Sunday, January 6, 2013

Amanat Hadi: Tuan Guru Haji Salleh Musa minta Haji Hadi pertahankan




Tuan Guru Hj Salleh bin Musa Mudir Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah merupakan tokoh ulama Kedah, 
berusia 85 tahun yang sangat kuat berjuang memastikan kemenangan Islam di Malaysia meminta Tn Guru Hj Hadi Awang mempertahankan Amanat 1981. Amanat tersebut tidak perlu ditarik semula kerana bertepatan dengan hukum agama, kata Tuan Guru Hj Salleh Musa.

Tn Guru Hj Salleh berkata ucapan Tn Guru Hj Hadi dikeluarkan disebabkan pimpinan UMNO pada masa itu menghina Islam seperti mempertikai hukum Hudud, mempersenda hukum Allah, mempersenda sunnah Rasulullah SAW. Banyak perkara UMNO buat yang bertentangan dengan syaraq dan aqidah, yang paling nyata kesalahan UMNO adalah kerana asingkan agama dari politik.

Tuan Guru Hj Salleh amat kecewa dengan isu amanat ini yang sengaja dimainkan UMNO yang sangat ketandusan isu. Tn Guru Hj Salleh berkata Insyallah isu ini tidak lama, nanti depa (mereka /UMNO ) akan diam.

Golongan agama seperti beberapa orang mufti dan termasuk Hassan Ali tidak amanah dengan ilmu.
Contohya Hassan Ali mengapa dulu masa ada jawatan dalam PAS tidak bangkitkan isu ini hingga dia dapat jadi exco PAS di Selangor? Mengapa sekarang Hassan Ali baru bersuara, ini menunjukkan Hassan Ali tidak ikhlas berjuang.

Begitu juga Tn Guru Hj Salleh menemplak JAKIM dan beberapa orang mufti terutamanya Dato Harussani mengapa isu amanat ini dibesarkan? Mengapa tidak tegur Mahathir yang kata "Baik kawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat" dan Mahathir berkata Malaikat ada yang baik dan ada yang jahat mengapa tidak ambil tindakkan, ini soal aqidah.

Begitu juga mengapa tidak ambil tindakan kepada Rahim Noor yang kata kepada Nik Aziz bapa kafir?
Ini menunjukan ramai mufti jahat mufti pengampu kerajaan. Begitu juga ramai pimpinan UMNO mempersenda hudud mengapa tidak diambil tindakkan dan mengapa tidak dihebohkan?

Tn Guru Hj Salleh menyeru ahli PAS supaya memperbanyakkan doa munajat agar fithnah jahat UMNO/BN terhadap Tn Guru Hj Hadi dalam isu ini diangkat dengan segera.


Tn Guru Hj Salleh mengadakan munajat khas mengenai isu amanat Hj Hadi ini di Masjid Bukit Besar Yan pada 2.1.2013 lalu, kehadiran lebih kurang hampir 400 orang yang hadir. Tn Guru Hj Salleh Musa akan jelajah setiap daerah seluruh kedah menggerakan munajat bagi menghadapi pilihanraya 13.

Tn Guru Hj Salleh telah menghubungi Tn Guru Hj Hadi Jumaat lalu meminta Tn Guru Hj Hadi bersabar dan mempertahankan amanat. Alhamdulillah Tn Guru Hj Hadi dengan berkata, tak pa Tok Guru, saya tengah mengarang 100 alasan mengenai amanat ini, Insyallah saya pertahankan.
TAKBIR!!!

Pertahan Amanat Hj Hadi 1981 (1)- Helmi Assyafie





Bekas AJK Umno Gopeng isytihar rumah sebagai markas Pas



IPOH: Akibat geram dengan tindakan Umno yang menghentam dirinya, Bekas AJK Umno Gopeng mengisytiharkan salah sebuah rumahnya sebagai markas.

(Anak kepada cikgu Nazri bersama isteri menyerahkan borang permohonan keahlian dan borang penubuhan cawangan kepada Dr Muhaimin sulam)

Cikgu Nazri Nordin, 59, sangat terkilan dengan tindakan Umno yang menyerang dirinya termasuk keluarganya bertalu-talu selepas beliau mengisytiharkan diri menyertai PAS dan menyerahkan borang keahlian kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 16 Jun lalu.

"Saya mengisyiharkan rumah saya itu sebagai Markas dan akan menubuhkan cawangan baru di kampung tersebut.

