Tuesday, January 25, 2011

BN salahguna harta awam di Dun Tenang

Sepertimana biasa di dalam pilihanraya kecil yang sebelum ini, Umno dan BN sekali lagi tanpa segan silu menyalahgunakan harta awam untuk kepentingan parti mereka.

Gambar-gambar yang dipaparkan disini menunjukkan bagaimana peralatan daripada RTM dipunggah masuk ke dalam bangunan milik MCA di Labis.

Siapa kata Umno dan BN kuat? Dimana kekuatan mereka jika terpaksa mengguna dan bergantung kepada jentera kerajaan semata-mata.

1. Peralatan RTM untuk kempen BN


Satu lori barangan diangkut untuk kempen BN

Lokasi kejadian

2. Helikopter untuk pengangkutan siapa ni? menteri? YB?..baca diSINI..





Perkara-perkara seperti ini berlaku kerana SPR mengamalkan sikap 'tutup sebelah mata' jika ianya melibatkan parti Umno dan BN tetapi 'terbeliak mata' jika parti-parti daripada Pakatan Rakyat yang melakukannya.

Monday, January 24, 2011

Pelancaran 'Huan' (UBAH) di Dun Tenang

Suasana meriah hari pertama kempen calon PAS ini disemarakkan lagi dengan sokongan padu daripada rakan Pakatan Rakyat.

Gambar: CALON PAS DUN Tenang, Normala Sudirman (dua dari kanan) bersama Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang, Salahuddin Ayub membuat lakaran perkataan Mandarin 'huaan' yang bermaksud ubah. - Foto Nurul Shafina Jemenon

Tengahari semalam, bertempat di perkarangan Wayang Pacak PAS, DAP melancarkan tema sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 3 Februari nanti. Majlis itu diserikan dengan tarian singa dan mainan gendang daripada kumpulan 'Action Team'.

Pada majlis tersebut, Cikgu Mala diberi peluang menyempurnakan tulisan tema Tahun Baru dalam bentuk kaligrafi Cina iaitu 'Huan' yang bermaksud ubah.

Dr Hew Kuan Yau, Exco Publisiti DAP berkata, berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina, setiap Tahun Baru mereka akan memilih satu tema sebagai simbol permulaan yang baik bagi tahun tersebut.

Lazimnya tema yang dipilih ini akan dipamerkan atau digantung di hadapan pintu rumah dengan tujuan menghalau roh jahat. Amalan tradisi ini juga dianggap sebagai membawa tuah bagi masyarakat Cina amnya.

Tambah Dr Hew lagi, Cikgu Mala akan menulis tema tahun baru tersebut sebanyak 6 salinan. Ini kerana bilangan 6 kali atau 6x6 membawa maksud 'sangat lancar'.

"Kami percaya kemenangan untuk memenangi kerusi di Dun Tenang kali ini akan berpihak kepada PR melalui calon PAS, Cikgu Mala."

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mohammad Sabu, Dato Mahfuz Omar, Dr Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau. -n05tenang

Gambar-gambar pelancaran 'Huan' dari lensa Kak Leha.









Laga perut tu Bang Mad, MCA tak nak komen ke?


Rasuah di Dun Tenang

Felda Tenang (24 Januari): Bagai telah menjadi satu amalan, pembangunan hanya datang apabila adanya pilihanraya disana.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, tetapi itulah yang selalunya berlaku. Dan ianya pula dibuktikan dengan gambar-gambar sepertimana dibawah ini.

Projek 'mee segera' sedia berkhidmat disetiap lokasi pilihanraya kecil tanpa mengira cuaca dan waktu.
Allahyarham Tun Razak turut diheret bersama didalam kempen Dun Tenang?

Dasar UMNO/BN memenangi hati peneroka dengan umpan projek mee segera. Budaya umpan UMNO/BN dari dulu kini dan selamanya. Rakyat diutamakan sewaktu mereka terdesak dan mahukan undi rakyat. Bila undi sudah dapat poket pimpinan mereka yang didahulukan.






Kempen Cikgu Mala berlangsung TENANG

Kempen calon PAS untuk N5 Dun Tenang, Cikgu Mala untuk bertemu dengan pengundi-pengundi disekitar Tenang berjalan dengan baik dan lancar.

Dipaparkan disini gambar-gambar kempen beliau yang disunting daripada Facebook Kak Leha untuk tatapan pembaca.

Kempen Cikgu Mala di pasar

Meninjau keadaan penduduk kampung

Bertanya khabar penduduk kampung

Terharu menerima lawatan calon PAS

Yang uzur tidak dilupakan

Anak yang kurang bernasib baik juga mendapat perhatian

Jangan pening-pening Kak, ubahlah sekarang...Selamatkan Malaysia

Suami Cikgu Mala juga turut turun padang membantu

Wajah Tenang yang menjadi tumpuan

Kumpulan pengiring kempen yang pelbagai kaum

Isu salam: Mungkinkah Soi Lek belajar daripada Zambri?

Mula-mula, baca yang ini dulu. Syabas buat Harussani dengan teguran dibawah.

Isu bersalam: Harussani anggap Soi Lek hina Islam, perlu minta maaf

January 24, 2011

LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani(gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.

“Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.

“Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.

“Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam,” kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

“Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.

“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.

“(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.

Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan “fatwa” baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

“Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram.

“Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja.

“Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik,” katanya.

Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

“Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan.

Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam,” katanya.

- Malaysian Insider

Chua Soi Lek belajar daripada Zambri?

Berkenaan isu salam sepertimana yang dikatakan oleh Chua Soi Lek menunjukkan bahawa kejahilan beliau didalam perkara-perkara yang membabitkan agama Islam. Ini memang jelas.

