Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Friday, September 28, 2012

Belanjawan 2013 BN sasar rakyat pertengahan?


Belanjawan atau Budget 2013 yang akan dibentangkan petang ini oleh Perdana Menteri Malaysia akan menjadi usaha terakhir kerajaan BN untuk meraih undi bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang entah bila tetapi pasti terpaksa ditempuhi.

Sasaran kali ini dianggarkan tumpuannya meliputi rakyat kelas pertengahan yang rata-rata merupakan golongan teramai dalam senarai pengundi.

Agak tidak adil untuk mengulas sesuatu yang belum dibentangkan lagi. Oleh yang demikian, sama-samalah kita tunggu pembentangan Budget 2013 pada petang ini untuk mengetahui 'gula-gula pilihanraya' yang bakal ditabur buat rakyat Malaysia sebelum ke peti undi.

Anda terdiri daripada golongan kelas pertengahan? Bersedialah untuk bertepuk sorak beramai-ramai petang ini.

Thursday, September 27, 2012

Sokongan terhadap Umno & BN Perak tak sampai 40%?

Baru-baru ini telah berlangsung satu mesyuarat khas bagi mengumpulkan segala maklumat serta kajian mengenai sokongan masakini rakyat negeri Perak terhadap parti Umno dan juga Barisan Nasional.

Pelbagai jentera parti mengambil bahagian termasuklah beberapa orang think-tank yang membantu dalam penyelidikan yang dijalankan.

Setelah segala maklumat risikan, bancian dan juga culaan undi dikumpul dan disemak, ternyata keputusan yang diperolehi oleh Umno dan Barisan Nasional Perak tidaklah seperti yang diharapkan mereka.

Data dan angka tidak pernah menipu. Sokongan rakyat terhadap parti itu tidak sampai 40%, menurut keputusan kajian dalam mesyuarat tersebut.

Angka yang kurang daripada 40% itu pula dikatakan bukan hanya berlaku di negeri Perak tetapi turut dialami oleh beberapa negeri yang lain.

Ini juga merupakan salah satu punca mengapa Najib masih teragak-agak dan tidak berani untuk membubarkan parlimen bagi memberi ruang untuk diadakan pilihanraya umum ke-13. Hanya setakat memekik-mekik di dalam kaca tv kononnya mereka masih kuat dan menjadi pilihan rakyat.

Sungguhpun telah banyak yang ditabur kepada rakyat, dan akan ditambah lagi di dalam belanjawan 2013 nanti, rakyat kini telah mula celik dan bijak berpolitik. Fakta yang diterima pakai kini adalah semakin kuat parti pembangkang, semakin banyaklah faedah dan ganjaran yang akan diperolehi oleh rakyat.

Mampukah Umno dan Barisan Nasional mempertahankan takhta pemerintahan mereka dengan sokongan yang tidak sampai 40% itu? Ataupun cukup hanya 55 tahun?

Belanjawan Pakatan Rakyat 2013


Belanjawan 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada petang esok bermula jam 3. Banyak spekulasi yang berlegar mengenai imbuhan-imbuhan yang akan dibentangkan buat rakyat pelbagai peringkat.

Namun begitu, Pakatan Rakyat telahpun mengeluarkan belanjawan mereka sendiri bagi tahun 2013 dan akan dibentangkan pada hari ini.

Rakyat punya pilihan untuk menilai kedua-dua belanjawan bagi tahun hadapan sebelum membuat keputusan bagi mengundi pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Untuk mendapatkan laporan penuh belanjawan 2013 Pakatan Rakyat, sila layari : http://www.scribd.com/doc/107036853/BELANJAWAN-2013-PAKATAN-RAKYAT


Tuesday, September 25, 2012

Bakal kembali

Assalamualikum!

Sepuluh jari ini disusun bagi memohon maaf kepada pengunjung-pengunjung setia blog ajijoi yang telah sekian lama menyepi daripada entry-entry terkini.

Selama sebulan Ramadhan, saya dihimpit dengan penyakit batuk, waktu senggang untuk menyampaikan berita diganti dengan rehat setelah penat menahan batuk sambil berpuasa.

Setelah sedikit lega menjelang Syawal, Apak pula dijemput Ilahi. Segala kekuatan dan semangat ditarik sama sehingga tiada upaya untuk mengemaskini blog ini.

Kini, insyaAllah, kekuatan dan semangat sedang dicari untuk kembali melayar alam blog bagi menyampaikan sekadar yang termampu seperti sediakala.

Doa-doakanlah....

Followers

Video ajijoi

Loading...