"Dengan usaha ahli keluarga telah berjaya mencari dana untuk memulakan penubuhan PAS Cawangan Kampung Sri Indah dan kini kami telah mendapat ramai ahli-ahli baru," katanya ketika berucap dalam ceramah bersama Bekas Naib Presiden Felcra, Dato' Ramli Buyong dan AJK PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam di Kampung Sungai Terap, Batu Gajah 26 Disember lalu.

Menurutnya, Umno telah mengugutnya apabila bercadang untuk mengadakan ceramah di rumahnya itu yang terletak berdekatan rumah Adun Sungai Rapat, Dato'  Hamidah Osman di Kampung Sri Indah, Sungai Terap.

Selepas ugutan itu, beliau telah membuat laporan Polis kerana risau jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

Kata beliau, disebabkan itu, ceramah tersebut terpaksa dipindahkan di kampung bersebelahan atas arahan Polis apabila mendapat makluman akan berlaku kekececohan jika diteruskan mengadakan ceramah di rumah tersebut.

Cikgu Nordin menjelaskan, Umno tidak senang dengan tindakannya menyertai PAS kerana beliau mempunyai banyak rahsia termasuklah Dato' Hamidah Osman sepanjang beliau bersama parti itu.

Kata beliau, dugaan-dugaan yang ditempuhinya itu telah membuatkan beliau lebih bersemangat untuk berjuang dalam PAS untuk menjatuhkan BN khususnya Umno.

"Saya sedikit pun tidak risau dengan apa jua dugaan yang diterima dan ianya menjadikan peniup semangat untuk meneruskan perjuangan demi memenangkan Islam dan menjatuhkan BN," tegas beliau.

Mengulas lanjut, beliau turut menyatakan akan membuat tindakan undang-undang kepada sebuah laman blog pro Umno yang membuat pelbagai fitnah terhadap dirinya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Ustaz Radzi Zainon ketika ditemui berkata, beliau kesal dengan tindakan Umno yang membuat ugutan itu sehingga menyebabkan ceramah dipindahkan tempat dan ianya jelas tidak mengamalkan prinsip demokrasi.

Katanya, ini menggambarkan Umno tidak senang apabila penduduk setempat menerima maklumat yang benar daripada Pakatan Rakyat.

"Umno semakin terdesak mengekalkan kuasa sehingga terpaksa mengamalkan politik samseng," tegas mantan calon PAS di Dun Sungai Rapat itu.

Sumber: Perakite Daily

Monday, December 31, 2012

Perutusan Tahun Baru 2013 oleh Pesuruhjaya Pas Perak

Syukur kepada Allah SWT atas kurnia dan rahmat yang diberikan lantas kita dapat terus bersama-sama berperanan sebagai penggalas gerakan perjuangan rakyat  yang Insya Allah akan dijanjikan kemanisan sekiranya keikhlasan mengiringi titi perjuangan mulia ini.

Berlalunya 2012 meninggalkan pelbagai suka duka dalam arena kehidupan kita apatah lagi dunia politik tempatan dan pentas agama tanah air yang diwarnai dengan aneka macam peristiwa dan kemelut ekoran daripada pelbagai spekulasi, provokasi dan propaganda yang merancakkan krisis masyarakat.

Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan satu permulaan kepada perubahan ke arah yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kemelut lalu dan kemungkaran mendatang serta menumbangkan kezaliman.

Kita menyambut kedatangan tahun 2013 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat, Negeri dan Negara.

Justeru, sewajarnya apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 akan menjadi pedoman bagi meneruskan kesinambungan perjuangan kesekian kalinya lantas memikul amanah yang diberikan Allah SWT kepada kita untuk terus menjadi wadah kepada generasi akan datang.

Namun, semestinya semua ini tidak bermakna sekiranya kita sebagai gerakan Islam yang terbesar di Malaysia ini hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu.

Kita perlu ingat bahawa dalam menelusuri jihad menerusi pentas gerakan perjuangan ini, tidak dapat tidak kita harus bertembung dengan mehnah dan tribulasi.

Justeru marilah bersama kita memperhebatkan gerak kerja dan terus bermunajat agar cabaran seperti ini berjaya dipadam dengan dan keikhlasan yang senantiasa dituntut untuk diperbaharui.

Semoga kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan oleh AllahSWT  untuk melunaskan tanggungjawab serta ikrar yang kita laungkan buat gerakan perjuangan ini.

Mewakili seluruh kepimpinan PAS Perak, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh  rakyat perak khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Ustaz Abu Bakar Hussian

( Pesuruhjaya PAS Perak )


Monday, December 24, 2012

Patutlah ADUN Sungai Rapat ni meroyan.. takut kena saman rupanya..


