Siri 1 oleh: Dr Azman Ibrahim
1. Dengan memilih Pas, kedudukan bilangan kerusi di DUN Terengganu akan menjadi seimbang 16:16 antara PR dan BN. Sekalipun tampuk pentadbiran negeri tidak akan bertukar dengan munculnya angka 16:16 sebagaimana yang dicanangkan kepimpinan Umno, kedudukan genting bagi Umno/BN ini dengan sendirinya akan menjadi faktor pendesak semulajadi untuk BN menunaikan janji-janjinya yang ditabur sepanjang kempen. Kita memaklumi 'ketulusan' Umno berkhidmat kepada rakyat adalah demi kelangsungan kuasa dan undi, projek-projek yang telah diletakkan batu asas sepanjang kempan PRK walaupun dikatakan perancangannya telah lama, cuma 'kebetulan' berlakunya kematian wakil rakyat, hakikatnya adalah 'perletakkan batu asas pancing undi'. Perlaksanaannya? Belum tentu! Kalahnya BN dalam PRK Kuala Besut ini akan memberi kekuatan jaminan untuk rakyat Kuala Besut melihat tegak 'sengoti' Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dan Rumah Pangsa Mampu Milik Tok Saboh sebagaimana dijanjikan, jika hal sebaliknya, menangnya BN akan menjadikan mereka selesa, lena tidur dan persetankan dengan segala janji-janji yang telah ditabur. Semaklah rekod-rekod perlaksanaan janji BN dalam beberapa siri PRK sebelum ini. Mudah kata, undi Pas di Kuala Besut, rakyat tak akan rugi apa-apa.
2. Tentunya ada yang tak bersetuju dengan pandangan di atas, sebaliknya berpendapat dengan 16:16, Kuala Besut akan mencatat sejarah baru! PR akan memerintah Terengganu. Nah! Ini pastinya lebih baik sebab ianya akan memberikan peluang kepada PR Terengganu melaksanakan janji-janji manifesto yang telah dibentangkan kepada rakyat. Siapa yang tidak mahu masalah tanah diselesaikan, pinjaman Yayasan Terengganu dimansuhkan, bonus tahunan untuk warga emas yang tidak berpencen, cuti bergaji penuh 30 hari untuk kakitangan awam yang kematian suami, 17,000 peluang pekerjaan, pengecualian cukai pintu rumah kediaman, dasar merakyatkan ekonomi, bekalan air percuma bagi 20 meter padu dan beberapa lagi janji manifesto Pas Terengganu yang terhalang perlaksanaannya disebabkan angka 15:17. Seluruh pencinta keadilan dan kesaksamaan akan menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para pengundi Kuala Besut apabila anda menjadi perintis kepada perubahan ini.
3. Undilah Pas kerana terbukti BN gagal mengubah taraf hidup rakyat Kuala Besut. Dengan bajet tahunan Terengganu yang mencecah angka RM2 bilion, satu jumlah bajet yang tertinggi antara negeri-negeri di semenanjung, tetapi rata-rata rakyat Terengganu secara amnya dan Kuala Besut fokusnya masih dihimpit kemiskinan dan kemiskinan tegar khususnya rakyat di sekitar daerah mengundi Seberang Barat Luar dan Tok Saboh di Kuala Besut.
Masalah kemiskinan ini tidak akan selesai hanya dengan hanya perletakkan batu asas projek dan pengagihan anak ayam. Tambah mendukacitakan apabila MB memberi respon sinis terhadap isu kemiskinan ini dengan menuduh bahawa rumah-rumah buruk milik rakyat miskin adalah rumah orang Pas! Tidak timbul sebenarnya isu orang Pas atau Umno bila kita membincangkan berkenaan sosio-ekonomi rakyat apatah lagi seorang MB yang sepatutnya menjadi MB bagi rakyat dan negeri Terengganu, bukan MB untuk orang-orang Umno sahaja.
Isunya bagaimana kekayaan negeri boleh dimanfaatkan secara optimum supaya status negeri Terengganu sebagai negeri dengan bilangan rakyat miskin tegar yang kedua tertinggi di Malaysia mampu diubah. Dengan makna lain bagaimana sumber kekayaan ini boleh dinikmati oleh keseluruhan rakyat secara adil dan telus.
