Sunday, August 17, 2008

Hari terakhir Muktamar Pas

Hari terakhir Muktamar Pas ke 54 di Ipoh menyaksikan penggulungan dan sokongan terhadap usul-usul yang diketengahkan perwakilan hari sebelumnya.

Namun begitu, ucapan daripada YB Khalid Samad tentang usul berkaitan dengan Islam begitu menarik perhatian saya dan juga hadirin.

Ucapan daripada Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz juga begitu meyakinkan akan perjuangan Pas terhadap Islam.

Dua wakil antarabangsa daripada Palestin dan juga Pakistan menyampaikan ucapan dengan diterjemahkan oleh Ust Nasarudin Mat Isa (Palestin) dan juga Ust Mujahid Rawa (Pakistan).

Wakil daripada Kelab Penyokong Pas Nasional, Hu Pang Chaw berjaya mencuit hati perwakilan dan juga pemerhati dengan ucapannya yang fasih berbahasa Melayu dan penuh dengan isi yang bermakna.

Presiden Pas, Haji Hadi Awang menyempurnakan muktamar dengan ucapan yang begitu berkesan dalam menetapkan hala tuju Pas di dalam arus dakwah dan siasah negara.

Ketetapan sebulat suara perwakilan menyokong kesemua usul yang dibawa menutup muktamar kali ini selesai jam 3.00 petang.






Ucapan daripada wakil Pakistan, Amir Jamaat Islami Pakistan, Qazi Hussain Ahmad dan diterjemahkan oleh Ust Mujahid Rawa


Mat Sabu melancarkan kutipan derma kilat untuk pejuang Palestin membebaskan negara mereka dan juga Masjidil Al-Aqsa. Jumlah kutipan kilat itu berjumlah melebihi RM60,000

Amanat daripada Presiden Pas
Ust Norazli Musa bersama Amir Jamaat Islami Pakistan, Qazi Hussain Ahmad.

Mat Sabu bertemu dengan kawan lama.

Perwakilan daripada Pas Bahagian Gopeng, Haji Haiyi dan Haji Amran.

YB Khalid Samad dan Hu Pang Chaw (Pengerusi Kelab Penyokong Pas Nasional)

YB Zainuddin dan Fadzil daripada unit Protokol memastikan perjalanan dan tetamu Muktamar berjalan lancar.

Saturday, August 16, 2008

Pidato Perdana

Malam ini akan diadakan Pidato Perdana di Stadium Perak, Ipoh jam 9.30 malam.

2 Tuan Guru iaitu Tuan Guru Nik Aziz dan juga Tuan Guru Haji Hadi Awang akan bergandingan didalam ceramah atau pidato perdana ini. Wakil-wakil daripada Jordan, Filipina dan Indonesia juga akan turut serta menyampaikan pidato mereka.

Namun, sayang sekali saya tidak dapat hadir kesana kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan dan juga akibat kebasahan apabila pulang petang tadi daripada stadium waktu hujan lebat.

Sidang Muktamar Pas


Hari ini perwakilan daripada setiap negeri dan juga daripada Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama menyampaikan sokongan atas ucapan dasar Presiden Pas, Haji Hadi Awang semalam serta mengutarakan segala usul-usul dan juga pendapat bagi membangunankan Pas bersama Islam.

Setelah selesai kesemua negeri dan dewan berucap, giliran pimpinan Pas pula yang menjawab segala macam saranan dan juga teguran yang disampaikan hari ini.

Prof. Dato Dr Harun Din berucap bagi pihak Dewan Syura Ulama' serta diikuti oleh ucapan Presiden Pas, Haji Hadi Awang.

Sidang Muktamar hari ini berakhir jam 6.15 petang dan akan disambung esok jam 8.30 pagi. Sesiapa yang mahu mengikutinya secara 'live' didalam Stadium Indera Mulia, bolehlah dapatkan tag pemerhati yang berharga RM5 untuk masuk kedalam stadium tertutup itu.




Gambar menarik sekitar Perasmian Muktamar Pas








Tag pemerhati Muktamar Pas


Inilah tag yang perlu dipakai untuk masuk mengikuti Muktamar Pas ke 54 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Dan Alhamdulillah, saya berpeluang bersama-sama mengikuti Muktamar Pas kali ini.