Umno selaku parti rakan kepada MCA juga telas jelas nyata GAGAL didalam menerangkan konsep Islam sebagai cara hidup yang sebenar.

Gesaan Mufti Perak agar Chua Soi Lek memohon maaf kepada umat Islam dinegara ini adalah amat wajar dan tindakan yang tepat sekali.

Namun begitu, sekiranya Chua Soi Lek menunjukkan gambar seperti dibawah, dimana seorang Exco AGAMA yang juga merangkap Menteri Besar? Perak, Zambri Abdul Kadir bersalaman dengan seorang wanita yang jelas bukan muhrimnya, dikhalayak ramai pula, sebagai bahan bukti akan kenyataannya tempohari tentang 'tertib bersalam seorang wanita Islam', apakah jawapan yang hendak diberikan (atau diterangkan) oleh Mufti Perak akan hal tersebut?

Ini kerana bukan sahaja MCA, malah seluruh rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam telah diajar dan ditunjukkan contoh oleh pimpinan Umno selama 53 tahun bahawa apa yang dilarang oleh agama Islam, boleh dilakukan tanpa batasan oleh mereka. Contohnya: bersalam lelaki dan wanita, tidak menutup aurat, rasuah, minum arak dan banyak lagi.

Kita sebagai umat Islam dinegara ini perlulah menunjukkan contoh yang sebenarnya kepada yang bukan Islam agar jangan kita dipersoalkan kelak....akan kejahilan kita yang telah lama tahu berbanding kejahilan mereka yang tidak diberitahu.

Mungkin Mufti Perak boleh merenungkan akan hal ini sambil menatap gambar dibawah sedalam-dalamnya. Pasti Mufti akan berfikir bahawa bukan hanya Chua Soi Lek seorang sahaja yang perlu ditegur didalam hal ini.

Mana satu pilihan TENANG untuk bawa suara rakyat

Berdasarkan kepada video kedua-dua calon yang bertanding di N5 Dun Tenang seperti yang ditayangkan dibawah, saksikan dan pilihlah calon yang benar-benar layak untuk membawa suara rakyat di dalam dewan undangan negeri.

CALON BN - AZAHAR IBRAHIM



CALON PAS - CIKGU NORMALA SUDIRMAN


Tujuan dibuat pemilihan seseorang untuk dilantik kejawatan Ahli Dewan Undangan adalah untuk membawa suara rakyat tempatan kedalam dewan untuk pembelaan yang sepatutnya.

Dengan kepetahan dan skill bercakap yang dimiliki calon PAS yang juga merupakan seorang guru, pasti selayaknya dipilih untuk jawatan tersebut.

Tetapi jika calon BN yang dipilih, suara rakyat takkan sampai kemana dengan 'skill' bercakap yang ia pertontonkan didalam video diatas.

Buatlah pilihan yang TEPAT, wahai warga yang TENANG.

Pilihan yang berwajah TENANG






TENANGkah pula wajah-wajah yang dibawah ini?

Lihat saja kelatnya wajah Ghani Osman....TENANGkah dia?

KeTENANGan bukan milik TokAi dikala ini.....

Bukti penyelewengan Datuk Ai, Calon BN Dun Tenang

Pada siri pendedahan yang lalu, CiLiK© telah mengutarakan kisah lelongan yang menyebabkan tanah berkenaan terlepas ke tangan pihak ketiga akibat Keculasan Datuk Ai, Calon BN semasa menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Segamat ketika itu, sila rujuk link ini [Penyelewengan Calon BN].

Sebelum ini, Datuk Ai (Calon BN DUN Tenang) mengatakan bahawa dia tidak bimbang dengan serangan pembangkang kerana "beliau tidak ada perkara yang disembunyikan" [Utusan]. Nampaknya Datuk Ai sudah lupa dengan salah guna kuasa yang pernah dilakukan malah sudah diketahui oleh seluruh warga di Segamat! bangkai gajah mahu ditutup dengan tudung saji "Pelanduk mudah lupakan jerat". CiLiK cabar Datuk Ai! Sila nafikan pendedahan ini!


Pendedahan diteruskan

Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh tuan tanah, sehingga terpaksa bergolok bergadai untuk mempertahankan tanahnya daripada dilelong, namun proses lelongan tetap juga berlaku.

Sebagai jalan terakhir, tuan tanah yang terlalu terdesak telah menawarkan wang RM 3000 kepada pembida agar menarik diri daripada lelongan tersebut. malangnya pihak pembida menolak, sebaliknya meminta wang sebanyak RM 30,000 jika mahu pihaknya menarik diri dari pembidaan tersebut.

Akhirnya terlepaslah tanah seluas 8 ekar ini kepada pembida tersebut. Tuan tanah yang berasa dianiaya oleh masaalah birokrasi Datuk Ai selaku PPT pada waktu itu telah melantik peguam bagi memastikan perkara ini dibawa ke mahkamah.

Keadilan harus dituntut! Salah guna kuasa Calon BN, Datuk Ai harus didedahkan kepada masyarakat! Ini bukan isu peribadi, tetapi isu penyelewengan yang melibatkan tanah rakyat yang teraniaya.

Sebagai bukti dakwaan ini, di bawah ini CiLiK© dedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan, [Sila klik untuk membesarkan imej]

Nuffnang Ads





Nantikan pendedahan seterusnya, apabila pembeli tanah telah mengambil tindakan saman ke atas Kerajaan Johor akibat dari keculasan Calon BN DUN Tenang, si Datuk Ai ini.

CiLiK© "Datuk Ai cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji walaupun bau busuknya sudah lama dihidu oleh seluruh warga di Segamat Johor!"


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/01/bukti-penyelewengan-datuk-ai-calon-bn.html#ixzz1BxEGlJlt

Umno bantu MCA berkempen HINA ISLAM di Dun Tenang


Followers