Monday, November 12, 2012

Midah angin satu badan kena kencing Umno Perak

Berikutan sebuah program di jeti Kelip-Kelip Kampung Dew di DUN kuala Sepetang didalam Parlimen Bukit Gantang pada petang 11 Nov 2012.

Jam 4 petang.....Dalam keadaan hujan lebat ketika itu menjadi panas buat YB Hamidah Osman (exco pelancongan Perak).

Apa tidaknya...??

Hamidah naik angin 5 kali kata penduduk kampung....hehehe....

Naik angin 1: Hamidah terpaksa datang sendirian setelah MB Zambry tidak hadir tanpa sebab.

Naik angin 2: Udah le Hamidah datang sorang...sekor wakil dari UMNO Bukit Gantang pun tak sambutnya diprogram tersebut....hahaha....

Naik angin 3: Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Datuk Rosli (ADUN Terong) pun tak datang dengan alasan tiada dijemput,wahal dalam Bahagian-nya sendiri.

Naik angin 4: Tapi aku dimaklumkan ada jemputan,sebab ada bukti surat jemputan kata seorang penduduk disini, jadi sebab YB Rosli tak mahu datang mungkin tak berapa sebulu dengan YB Hamidah...hahaha....

Naik angin 5: Paling kritikal apabila pengerusi persatuan Kelip-kelip (Kecap) yang juga Tok Ketua Kampung  Air Putih En. Mat Nor Saleh pun tak datang.

Hahaha.... Hamidah dikatakan amat berang diprogram tersebut yang dikatakan persiapan program amat gah dengan 9 agensi terlibat buat pameran dilokasi.

Hamidah hanya berucap pendek saja dan sempat menanam sepokok pokok berembang di tepi jeti tersebut...

Rata-rata penduduk di kampung Dew kecewa dengan program ini yang dikatakan hanya membuang masa mereka kerana tiada apa-apa kebaikan dengan kehadiran YB Hamidah....udah angin satu badan, tak ada apa2 janji le....hahaha....

Naik angin bonus: YB Hamidah sempat membelek kerusi-kerusi yang di sumbangkan Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Nizar yang berada di atas jeti kampung Dew...dengan kelu seribu bahasa.....hahaha.....




Saturday, November 10, 2012

Umno manipulasi istilah kafir harbi

Saya memandang serius berkenaan berleluasanya gejala fatwa kafir harbi yang kerap dilaung oleh individu atau puak tertentu pro UMNO. Hal ini disebabkan saya sendiri pernah berada di situasi berkenaan apabila sahabat seperjuangan saya YB Dr Lee Boon Chye dan angkatan PKR Gopeng digelar sebagai kafir Harbi semata-mata kerana membela suara rakyat Taman Pegoh Aman di Seksyen 18 di Parlimen Gopeng. Rakyat bangun  kerana ketidakpuashatian mereka terhadap bangunan misteri yang dibina oleh YB Hamidah Osman di padang permainan taman berkenaan.



Banyak risalah haram tanpa penerbit dikeluarkan malah beberapa NGO yang berhimpun di Taman Pegoh Aman melaung-laung seruan perkauman dan istilah kafir harbi menjadi slogan mereka sepanjang demo menyokong SAR.

Tindakan mereka berdemo tidak dapat mengikis sikap sebenar UMNO-BN terhadap SAR dan institusi pondok.

Akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu telah  mengeluarkan kenyataan berhubung satu temubual dengan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa'amah yang mengatakan  haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam dan turut melabelkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dengan gelaran Kafir Harbi.

Sungguh mudah mereka menggunakan istilah harbi seolah-olah pondok mereka tiada silibus berkenaan fiqh kenegaraan beza kafir zimmi dan kafir harbi. Sangat jahil dan dangkal.

Saya memuji tindakan bijak Presiden PAS bertanya di dalam parlimen berkenaan sikap semberono individu rasis menggunakan istilah harbi tanpa pedoman.

Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom  mengatakan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah "Kafir Harbi" yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini.

Presiden PAS  juga turut menyuarakan kebimbangan penggunaan istilah sedemikian yang menurutnya boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia. Namun tindakan jahil sebegini tiada pula diambil tindakan atas nama keselamatan dan ketenteraman dilakukan.

