Wednesday, January 30, 2013
PM umum pilihanraya 14 September
Pengumuman awal ini bertujuan untuk membuka ruang kepada pengundi agar lebih fokus kepada isu national.
Ianya juga dapat melepaskan bebanan pengundi daripada berteka-teki tentang tarikh pilihanraya.
Perdana Menteri Julia Gillard mengumumkan tarikh 14 September sebagai tarikh pilihanraya tidak sepertimana biasa yang hanya memberi ruang selama sebulan untuk pihak pembangkang berkempen. Pengumuman tersebut dibuat beliau di National Press Gallery, Canberra, Australia.
Laaaaaa....Perdana Menteri Australia rupanya. Ingatkan Perdana Menteri Malaysia yang begitu berani mengumumkan tarikh pilihanraya begitu awal.
Haha...Perdana Menteri perempuan pulak tu...
Tak payah nak tunggu risikan, tak payah nak create dan spin isu. Hanya bergantung kepada keupayaan parti saja sudah cukup untuk memenangi hati rakyat.
Tuesday, January 29, 2013
Tampar pelajar Mesir: Zambry perlu bertanggungjawab
Ahmad Po'aad berkata, insiden tersebut sangat serius kerana ianya melibatkan soal maruah keluarga beliau.
Menurutnya, keluarga beliau sangat kecewa dengan tindakan tidak profesional oleh pegawai tersebut dan pihaknya tidak akan berdiam diri terhadap isu itu, kemungkinan tindakan selanjutnya akan di ambil.
"Saya mendesak agar Datuk Seri Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak yang bertanggungjawab ke atas isu ini segera mengambil tindakan yang tegas hasil siasatan yang dilakukan pihak beliau.
"Saya tidak mahu isu ini dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan terhadap Pegawai HEP tersebut," katanya ketika ditemui selepas perbincangan dengan Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) di Ipoh, hari ini. (Gambar)
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya telah menghubungi peguam bagi membincangkan tindakan selanjutnya yang akan diambil kepada pegawai tersebut.
Kata beliau, tindakan tersebut sangat berat dan bukannya perkara biasa kerana ianya turut membabitkan soal keselamatan anaknya yang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar.
" Ini adalah soal maruah keluarga saya, pegawai HEP tersebut tidak ada hak untuk menampar anak saya sedangkan anak saya berada di pihak yang benar ketika itu.
"Sebagai seorang pegawai beliau perlu mempunyai etika yang tinggi dalam menguruskan hal ehwal mahasiswa disana," ujar beliau lagi.
(Pegawai HEP, Muhaimin [dalam bulatan] dikatakan menjadi agen Umno disana)
Sementara itu, Pengarah IPMM, Hafez Sabri berkata, pihaknya akan terus mendapatkan maklumat tentang kejadian itu demi mempertahankan nasib mahasiswa yang dizalimi itu.
Pada 19 Januari lalu, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak di Mesir dikatakan telah memukul seorang pelajar tanpa alasan dan sebab yang munasabah dan beberapa NGO telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar mendesak menyiasat perkara itu secara terperinci.
Monday, January 28, 2013
Akhbar The Star pernah dimiliki Melayu?
Dari mula ia menyiarkan tulisan tetap setiap hari Ahad oleh Tunku Abdul Rahman Putra, bekas Perdana Menteri yang dikatakan pencen bulanannya tidak cukup bagi menampung keperluan kewangannya. Boon Siew sanggup membayar seribu ringgit kepadanya untuk satu tulisan. Tunku boleh dapat empat atau lima ribu ringgit sebulan. Ia tanda modal The Star besar dan ia melegakan kewangan Tunku.
Satu hari Boon Siew mengadap Tunku. Kata Tunku pada saya, Boon Siew minta fikirannya tentang tawaran seorang yang mengaku wakil Perdana Menteri Tun Razak untuk mengambil alih The Star. Tiada pilihan bagi Boon Siew melainkan menyerah pada tekanan itu. Terus Tunku mengira ia adalah percubaan orang-orang Tun Razak bagi menghalangnya meneruskan tulisannya. Kata Tunku, 'Inilah saja yang ada pada saya sekarang. Pasal apa depa nak kacau?"
