Sunday, May 31, 2015

Sukan PASTI Kawasan Gopeng 2015

Semalam telah berlangsungnya sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Gopeng di padang Taman Desa Aman, Ipoh.

Tahun ini menyaksikan pertambahan penyertaan apabila 6 Pasti bertarung di dalam acara sukan ini berbanding hanya 4 pada tahun lalu. Pasti Wadi Iman (Taman Botani) dan Pasti Al Furqan (Taman Desa Aman) merupakan 2 Pasti yang baru dibuka pada tahun ini.

Acara sukan tahun ini telah dirasmikan oleh ADUN Sg Rapat, YB Radzi Zainon yang sudi turun padang bersama-sama dengan anak-anak Pasti serta ibu bapa mereka.

Piala pusingan tahun ini pula telah disumbangkan oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Tuan Haji Razman Zakaria.

Buat kali (tahun) ke-empat berturut-turut, acara sukan tahunan ini telah dimenangi dan diungguli oleh Pasti Al Ehsan daripada Rapat Setia dengan markah keseluruhan sebanyak 99 berbanding 89 yang dikutip oleh pencabar terdekatnya, Pasti Pintar daripada Simpang Pulai.

Beberapa gambar sukan tersebut yang sempat saya ambil buat tatapan semua:




































Jangan mudah terpengaruh, kembali sedar diri


Mengenai entri sebelum ini yang bertajuk 'Komplot Yahudi untuk jatuhkan Tuan Guru Haji Hadi', kita perlu muhasabah diri kembali, takut-takut kita telah terpengaruh dengan debu kotor yang giat berterbangan di awangan masa kini, yang mencari mangsa untuk menyebarluaskan gerakan mereka untuk menjatuhkan pemimpin umat Islam sedunia tersebut.

Salah satu sebab saya dah lama tidak menulis blog adalah takutnya rasa jika terjebak di dalam perangkap ini yang boleh memesongkan taat kita kepada pemimpin yang dipilih ahli-ahli jemaah parti Islam terbesar di negara ini.

Sumber maklumat kini terlalu banyak bersebaran, daripada kenyataan sehinggalah rasa hati dan buah fikiran entah siapa-siapa yang tidak berautoriti mahupun berjawatan. Daripada kalangan pimpinan, ahli sendiri mahupun bukan ahli, semuanya bebas memberikan kenyataan di media sosial tanpa tapisan, amanah dan rasa tanggungjawab.

Saya bimbang jika tersalah petik, yang bukan daripada sumber sahih, maka saya telah terperangkap dalam menyebarkan fikrah musuh yang mahu menjatuhkan pimpinan Islam kita.

Masa kini, segalanya mengikut trend. Apa saja trend yang sentiasa diulang-ulang di laman media sosial, itulah yang biasanya akan diikuti ramai.

Begitulah juga sentimen untuk menjatuhkan Presiden Pas yang giat dikempenkan hari ini.

Jika kita semua berhenti sejenak daripada membaca, berkongsi dan menulis sesuatu yang bakal merugikan umat Islam di negara kita dan juga di serata dunia, istighfar beberapa kali, mungkin kita akan menemui semula titik sedar kita sebagai umat Islam yang kian tertindas biarpun di tanahair sendiri.

Fikirkan, setelah kita kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila Almarhum pulang bertemu dengan Penciptanya, maka pimpinan utama yang tinggal adalah Tuan Guru Haji Hadi Awang yang kita sayangi. Gandingan dua Tuan Guru ini perlulah dikekalkan walaupun kini tinggal hanya seorang sahaja lagi.

Keduanya, perancangan jahat yahudi dunia untuk menghukum mati Syeikh Yusof Qaradhawi. Pernahkah kita terfikir jika ianya menjadi kenyataan, mungkin Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bakal menggantikan Syeikh Yusof sebagai pemimpin dunia Islam, apakah yahudi akan menyambutnya dengan penuh ikhlas dan berlapang dada?

Sudah tentulah mereka akan sedari awal lagi menyekat kemaraan tuan guru kita untuk memimpin dunia Islam dengan menjatuhkan beliau terlebih dahulu dilaman rumahnya sendiri.

Bolehkah kita berbangga dan memaafkan diri kita jika kita juga turut serta dalam kempen menjatuhkan tuan guru ini mengikut perancangan licik yahudi? 

Ketegasan beliau di dalam mempertahankan dasar Islam dan parti, tanpa boleh diletak ke kanan mahupun ke kiri, walaupun atas nama tahaluf siyasi, begitu menggerunkan musuh-musuh Islam, mahupun yang mengikat perjanjian berkawan ataupun yang memang terang-terangan melawan.

Tiadakah sedikit rasa bangga mempunyai pemimpin sebegini?

Tergamakkah kita menggantikan beliau dengan seseorang yang diredhai lagi disenangi pihak lain?

