Dalam kesibukan hariannya sebagai seorang Pesuruhjaya Pas Perak, Haji Razman Zakaria kini menjelajah satu lagi wadah baru untuk lebih dekat dengan kita semua. Dari mana masa sibuknya yang beliau selitkan untuk menulis, tak tahulah saya.
Kini, buah fikiran dan perasaannya diluahkan untuk dikongsi bersama dalam bentuk tulisan di blog. Jangan tak percaya, Pesuruhjayaku ini kini seorang blogger.
Tulisan beliau boleh diikuti di laman blog yang beralamat paktehrazman.blogspot.com
Semoga beliau dianugerahkan kesihatan yang baik dan waktu senggang yang bermanfaat untuk lebih banyak menulis di dalam blog beliau itu.