tag:blogger.com,1999:blog-1522747682784093878.post772390155272467657..comments2024-01-17T00:32:23.187+08:00Comments on Ajijoi: Kembalikan Fitrah Dakwah sejati PASAjijoihttp://www.blogger.com/profile/08434832230405280920noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-1522747682784093878.post-65281062022318117822010-01-11T17:19:39.941+08:002010-01-11T17:19:39.941+08:00Wahai Ajijoi,
Apakah Muhammad Nuruddin Bashah mah...Wahai Ajijoi,

Apakah Muhammad Nuruddin Bashah mahu menidakkan sejarah atau tak pernah tahu pasal sejarah PAS atau sejarah mengenai politik negara sejak dahulu lagi.

Saya nak tanya kenapa terlalu sangat menafikan UMNO sebagai tunjang umat Islam dan Melayu dan peranan UMNO dan BN.

Awak boleh berdolak-dalik dalam hal ini tapi mampukah awak berdolak-dalik mengenai PAS yang banyak kelemahan dalam politik negara dan tambahan pula keadaan makin teruk setelah berkawan dengan DAP dan PKR.

Walaupun PAS pada pandangan awak adalah sebuah parti memperjuangkan Islam, tahukah itu semua untuk mengaburi mata semua orang yang terpaku dengan PAS termasuk awak?

Cuba beri pandangan terhadap persoalan ini.

a) Kenapa PAS berjuang atas landasan politik sahaja?

b) Adakah berjuang untuk Islam terhad kepada politik sahaja?

c) Sejarah perjuangan PAS bermula dengan keluar dari UMNO disebabkan mahu memperjuangkan Islam?

d)Bagaimana pula dalam sejarah PAS ada isu kafir, sembahyang dua imam, sembelihan ahli UMNO tidak boleh dimakan, halal darah ahli UMNO, demonstrasi jalanan, rusuhan, pengundi hantu dan lain-lain?

e)Adakah ini yang dilakukan oleh Rasulullah dalam perjuangan Islamnya?

f)Pendek kata, adakah perjuangan PAS sama dengan cara Rasulullah?

g)Adakah perjuangan PAS menyebabkan Islam, ilmu, iman dan amal orang Melayu bertambah baik seperti di Kelantan?

h)Tidakkah awak sedar bahawa PAS berjuang untuk Islam pada landasan demokrasi ciptaan barat?

i)Tidakkah awak sedar bahawa DAP itu siapa sebenarnya? Adakah dasarnya bersesuaian dengan PAS? Tahukah awak tentang sejarah DAP ini?

j)Siapa yang mencadangkan kerajaan perpaduan? PAS atau UMNO? Dan Siapa yang menolaknya? PAS atau UMNO?

k) Menolak perpaduan sesama Islam, adakah ini perjuangan Islam?

l) Sejak akhir-akhir ini, PAS dilanda konflik di Kelantan sebagai sebuah kerajaan termasuk pemerintahan Nik Aziz sekeluarganya dan kena RM800 juta saman. Hendak tuduh UMNO lagikah?

m)Baru sahaja memerintah di negeri tertentu, dah bermasalah dan bermain politik sahaja bukan untuk bekerja.

Dan banyak lagi persoalan lain yang perlu ditanya.

Jawablah persoalan ini.

Kalau gagal memberi maklum balas dengan pengetahuan yang ada bermakna awak hanya mampu berdolak-dalik dan berselindung.

Saya telah lama mengkaji sejarah Malaysia secara keseluruhannya dan politik amnya.

Untuk pengetahuan awak, PAS tidak dapat pergi jauh selepas ini.

Dan tidak ada pemerintahan yang sempurna sejak pemerintahan Rasulullah.

Sekian.PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT)https://www.blogger.com/profile/11677281202076373198noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1522747682784093878.post-83736914527078908192010-01-11T17:14:52.905+08:002010-01-11T17:14:52.905+08:00Wahai Ajijoi ,
Kertas Putih bertarikh 8 November ...Wahai Ajijoi ,

Kertas Putih bertarikh 8 November 1984 melaporkan bahawa Dewan Ulama Pas yang bersidang pada Ogos 1963 di kediaman menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut:

“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram”.

Kemudian hukum yang bersifat fatwa ini akhirnya diringkaskan dengan nama kafir berikat.

Pengikut-pengikut Pas pun mulalah menyebarkan fatwa itu dari mulut ke mulut dan kemuncaknya berlakulah pemulauan sakit mati, nikah kahwin dan seterusnya sembahyang berasingan.

Pusat pertama mendirikan sembahyang Jumaat dua sekampung ialah FELDA Kampung Rahmat Chalok, Setiu pada tahun 1975. Seterusnya berjangkitlah ke seluruh negara dalam negeri Terengganu kecuali Kemaman kerana percubaan mendirikan sembahyang berasingan gagal setelah tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa di daerah tersebut.