Kembalilah ke alam sedar diri, pertahankan keistimewaan ini. 

Jangan digoyang bahtera yang dah lama berlayar gagah ini, kelak kita semua yang terpaksa berenang mencari pantai ditengah-tengah gelora laut yang amat luas ini.

Fikir-fikirkan!

Thursday, May 28, 2015

Komplot Yahudi untuk jatuhkan Tuan Guru Haji Hadi

Setelah bintangnya semakin bergemerlapan.. memimpin sebuah gerakan Dakwah siasah PAS sebagai Presiden, beliau semakin di kenali dunia Islam. Anak didik Said Hawwa ini menjadi orang penting dalam gerakan Islam antarabangsa...

Ketika dunia Islam berdepan dengan kejahatan musuh Islam di seluruh dunia, Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHH)  sentiasa bersama pimpinan gerakan Islam dunia mencari jalan penyelesaiannya. Beliau antara orang penting yang menyertai rombongan gerakan dunia Islam menemui pemimpin negara teluk ketika krisis Iraq dan kuwait.

Baru baru ini ketokohan TgHH terus diiktiraf dengan perlantikan sebagai Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama sedunia membantu Dr Yusuf Qardhawi.. Nama TgHH juga pernah mengemparkan dunia apabila ada majalah antarabangsa mendakwa beliau adalah Setiausaha Ihkwan antarabangsa. Beliau juga pernah di tuduh sebagai pemimpin pengganas oleh majalah Barat yang akhirnya majalah tersebut meminta maaf.

Semua rentetan itu menunjukkan TgHH sentiasa menjadi perhatian dunia. Semua mengetahui bahawa rangkaian ahzab gabungan Yahudi, Eropah dan Freemeson antarabangsa takkan diam dengan kebangkitan Islam dunia. Oleh kerana TgHH kini adalah pemimpin dunia Islam... beliau juga mesti di halang.

Aku sangat berkeyakinan, untuk membunuh karektor seseorang, ia bermula di rumahnya.. Jadikan rumahtangganya porak poranda agar beliau hilang fokus... Untuk menyekat TgHH... porak perandakan jamaah pimpinannya... alasannya... jamaah sendiri tak boleh jaga. macammana nak pimpin dunia Islam...

Melalui pelbagai rangkaian rahsia, aku sangat yakin , mereka sudah berada di dalam PAS atau gabungan PAS. Paling tidak, pemikiran mereka serta cita cita mereka sudah ada dalam sebahagian pemimpin atau pendokong PAS. Jika CIA berjaya menyusupkan Shah Masud di dalam Mujahididin Afghan di ambang kemenangan... yang akhirnya menggagalkan penyatuan Hekmatyar dan Rabbani untuk membentuk daulah Islam...  dalam PAS yang di lihat sedang menuju kemenangan juga mustahil rangkaian musuh antarabangsa ini duduk diam apatah lagi pemimpin PAS adalah tokoh Islam dunia...

Ringkasnya apa yang nak aku bagi tau... Gelombang menghalang dan menjatuhkan kepimpinan TgHH adalah gelombang yang di gerakkan oleh perisikan rahsia antarabangsa musuh Islam kerana beliau adalah tohoh utama dunia Islam. Malangnya sebahagian ahli PAS sendiri tak sedar akan gelombang ini. 

Di Malaysia...mereka hanya bercita cita mahu menyekat TgHH memimpin rakyat ke Putrajaya, namun di belakang mereka, perisikan antarabangsa ingin menyekat TgHH memimpin Umat Islam antarabangsa.

 Usaha menjatuhkan kepimpinan TgHH sebagai Presiden PAS sedang di lakukan secara tersusun. Ia di rancang dengan teliti dan halus...Serangan peribadi beliau tidak hanya kepada dirinya malah kepada orang yang mendampinginya. Ia adalah strategi munafiqin sejak zaman Rasulullah yang menyerang saidatina Aisyah melalui fitnah dalam kisah haditsul ifk untuk melemahkan Rasulullah.

Cara munafiq dan musuh Islam tetap sama kerana mereka adalah pewaris perjuangan yang sama.. pelik ke?????

ANAKSENGAT (aku tak rela diperdaya umNO)

Monday, May 25, 2015

Perjumpaan Najib dan Azmin di Jepun?


Dua gambar di atas yang masing-masing memberitahu akan destinasi mereka iaitu Jepun.

Najib dan Azmin akan berada di Jepun selama 3 hari. 

Bertolak berasingan tetapi destinasi dan masa yang sama. 

Dirancang atau kebetulan? Apa yang mahu dibincangkan? Pembebasan Anwar untuk membantu Najib menghadapi tekanan Tun Mahathir? 

Semoga ianya hanyalah lawatan kerja masing-masing untuk menarik pelabur ke negara ini, bukan agenda lain. 

Kita tunggu dan lihat berita selanjutnya nanti. 

Followers