4. Calon Pas, Che Long mempunyai rekod kebersamaannya dengan penduduk setempat pada sebahagian besar tempoh hidupnya. Walaupun dicanangkan oleh tukang-tukang kempen BN calon Pas tak berpendidikan tinggi, beberapa kelebihan dan 'aset' semulajadi beliau perlu dipertimbangkan dengan adil oleh pengundi.
Berlatarbelakangkan seorang kontraktor kelas A serta usahawan setor kayu yang berjaya, seorang yang beragama dan terus tekun mendalami ilmu agama, Che Long dikenali sebagai insan dermawan yang suka membantu masyarakat. Kekayaan anugerah Ilahi kepadanya menerusi kejayaan usahaniaga tidak dihabiskan untuk diri dan keluarganya semata-mata. Hampir tidak ada program parti di sekitar Besut yang tidak menerima sumbangan Che Long. Jumlah masjid dan surau yang menerima sumbangan beliau juga sangat banyak. Belum lagi termasuk sumbangan-sumbangan kebajikan yang lain. Beliau lahir di Kuala Besut, membesar di Kuala Besut, bersekolah di Kuala Besut atau istilah orang tempatan, sentiasa 'bertumah' di kampung sepanjang masa. Suka duka, susah senang, jatuh bangun masyarakat Kuala Besut adalah sebahagian dari kehidupan Che Long…
Thursday, July 18, 2013
Sunday, July 14, 2013
Biarlah daripada rebungnya
Kaum muslimin sejak zaman dahulu lagi telah menunaikan ibadah puasa. Bahkan mereka telah membiasakan anak-anak mereka untuk berpuasa sejak kecil lagi. Sehinggakan mereka telah menyediakan beberapa alat permainan untuk mereka agar mereka leka bermain dan impak keletihan dapat dikurangkan kerana berpuasa.
Ada di antara ibu bapa yang menyediakan bulu-bulu daripada haiwan sebagai hamparan untuk mereka rehat dan lena di atas hamparan tersebut. Ada juga beberapa permainan yang boleh melekakan mereka agar mereka bersenang-senang hingga waktu berbuka.
Menjadi suatu kewajipan bagi seorang muslim untuk melatih anak-anaknya berpuasa sehingga mereka membesar terbiasa dengan ibadah ini.
Nota tambahan:
Biasanya, anak-anak dilatih dengan memberi ganjaran kepada mereka apabila mereka mencukupkan puasa. Contohnya, memenuhi permintaan anak-anak dengan menyediakan juadah berbuka puasa yang diminta, memberi duit raya dan sebagainya. Namun ia tidak perlu berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar untuk memberi sedikit momentum sebagai pembakar semangat untuk mereka meneruskan ibadah puasa.
Hukum melatih anak-anak yang mumaiyiz berpuasa sama seperti hukum melatih anak untuk solat kerana kedua-duanya merupakan rukun daripada rukun-rukun Islam.
Walaupun kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, ia bukanlah satu larangan kepada ibu bapa melatih anak-anak berpuasa. Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa melatih anak-anak mengerjakan solat walaupun mereka belum mencapai usia baligh. Hadis yang bermaksud: "Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun." - Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud
Sekiranya arahan Nabi SAW untuk melihat kanak-kanak terbiasa dengan amalan solat sebelum ia diwajibkan ke atas mereka, maka begitu juga dengan amalan puasa.

Layakkah aku?
Beberapa orang yang soleh telah menziarahi gurunya. Ketika itu, gurunya sedang nazak dan hampir menemui ajal. Pertemuan mereka telah berlaku sebuah kisah yang boleh dijadikan peringatan buat mereka yang masih hidup dan akan menemui tuhannya suatu hari nanti. Mereka melihat gurunya menangis. Lalu murid-murid tersebut bertanya kepada guru itu: 'Mengapakah engkau menangis sedangkan Allah SWT telah memberikan taufiq kebaikan kepadamu? Lihat sahaja, berapa banyak ibadah solat yang telah engkau kerjakan? Begitu juga dengan puasa, haji dan umrah?'
Maka dijawab oleh guru tersebut: 'Adakah di antara kalian yang boleh memberitahu kepadaku mana-mana amalanku yang dijamin telah diterima oleh Allah SWT? Sedangkan Allah SWT berfirman yang bermaksud: 'Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal ibadah) daripada orang-orang yang bertaqwa.' (Al-Maidah: 27). Adakah aku dijamin tergolong daripada mereka?
