Saturday, May 8, 2010

Majlis Perkahwinan Firdaus & Adib Amri

IPOH 8 MEI: Dewan Cempaka Sari, Silveritage Galleria, Medan Gopeng, Ipoh tengahari ini menerima kunjungan tetamu yang ramai untuk majlis perkahwinan diantara Firdaus dan Adib Amri.

Firdaus merupakan anak ketiga bagi pasangan Haji Abd Rahim Mat Ariff (Bendahari PAS Perak) dan Hajjah Siti Halijah. Manakala Adib Amri Bin Albakry dan rombongannya berkunjung daripada Kuantan, Pahang.

Seperti biasa, saya bersama keluarga yang memenuhi jemputan Tuan Haji Rahim tengahari ini meneruskan siri 'gatal tangan' saya untuk mengambil gambar majlis perkahwinan tersebut walaupun tanpa diminta.

Semuanya untuk anda pengunjung blog yang setia. Diharap pihak keluarga pengantin perempuan dapat berkongsi bersama detik-detik manis lagi bersejarah ini yang sempat lensa kamera saya rakamkan.

Ketibaan pengantin

Saya sekeluarga tiba serentak bersama rombongan pengantin. Inilah hasilnya...

Warna ungu lembut pilihan pasangan pengantin baru ini amat
sesuai dengan seri dan aura pengantin

Pengantin kelihatan tenang setiba di hadapan pintu dewan

Pengantin perempuan dengan wajah berseri-seri

Pasangan Raja Sehari ini diiringi oleh rombongan keluarga
pihak lelaki

Pengantin memasuki dewan disambut oleh Tuan Haji Rahim
sebagai tuan rumah

Diiring ke meja santapan utama

Senyuman tidak lekang dari bibir kedua-duanya

Di meja santapan utama

Haji Mat Razali bertindak sebagai juruacara pada hari ini

Sama manis sama padan

Di meja santapan utama bersama keluarga

Tersenyum diusik saudara terdekat

Saya tak pasti apa yang dimaksudkan pengantin lelaki dengan
memberi isyarat 'empat' seperti itu. Anak atau .....

Bergambar bersama keluarga

Keluarga yang besar daripada Kuantan, Pahang

Ramah mesra pengantin

Pengantin beramah mesra bersama saudara dan tetamu
yang hadir



Tetamu yang masih bertandang ke dewan majlis

Makanan buffet untuk para tetamu

Berbual sebentar bersama rakan

Pengantin melayan tetamu daripada keluarga India

Antara tetamu yang hadir

Pasti ada yang terkilan kerana tiada gambar mereka di dalam ruangan ini walaupun hadir sama tengahari tadi.

Saya minta maaf banyak-banyak sebab: 1) saya bukannya jurufoto rasmi majlis ini 2) terlalu ramai yang terpaksa saya layan bersembang sehingga tidak dapat untuk mengambil sebanyak gambar yang boleh

Yang mana gambar mereka terpampang di sini merupakan yang bertuah hari ini. Tapi sayang, tiada hadiah yang ditawarkan sepertimana yang biasa dilakukan oleh akhbar Sinar Harian.

Group daripada Pas Batu Gajah manakala dibelakang sana
kelihatan YB Chan Ming Kai dan group Keadilan Gopengnya

Ustaz Misbah melayani Ustaz Husni serta Anuar Ibrahim

Keluarga saya (kiri) bersama Setiausaha Sekretariat Wanita
Pakatan Rakyat Perak, Hajah Mazidah dan anak-anak

Apak (baju biru, kanan) bersama Ustaz Asmudi (kiri), Ustaz
Zulkifli Abu (tengah) dan Anuar Ibrahim

Dr Khairuddin bersembang dengan.....entah siapa entah

Tuan Haji Abd Rahim Md Ariff amat berbesar hati dengan
kunjungan para tetamu ke majlis perkahwinan anaknya

Hajah Halijah, ibu pengantin perempuan menerima ucapan
dan pelukan tahniah daripada tetamu

Terima kasih kerana sudi hadir, kata Tuan Haji Rahim

Senyuman lebar yang menandakan kepuasan hati dengan
berjayanya majlis besar dan bersejarah hari ini

No comments:

Followers