Ruangan Tunku di akhbar itu mulanya Looking Back kemudian ditukar kepada As I See It. Antara kandungannya mengkritik pentadbiran Tun Razak. Bila Tun Hussein Onn menggantikan Tun Razak, ia terus mengkritik dasar dan pentadbiran Tun Hussein yang dirasanya tidak betul. Demikian juga dengan pentadbiran Dr. Mahathir. Satu kemungkinan lagi Boon Siew dipaksa menjualnya ialah The Star adalah akhbar yang ada potensi memecah monopoli The New Straits Times. Tan Sri Abdullah Ahmad, Setiausaha Politik Tun Razak yang sangat berpengaruh masa itu tentu ada maklumat tentang usaha mengambil alih The Star.
Tunku pun mengadu kepada penyokong setianya Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah. Tun Mustapha tidak berlengah lalu datang kepada Tunku dengan satu beg eksekutif yang penuh duit. Tun Mustapha mengambil alih The Star dan menjadikan Tunku sebagai pengerusi. Apabila Tun Mustapha digulingkan dan dia pula mulai kesempitan duit, akhirnya The Star dijual pula kepada MCA. Maka The Star jatuh ke tangan kumpulan yang mempunyai modal yang sanggup menanggung rugi bukan sekadar tiga tahun, bahkan beberapa tahun. The Star bukan sekadar mampu memecahkan monopoli The New Straits Times, malah menjadi syarikat penerbitan Inggeris yang utama."
Kisah ini dipetik daripada buku terbaru karya Subky Abdul Latif yang bertajuk 'Propagandis Zaman' iaitu sambungan kepada Memoir Kewartawanannya, Anak Apak.
Banyak kisah-kisah sejarah negara di ceritakan melalui pengalaman beliau yang terlibat secara langsung sebagai wartawan pada waktu itu.
50 pasukan kecewa padang Futsal dikunci
Sunday, January 27, 2013
Istiqamah bakal calon merupakan aset kemenangan Pas di Dun Sg Rapat
- Agenda kebajikan, menyediakan kertas kerja cadangan dan 'trouble shoot' sesuatu isu rakyat walaupun tidak memiliki sebarang kuasa eksekutif.
- Santuni Kedai kopi yang cukup disukai rakyat. Melalui kunjungan kerap beliau ke kedai-kedai kopi beliau berjaya menganalisa masalah, isu dan mendengar sendiri luahan rasa rakyat.
- Program ilmiah di Masjid, surau-suarau kerana Radzi sendiri memiliki latar belakang tarbiah Islamiyyah yang baik sejak zaman kampus. Tarbiah bekalan beliau menyebabkan beliau mampu menyampaikan tazkirah, menganalisa isu agama dan global dengan baik.
- Program rekreasi dan aktiviti bersama anak muda. Beliau yang merupakan bekas Ketua Platun Rejimen 503 Askar Wataniah Ipoh pada tahun 1996 sebenarnya lasak walaupun lembut dalam tutur kata. Beliau mahir dalam permainan bola sepak sehingga Piala Radzi zainon diwujudkan walaupun beliau belum bergelar seorang 'Yang Berhormat'.
- Aktiviti gotong royong seperti membersih surau dan kubur serta membantu membaiki rumah rosak seperti kes ribut di Sungai Rokam dan warga emas di Pengkalan Gate kerap diadakan. Kerjasama Dewan Pemuda Gopeng dan Batu Gajah serta Unit Amal Gopeng, Ipoh Timur dan Batu Gajah amat membantu kejayaan aktiviti sebegini.