Saiful tak perlu bersumpah : Dr Harun Din


Menurut Prof. Dato Dr Harun Din, Saiful sepatutnya tidak perlu bersumpah kerana mengikut ajaran Islam yang sebenarnya, Saiful sebagai orang yang mendakwa hanya perlu membawa saksi atas pertuduhannya itu manakala Anuar sebagai yang tertuduhlah yang perlu bersumpah jika tidak dapat membawa bukti untuk menafikan pertuduhan itu. Itu pun sumpah hanya dilakukan selepas selesai segala siasatan dan pendakwaan di mahkamah syariah.

Penjelasan itu beliau berikan apabila ditanya oleh orang ramai semasa sesi soal jawab didalam majlis Nostalgia Forum Perdana yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh malam tadi.

Akhlak Islam juga perlu diterapkan dengan tidak mengaibkan seseorang muslim itu secara terang-terangan seperti apa yang berlaku di Malaysia ketika ini.

Nostalgia Forum Perdana


Malam Nostalgia Forum Perdana telah berlangsung di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh bagi mengimbas kembali kegemilangan siaran langsung Forum Perdana suatu ketika dahulu yang disiarkan oleh RTM.

Para panel yang senantiasa muncul pada ketika itu kini telah berada didalam jemaah Pas dan sudah pastilah tiada lagi peluang untuk mereka muncul dikaca tv negara kita.

Oleh yang demikian, bagi mengenang kembali nostalgia tersebut, maka pengelola Muktamar Pas telah mengadakan satu slot untuk Nostalgia Forum Perdana dengan ahli panel yang memang tak asing lagi dan cukup popular semasa rancangan Forum Perdana di tv dahulu.

Mereka yang dimaksudkan adalah Prof. Dato Dr Harun Din, Ustaz Taib Azamuddin dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Pengerusi majlis telah diamanahkan kepada Ustaz Misbahul Munir dengan tajuk yang dipilih adalah 'Pas untuk Semua'.
Saya rasa andaikata Dato Dr Hassan Ali yang mempengerusikan majlis forum perdana malam ini, tentu lebih terasa nostalgianya kerana Dato Dr Hassan Ali adalah bekas pengerusi siaran tersebut dahulu.

Diakhir forum, Prof. Dato Dr Harun Din telah membacakan doa kepada kesemua yang berhajat dan membawa air untuk dibuat air penawar.

Friday, August 15, 2008

Haji Hadi bersolat Jumaat di Masjid Negeri

Perancangan awal yang membenarkan Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Aziz membaca khutbah masing-masing di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) dan Masjid Sultan Azlan Shah (Masjid Jalan Diary) hari ini telah membangkitkan semangat penduduk Ipoh dan juga warga Perak seluruhnya untuk mendengar sendiri khutbah Jumaat daripada dua tokoh Islam yang disayangi ramai itu.

Namun, perancangan itu telah menjadi sebaliknya apabila kebenaran itu ditarik kembali. Walaupun begitu, kedua masjid itu tetap dipenuhi orang ramai yang telah lama merindui kedua pimpinan tertinggi Pas itu dan amat teringin untuk mendengar bacaan khutbah mereka secara langsung.

Saya berkesempatan bersolat di Masjid Negeri tadi dan memang menjangkakan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz, tetapi perancangan tersebut telah ditukar dengan Haji Hadi yang hadir ke Masjid Negeri. Mungkin rezeki saya hari ini, dapat bersalam dan mencium tangan Tuan Guru Haji Hadi dan juga Dr Ammam Said daripada Jordan.



Kelihatan orang ramai berasak-asak untuk bersalaman dengan TG Haji Hadi.





Wakil dari Palestin ini berdoa setelah selesai menunaikan solat sunat selepas solat Jumaat tadi.





Beginilah keadaannya apabila mendapat peluang bersalaman dengan pemimpin Islam.

Thursday, August 14, 2008

Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas

Malam tadi telah dilaksanakan perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke 49 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Majlis telah dirasmikan oleh Naib Presiden Pas, Ust Nasharuddin Mat Isa dengan ucaptama yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas, Sdr Salahuddin Ayub.

Muktamar Dewan Pemuda Pas akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada hari ini.





Teman seperjuangan : Sdr Azhar Rafaie (atas), Cikgu Naim dan anak serta Sdr Fadzil.

Followers