Semalam TV3 ada menyiarkan satu laporan tentang seorang Exco Barisan Nasional Perak telah mendakwa beliau diugut oleh Pemimpin DAP Perak berikutan pendedahan tentang isu tanah.

Berikutan itu Exco tersebut yang juga ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman Hamidah telah membuat laporan polis terhadap ADUN DAP Pantai Remis, Ngah Kor Meng.

Ugutan itu menurut Buletin Utama kononnya berkaitan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Gua Musang Kelantan.

Sebenarnya apa yang membuat ADUN Sungai Rapat meroyan atau gelabah hingga membuat laporan Polis ialah Nga Kor Meng, ADUN Pantai Remis nak saman dia pasal fitnah..

IPOH – Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming menafikan ada mengeluarkan perkataan berunsur ugutan kepada Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman pada hari empat Sidang Dun ke-12, Khamis lalu.

Beliau ketika dihubungi mengakui, agak terkejut dengan laporan yang dibuat Hamidah mengatakan dirinya diugut sekali gus mengaitkannya dengan skandal pemilikan tanah di Kelantan.

Menurutnya, apa yang berlaku tiada langsung kaitan ugutan, malah pada hari kejadian, semua wakil rakyat (termasuk pembangkang) masih boleh dilihat bergembira dan ambil gambar bersama.

"Saya tidak ada keluarkan ungkapan sebegitu, di kantin ada ramai orang, jika saya katakan pun pasti ada yang melarang.

"Jika benar beliau (Hamidah) berasa terancam, takkanlah kami masih boleh bergurau dan mengambil gambar bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Kor Ming tidak menolak kemungkinan isu itu timbul kerana desakan pilihan raya umum (PRU) yang makin hampir.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Hamidah, semalam kata beliau, pihaknya tidak berdepan masalah sekiranya polis mahu menjalankan siasatan.

"Harap polis dapat siasat termasuk kemungkinan laporan dibuat itu adalah palsu," katanya ~ Sinar

Video Buletin Utama TV3 tentang slot berita tersebut sila lihat di sini ( MiLo SuaM )

Sejak bila pulak nak saman itu boleh dianggap sebagai satu ugutan? .. awatlah bengap sangat pemimpin UMNO ni?

Sumber: blog anaksungaiderhaka

Friday, December 21, 2012

Anak jantankah Zambry, ditentukan hari ini

Semasa perbahasan Sidang Dun Negeri Perak yang dibentangkan oleh DS Nizar Jamaludin, Adun Pasir Panjang, beberapa persoalan telah dikemukakan kepada Adun Pangkor, DS Zambry Abdul Kadir yang menuntut beliau untuk menjawab beberapa pembongkaran yang diketengahkan Nizar.

Sambil itu, DS Nizar juga telah mencabar DS Zambry untuk menjawab segala-galanya sebagai anak jantan tanpa berselindung sedikit pun.

Tatkala itu, DS Zambry telah bangun lalu mengesahkan bahawa beliau memang anak jantan dan akan menjawab segalanya pada hari ini (Jumaat).

Seluruh rakyat Perak khususnya boleh menjadi saksi pada hari ini untuk menyaksikan DS Zambry membuktikan kejantanannya dengan menjawab segala pembongkaran mengenai pentadbirannya termasuklah kes penganugerahan projek kepada pegawai khasnya yang telahpun dilaporkan kepada SPRM baru-baru ini.

Diharapkan agar DS Zambry akan telus dan amanah dalam memberikan jawapan kepada segala persoalan tanpa berselindung dengan ulasan merapu dan sindir-menyindir sepertimana ahli-ahli dewan daripada Barisan Nasional yang lain dalam beberapa hari sidang berlangsung.

Sidang Dun Negeri Perak boleh diikuti secara langsung melalui saluran ustream seperti di posting terdahulu di blog ini.

Thursday, December 20, 2012

'Selamatkan Tanah Rakyat': Memo diserah konvoi GAML

Sikap tidak Profesional kakitangan pusat khidmat A/Parlimen Lenggong, dengan layanan buruk menutup pintu pejabat.

LENGGONG: 18 Dis- Lebih seratus orang peserta melibatkan lebih 50 buah kereta dan motosikal menyertai konvoi Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) menyerahkan memorandum berkaitan tanah dan pembaziran kepentingan rakyat ke pejabat Umno bahagian, pejabat Pentadbir Tanah & Daerah, termasuk  Ketua Balai Polis Lenggong.