Saya juga berharap ulama' atau tuan-tuan guru seperti Abdullah Sa'mah tidak terpedaya dengan agenda pragmatik UMNO dalam isu pondok dan sekolah agama rakyat. Adakah dengan perlancaran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia dan beliau sendiri menerima sumbangan bantuan  RM2 juta dari Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan menyebabkan beliau sanggup memanipulasikan istilah harbi? 

Tuan-tuan guru dan murabbi pondok sekalian perlu sedar dalam Bajet 2013 yang lalu, kerajaan BN tidak langsung meletakkan peruntukan untuk kemajuan Sekolah Agama Rakyat seiring dengan bantuan sekolah-sekolah lain. Malah BN pernah berusaha mematikan SAR melalui penarikan bantuan perkapita kepada SAR. Adakah semua ini tidak cukup membuktikan UMNO hipokrit dalam isu SAR dan Pondok?

Radzi Bin Zainon
Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat (PAS)

Mangsa banjir teraniaya kerana Rosmah


TELUK INTAN, 9 Nov-- Apa punya jenis spesis bodek la puak-puak UMNO ni....

Khabarnya Rosmah  hari ini datang untuk melawat mangsa banjir di Kg. Changkat Jong di pusat penempatan mangsa banjir tapi telah lewat tiba kelokasi.

Kelam-kabut UMNO kat Teluk Intan khabornye...

Sepatutnya, para mangsa dah boleh balik awal tetapi ia dilewatkan hanya semata-mata menunggu Rosmah datang dan dipaksa berlakon buat muka suka dengan kedatangan Rosmah,

Keadaan ini telah menimbulkan rasa marah dikalangan segelintir mangsa banjir.

Patutlah muka-muka dalam gambar semasa Rosmah datang kelokasi banjir ni ada yang muka masam....fedup dengan perangai Rosmah..

Khabarnya Rosmah pun berlakon mengoreng ikan bilis untuk mangsa banjir...tapi bawah kuali tersebut api pun tak ada...hahaha... Terbaik punya lakonan Rosmah....hehehe..

Udah le datang lewat...dah datang tu mengada-ngada perangainya, konon bergelar Datin Hajjah, rambut masih terjojol.

yang best-nya Rosmah  sempat berpesan macam berlakon jadi Hajjah Ustazah kepada mangsa yang ditimpa bencana alam ini supaya terus bersabar dengan dugaan serta ujian daripada Allah S.W.T...

Agaknya puak-puak UMNO ni tak fikirkan masaalah dan kerumitan mangsa banjir, kerana Rosmah nak datang,mereka sanggup mempergunakan mangsa banjir sebagai bahan alat pembodek politik mereka.



Rosmah Mansor (tengah) berkesempatan berlakon  memasak gulai lemak ayam cili padi untuk dihidangkan kepada mangsa banjir semasa lawatannya ke Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, di sini, hari ini.

Sempena Rosmah datang....makcik ini dikatakan dipaksa sarungkan baju ada gambar Najib....

Rosmah Mansor (dua, kanan)berlakon sedang mengoreng ikan bilis konon-nya untuk dihidangkan kepada mangsa banjir semasa lawatannya ke Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, di sini, hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri), Datin Seri Saripah Zulkifli (kanan). Tengok muka makcik kat sebelah tu pun fedup..goreng ikan bilis tapi api pun tarak...hahaha...


Tersengeh suka... yang disalam Rosmah ini bukanlah mangsa banjir, tapi pembodek dimusim banjir...hahaha...

Sumber: Blog OrangNi

2 Unit Amal Perak jadi wira

KUALA KANGSAR: Dua anggota Unit Amal menjadi wira apabila berjaya menemui mayat anggota tentera berpangkat koperal yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan di Redang Panjang, Kubu Gajah, 7 November lalu.

(2 Anngota Unit Amal diraikan dan dinobatkan sebagai wira apabila berjaya dalam kerja mencari anggota tentera yang hilang)

Mayat Supain Gane, 37, yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan bebas Ex Tiger Warrior siri pertama dikawasan itu.

Abdul Rahim Syukor, 61, bersama Mohd Adib, 21,ditugaskan oleh Unit Amal Perak untuk membantu operasi mencari mayat anggota tentera tersebut yang dilaporkan hilang beberapa hari.

