Tuesday, February 14, 2012

Cecah Sejuta

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana hari ini menyaksikan blog ajijoi ini telah berjaya mencecah kunjungan yang ke sejuta.

Bermulanya daripada bulan Jun 2008, blog kerdil ini membawakan pelbagai kisah kehidupan yang melingkari segenap warga dinegara ini. Menyimpangnya kearah politik negara, ternyata menarik minat yang lebih ramai untuk berkunjung.

Sungguhpun tidak sehebat dan sepopular blog-blog yang lain, namun ianya berjaya juga bertahan sehingga ke hari ini.

Masa kian mengekang untuk menulis diblog ini, namun tetap memberikan berita dan info melalui rakan-rakan blogger dan media-media yang lain.

Insya-Allah, blog ini akan terus istiqamah dalam menyebarluaskan kebenaran dan dimasa yang sama membongkar kebejatan yang berluasa.

Terima kasih yang tidak terhingga buat para pengunjung yang tidak jemu-jemu melayari blog pojok yang kerdil ini. Tanpa kunjungan anda semua, apalah maknanya angka sejuta tersebut.

2 comments:

Juragan said...

Tahniah..Teruskan perjuangan "Melingkup"kan Umno!!

Reformis Anak Muda said...

Tahniah bro... teruskan perjuangan dengan blog saudara...

Followers