y. Tiang mengacarakan majlis

DS berucap kepada penduduk Pulau Pasir Hitam


Tepukan diberikan sebaik selesai ucapan

Bantuan kewangan untuk diesel diserahkan kepada wakil penduduk


Bersalaman sebelum pulang

Memberikan kata-kata semangat kepada penduduk untuk terus memberikan kerjasama dalam memajukan pulau ini

Lambaian selamat jalan dan terima kasih buat wakil rakyat yang berkunjung kesini

Setiba ditanah besar, DS Nizar sempat singgah menziarahi orang sakit dan kematian pada sebelah petangnya.

Bertanya khabar akan kesihatan seorang rakyat di Parlimen Bukit Gantang

Mendoakan kesihatan dan kesembuhan seorang pesakit

Program ziarah Dato Seri Nizar didalam kawasan Parlimen Bukit Gantang yang merangkumi tiga tempat pada hari ini begitu bermakna dan berjaya dalam beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat yang prihatin terhadap rakyat dikawasannya.

Semoga program ziarah sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara seorang ahli Parlimen dan rakyat didalam kawasannya. Disamping itu, segala permasalahan yang dihadapi dapat disampaikan secara terus kepada Dato Seri Nizar untuk diambil perhatian dan segera dapat diatasi serta diselesaikan.


1 comment:

cucukerinci said...

Kpd Tungkaran hati...cuba lah memahami strategi perjuangan PAS...PAS bukan saja berjuang nak menang dlm P/raya...tapi untuk dakwah...apa perlu takut dgn DAP dan PKR???.....PAS berkawan dan menyampaikan risalah Islam yg sebenar kpd org Bukan Islam BUKAN seperti UMNO yg mengelirukan kefahaman org bukan Islam terhadap Agama Islam....contoh mudah saja,, setiap kali ceramah walaupun di kawasan org Cina...pemimpin PAS memulakan ucapan dgn bacaan ayat suci Al-quran serta menerangkan maksudnya
Macam mana dengan UMno....depnan org bukan Islam dia memperlekehkan hukum yg jelas dlm alquran dan hadis....inilah yg menyebabkan org bukan Islam keliru.....org bukan Islam tidak akan memusuhi Islam jika mereka mendapat penjelasan yg betul....Allahuakbar!!!!

Followers