Monday, May 11, 2009

Polis kawal bangunan SUK Perak




IPOH: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkumpul di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai hari ini bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku, kata Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdulah.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan kepada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.

"Polis telah diarah berada di kawasan bangunan tersebut bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pejabat Menteri Besar Perak dan anggota EXCO kerajaan negeri terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Selain polis, beliau berkata, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga telah diarah berkawal di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Katanya sehingga pukul 6.30 petang ini keadaan adalah terkawal. BERNAMA

Ajijoi ~ Gambar-gambar diatas diambil oleh sahabat saya, Zaki sekitar jam 5.45 petang tadi.

1 comment:

Unknown said...

Sebab apa? takut rakyat mengamuk?. Rakyat tidak sebodoh polis!

Followers