Yb Hamidah cuba cari pengaruh di surau-surau
Gambar ihsan : Sungai Rapat Online |
Saturday, January 26, 2013
Thursday, January 24, 2013
Foto-foto sekitar Debat Darul Ridzuan
Pentas utama tempat berlangsungnya Debat Darul Ridzuan |
Dr Khairudin Abd Malik selaku Pengarah Program menyampaikan kata-kata aluan |
Khairul Azman pengerusi majlis |
Tiga pendebat daripada Pakatan Rakyat Perak |
Tiga pendebat daripada BN Perak yang diketuai oleh Zambry Kadir tetapi malangnya tiada kunjung tiba sehingga ke penghujung acara |
Moderator bagi acara debat, Prof. Madya Dr Hj Fakhruldin |
Pembentang kertas pertama daripada pihak PKR Perak, Saudara Tomi |
Pembentang kertas kedua daripada Pas Perak, Sdr Salman Saleh |
Orang ramai yang memenuhi dewan banquet Hotel Excelsior, Ipoh |
Pembentang kertas ketiga daripada Dap Perak, Howard Lee Chuan How |
Kupasan oleh DS Nizar Jamaludin kepada kertas-kertas isu yang dibentangkan |
YB Dato' Ngeh Koo Ham |
YB Chang Lih Kang |
Komen daripada penonton |
YB Nga Kor Meng juga turut hadir |
Komen yang berapi daripada warga emas ini yang begitu terkejut dengan pendedahan mengenai tanah-tanah yang diberikan oleh Zambry kepada kroni-kroninya |
Mereka-mereka yang telah menjayakan program Debat Darul Ridzuan |
Debat Nizar vs Zambry: Gagal dalam berjaya
Ini dinyatakan Zambry melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 23 Januari 2013. Bukan melalui jawapan kepada surat rasmi yang dihantar Pakatan Rakyat Perak ke pejabat Umno Negeri tempohari.
Maka, debat ini tidak jadi walaupun penganjur masih meneruskan program sepertimana yang dirancang tanpa kehadiran Zambry dan Exconya.
Gagal
Program debat yang diadakan di Hotel Excelsior, Ipoh ini dianggap gagal kerana ketidak hadiran pihak Zambry daripada BN yang membuatkan ianya bukan lagi debat kerana hanya satu pihak sahaja yang berucap.
Ketidakhadiran Zambry juga telah membuatkan hilang minat orang ramai untuk datang sekaligus menggagalkan sasaran kehadiran yang diharapkan oleh penganjur.
Berjaya
Walaupun program debat yang gagal itu telah bertukar kepada sebuah forum, namun ianya telah berjaya menyampaikan serta membuka mata dan minda setiap yang hadir mengenai beberapa isu yang diketengahkan.
Antara isu yang begitu terkesan kepada hadirin adalah mengenai pemberian tanah dan projek oleh Zambry melalui kerajaan negeri kepada kroni-kroninya. Terketar-ketar seorang warga emas yang menahan kemarahan apabila memberikan komen mengenai isu tersebut sewaktu sesi soal jawab.
Penganjur juga telah berjaya membuktikan bahawa yang benar itu berani manakala yang salah itu sentiasa di dalam ketakutan. Pihak Pakatan Rakyat dilihat benar-benar bersedia dengan segala maklumat dan bukti-bukti yang ditonjolkan manakala pihak BN Perak dilihat sedari awal lagi cuba menjauhkan diri daripada debat ini.
Inilah peluang yang diberikan oleh Pakatan Rakyat Perak kepada BN Perak yang diketuai oleh Zambry untuk menyata dan membuktikan kebenaran dihadapan rakyat Perak sendiri.
Malang sungguh kerana Zambry dan BN Perak masih berdolak-dalih dalam menyatakan kebenaran dan juga menjauhkan diri daripada debat ini yang merupakan wacana ilmiah buat semua pihak.
Walaupun debat ini gagal dalam berjaya, ianya telah membuka minda rakyat kepada kebenaran.
Tuesday, January 22, 2013
Debat Nizar dan Zambry, jadi ke tak jadi?
Ramai yang tertanya-tanya, sama ada banner (seperti di atas) yang giat bertebaran di dada blog dan facebook, adalah banner gurauan semata?
