Monday, January 4, 2010

Umno kalut setelah gagal pertahan kalimah Allah

Segala isu yang membongkar kebusukan Umno hari ini cuba ditutup dengan meniup kencang isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Lebih menarik lagi apabila tiupan itu dihembuskan ke muka Pas yang dipersalahkan atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

Hentaman yang lebih hebat dilemparkan kepada YB Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam yang menulis mengenai pandangannya terhadap isu 'Ismu Allah' ini pada Mac 2009 lalu. Sama ada mereka tidak membaca artikelnya ataupun tidak faham apa yang diperkatakannya membuatkan beliau diserang sehinggakan blog YB Hamidah Osman, Adun Sg Rapat sanggup memaparkan gambar YB Khalid Samad berpakaian paderi Kristian. Amat tidak sesuai gambar tersebut ditambah didalam artikel yang bertajuk 'Umat Islam Perlu Bersatu'. Rata-rata yang melontarkan pendapat negatif mengenai isu ini adalah mereka-mereka yang buta sejarah Islam.

Mengenai persoalan mengapa kes yang membabitkan penggunaan kalimah Allah ini diadili oleh hakim yang bukan beragama Islam, ianya perlu dijawab oleh kerajaan Barisan Nasional dan juga Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi. Kegagalan mereka untuk menjaga kesucian kalimah Allah amat mendukacitakan umat Islam dinegara ini.

Umno yang begitu leka mengaut kekayaan negara tiba-tiba tersentak apabila menyedari kalimah Allah telah terlepas daripada genggaman kuasa mereka. Untuk menutup kesalahan dan ke-malu-an yang mengepung mereka, pihak lain terpaksa dijadikan kambing hitam didalam isu ini dan Pas dilihat sebagai kambing hitam yang amat sesuai sebagai sebuah parti lawan dan memperjuangkan Islam.

Umno kini kalut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Parti nyanyuk dihujung usia.

2 comments:

Matatech said...

khalid samad dah tahu dah umpan UMNO tu, itu pasal dia pro kpd isu ini.umno sengaja bersadewara namun yang tajam fikiran dapat melihat permainan ini.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Sebagaimana kalimah Allah bukan hak eksklusif umat Islam, Islam juga bukan hak PAS dan penyokongnya.

Kalau setakat PAS keluar kenyataan rasmi seperti dalam blog ini bukanlah mencerminkan hanya PAS sahaja juara Islam.

Semua orang boleh keluarkan kenyataan. Kalau setakat peringatan, saranan dan bertanggungjawab dalam kenyataan rasmi hanya untuk menampakkan dirinya sahaja.

Kenyataan rasmi tak lebih dari cakap tanpa kerja.

Kalau tengok kelibat pemimpin PAS dalam hal ini macam nampak banyak perbezaan pendapat dan ada macam terpinga-pinga.

Walaupun itu perkara biasa, tapi ini agak berlainan dan seperti biasa UMNO menjadi mangsa.

Hampir semua masalah PAS dituding kepada UMNO.

Di sinilah kelebihan dan kehebatan PAS kesayangan Ajijoi.

Berani saya katakan PAS hanya pandai bercakap dan berceramah tapi kosong ketika memerintah.

Cuma nak bagi kelebihan pada PAS ketika memerintah Kelantan dan Kedah ialah 'pemerintahan Islam' yang banyak kerusi.

Kelantan nampak dah banyak bunyi pahatnya ketika rumah dah siap. Semakin lama memerintah negeri itu semakin nampak kesan 'pemerintahan Islam' ala PAS.

Ajijoi boleh salahkan UMNO dan BN tapi mereka tak buat reformasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan.

UMNO dan BN tak hairan 1000% pasal Kelantan.

Malangnya 'pemerintahan Islam' di Perak (singgah sekejap di negeri Ajijoi) dengan kerusi yang amat sedikit berbanding UMNO dan Terengganu (singgah sepenggal)sudahpun menemui ajalnya. Itupun tak puas hati lagi.

Entah mana standardnya pemerintahan yang dikatakan Islam tapi sama saja bentuk dengan BN malah lebih teruk dari itu.

Kalau dikaji kerusi PAS di Parlimen dan di negeri2, PAS bukanlah kuat tanpa DAP dan PKR, tapi bunyinya yang lebih bahawa PAS telah mendapat sokongan rakyat tapi semuanya kosong apabila memerintah.

Malah dalam PR (tak berdaftar), PAS jatuh nombor 3 berdasarkan kedudukan kerusi di Parlimen berbanding UMNO yang sangat dominan mengetuai BN.


Sejak akhir2 ini, PAS sudah kehilangan taring dan tanduk perjuangan Islamnya akibat kemaruk kuasa.

Tinggal lagi penyokong seperti Ajijoi dan yang sewaktu dengannya sahaja berkokok dalam blog ini.

Selamat Tinggal PAS selePAS ini.

Kalau tak percaya lihat Kelantan jangan lihat Perak sahaja selepas kes MB Perak Yang Sah.

Sekian.

Followers