Saturday, October 11, 2008

Datuk Shah Rukh Khan?


Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk
Oleh Amirullah Andi Nur

MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.

"Bagaimanapun tarikh majlis penyampaian anugerah itu belum ditentukan lagi," katanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Begitulah laporan yang disiarkan akhbar Berita Harian hari ini. Terkejut pun ada, tergelak pun ada bila terbaca berita tu. Apa benda ni? Satu lagi projek gila barisan nasional? Apa kena-mengena anugerah kebesaran negeri dengan perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini?

Setahu saya anugerah Datuk ni hanyalah kepada rakyat yang berjasa samada kepada negeri mahupun negara. Bukanlah calang-calang orang untuk menerima gelaran Datuk ni. Dah tak ada ke orang Melaka yang membuat jasa sehingga terpaksa mencalonkan orang luar, artis Bollywood pulak tu. Mungkin jasanya kerana menghiburkan pemimpin-pemimpin Melaka dengan filem dan lagu-lagunya yang mengasyikkan?

Shah Rukh Khan sendiri pun tak dapat hadir ke majlis penganugerahan darjah kebesaran ini kerana padanya tidak ada apa-apa kepentingan didalam hidupnya mahupun kariernya.

Kalaulah ditanya apa pendapat Shah Rukh Khan mengenai anugerah Datuk ini kepadanya, tentu dia akan tergelak terbahak-bahak sampai berlinang air mata dan dengan selamba menjawab : "Suka hati kome ler...".

Jika dikaji semula, mungkin ada juga jasa Shah Rukh Khan ini kepada negeri Melaka yang kita semua tidak ketahui. Misalnya...

1) Mungkin Shah Rukh Khan ini adalah daripada keturunan Parameswara yang membuka kota Melaka dan mengembangkan agama Islam dirantau ini;

2) Mungkin juga semasa berhari raya yang lepas, selepas bersoreh-soreh dengan
sedara mara, Ali Rustam dapat tahu bahawa salasilah keluarganya ada kena
mengena dengan keluarga Shah Rukh Khan;

3) Mungkin Shah Rukh Khan ada melabur dinegeri Melaka dengan pelaburan yang amat besar sehinggakan layak untuk mendapat penganugerahan sedemikian rupa;

4) Ataupun ada sebab-sebab lain yang terlindung disebalik OSA (Official Secrets Act - Akta Rahsia Rasmi) yang tidak diketahui umum melainkan pembesar dan pemimpin negeri Melaka.

Selepas ini, siapakah pula artis Bollywood yang akan dianugerahkan darjah kebesaran lagi?

Pada pandangan saya, Salman Khan akan dianugerahkan gelaran Datuk Seri kerana jasanya memeluk dan mencium pipi Datin Rosmah Mansor semasa Malam GIFA Bollywood di Kuala Lumpur tidak lama dahulu.

Jika benar-benar ingin menghargai jasa artis, apa kurangnya artis tempatan yang juga berketurunan Khan? Mungkin Rina Khan mahupun Nasir Bilal Khan lebih layak untuk gelaran Datuk itu. Mungkin...
Segalanya tidak mustahil terjadi selagi kuasa memerintah berada ditangan mereka.



Ikuti ulasan lanjut di sini.

No comments:

Followers