Deretan kereta peserta konvoi GAML memenuhi bahu jalan 
pekan Lenggong.
Program bermula pada tengahari, setelah peserta berhimpun di Masjid Jame' disini, sejurus selesai menunaikan solat Zohor dan solat hajat.

Pada jam 2 petang, peserta konvoi menuju kepejabat Umno Bhg. bagi menyerahkan naskah memorandum yang terkandung beberapa desakan, berkaitan pencerobohan tanah hutan simpan PIAH, ladang teh dan pengambilan tanah bangan ragut oleh pihak kerajaan.

Namun begitu, kunjungan konvoi di pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Shamsul Anuar Nasarah, mendapat layanan buruk kakitangan pejabat, apabila kakitangan pejabat itu mencampakkan memorandum diserahkan oleh Sdr Amirul Fairuzzen, yang mewakili Badan NGO itu.

Kakitangan pejabat ADUN Kota Tampan melambai tangan 
kepada peserta GAML
Bagaimanapun, layanan baik diterima oleh peserta konvoi di pejabat pentadbir Tanah dan Daerah, apabila wakil pegawai Daerah menyambut ketibaan wakil GAML dan menerima serahan memorandum secara profesional.
Di balai polis Lenggong pula, peserta konvoi mendapat layanan baik daripada wakil ketua balai dengan cara yang profesional apabila menerima serahan memorandum daripada wakil GAML.

Memorandum diserahkan GAML  itu mendesak supaya semua agensi kerajaan yang terlibat  membuat siasatan dan seterusnya memberi penjelasan kepada masyarakat penduduk kampung terbabit dengan aktiviti dan pencerobohan yang dimaksudkan itu.

Sikap Profesional kakitangan pej. Pentadbiran Tanah & Daerah
yang patut dicontohi.
Menurut Pengerusi GAML, sdr Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, 41, wakil rakyat Parlimen Lenggong dan ADUN Kota Tampan, mesti bertanggungjawab menjawab semua pertikaian masyarakat mengenai status tanah serta semua projek dan aktiviti yang sedang berjalan dan terbengkalai menurut kandungan memorandum itu.

Peserta konvoi terdiri daripada anak muda yang berbagai latarbelakang itu, telah dibawa melihat sendiri semua tempat disebutkan dalam kandungan memorandum yang telah diserahkan iaitu, Tanah ladang teh, bukit kulim, kg. Beng, bagan ragut di Cherakoh, pusat ikan pekasam Negara, kg. Kuak, jambatan mengelak kejadian banjir (kononnya) di kg. Tampan Air dan pembaziran projek R&R tasek Raban yang ditinggalkan usang begitu sahaja.

Terima kasih kerana, suara Rakyat Didahulukan.
Ahmad Ramdzi berkata, berpuluh-puluh juta ringgit wang rakyat dibazirkan oleh kerajaan dengan projek yang sia-sia. Pembinaan kompleks Ikan pekasam Negara yang menelan belanja RM5.8 juta. Setakat ini hanya diniagakan oleh 3 orang pengusaha secara kecil-kecilan sahaja. "Adakah ianya berbaloi dengan peruntukan jutaan ringgit yang telah dibelanjakan oleh kerajaan", Soal beliau.

Tegasnya lagi, pembaziran projek pusat hentian R&R Tasek Raban juga hendaklah diperjelaskan kepada masyarakat ekoran, pelaburan projek jutaan ringgit siap dibina itu telah dihentikan operasinya. Projek itu membabitkan dana rakyat yang tidak dapat dimanfaatkan untuk pendapatan ekonomi masyarakat disini.

Sikap profesional wakil ketua balai polis Lenggong, menerima memorandum
sangat dihargai oleh peserta GAML
Persoalan yang timbul, apakah pelan masa depan supaya dimajukan kembali bagunan ini dan siapakah yang pula yang akan diberi kepercayaan untuk memajukan semula pembangunan yang menelan puluhan juta wang rakyat ini?

Apakah pemimpin kerajaan disini langsung tiada inisiatif menilai perkembangan ekonomi yang mewajarkan pembangunan itu perlu dilaksanakan ataupun tidak di daerah kecil ini. Soal Ramdzi.
Antara persoalan penting yang perlu dijawab oleh wakil Rakyat ialah,  mengenai pengambilan tanah untuk penternakan di kg. Cherakoh. Pembangunan kolej kononnya untuk kemajuan Negara telah mengorbankan punca pendapatan ekonomi peserta terdiri  masyarakat setempat ekoran tanah bagan ragut disini tidak diganti dengan tanah yang baru dimana-mana lokasi.