Abdul Rahim berkata, beliau bersama seorang lagi anggota Unit Amal itu melapor diri di Bilik Gerakan Bomba di Ladang Holiwood.

Menurutnya, di peringkat awal, mereka tidak dibenarkan menyertai bersama 117 anggota penyelamat yang lain atas alasan keselamatan.

Namun, mereka berdua tekad untuk turun membantu mencari anggota tentera yang hilang tersebut.

“Lebih kurang 10 minit sahaja kami mencari, kami telah menjumpai mayat tersebut di sebuah paya dalam kebun getah.

“Kami jumpa dalam keadaan yang sangat singkat sedangkan 177 anggota penyelamat yang lain sudah mencari berapa sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika ditemui selepas diraikan dalam satu majlis ceramah di Kuala Kangsar semalam.

Kata Abdul Rahim, operasi mencari dan menyelamat terdiri daripada Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Unit Amal yang menghantar hanya dua orang petugas.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss memberikan sagu hati meraikan kejayaan Unit Amal walaupun di dalam akhbar arus perdana tidak langsung menyebut bahawa anggota Unit Amal yang menjumpai mayat tersebut.

Raja Ahmad berkata, beliau bangga dengan kejayaan ini dan seharusnya mereka diktiraf oleh semua pihak.

“Walaupun tidak memberi sebarang elaun mahupun gaji, namun mereka istiqamah membuat kerja-kerja kebajikan,” jelas beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.

Demo membantah MCA hina Islam di Lenggong



LENGGONG, Jumaat- 9 Nov - Kira-kira 300 umat Islam mewakili NGO Pertubuhan Kumpulan Islam Selamatkan Aqidah (PERKISA), berhimpun dan berarak dari masjid Jame' di sini menuju ke pejabat Umno Bahagian dan pejabat khidmat masyarakat Parlimen Lenggong untuk menyerahkan memorandum kepada pemimpin umno bagi membantah kenyataan pemimpin MCA menghina Islam.

Himpunan dan perarakan itu bermula sejurus selepas umat Islam selesai menunaikan solat jumaat yang turut disertai oleh pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, Ah Beh dan S. Naliraja.

Himpunan dan perarakan aman untuk menghantar memorandum ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama baik daripada pihak polis. Namun begitu, tiada seorang pun pimpinan atau wakil daripada parti Umno dan Bn yang berani tampil untuk menerima memorandum bantahan tersebut.

Menurut wakil NGO PERKISA, Saidi Sabri, 40, Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno dan Bn di Parlimen Lenggong terhadap suara masyarakat Islam di sini hari ini, jelas membuktikan mereka tidak melaksanakan slogan rakyat didahulukan.

Dalam ertikata lain, pimpinan parti Umno Bahagian langsung tidak peka dengan sensitiviti umat Islam atau tidak mengendahkan langsung suara rakyat. Walaupun bantahan yang diadakan oleh pihak PERKISA ini sangat berkaitan dengan kesucian agama Islam.

Menurutnya lagi, Umno dan Bn terbukti gagal menunjukkan keikhlasan sebenar mereka didalam isu agama yang sedang dicanangkan oleh rakan parti komponen mereka (MCA). sedangkan dalam masa yang sama, Umno mendakwa merekalah parti orang melayu yang memperjuangkan AGAMA,BANGSA.

Apalah gunanya masyarakat melayu memilih mereka sebagai Wakil Rakyat, sekiranya kecaman umat Islam terhadap rakan komponen Umno (MCA) supaya menghentikan penghinaan keatas kesucian Islam tidak di endahkan langsung oleh Yang Berhormat.

Untuk pengetahuan masyarakat Islam di sini, Sikap tidak bertanggungjawab pemimpin Umno (Melayu/ Islam) di Parlimen Lenggong pada hari ini juga, sudah jelas menunjukkan pendirian dan keikhlasan mereka mengenai kesucian agama Islam itu sendiri.

Persoalannya di sini;
1. Mengapa Wakil Rakyat Umno tidak mahu menerima Memorandum bantahan menghina agama daripada umat Islam, sedangkan rakyat telah melantik mereka sebagai pemimpin???

