Thursday, December 12, 2013
Dapatkan Hadiah Tahun Baru dari Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man malam ini
Monday, December 2, 2013
Makluman Pelantikan Jawatan Dalam Kepimpinan PAS Pusat Untuk Sesi 2013-2015
Tahniah! Haji Razman Zakaria dilantik Pesuruhjaya PAS Perak yang baru
Sunday, December 1, 2013
Al-Fatihah! Dato' Fauzi Shaari kembali ke Rahmatullah
Friday, November 8, 2013
Ceramah Isu Semasa di Taman Maju Rapat malam ini
Malam ini akan diadakan Ceramah Isu Semasa di Taman Maju Rapat (berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah), Ipoh. Ceramah akan bermula jam 9.00 malam.
Ceramah kali ini akan disampaikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad bersama dengan YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng dan juga YB Radzi Zainon, Adun Sg Rapat.
Datanglah beramai-ramai.
Monday, November 4, 2013
BN gagal di Sg Limau walau guna segala kekuatannya
Barisan Nasional (BN) gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat, di samping wang dan tokoh-tokoh besarnya.
PAS berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,084 undi apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samad mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dalam pertandingan satu lawan satu.
Kegagalan BN untuk merampas kerusi ini juga menjadikan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir kalah buat kali kedua dalam masa tidak sampai sebulan.
Sebelum ini, Mukhriz yang memimpin jentera BN di Sungai Limau gagal dalam usahanya untuk merebut salah satu kerusi naib presiden Umno apabila beliau berada di tempat keempat di belakang Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Mukhriz memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pilihan raya kecil ini dengan berkampung di Sungai Limau sepanjang kempen berjalan.
Beliau berada di mana-mana dalam kawasan pilihan raya untuk memastikan jentera Umno berjalan dengan baik.
Ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut dibawanya untuk membantu kempen BN.
Selain gambar calon BN, gambar Mukhriz banyak digantung di sini.
Tidak sebagaimana pilihan raya kecil sebelum ini, gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak digantung oleh petugas BN di Sungai Limau.
Walaupun Mohd Azam menang, majoriti 1,084 undi adalah kurang berbanding majoriti 2,774 yang diperolehi oleh allahyarham Tan Sri Azizan Razak dalam pilihan raya umum lalu.
Kemenangan Mohd Azam, Penolong Pengetua Sekolah Menengah Agama An Nahdzah, Bukit Besar mengalahkan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Sohaimi merupakan satu keputusan yang manis bagi PAS di Kedah setelah hilang negeri jelapang padi itu dalam pilihan raya lalu.
Kemenangan ini juga manis buat Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar, yang menggalas tanggungjawab itu selepas Azizan meninggal dunia.
Ia bakal menjadi bekalan penting untuk Mahfuz dalam pemilihan PAS dari 22 hingga 24 November ini apabila beliau dijangka akan mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden.
Kekalahan calon BN juga bermakna program Karnival Rakyat yang banyak mendapat sambutan penduduk tempatan tidak berjaya diterjemahkan dalam bentuk undi untuk BN.
Ia hanya menghabiskan wang yang banyak kepada BN apabila barangan seperti gula, beras dan Milo dijual dengan harga yang murah.
Walaupun kerajaan telah menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan alasan untuk mengelakkan penyakit kencing manis, gula dijual dengan harga murah di Sungai Limau.
Tindakan kerajaan menarik balik subsidi 34 sen gula telah menyebabkan harga gula naik melambung kepada RM2.84 sekilo, namun penduduk di sini mendapat gula dengan harga RM1 sahaja sekilo.
Sekampit beras 5 kilogram hanya dijual dengan harga RM5 sahaja oleh karnival anjuran BN di sini.
Namun, terbukti ia tidak berjaya membeli undi penduduk Sungai Limau, khasnya di kubu kuat PAS iaitu Bukit Besar, tempat berlangsungnya karnival tersebut. – 4 November, 2013.
Sunday, November 3, 2013
Gandingan mantap terajui kepimpinan Dewan Pemuda Pas Perak sesi 2013-2015
Saturday, November 2, 2013
PRK Dun Sg Limau: Penyelidik ramal PAS menang
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar dalam kenyataannya kepada media berkata, perolehan ini berdasarkan kajian mereka secara bersemuka dengan 602 pengundi di Sungai Limau sejak 28 Oktober hingga 1 November.