Mana mungkin perdebatan hebat di antara dua tokoh yang menjadi pemimpin kepada dua parti besar di Malaysia bakal mengambil tempat dan bersaksikan rakyat negeri Perak sendiri.
Daripada maklumat yang didapati, pihak Pakatan Rakyat Perak telahpun menghantar surat jemputan rasmi untuk acara debat ini kepada Zambry di Pejabat Umno Negeri Perak pada 16 Januari yang lalu.
Namun, sehingga hari ini, masih tiada jawapan balas daripada pihak Zambry ke atas surat jemputan rasmi PR Perak tempohari. Zambry dikatakan enggan untuk berdebat dan ini dilaporkan di dalam akhbar Utusan. Pihak penganjur amat kecewa dengan sikap Zambry yang tidak professional apabila tidak membalas surat jemputan rasmi itu dan hanya menyatakan keengganan beliau menerusi media yang menandakan beliau sedar dan tahu bahawa terdapat surat jemputan rasmi yang telah dihantar ke pejabat Umno Negeri.
Daripada pemerhatian rambang yang diambil daripada komen-komen orang ramai terutamanya rakyat Perak sendiri melalui laman facebook, rata-rata mereka mahukan debat ini berjaya dijalankan sepertimana yang dirancang. Ini bagi membuka peluang kepada kedua-dua tokoh ini merungkai segala isu-isu dan persoalan yang tergantung akibat tiada jawapan yang bernas yang diperolehi semasa Sidang Dun Negeri Perak baru-baru ini.
Isu pokok yang lebih diutamakan di dalam Debat Rakyat kali ini adalah mengenai rasuah kepada Ngeh Koo Ham oleh Tuan Guru Nik Aziz sepertimana yang didakwa oleh pihak Umno dan juga mengenai kroni-kroni Zambry yang dikatakan mendapat banyak projek daripada beliau. Siapa berdusta? Itulah yang ingin didebatkan agar rakyat Perak boleh menilai sendiri mengenai isu-isu ini setelah peluang tersebut tidak dapat mereka kecapi melalui Sidang Dun baru-baru ini.
Menurut pihak penganjur, debat ini akan tetap diteruskan dengan atau tanpa kehadiran Zambry kelak di Hotel Excelsior, Ipoh. Orang ramai dijemput untuk bersama-sama mengasah minda 23 Januari ini.
Sekali lagi, Zambry diberi peluang untuk membuktikan kejantanannya setelah beberapa kali gagal berbuat demikian.
Sentimen perkauman Umno; cetus ketakutan orang Melayu
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian memberitahu Umno sedang mereka-rekakan cerita bahawa bangsa Melayu akan terancam disebabkan oleh bangsa lain.
"Dalam masa mereka hendak mengukuhkan kedudukan mereka, orang Melayu dimomokkan Umno dengan menggunakan politik sentimen perkauman.
"Umno telah menakut-nakutkan orang Melayu bahawa kedudukan bangsa Melayu akan terancam jika parti selain daripada Umno memenangi pilihanraya," katanya.
Menurutnya lagi, tindakan Umno dan media milik mereka yang sering mempolemikkan isu sensitif dengan hasrat untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini terutamanya orang Melayu akan menggagalkan semangat perpaduan kaum negara ini.
"Rakyat telah sedar dengan fitnah yang dilemparkan oleh mereka dan saya pasti Umno akan terus agresif untuk meneruskan isu sentimen perkauman ini demi politik mereka.
"Namun saya yakin, rakyat sudah matang serta menolak politik sempit Umno, rakyat sendiri sudah pasti keputusan yang mereka lakukan demi kesejahteraan negara ini bukannya politik perkauman Umno," kata beliau lagi.
Monday, January 21, 2013
Selepas menang saman dengan Utusan, kini Anwar tuju Hasan Ali pula
Selepas menang saman ke atas Utusan Melayu yang memfitnah beliau, kini DS Anwar Ibrahim bakal mengambil tindakan terhadap Datuk Hasan Ali pula.
