Gambar: CALON PAS DUN Tenang, Normala Sudirman (dua dari kanan) bersama Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang, Salahuddin Ayub membuat lakaran perkataan Mandarin 'huaan' yang bermaksud ubah. - Foto Nurul Shafina Jemenon
Tengahari semalam, bertempat di perkarangan Wayang Pacak PAS, DAP melancarkan tema sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 3 Februari nanti. Majlis itu diserikan dengan tarian singa dan mainan gendang daripada kumpulan 'Action Team'.
Pada majlis tersebut, Cikgu Mala diberi peluang menyempurnakan tulisan tema Tahun Baru dalam bentuk kaligrafi Cina iaitu 'Huan' yang bermaksud ubah.
Dr Hew Kuan Yau, Exco Publisiti DAP berkata, berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina, setiap Tahun Baru mereka akan memilih satu tema sebagai simbol permulaan yang baik bagi tahun tersebut.
Lazimnya tema yang dipilih ini akan dipamerkan atau digantung di hadapan pintu rumah dengan tujuan menghalau roh jahat. Amalan tradisi ini juga dianggap sebagai membawa tuah bagi masyarakat Cina amnya.
Tambah Dr Hew lagi, Cikgu Mala akan menulis tema tahun baru tersebut sebanyak 6 salinan. Ini kerana bilangan 6 kali atau 6x6 membawa maksud 'sangat lancar'.
"Kami percaya kemenangan untuk memenangi kerusi di Dun Tenang kali ini akan berpihak kepada PR melalui calon PAS, Cikgu Mala."
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mohammad Sabu, Dato Mahfuz Omar, Dr Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau. -n05tenang
Gambar-gambar pelancaran 'Huan' dari lensa Kak Leha.
Laga perut tu Bang Mad, MCA tak nak komen ke?
3 comments:
Wahai Ajijoi,
Bertemu lagi kita, Ajijoi di ruangan propaganda ala politik barat persis Yahudi.
Kita rasa Ajijoi dah tahu PR (tak berdaftar) di Selangor tengah kantoi di DUN. Bayangkan PR ada 34 manakala BN ada 20, nak luluskan undang2 terpaksa PR (tak berdaftar) mengemis dari BN.
Kalau nak dikira 2/3 majoriti untuk meluluskan rang undang2 menyebabkan Khalid mengemis dari BN.
Tak malukah wahai Ajijoi?
Hebat sungguhkah PR (tak berdaftar) ini?
Kalau ikut rentak Ajijoi, PR (tak berdaftar) memang kuat di Selangor.
Kalau kuat mengapa pula boleh jadi kantoi sebegitu rupa?
Selama ini berdegar2 bunyi politik PR (tak berdaftar) dengan 34 kerusinya di Selangor.
Buat apa buang masa sia2 jadi kerajaan di Selangor dengan mengadakan sidang tergempar yang memerlukan 2/3 majoriti?
Buat malu PR (tak berdaftar) bertanding di dalam pilihanraya yang pada anggapan PAS, parti dokongan Ajijoi banyak pengundi HANTU.
Ada juga agenda hendak mengurangkan sokongan di sebelah BN dengan menggunakan kuasa speaker ke atas ADUN sah Pelabuhan Kelang.
Usaha ini tetap sia2.
Tempoh hayat penggal pemerintahan PR (tak berdaftar) di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tinggal lagi separuh sebelum tsunami yang ke 13.
Kita nak tunggu apa jadi seterusnya di Tenang, Merlimau dan mungkin di Pelabuhan Kelang.
Jadi, parti mana yang akan dipilih oleh tsunami ini sebelum tsunami umum ke 13 nanti?
Ajijoi, tunggulah saatnya nanti.
Sekian.
Wahai Ajijoi,
Merayu2 Pak Hadi kita tu kepada pengundi di Tenang.
Teruskan rayuan itu sampai tsunami yang ke 13.
Kalau dibuat analisis terhadap PAS selama 50 tahun di dunia ini, memang terbeliak mata ahli PAS.
Tapi mereka hati sudah tertutup, mata buat2 tak nampak dan telinga banyak tahi.
Kalau diberi seribu fakta pun, mereka ini masih sanggup ditipu walaupun sejuta kali.
Kalau dihitung sejak tsunami 2008, negeri di bawah perintah PR (tak berdaftar) hanya galak bermain politik yang menghuru-harah keadaan di negeri tersebut.
Seolah-olah negeri itu diperintah oleh seorang residen zaman mat saleh dahulu kala.
Begitulah gayanya.
Sekian.
Wahai Ajijoi,
Dengar cerita ada SMS mengatakan tempoh pengundian akan dipanjangkan.
Ini taktik parti yang tahu akan kalah.
Kemudian beritahu semua orang kononnya PAS telah berjaya mengurangkan majoriti yang dimenangi.
Bukan semua orang boleh diperbodohkan. Penyokong PR (tak berdaftar) macam PAS boleh diperbodohkan tetapi tidak penyokong BN.
Kalau Ajijoi nak tahu, tempoh pengundian tidak boleh dipanjangkan mengikut undang2.
Dan tak pernah berlaku pun.
Sekian.
Post a Comment