Jelas Ramdzi, kerajaan hanya meluaskan kemajuan yang tidak dapat dinikmati oleh penduduk setempat dan menyempitkan tanah keperluan masyarakat untuk penternakan serta mengurangkan pendapatan ekonomi rakyat.

Peserta GAML dihadapan Pusat Ikan Pekasam Negara, kg. Kelantan, Kuak.
Menurut Pengerusi Badan NGO ini, pihak beliau akan sentiasa memantau perkembangan pelan tindakan yang akan diambil oleh pihak-pihak berwajib setelah memorandum ini diserahkan.
Ahmad Ramdzi mengulas bahawa, pihaknya tidak teragak-agak bertindak menghantar memorandum yang sama ke Parlimen, sekiranya pihak-pihak bertanggungjawab tidak melakukan sebarang tindakan keatas aduan dibuat oleh NGO ini.

Pusat hentian R&R Tasek Raban tingkat atas kini terbiar.
GAML minta wakil rakyat berikan penjelasan berapakah nilai  pembaziran yang telah ditanggung oleh kerajaan
keatas projek yang tidak memberi manfaat kepada pendapatan ekonomi rakyat ini.

Tanah bagan ragut di kg. Cherakoh ini diambil oleh kerajaan untuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) 

TANAH BAGAN RAGUT RAKYAT: kerajaan meluaskan pembangunan yang secara langsung telah menyempitkan ekonomi rakyat. Tanah ganti tidak beri. Jika Ada ganti, adakah tanah ganti itu berada di lokasi berdekatan dengan perkampungan penduduk setempat...???

Pembinaan Jambatan telah dijalankan bertahun-tahun masih tidak siap-siap, menyebabkan ekonomi peniaga penduduk kg. Tampan merosot. Wakil rakyat mendakwa kononnya, jambatan rendah menjadi penyebab berlaku banjir disepanjang Sg.Nerok.
Jambatan menghubungkan Kg. Tampan Air  -  Lenggong terputus bertahun-tahun, menyebabkan banyak masalah kepada peniaga di kg. ini.

Sumber: lenggongkite13.blogspot.com

Wednesday, December 19, 2012

Pegawai Khas Zambry dapat projek, PAS lapor SPRM


IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian projek kepada pegawai khas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Kadir.

Ini berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Persidangan DUN Perak semalam tentang satu perjanjian diantara pemilik tanah Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd yang dimiliki oleh pegawai khasnya, Asmadi Teh.

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-hiss berkata, Asmadi adalah pegawai khas Dr Zambry di DUN Pangkor yang juga merupakan AJK Umno Bahagian Lumut.

Menurutnya, Perjanjian tersebut berdasarkan BOT (Build-Operate-Transfer) dimana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus projek itu.

"Pemberian tersebut dilihat telah melanggari etika serta melibatkan unsur salah guna kuasa yang dianggap berat," katanya ketika membuat sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Perak, Ipoh.

- PerakiteDaily

Zambry dilapor kepada SPRM hari ini

Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilakukan hari ini (19 Disember 2012 - Rabu) pada jam 2 petang di Pejabat SPRM Perak, Plot 7, Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Laporan dibuat terhadap pendedahan isu Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang memberikan projek hotel di Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang kepada pegawai khas beliau.

Laporan akan diketuai oleh Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Salman Haji Saleh.

Semua wartawan, media dan orang ramai dijemput hadir bersama.

Tuesday, December 18, 2012

Ikuti siaran langsung Sidang DUN Negeri Perak

Menteri Besar yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin bersalaman dengan Menteri Besar Mahkamah di lobi sidang DUN

Video streaming by Ustream
Siaran Langsung Sidang DUN Perak yang dibawakan oleh Ustream 

Cermin kereta YB dipecahkan orang

Sekitar jam 2 pagi tadi, lena seorang YB telah dikejutkan dengan kebisingan bunyi penggera (alarm) keretanya.

Apabila diperiksa, laungan bunyi penggera itu tercetus akibat cermin keretanya yang telah dipecahkan.

Bukan sahaja cermin kereta bahagian depan sebelah kirinya itu dipecahkan, pintu van khidmat Dun-nya juga didapati telah dibuka.

Beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian ini.

Beliau yang dimaksudkan itu adalah YB Anuar Sudin, Adun Changkat Jong daripada Pas.


Followers