IPOH (12.5.2011): Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ehsan hari ini mengadakan kenduri kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baru. Seluruh warga surau bertungkus lumus semenjak pagi lagi menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diagihkan bersama sebelum bermulanya kenduri pada malam harinya.
Pasangan pengantin yang akan diraikan adalah Pengerusi Surau Al-Ehsan sendiri yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Guru Haji Abu Bakar dan isteri, Hajjah Nor Ain.
Tetamu dan kariah yang dijemput sekitar 400 orang. Masakan seperti Nasi Briyani Hyderabad, Kari Kambing, Ayam Panggang dan Dalca disamping buah-buahan serta agar-agar disedia dan dimasak sendiri oleh AJK surau.
Suasana gotong-royong masih menjadi amalan kariah Surau Al-Ehsan yang menjadikan kenduri besar seperti ini mudah disiapkan.
Mari kita tinjau aktiviti persiapan waktu siangnya melalui turutan gambar-gambar ini:
Persiapan awas-awas untuk memasak oleh muslimat
Tuan Haji Syed Ayob sedang membasuh daging-daging kambing
Masakan daging kambing dan dalca dijalankan serentak. Kelihatan Ustaz Misbah bersama kariah surau
Mengalihkan khemah, yang muda-muda masih bersekolah waktu ini
Zamzuri sedang memasak dalca
Daging kambing (3 ekor) yang telah siap dibasuh
Muslimat sedang membungkus ole-ole sebagai buah tangan kepada tetamu nanti
Mereka juga ada QC (Quality Control) dalam memastikan setiap hadiah yang dibungkus berada didalam keadaan yang baik
Kerepek ubi, keropok, kuih bahulu dan agar-agar menjadi hadiah buat tetamu yang hadir nanti
Ustaz Fisol, Chef Utama di Surau Al-Ehsan
Kelihatan dalca (hadapan) telah siap dimasak manakala kari kambing masih perlukan masa lagi
Saudara Shamsul mengacau periuk memasak nasi
Semua ramuan untuk nasi briyani Hyderabad telah siap dimasukkan, Shamsul tolong kacau aje
Bunga manggar telah dipacakkan, kalau tak tahu kenduri apa lagi, sajanyalah
Ikat kuat-kuat, Puan Sakinah oiii
Ini pasangan chef suami isteri, Ustaz Fisol dan Hajah Mazidah
Seorang lagi chef lama di surau ini, Ustaz Tahir
Nasi briyani yang telah dimasak dengan rempah ratus tadi, ditoskan dan diletakkan kedalam talam, ditambah sayuran, daun pudina, minyak sapi, bawang goreng dan pewarna, lalu disusunkan diatas rak besi
Rak besi ini diletakkan diatas air yang mendidih
Pastikan nasi benar-benar ditoskan airnya
Nasi briyani ini akan dikukuskan
Kak Nah memantau keadaan
Dua belas talam nasi briyani dikukus sekali gus
Dengan menggunakan penutup
Yang dipanggil apollo
Tali digunakan untuk mengangkat dan menutup apollo tersebut
Tuala atau kain yang basah diletakkan dikeliling supaya wap tidak keluar
Menunggu untuk masak sepenuhnya
Ada lebihan nasi lagi, dikukus berasingan
Penutup apollo telah dibuka
Nasi briyani Hyderabad telah siap dimasak
Kaut nasi untuk dimasukkan kedalam balang menyimpan
Segala-galanya siap lebih kurang pukul 6 petang. Hanya menantikan ketibaan waktu untuk majlis meraikan pasangan pengantin baru malam nanti.
No comments:
Post a Comment