Dengan kuasa Allah s.w.t. melalui usaha murni Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, pada tahun 1974, Pas masuk bergabung dalam kerajaan Barisan Nasional.

Segala hukum agama yang menyeleweng pun berhenti dan perhubungan masyarakat Islam pun bersatu kembali tanpa mengira parti lagi.

Untuk membuktikan kebenaran pemerintah kongsi kuasa tajaan UMNO selama ini tiba-tiba keluarlah sebuah buku karangan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Ketua Dewan Ulama Pas Pusat. Buku itu dinamakan Sikap Saya bertarikh 4.1.1398 Hijrah bersamaan 15 Disember 1977 Masihi.
Pada muka surat 3, perenggan ke 4 dan 5 dalam buku tersebut ada merakam keputusan Dewan Ulama Pas Pusat iaitu:

Apa hukum Pas menyertai kerajaan campuran?”

“Kes ini atau sebagainya yang bersifat pokok dan menyeluruh, memang tepat untuk dibahas oleh dewan ulama. Sebab itu ia telah dibahas satu masa dulu dengan sepuas hati dan telah pun memberikan jawapannya : harus; dan kemudian dibahas sepenuhnya oleh kongres untuk ‘diterjih’ mana satu pihak yang mesti diambil”.

Dengan itu jelaslah bahawa hukum yang dibawa oleh Pas untuk menuduh UMNO kafir bekerjasama (berikat) dengan orang kafir dahulu bercanggah dengan hukum Allah dan ternyata hukum ciptaan ulama Pas. Pimpinan Pas tidak berterus-terang dengan pengikutnya. Sebab itulah setelah Pas keluar daripada BN hukum kafir itu dihidupkan semula.

Kalau dikirakan sudah jelas hukum jenis apakah apabila UMNO sahaja menjadi kafir tetapi apabila melakukan perkara yang sama menjadi harus pula.

Inilah kata orang “waharamun (haram) kalau makan seorang, wahalalun (halal) kalau bagi dua”.

Untuk lebih jelas lagi mengenai palsu dan karut-marut Pas ini ialah terjalinnya kerjasama Pas dengan DAP secara rasmi. (Harakah 12 April 1999).

Dengan itu terdedahlah segala yang tersembunyi.

Dalam kenyataan Nik Aziz pada 11 Mei 1999, barulah diberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menantangani perjanjian kerjasama dengan musuh tradisi Islam iaitu kafir Yahudi di Madinah.

Oleh itu kata Nik Aziz, “Pas juga sanggup bekerjasama dengan DAP”

Persoalannya mengapakah sejarah Nabi berkongsi kuasa di Madinah dengan kafir Yahudi yang sudah berlaku lebih seribu tahun lalu disembunyikan oleh ulama Pas ketika menjatuhkan hukuman kafir berikat ke atas UMNO pada tahun 1963 dahulu?

Ketika itu Nik Aziz inilah juga orangnya yang menjadi Ketua Dewan Ulama Pas Pusat. Jika mengikut hukum Allah yang sebenar orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) sebenar disisi Allah adalah orang yang zalim. Sila rujuk ayat 140 Surah Al-Baqarah.

Berdasarkan kepada kebenaran yang terserlah maka cara pendekatan politik kongsi kuasa yang ditaja oleh UMNO semenjak tahun 1955 lagi adalah tepat dengan sejarah Rasulullah di Madinah.

Pas sekarang mula meniru cara pendekatan UMNO setelah 46 tahun berlalu fitnah kafir berikat kepada UMNO. Jadi apa hukumnya pula sekiranya Pas dan DAP bergabung mengikut pandangan Pas dan ahli-ahlinya?

Sekian.PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT)https://www.blogger.com/profile/11677281202076373198noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-1522747682784093878.post-25266491621463689552010-01-11T10:18:17.973+08:002010-01-11T10:18:17.973+08:00tuan jijoi tuan boleh berhujah panjang berjela, te...tuan jijoi tuan boleh berhujah panjang berjela, tetapi satu kelemahan yang jelas kelihatan pada pas pada pandangan orang bukan politik ialah pas tidak seperti umno yang menjadi leader dalam BN sebagai mana sepatutnya islam memerintah dan tolenrasi diberi dan dihormati kepada kaum lain bukan seperti sekarang kaumlain dominan dalam pr pas menjaga kerharmonian dan tolenrasi kaum untuk kepentingan kaum lain. ingatlah melayu isu nama allah itu adalah bukan politik melayu tetapi tangan asing yang nak menhancurkan negara dan menguntungkan singapura. melayu jangan dok berbalah. orang kafir akan curah minyak hingga kita hancur.pishttps://www.blogger.com/profile/17554918163672918873noreply@blogger.com