Wednesday, April 11, 2018
Gendang dah berbunyi
Sunday, January 8, 2017
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru
Friday, June 17, 2016
Surat Terbuka kepada pengundi Sg Besar dan Kuala Kangsar
Allah swt telah berfirman:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur-an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil)…” [al-Baqarah/2: 185]
Allah swt mentakdirkan berlaku kedua-dua pilihanraya kecil ini pada bulan Ramadhan. Bulan yang besar yang penuh barakah dan kemuliaan.
Bulan ini adalah satu kem latihan dimana umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan amal ibadah untuk mendekatkan diri pada Allah swt.
Selain berlapar dan berdahaga disiang hari dan mempertingkatkan amal ibadah di malam hari umat Islam di Sg Besar dan K.Kangsar turut diberikan tugas memilih pemimpin di bulan Ramadhan ini.
Janganlah dipersia-siakan tanggungjawab itu.
Sewajarnyalah sempena bulan mulia yang Allah perturunkan al Quran ini maka al Quran itu jugalah sewajibnya menjadi panduan kita dalam membuat pilihan.
Al Quran itu kata Allah adalah petunjuk dan ia lah yang membezakan buat kita antara yang hak dan batil.
Jika semasa solat berjemaah pun kita mahukan biar imamnya jauh lebih baik dari kita dari segi aklak, ilmu dan bacaannya inikan pula dalam memilih pemimpin.
Pilihlah yang mulia akhlaknya dan duduk bersama orang yang baik-baik, yang tinggi ilmunya serta duduk bersama-sama mereka yang berilmu, ringkasnya pilihlah yang mampu membela dan memperjuangkan agama kerana hanya yang demikian sahaja yang cinta dan tunduk pada al Quran yang diturunkan Allah swt.
Sebagaimana kita memelihara makan minum kita disiang bulan Ramadhan maka 18hb nanti peliharalah juga tangan kita jangan sampai memangkah mereka yang mungkar, yang pincang dan menyusahkan rakyat. Mereka yang telah memungkiri amanah yang diberikan rakyat selama ini. Mereka yang mengakibatkan rakyat terhimpit angkara pengurusan negara yang bercelaru.
Jangan juga terdorong mengundi mereka yang bersekongkol dengan golongan yang anti Islam. Golongan yang telah mengkhianati perjuangan Islam dan menghina serta memperlekehkan para ulamak.
Biarlah Ramadhan yang di dalamya diturunkan Al Quran menjadi obor menyinari hati kita 18hb nanti.
Pilihlah dengan yakin, tenang dan rela hati parti yang memperjuangkan Islam. Parti yang ahli-ahli dan pimpinannya istiqamah lebih 60 tahun berjuang penuh ikhlas mendaulatkan agama Allah swt.
Mereka tidak pernah mengalah tidak pernah menggadaikan prinsip dan dasar perjuangan untuk habuan dan kedudukan.
PAS lah pilihan terbaik di Sg Besar mahupun K.Kangsar.
Ayuh di bulan umat Islam meraikan kemenangan Badar ini, golongan kecil mengalahkan yang gergasi, kita tunjukkan pada semua bahawa agama kita mulia dan tinggi dan kita semua penganutnya bermaruah dan punya harga diri.
Biar kita nanti bangga memberitahu anak cucu kita apabila ada panggilan jihad untuk memenangkan Islam di bulan Ramadhan tahun 2016, abah dan emak, datuk dan nenek telah bangkit memberi undi pada parti yang memperjuangkan Islam tanpa ragu-ragu.
Selamat mengundi .......Allahu Akbar!
*PAS ADA PELUANG MENANG DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR
Warkah Buat Petugas PAS di PRK P067 Kuala Kangsar
Sunday, June 12, 2016
Juara MotoGP Dunia sertai anak muda PAS
KUALA KANGSAR: Juara MotoGP Dunia, Khairul Idham Pawi atau dikenali juga dengan panggilan “Keon” hadir memenuhi program Santai Anak Muda sempena kempen PRK P.067 Kuala Kangsar di Dataran Menora, di sini semalam.