Tindakan selanjutnya akan ditentukan DS Anwar selepas berbincang dengan peguam beliau.
KUALA LUMPUR 21 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu.
“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali.
Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.“Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan,” katanya.
“Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno. Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan,” jelas Anwar.
Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme.“Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah.
Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas,” tegasnya.
"Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya,” kata Anwar lagi.
Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.
Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia memfitnah Anwar semasa temubual bersama BBC, mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertikai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.
Peguam mewakili Anwar, N Surendran turut memuji ketegasan hakim yang menyatakan dua elemen penting dalam kes tersebut.
"Kebebasan media dan badan kehakiman yang dinyatakan hakim dalam kes ini adalah satu penghakiman yang sangat penting, ‘rare’ dan mudah sebenarnya.
Itulah perkara asas dalam menjayakan sesebuah demokrasi,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.Utusan diarah membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000 kepada Anwar.
Pampasan pula akan ditentukan 15 Februari ini ekoran penyiaraan artikel bersifat fitnah pada 17 Januari 2012 itu bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar.
~keadilandaily
Sekitar fakta-fakta isu penggunaan istilah Allah
- Isu ini akan digunakan semaksima oleh UMNO untuk mengatakan PAS tidak menegur DAP dalam isu aqidah (terlalu liberal)
- Isu ini ijtihadiy malah membenar secara mutlak, melarang secara mutlak, membenar dengan syarat ianya masih dalam lingkup ijtihadiy.
- Ucapan Presiden, Ucapan Tuan Guru Nik Aziz dan Majlis Syura TUNTAS bahawa yang dibenarkan hanya menyebut kalimah Allah kerana berpandu dalil Ali Imran 64 dan Al Ankabut 63[1].
- Ucapan Presiden, Ucapan Tuan Guru Nik Aziz dan Majlis Syura TUNTAS melarang terjemahan kalimah Allah ke dalam Bahasa apa sekalipun kerana Allah adalah lafzul Jalalah yang suci.
- Di Negara Arab dan serata dunia Kalimah Allah telah lama digunakan. Sabah Sarawak juga menggunakan kalimah Allah dalam Gereja mereka dengan kebenaran kerajaan.
- KDN perlu bertanggungjawab apabila ada Injil bahasa Indonesia diimport masuk ke Malaysia walaupun UMNO mengaku membela kalimah ini daripada Bible.
- Umat Kristian juga perlu resah jika benar kalimah Allah digunakan secara meluas dalam Bible kerana anak mereka boleh sahaja mengenali Islam yang sebenarnya dan akhirnya meninggalkan ajaran Kristian sepertimana di Negara Arab. Mengapa hanya orang Melayu yang risau? Inilah paranoid yang dicetus oleh UMNO.
- Jika dilarang penggunaan kalimah Allah dalam sebutan oleh kaum bukan Islam, maka lagu-lagu kerajaan negeri melayu yang ada lafzul Jalalah sepatutnya ditukar kepada God semasa mereka menyanyikan lagu tersebut.
- Teguran dan penjelasan telah diberi oleh Presiden PAS terhadap Lim Guan Eng dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat sedangkan UMNO tidak pernah menegur MCA menghina hukum Hudud dan sistem Syariah negeri Selangor.
- Kita tidak boleh manfikan konsep Rububiyyah yang diakui oleh semua agama. Semua agama diakui oleh Al Quran mengakui adanya tuhan yang mencipta. Mereka syirik uluhiyyah walaupun mengiktiraf Allah sebagai nama Tuhan. Secara nasnya kita dilarang menghalang mereka menyebut nama Allah. Walaupun begitu penghalangan mencetak Injil berbahasa Melayu perlu dalam konteks waqi’e Malaysia atas alasan sadd azzarai’e.
- Pandangan Syeikh Al-Qaradawi dan Wahbah Az-Zuhayli yang membenarkan Kristian menggunakan Kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan, adalah tepat tetapi fatwa mereka tidak sesuai digunakan untuk menyokong keputusan pihak yang membenarkannya di Malaysia, ini kerana hukum asal sememangnya HARUS.