2. Mengapa tidak menentang MCA yang sudah terbukti anti Islam???

Adakah kerana;
1. MCA rakan parti komponen Umno maka, pemimpin Umno membenarkan sahaja Kesucian Agama Islam terus dihina dan seterusnya langsung tidak mahu mendengar bantahan daripada umat Islam???

2. Apakah lantikan jawatan YB oleh rakyat itu suatu kebanggaan dan kesombongan???

3. Apakah tugas dan tanggungjawab sebenar YB sebagai seorang pemimpin kaum muslimin khususnya dalam hal-ehwal agama sehingga sanggup berdiam diri apabila Islam di caci-maki oleh rakan komponen Umno sendiri???

"OLEH KERANA YB-YB SEKELIAN, SEDANG BERKUASA MEMIMPIN KAUM MUSLIMIN DAN MENJADI WAKIL RAKYAT LENGGONG, MASYARAKAT ISLAM DI SINI MAHUKAN PENJELASAN DARIPADA YB MENGENAI TAPAK PENDIRIAN SEBENAR DALAM ISU INI DENGAN PENUH KEIKHLASAN."










*Berita dan gambar diperolehi daripada Facebook Perakite 

Friday, November 9, 2012

Gambar-gambar Himpunan Bantah MCA Hina Islam di Lenggong

Satu himpunan aman membantah kebiadapan pimpinan MCA yang menghina agama Islam telah diadakan di Masjid Jamek Pekan Lenggong seusai solat Jumaat tadi.

Kehadiran yang dianggarkan melebihi 200 orang tadi telah menunjukkan satu sikap yang begitu prihatin dalam mempertahankan agama Islam daripada dicerca dan dihina sewenang-wenangnya oleh sesiapa pun jua.

Dipaparkan disini sebahagian daripada gambar-gambar sekitar himpunan petang tadi.

Akan dikemas kini sedikit masa lagi untuk tatapan bersama.

Monday, November 5, 2012

Gambar-gambar kecoh Kembara Oren di Felda Lawin Selatan, Gerik


Kembara Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung Sabtu lalu, mendapat tentangan daripada pihak yang bimbang akan warga Felda mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan semasa Felda dan negara.

Konvoi Oren ini yang dipimpin oleh Tuan Haji Razman Zakaria, pada mulanya dapat dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Felda Lawin Utara. Namun begitu, apabila menuju ke Felda Lawin Selatan, sekumpulan anggota Rela dan anak-anak muda menyekat kemasukan peserta-peserta konvoi ini ke dalam kawasan Felda tersebut.

Tercetus sedikit huru hara dan keadaan yang tegang apabila kumpulan ini berkeras untuk menghalang Konvoi Kembara Oren daripada memasuki kawasan Felda mereka.

Saya menerima kiriman gambar-gambar sewaktu kejadian Sabtu lalu melalui laman Facebook untuk dikongsikan bersama anda.

Haji Razman (berbaju dan berkopiah putih) sedang berbincang dengan anggota Rela dan peneroka Felda yang menghalang kemasukan peserta Konvoi Kembara Oren

Pondok pengawal ini menjadi tempat mereka menahan peserta konvoi

Sebuah tin dram diletakkan ditengah jalan untuk menghalang pergerakan kenderaan konvoi

Mereka enggan membuka besi pondok pengawal ini sekalipun penduduk Felda sendiri yang mahu keluar dan masuk dari situ

Haji Razman sedang berbincang sambil menenangkan semua yang hadir

Lelaki berbaju merah dan berseluar jeans ini dikatakan mengepalai kumpulan yang menghalang kemasukan konvoi Kembara Oren

Kebanyakan yang menghalang adalah terdiri daripada budak-budak belasan tahun

Anggota Rela ini tetap berkeras walaupun puas dibawa berbincang

Suasana menjadi panas apabila kata-kata kasar mula dihamburkan

Haji Razman tetap bersabar dan mahu berbincang untuk menenangkan keadaan 


Jalan penyelesaian masih belum dicapai


Inilah antara yang dikatakan penentang kuat kepada kemasukan konvoi ke dalam kawasan Felda