Pelbagai acara diadakan pada program yang turut disertai calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad itu khususnya untuk penduduk tempatan antaranya penyelenggaraan enjin dan tukar minyak hitam enjin motosikal.
Program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Perak itu turut berkonvoi dan menerapkan tata hemat penunggangan beriman serta klinik motosikal, sebelum berakhir dengan iftar jamaie di Kampung Bendang Panjang.
Pada program tersebut juga Khairul Idham menerima plak Ikon Anak Muda (Sukan) yang dianugerahkan kepada beliau pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-57 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Plak anugerah itu telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria setelah Keon tidak dapat hadir kerana mengikuti sesi latihan di luar negara.
Remaja berusia 17 tahun itu pulang seketika ke kampung halamannya di Kampung Gajah, sebelum berangkat semula Isnin ini bagi menyambung latihannya di Sepanyol.
Mewakili Honda Asia Team, Khairul Idham melakar sejarah mendominasi saingan perlumbaan kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal April lalu.
Sementara itu, Dr Najiha dalam ucapannya pada majlis itu menyeru anak muda agar memikirkan masa depan mereka yang tidak menentu kerana dasar kerajaan dalam menawarkan peluang pekerjaan.
Katanya, anak muda kini termasuk para graduan universiti ramai yang menganggur selain terbeban oleh hutang pinjaman pendidikan PTPTN.
Jelasnya, kegagalan Kerajaan BN mengurus ekonomi dan polisi telah meminggirkan kemahiran dan bakat anak muda untuk diketengahkan serta dilibatkan dalam sektor pekerjaan sebaliknya boleh mengutamakan warga asing.
Beliau menyeru anak muda khususnya para pengundi PRK P.067 Kuala Kangsar melakukan perubahan dan memberi undi kepada PAS.
Tuesday, June 7, 2016
Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar: Sah Dr Najiha calon PAS
Sebaik keluar daripada Dewan Jubli Perak, kepulangan rombongan yang mengiringi Dr Najiha disambut meriah. Dr Najiha sah diterima sebagai calon PAS untuk pilihanraya kecil P067 Kuala Kangsar kali ini.
Aura Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria yang disenangi ramai |
Dr Najiha kelihatan sebak disambut begitu hebat oleh ahli dan penyokong PAS |
Ucapan sulung Dr Najiha sebagai calon kerusi Parlimen P067 Kuala Kangsar mewakili parti PAS |
Kesemua menyambut seruan Dr Najiha agar bekerja keras bagi memastikan kemenangan parti PAS |
Tuan Guru Presiden menyampaikan ucapan beliau |
Doa dipanjatkan |
Takbir |
Monday, June 6, 2016
Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar: Sementara menanti pengumuman
Sementara menantikan pengumuman calon-calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen P067 Kuala Kangsar diumumkan, orang ramai yang berhimpun bersama-sama berzikir munajat serta mendengar beberapa ucapan yang disampaikan secara spontan.
Ustaz Abdullah Khairi juga turut memberikan ucapan yang bersemangat agar semua bekerja keras dalam memenangkan calon Pas, Dr Najiha. |
Bob Lokman juga ada bersama |
Ustaz Wan Tarmizi berucap kepada semua yang ada |
Bob Lokman tidak sempat berucap panjang apabila pihak berkuasa meminta dihentikan segala ucapan buat masa ini. |
Penamaan Calon PRK P067 Kuala Kangsar: Tuan Guru Presiden berarak mengiringi calon
Calon PAS P067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussolehah Ahmad bersama dengan Tuan Guru Presiden dan juga isteri beliau. |
Wajah ceria yang akan menjadi pilihan pengundi Kuala Kangsar, Insya Allah. |
Kawasan kawalan Polis yang menjadi pemisah antara penyokong parti dan juga Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak |
Tuan Guru Presiden telah bersedia membawa calon ke Pusat Penamaan Calon |