Monday, June 6, 2016

Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar: Dimulai solat hajat bersama Tuan Guru Presiden


Perarakan calon PAS untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar dimulakan dengan zikir munajat dan juga solat hajat yang dipimpin oleh Tuan Guru Presiden Dato Seri Haji Hadi Awang. Berkumpul disepanjang jalan berhampiran MCKK (Malay College Kuala Kangsar) sebelum pimpinan PAS dan juga ahli serta penyokong berarak membawa Dr Najihatussolehah Ahmad ke Dewan Jubli Perak untuk mendaftar sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Cuaca panas sedikit pun tidak menghalang semua yang hadir untuk berhimpun dan bersolat hajat memohon kehadrat Ilahi bagi membantu perjalanan parti PAS di dalam pilihanraya kecil kali ini.

Ustaz Wahab Dawam memimpin zikir munajat sebelum solat hajat

Ustaz Sidek Nor,, Ketua Dewan Ulama' PAS Perak antara pimpinan yang hadir


Ustaz Idris Ahmad tekun mendengar sesuatu yang diperkatakan YDP Pas Kuala Kangsar Raja Iskandar


Ketibaan susuk tubuh yang dinantikan, Tuan Guru Haji Hadi Awang dengan diiringi oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria




Solat hajat dipimpin oleh Tuan Guru Presiden sendiri






Ruang yang terhad tidak dapat menampung kesemua yang hadir untuk turut serta bersolat hajat



Doa dipanjatkan dengan penuh kesedaran bahawa segala usaha yang dilakukan di dalam pilihanraya kecil ini tiada daya dan upaya selain dengan pertolongan Yang Maha Esa. Kemenangan mahupun kekalahan segalanya di dalam ketentuanNya jua

Selesai solat hajat, ramai yang bersalaman bersama Tuan Guru Haji Hadi

Tuan Guru dibawa ke tempat perhimpunan untuk mengiringi calon

Thursday, May 26, 2016

Alhamdulillah. PAS berjaya bentang RUU Mahkamah Syariah (Pindaan) 2016 di Parlimen

Sungguhpun hari ini adalah hari terakhir parlimen bersidang dan RUU Mahkamah Syariah (Pindaan) 2016 yang mahu dibentangkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula diletakkan di nombor 15, dengan kuasa Allah Taala serta doa ahli-ahli Pas serta umat Islam seluruhnya, pindaan tersebut berjaya juga dibentangkan hari ini.

Sungguhpun perbahasan pindaan tersebut diminta tangguh sehingga persidangan Parlimen yang akan datang, sekurang-kurangnya pindaan tersebut telahpun berjaya dibacakan pada sidang kali ini yang mana ianya akan membuka jalan bagi perbahasan dan seterusnya diluluskan. 

Umat Islam yang mengikuti persidangan Parlimen hari ini tentu saja amat kecewa dengan suara-suara tentangan dan juga pertikaian berkenaan pindaan tersebut terutamanya yang datang daripada orang yang mengaku beragama Islam itu sendiri.

Biar apapun, kita semua perlu bersyukur atas kejayaan parti PAS yang sentiasa istiqamah dalam perjuangannya menegakkan agama Islam dinegara ini biarpun ditentang hebat daripada pelbagai penjuru.

Alhamdulillah. Takbir!

Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar


Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam bertempat di padang berhadapan Markaz Pas Kuala Kangsar, Bukit Chandan.

Pengumuman tersebut akan dilakukan oleh Timbalan Presiden Pas, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bersama YB Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden Pas), Haji Razman Zakaria (Pesuruhjaya Pas Perak) dan juga Raja Iskandar Al-Hiss (YDP Pas Kuala Kangsar).

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi bersama-sama meraikan calon  bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang akan diumumkan malam esok. 

Semoga segalanya berjalan lancar dan calon yang akan diumumkan itu menjadi pilihan seluruh warga Kuala Kangsar bagi memenangkan Pas di dalam pilihanraya kecil tersebut.

Saturday, December 5, 2015

Ceramah Umum di Tmn Song Choon, Ipoh malam ini


Satu ceramah umum akan diadakan di Surau Al-Falah, Taman Song Choon, Ipoh malam ini selepas solat Maghrib.

Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Hassan Bin Razak.

Semua dijemput hadir beramai-ramai.

Wednesday, November 11, 2015

Dialog dengan Naib Presiden Pas di Pengkalan Pegoh malam ini

Malam ini, Naib Presiden Pas Ustaz Idris Ahmad akan bersama di dalam program Dialog Politik di Markaz Pas Cawangan Desa Aman, Pengkalan Pegoh, Ipoh.

Bolehlah ditanyakan apa saja tentang politik tanahair kepada beliau.

Jemput semua datang beramai-ramai.


Tuesday, November 10, 2015

Dialog Politik dengan pimpinan


Ramai yang hanya sembang di kedai kopi tentang isu semasa dan terkini. Facebook dan whatsapp jadi tempat rujukan tertinggi, tanpa tapis-tapis, tanpa tanya, terus terima sebagai sahih hasan.

Pimpinan kami diperingkat negeri dan kawasan jadi bahan, betul atau tidak, lain hal asalkan cerita-cerita mereka dapat disensasikan.

Tidak ketinggalan juga Adun Sg Rapat, YB Radzi Zainon yang banyak berlegar cerita-cerita tentang dia. Kata mereka beliau bakal beralih lambang, ditawarkan tempat untuk bertanding lagi dan macam-macam lagi.

Semua ini boleh ditanya secara berdepan, secara gentlemen di dalam program Dialog Politik malam esok, 11/11/15 jam 9 malam di Markaz Pas Cawangan Desa Aman, Pengkalan Pegoh.

Ada berani? Mari, jangan tak mari.

Nak tahu siapa pengkhianat rakyat? Datang malam ini.


Malam ini akan berlansungnya ceramah umum yang menjelaskan siapakah sebenarnya yang dikatakan pengkhianat rakyat dengan anjuran daripada Lajnah Penerangan Pas Parit Buntar dan Dewan Ulamak Pas Perak. 

Bertempat di Dewan Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin, Pusat Tarbiyyah Pas Kawasan Parit Buntar, akan ditampilkan ramai pimpinan Pas kawasan dan juga Dewan Ulama untuk menerangkan kepada orang ramai tentang isu dan permasalahan yang menimpa kita hari ini.

Jangan lupa, datang beramai-ramai ye.

Monday, November 9, 2015

Jom mengaji dengan Ustaz Sidek Nor


Malam ini ada pengajian daripada kitab Uslub Dakwah yang akan disampaikan oleh Ustaz Sidek Nor.

Bermula selepas solat Maghrib, kuliah akan dimulakan di Masjid Lama Gopeng.

Jom beramai-ramai

Saturday, July 11, 2015

Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP

Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.


Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.


Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.


Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.


Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Setiausaha Majlis Syura Ulamak,

24 Ramadhan 1436 / 10 Julai 2015

Sunday, June 14, 2015

Jual Pekasam

Kepada yang berminat, saya ada menjual pekasam pelbagai jenis untuk dinikmati sekeluarga mahupun untuk berniaga.

Pekasam Daging

Pekasam Daging Alynns dengan berat 160gm berharga RM10 sepeket.



Boleh digunakan untuk membuat nasi goreng.

Digoreng begitu saja, sama goreng kering atau goreng basah.

Dicampur ke dalam masak lemak cili api pun boleh juga.

Pekasam Ayam

Pekasam Ayam Alynns dengan berat 160gm berharga RM9. 


Pekasam ayam yang digoreng begitu saja. Juga boleh dipelbagaikan dengan bermacam resepi tersendiri.

Pekasam Kambing

Pekasam Kambing Alynns ini berharga RM15.


Pekasam Ikan

Pekasam Ikan Alynns: Ikan Sardin (3 ekor) RM4, Ikan Ara RM6 dan Ikan Talapia RM6.


Untuk order pekasam-pekasam ini, hubungi di Whatsapp, Wechat, Line, Facebook atau sms 012-5059056.

Kepada peniaga-peniaga yang ingin buat order dalam jumlah yang banyak, in shaa Allah akan diberikan diskaun istimewa. 



Followers