- Jika sekiranya mudarat melebihi manfaat, adakah kerajaan selaku pemerintah berhak dan dibenarkan oleh hukum Islam untuk melarang Kristian dari menterjemahkan kalimah God kepada Allah?. Kerajaan dibenarkan menggunakan kuasa dalam hal ini. Dan peruntukkan kuasa itu sememangnya diakui di dalam undang-undang Islam.
- Tiada dalil qati'e yang putus sebagai asas dan indikasi hukum bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
- Terdapat banyak dalil Al-Quran yang bersifat zhonniyah ad-dalalah yang menunjukkan KEHARUSAN bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan Nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Ia adalah pandangan majoriti ulama termasuk Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lainnya.
- Dato' Dr Haron Din, dalam rakaman penjelasannya memperlihatkan beliau menolak dan memberi amaran atas dasar maslahat dakwah dan bukan sangat bergantung kepada teks al-Quran dan Hadis.
- Tulisan Dr. Syed Tawfiq Al-Attas, yang juga jelas memperlihatkan ulasannya menolak rasional terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa. Selain itu, beliau juga menolak alasan Kristian yang kononnya cuba merujuk kepada Bible. Kedua-dua bantahan Dr Syed ini bukanlah ulasan dari perspektif hukum dan Aqidah Islam tetapi lebih kepada mematikan alasan Kristian.
- Prof Madya Dr Khadijah Hambali dalam tulisannya membuktikan TIDAK BENARNYA dakwaan Kristian dan rasional mereka yang ingin menggunakan nama Allah kerana nama itu yang wujud di dalam kitab bible asli mereka. Beliau membawakan petikan-petikan yang membuktikan hujahnya. Di samping itu, beliau juga mengulas ketidakwajaran terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa dan mempertikaikan rujukan Kristian dalam hal ini. Dr Zaharudin bersetuju dengan hujjah Dr Khadijah ini, namun perlu difahami apa yang dibawakan oleh Dr Khadijah sebenarnya lebih cenderung kepada faktor dan objektif dakwah,
- Terdapat juga beberapa kumpulan ulama cenderung kepada hukum haram, namun kebanyakan hujjahnya bercampur baur antara hujjah teks al-Quran dan hujjah maslahat dan dakwah. Justeru, melalui penelitian saya, pandangan yang melarang adalah lemah jika ditinjau dari perspektif argumentasi teks Al-Quran. Namun larangan boleh dibuat atas dasar masalah dakwah yang khusus di Malaysia.
- Ulama tanahair terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan keharusan atau pengharaman dari perspektif dakwah dan melihat situasi khas di Malaysia. Majlis Fatwa dan yang bersamanya kelihatan mengharamkan manakala PAS, PKR dan individu masih menganggapnya sebagai HARUS dengan syarat-syarat tertentu.
- Dr Zaharuddin cenderung bersama Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun tidak melihat pandangan mereka yang membenarkan dengan syarat sebagai salah kerana ia merupakan sebuah isu ijtihadi dalam menilai mudarat dan manfaat. Perbezaan telahan dalam hal ini sememangnya sukar dielakkan.
- Di dalam kerancakan berbicara hak penggunaan nama Allah, perlu juga diteliti jangan hingga kita menidakkan rububiyyah Allah mencipta dan mentadbir golongan bukan islam. Umat Islam perlu yakin bahawa Allah juga tuhan kepada kaum bukan islam cumanya emreka engkar atau tidak mengenali Allah yang sebenarnya. Lihat perihalan di bawah;
- Artikel 3 dalam Perlembagaan mencatatkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Kedua, dilindungi orang Islam dalam konteks Artikel 11 (4). Walaupun kebebasan beragama dibenarkan tetapi dari segi umat Islam, mereka tidak boleh diganggu. Perlembagaan Persekutuan 11(4) yang memperuntukkan undang-undang Negeri dan Persekutuan bagi mengawal dan menghadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.
Untuk membaca selanjutnya, sila klik di SINI
Sumber: blog Landskap Siasah