Masih bersekolah dan mentah lagi

Perjalanan peneroka Felda di situ sendiri menjadi terhalang

Dapat juga beberapa kenderaan peneroka di situ yang melalui kawasan itu setelah dinasihati untuk dibuka oleh petugas-petugas Unit Amal dan Brikep

Masih menunjukkan ketidakpuasan hati

Pemuda berbaju merah yang menghalang peserta konvoi ini dikatakan seorang askar yang pulang bercuti dan ayahnya seorang peneroka di Felda Lawin Selatan ini. (Info terkini daripada facebook: ayah beliau baru saja meninggal dunia hari ini - Isnin)

Ketibaan kereta peronda polis

Haji Razman sedang berbincang dengan pihak polis mengenai situasi di situ

Anggota Rela ini masih berkeras untuk menghalang besi penghadang ini daripada dibuka

Kekecohan berlaku daripada 'U know Who' sehinggakan seorang pemuda mereka melepaskan tumbukan tetapi terkena rakan sendiri. Dan dikatakan rakannya itu mengalami luka dibahagian mulut
Maklumat daripada rakan yang berada ditempat kejadian, akhirnya peserta konvoi Kembara Oren berjaya juga memasuki kawasan Felda Lawin Selatan ini untuk mengedarkan risalah apabila Haji Razman memberikan kata-kata penutup beliau, "Kamu punya orang kamu dan kami punya orang kami, jika kamu sanggup menjual kami juga sanggup membeli".

P/S: Wa dah kate bro, Haji Razman tu WWE bro, jangan main-main dengan dia bro, sekali dia Smackdown ko bro, bole patah riuk ko bro, wa cakap luuuu

PAS Perak sedia khidmat guaman percuma kepada mangsa kamera AES



IPOH: PAS Perak menerusi Jawatankuasa Strategik dan Isunya hari ini menyatakaan kesediaannya untuk memberi khidmat guaman secara percuma kepada mangsa kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, ini adalah respon daripada kenyataan Menteri Besar Perak, Dato’ Dr Zambry kadir yang enggan menangguhkan sistem pemantauan trafik itu.

Menurut Misbahul, tawaran tersebut adalah untuk rakyat Negeri Perak yang telah menerima notis saman tersebut tanpa mengira bangsa, agama mahupun parti politik.

Katanya, barisan peguam daripada Jawatankuasa Strategik dan Isu akan mengelola proses saman tersebut.

“Tawaran ini adalah untuk mangsa saman AES yang inginkan pembelaan dan mempertahankan haknya dan kami secara terbuka akan membantu mereka tanpa sebarang caj guaman,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu, Safarizal Saleh serta barisan peguam iaitu Zamri Ibrahim dan Fitri Asmuni.

Misbahul Munir menjelaskan, PAS Perak telah menyediakan perkhidmatan talian secara hotline kepada mangsa sistem tersebut.

“Kepada yang inginkan bantuan guaman bolehlah menghantar butiran kepada pihak kami di talian 0133493848.

“Kami sekali menggesa kerajaan negeri Perak untuk menanggungkan perlaksanaan sistem tersebut seperti yang dilakukan oleh negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kerana ianya jelas ditentang oleh rakyat yang melihatnya sebagai cara kerajaan membolot duit rakyat,” tegas beliau.

Sementara itu, Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Perak (Juham) berkata, berdasarkan penelitian pihaknya, saman yang dikeluarkan mengelirukan kerana menggunakan seksyen79(2) yang tiada kena mengena dengan had laju.

Menurutnya, kesalahan had laju mempunyai seksyen khusus yang termaktub didalam Akta Pengangkutan Jalan.

Kata beliau, tawaran ini juga telah dibuat oleh Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Dato’ Mahfuz Omar baru-baru ini diparlimen dan pihaknya telah meneruskan usaha yang dilakukan itu untuk membela mangsa sistem yang mendapat bantahan ramai itu.

Zamri berkata, pihaknya telah menerima banyak respon daripada rakyat yang telah menerima saman tersebut dan secara keseluruhannya tidak berpuas hati dan ingin mencabar di mahkamah.


“Pihak kami akan memaklumkan kepada semua mangsa saman yang telah menghantar butiran kepada kami untuk mengadakan perjumpaan serta memberi taklimat tentang proses tersebut,” jelasnya lagi.


Followers