Friday, May 20, 2011

Husam Musa, satu-satunya nama yang dicalonkan kesemua jawatan

Satu-satunya nama yang dicalonkan untuk bertanding bagi kesemua jawatan yang dipertandingkan pada Muktamar PAS awal Jun ini ialah Datuk Husam Musa.
Husam dicalonkan bertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat. Namun demikian Husam menolak pencalonan Pas Kawasan Bukit Bintang agar bertanding jawatan Presiden.
Husam pantas menolak pencalonan itu dan berikrar menyokong kepimpinan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan pada ketika itu berkata: akan bertanding hanya bagi jawatan AJK PAS Pusat.
Perkembangan itu dilihat seolah-olah Husam cuba meminggirkan diri. Beberapa pemimpin seangkatan beliau melihat pendirian Husam itu juga merugikan parti yang dihimpit cabaran demi cabaran apa-tah lagi pada PRU13 yang semakin hampir.
Semasa PRU12, Husam yang ketika itu Naib Presiden PAS merupakan salah satu instrumen penting yang memainkan dalam mengatur strategi pilihanraya untuk Kelantan dan Nasional. Husam juga telah membuktikan kewibawaannya dalam menjana strategi ekonomi negeri Kelantan, malahan menjadi ikon ekonomi yang baik.
Husam yang berlatarbelakang pendidikan ekonomi Universiti Malaya ternyata telah banyak melalui ujian getir di negeri cik siti wang kembang itu. Hubungan baik beliau dengan pimpinan saf utama PKR dan DAP juga menjadi aset penting kepada PAS. Amatlah rugi bagi PAS untuk menolak dan meminggirkan Husam daripada arus persada utama PAS.
Benar Husam sekurang-kurangnya wajar menerima pencalonan untuk bertanding sekurang-kurangnya bagi jawatan Naib Presiden bagi membolehkan beliau memainkan peranan lebih berkesan dalam persada PAS dan menonjolkan kehebatan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Empat belas orang layak bertanding jawatan Naib Presiden PAS, namun setakat ini hanya mantan Salahuddin Ayob dan Ketua Penerangan Idris Ahmad mengesahkan kesediaan bertanding pada muktamar Pas awal Jun ini.
Dua calon sudahpun menarik diri bagi jawatan itu, iaitu Anggota Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof dan Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulamak).
Dua lagi mantan naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man belum memberikan jawapan. Namun Tuan Ibrahim turut dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden yang setakat ini memperlihatkan mantan Nasharuddin akan dicabar Mohamad Sabu.
Banyak desakan meminta Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Selain nama besar lain yang turut dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (juga layak bertanding timbalan presiden dan juga AJK PAS Pusat dan Menteri Besar Perak Ke-10 Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Selain mereka, turut layak bertanding jawatan naib presiden ialah Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) dan Dr Mohd Hatta Md Ramli (BendahariPAS Pusat).

1 comment:

leekonyou said...

PAS sedang menuju kehancuran.

Percalunan di dalam pemilihan PAS sebenarnya mencerminkan pemikiran kepimpinan PAS sekarang.

Bermula dari langkah MENGENEPIKAN perjuangan Negara Islam dan Hudud, PAS sekarang mundur setapak lagi dengan MENGENEPIKAN kepimpinan ulama.Ustaz Nasharuddin akan diketepikan, kerana inilah kehendak Nik Aziz.

Satu-satunya tokok AYAM LAGA PAS yang 'have nothing to lose' ialah Mat Sabu. Sekiranya BARANGAN TIDAK BERJENAMA seperti Mat Sabu boleh diterima sebagai pemimpin No.2 PAS....tepat sekali, PAS akan hancur.

May 18, 2011 8:49 PM
Blogger komandomelayu said...

MAT SABU BAIK TUKAR NAMA
JADI MAT SABUN!

BUKAN NAK HINA KAU,
TAPI MEMANG DARI RUPA SAMPAI KEPALA OTAK KAU TU TAK LAYAK JADI PEMIMPIN PARTI ISLAM KAT MANA MANA NEGARA SEKALIPUN WALAU DI AFRIKA!

DARI CERAMAH MAKI HAMUN DENGAN MEMUTARBELIT AYAT QURAN DAN FAKTA PALSU BERTAMBAH MENONJOLKAN KEBODOHAN DAN KETIDAKUPAYAAN DIRI UNTUK MEMIMPIN NEGARA DAN UMAT!

PARTI PAS HANYA MENITI DIATAS BULU HALUS SEHALUS BULU **** DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM HANYA KERANA SATU ALASAN SAHAJA IAITU HUKUM HUDUD YANG BERLANDAS ALQURAN TIDAK DIJALANKAN DI NEGARA INI!

ALASAN LAIN PEMBANGUNAN INSAN,INFRASTRUKTUR ASAS,SISTEM KEWANGAN ISLAM,SISTEM ZAKAT,UNDANG2SYARIAH,PENDIDIKAN ILMU DUNIA DAN AKHIRAT,PERTAHANAN NEGARA,SOSIO EKONOMI RAKYAT,HUBUNGAN SESAMA NEGARA ISLAM SEMUA NYA TELAH SIAP DIBENTUK OLEH UMNO!

UMNO TIDAK BOLEH MENEGAKKAN HUKUM HUDUD HANYA DISEBABKAN SISTEM PERKONGSIAN KUASA DALAM BN YANG DIASASKAN SEJAK PERIKATAN!

ITU SEBAB PAS HARUS BERSATU DENGAN UMNO UNTUK UMAT ISLAM SEHATI DAN SEKATA MENEGAKKAN HUKUM ALLAH DI BUMI MALAYSIA NI DAN MENOLAK KUASA KAUM KAFIR LAKNAT DAP,MCA,MIC DLL

TETAPI KONONNYA PAS AKAN MAMPU MENEGAKKAN PEMERINTAHAN ISLAM DAN HUKUM ISLAM KIRANYA MEMERINTAH NEGARA ADALAH PALSU BELAKA KERANA TIADA SEORANG PUN PEMIMPIN PAS SEKARANG YANG MEMPUNYAI AKHLAK DAN PEMIKIRAN YANG LUAS MENCAKUPI EKONOMI,PENTADBIRAN,UNDANG2 DAN SAINS!

SEBAB ITU TERBUKTI PAS GAGAL DI KELANTAN DAN KEDAH!
MEREKA HANYA TURUT SISTEM YANG BN ASASKAN DAN TEKANKAN POLITIK CERAMAH AGAMA BERSELIT CACI MAKI UMNO UNTUK TUTUP KELEMAHAN DIRI SENDIRI!

CUBA TANYA ASPEK EKONOMI,TEKNOLOGI SAINS DAN PENTADBIRAN KEWANGAN MAKA AKAN TERKENCING LAH MAT SABUN NI!!

May 18, 2011 9:13 PM
Anonymous Anonymous said...

Semoga kehancuran PAS yang umpama telur dihujung tanduk ini dapat memberikan semangat yang baru oleh para pejuang Islam melayu yang tulen untuk berjuang demi kebenaran.

May 20, 2011 5:00 AM

Followers