"Sepanjang tempoh kajian dijalankan, kami mendapati faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi penyumbang kepada pengekalan undi PAS di sini," kata Hisomudin.
Ilham Centre adalah sebuah badan penyelidik yang mempunyai rekod pencapaian baik apabila jangkaan mereka menjelang pilihan raya kecil sentiasa tepat sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada tahun 2008 lagi.
Metode bertemu responden secara bersemuka adalah antara kajian yang dibuat oleh Ilham dan ternyata ia mempunyai margin kesilapan sangat kecil.
Menurut Hisomudin, kajian kali ini mendapati pilihan raya kecil Sungai Limau memperlihatkan dengan jelas pertembungan antara PAS dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.
Mereka juga mendapati pengundi Sungai Limau sangat tegar dan dipengaruhi oleh identifikasi parti berbanding faktor-faktor lain.
"Faktor ini menyumbang sebanyak 81% yang diambil kira oleh pengundi berbanding faktor calon (12%) dan faktor isu hanya 4% sahaja," kata Hisomudin.
Pengaruh dua pondok di kawasan pilihan raya ini iaitu Pondok Bukit Besar dan Pondok Pak Ya yang dimiliki oleh tokoh PAS juga memberikan sumbangan besar sokongan kepada PAS.
Pemuda Pas Perak perlu memilih antara Tarbiyyah atau Mendepani Isu
Monday, October 28, 2013
Konvensyen Pas Perak 2013 - Penutup
27 Okt (IPOH): Bagi pembentangan kertas kerja yang ketiga, Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib telah berbesar hati untuk memberikan komitmen kepada Pas Perak.
Manakala untuk majlis penutup konvensyen pula, YB Datuk Haji Mahfuz Omar telah menyempurnakannya.
Ustaz Fakhruddin selaku moderator bagi sesi kali ini |
Tan Sri Muhammad membentang dengan panjang lebar mengenai Umno dalam bentuk wacana |
Wacana beliau bertajuk 'Pengaruh UMNO dikalangan Pengundi Melayu: Cadangan Strategi untuk Pas' |
Pembahas yang pertama |
Dr Khairuddin Malik sebagai wakil Pas Tambun |
Wakil daripada Dewan Ulama' |
YB Datuk Mahfuz tiba |
Tan Sri Muhammad membuat pergulungan |
Cenderahati buat tetamu |
YB Ustaz Radzi Zainon membacakan resolusi konvensyen pada hari ini |
YB Datuk Mahfuz menyampaikan ucapan penutup konvensyen |
Haji Mahfuz, Pesuruhjaya Pas Kedah menerima cenderahati daripada Peseruhjaya Pas Perak |
Kutipan derma kilat |
Haji Mahfuz menjawab pertanyaan wartawan di dalam sidang media beliau |
YB Ustaz Radzi Zainon dan Haji Othman Maseri bergambar bersama Tan Sri Muhammad |
Amran Harun dan Ustaz Dr Nuri juga berpeluang mengambil gambar bersama Tan Sri Muhammad |
Penulis mengabadikan kenangan bersama Tan Sri Mat Taib |
Konvensyen Pas Perak 2013 - Pembentangan Kertas Kerja
27 Okt (IPOH): Pas Perak bertuah kerana berjaya mendapatkan penganalisis daripada Merdeka Center sebagai pembentang kertas kerja di konvensyen.
Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis membentangkan tajuk 'Analisa Keputusan PRU13 Perak: Kedudukan PAS'. Isi yang dikupas beliau begitu mendalam dan memberikan impak yang cukup baik sebagai panduan berguna kepada Pas Perak.
Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis |
Sdr Salman Saleh menjadi moderator bagi sesi pembentangan yang pertama |
Perbahasan kertas kerja yang pertama dimulakan oleh wakil daripada Dewan Muslimat Pas Perak |
Wakil Bukit Gantang |
Dato Seri Nizar dan Dr Dzulkefli Ahmad menanti sesi perbentangan kertas kedua |
Puan Rohawati naik ke pentas sebagai moderator bagi sesi kedua |
Perbahasan bagi sesi kedua |
Ustaz Akmal sebagai wakil Dewan Pemuda Pas Perak membahas |
Saudara Amran Harun wakil daripada Pas Kampar |
Hangat dewan dengan perbahasan beliau |
Dr Dzul menggulung dan menjawab perbahasan |
Cenderahati buat tetamu |
Makan tengahari |
Yang ini makanan penulis, Bismillah |