Nota Tambahan:
Janji Allah SWT kepada mereka yang memiliki sifat taqwa. Hasil mujahadah yang tinggi, serius serta istiqamah, Allah SWT akan kurniakan kepada mereka sifat taqwa.
Bermacam-macam kebaikan yang Allah SWT janjikan dalam Al-Quran kepada mereka yang memiliki sifat taqwa ini. Ini adalah janji Allah yang pasti tepat dan pasti ditunaikan-Nya. Ia tidak terhingga nilainya dan tidak dapat diukur dengan mana-mana mata wang di dunia ini.
Riya', ujub dan lain-lain sifat mazmumah itu paling sukar untuk dihindari kerana gerakannya terlalu halus.
Para Salafussoleh (orang-orang yang soleh terdahulu), apabila mengenangkan hal-hal begini, mereka selalu menangis. Mereka paling takut terhadap syirik khafi (syirik yang tersembunyi). Mereka khuatir ibadah mereka tidak ada harga di sisi Allah SWT.
Mereka takut mereka akan muflis di akhirat sedangkan untuk mendapatkan ikhlas terlalu susah.
Ikhlas hanya milik Allah SWT. Ia adalah rahsia-Nya yang Dia sahaja yang tahu. Hatta para malaikat pun tidak tahu.

Saturday, July 13, 2013
Friday, July 12, 2013
Agak-agaknya diterima ke?
Mungkin Allah SWT membuka pintu ketaatan untuk anda, tetapi harus diingati bahawa mungkin juga Allah SWT tidak membuka pintu penerimaan. Bahkan Allah SWT mentakdirkan adanya kemaksiatan yang anda lakukan kemudian anda bertaubat nasuha menyebabkan sampainya amal anda ke hadrat Allah SWT.
Kemaksiatan yang menimbulkan kehinaan dan kesedihan lebih baik daripada ketaatan yang menimbulkan perasaan bangga dan sombong. Ibadah tersebut terkeluar daripada penerimaan Allah SWT apabila anda berkata: 'Siapa yang boleh menandingiku? Aku berpuasa dan aku melakukan solat sunat. Aku juga melakukan solat tarawikh dan solat malam. Sepanjang waktu aku akan bersedekah dan memberi makan kepada yang memerlukan.'
Oleh itu anda haruslah bersyukur apabila diberikan anugerah untuk taat kepada Allah SWT. Jangan sesekali berasa riya' dan bangga diri terhadap diri sendiri.
Nota tambahan:
Bagi kita, adalah bertuah dan beruntung jika kita sedar dan ingat setiap kesalahan yang kita lakukan sendiri. Sebaliknya, dengan melupakan kejahatan dan keburukan yang pernah kita lakukan akan menyebabkan kita lupa diri dan sentiasa berasa betul dan benar.
Walhal, diri kita penuh dengan dosa dan noda. Sebaliknya dengan mengingati kejahatan dan kesilapan yang pernah kita lakukan, akan membuatkan kita ingat siapa diri kita ini pada pandangan Allah SWT.
Oleh itu, kita akan sentiasa patuh dan menginsafi setiap yang telah kita lakukan. Jangan pula kita sentiasa mengingati keburukan orang lain tetapi melupakan keburukan diri kita sendiri.

Thursday, July 11, 2013
Wednesday, July 10, 2013
Lillahi Ta'ala
Jangan berasa pelik dengan ketaatan yang diberikan oleh Allah SWT kepada anda. Jangan tertipu dan terpedaya kerana anda tidak tahu apakah ketaatan anda diterima oleh Allah SWT atau ditolak-Nya. Mungkin berlaku beberapa kesalahan dalam ketaatan yang sedang anda lakukan.
Mungkin dalam ketaatan timbul perasaan riya'. Mungkin apa yang anda kerjakan tidak ikhlas. Sikap-sikap sebegini yang akan mencacatkan ibadah anda. Oleh itu, Saidina Ali RA berkata yang bermaksud: "Keburukan yang engkau lakukan lebih baik di sisi Allah SWT daripada kebaikan yang engkau kagumi."
Keburukan yang anda lakukan kemudian anda sesali serta memohon keampunan daripada Allah SWT itu lebih baik berbanding anda melakukan kebaikan sedangkan kebaikan yang anda lakukan adalah semata-mata untuk dibangga-banggakan.
