Wednesday, February 6, 2013

Kuda perang buat team calon Pas Dun Sg Rapat


Pusat Khidmat Masyarakat (PR) N.43 Dun Sg Rapat yang diurus tadbir oleh Sdr Radzi Zainon, Timbalan YDP Pas Kawasan Gopeng sejak mula ditubuhkan kini melangkah setapak lagi dalam menjalankan aktiviti pusat khidmat tersebut.

Dengan berwarnakan hijau dan terpampang gambar Radzi tersenyum melambai, pasti ramai yang akan mengenali 'kuda perang' ini apabila ianya sampai ke destinasinya.

'Kuda Perang' yang disediakan oleh Pas Kawasan Gopeng ini menambahkan lagi kerancakan aktiviti mantan dan bakal calon Pas untuk Dun N.43 Sg Rapat dalam meneruskan agenda memberikan khidmat beliau kepada masyarakat di dalam Dun Sg Rapat.

Kini, team Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat bebas bergerak kemana sahaja dengan kemudahan yang disediakan bagi kegunaan mengangkut barang-barang keperluan yang biasa dihulurkan buat hampir 300 keluarga yang telah disenaraikan di dalam Dun Sg Rapat.

'Kuda Perang' yang dimaksudkan itu adalah sebuah kereta Toyota Unser seperti didalam gambar di atas. Kepada yang ingin menyumbang dalam 'menyara' kehidupan kuda perang tersebut ataupun ingin memberikan sebarang bantuan melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat ini, bolehlah menghubungi pegawainya Sdr Ahmad Osman di 0175862390.

No comments:

Followers