Nota Tambahan:
Di antara syarat diterimanya amal soleh adalah bersih daripada riya' dan sesuai dengan sunah.
Orang yang melakukan ibadah dengan maksud agar dilihat orang lain, maka dia telah terjerumus ke dalam perbuatan syirik kecil dan amalnya menjadi sia-sia belaka. Misalnya, berpuasa agar dipuji oleh orang lain.

Tuesday, July 9, 2013
Ramadhan: Apa yang Lainnya?
Malanglah bagi orang-orang yang menemui bulan Ramadhan, sedangkan mereka tidak pun meletakkan perbezaan dengan bulan-bulan yang lain. Mereka mempunyai nama dengan nama-nama indah Islam dan hidup ditengah-tengah masyarakat Islam. Tetapi, mereka mengotori kesucian dan kehormatan bulan yang mulia ini. Apakah hal ini sepatutnya terjadi di dalam masyarakat Islam? Demi Allah! Sama sekali tidak sepatutnya terjadi dalam masyarakat Islam.
Jika mereka tetap dengan pendirian mereka untuk mengotori kesucian bulan Ramadhan, bermakna mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang fasik, sentiasa bergelumang dengan kemaksiatan y7ang akhirnya membawa kepada murtad dan kekufuran kepada Allah SWT. Nauzubillah...
Semoga Allah SWT melindungi kita.
Nota Tambahan:
Dalam setahun kita akan menempuh sebanyak 12 bulan. Dalam setahun itulah kita akan menemui satu bulan yang lain daripada yang lain. Bulan tersebut dipanggil sebagai bulan Ramadhan.
Kepada mereka yang berkesempatan berjumpa dengan bulan Ramadhan, tetapi menjadikan bulan Ramadhan sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain, maka sungguh malang baginya.
Ini kerana, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa. Tidak dapat disamakan dengan bulan-bulan yang lain seperti bulan Syawal dan sebagainya.
Allah SWT menjanjikan pada bulan tersebut, terdapat satu malam jika dilaksanakan ibadah pada malam tersebut dengan penuh kusyuk dan iklas, ganjaran yang diperolehi lebih baik daripada beribadah selama seribu bulan (83 tahun). Malam tersebut ialah Lailatul Qadar.
Lebih malang lagi apabila nama sahaja Muslim, tinggal juga di kawasan orang-orang Muslim tetapi dalam masa yang sama telah mencemarkan nama baik Islam. Pada bulan Ramadhan, mereka cemarkan dengan kemaksiatan, kerana bagi mereka bulan Ramadhan sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain.
Perutusan Pesuruhjaya PAS Perak Sempena Ramadhan 1434H
Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak 1434 H dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah SWT menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya SAW.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin,Syiria,Mesir,Turki,Myanmar dan di seluruh belahan bumi umat Islam di dunia ini.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan tahun ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya, InsyAAllah dengan bantuan Allah SWT, PAS Perak akan memimpin rakyat Perak kearah keredhaan Allah SWT
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.
Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak/ADUN Titi Serong)
Kembali, Selamat Beribadah Puasa
Jika dilihat kepada tarikh terakhir blog ini diupdate iaitu pada 11 June yang lepas, telah hampir sebulan saya menyepikan diri daripada alam blogger ini.
Beribu ampunan dipohon kepada pengunjung setia blog ini yang telah lama ditinggalkan.
Pelbagai permasalahan duniawi yang telah menyibukkan insan ini sehingga blog terbiar sekian lama. Bukan sahaja alam blogger tetapi juga alam facebook dan twitter.
In sha Allah, sepanjang bulan Ramadhan ini, blog ajijoi akan cuba membawakan isi-isi berbentuk dakwah bagi manfaat kita sesama umat Islam dalam menjalani ibadah puasa. Rakaman tazkirah daripada Surau Al-Ehsan juga akan diusahakan untuk dimuat-turun melalui laman youtube saya.
Tazkirah daripada buku 'Rabbaniyyin Bukan Ramadaniyyin' karangan Imam Syeikh Dr Yusof Al-Qaradhawiy akan saya muatkan setiap hari untuk perkongsian semua.
Akhir kata, saya mengucapkan 'Selamat Menjalani Ibadah Puasa' buat semua, semoga ibadah kita pada tahun ini akan bertambah baik daripada sebelumnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)