Monday, September 22, 2014

Sah, Azmin Ali dilantik Menteri Besar Selangor yang baru


YB Azmin Ali, Adun Gombak daripada PKR telah disahkan dipilih oleh pihak istana sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Surat perlantikan beliau diterima pada hari ini. 

Majlis angkat sumpah akan dilangsungkan pada pagi esok.

Perlantikan ini adalah atas usaha Pas yang mencalonkan nama beliau kepada Baginda Sultan Selangor tempohari.

Semoga dengan perlantikan ini, tiada lagi pergolakan yang akan merugikan rakyat Selangor akan berlaku. Semua pihak perlu menerima perlantikan ini dengan lapang dada.


*Sumber gambar daripada facebook.

Tuesday, September 16, 2014

Perodua Axia, seindah namanya


Semalam, Perodua telah melancarkan produk terbaru mereka, Perodua Axia, kenderaan cekap tenaga (EEV) Malaysia yang pertama.

Hari ini, bersempena dengan cuti Hari Malaysia, saya telah berpeluang untuk meninjau sendiri kereta terbaru itu di bilik pameran Perodua DMM Ipoh, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.


Nama Axia yang dipilih untuk keluaran terbaru Perodua ini saya difahamkan adalah bersempena dengan nama Asia tetapi huruf S itu telah digantikan dengan X yang bersamaan dengan nombor 10 bagi tulisan roman. Ini adalah kerana kereta Axia ini merupakan keluaran ke-10 produk Perodua. 

Ianya menggunakan enjin 1.0 EEV (Energy Efficient Vehicle) ataupun Kenderaan Cekap Tenaga yang pertama di Malaysia. Satu lagi kejayaan Perodua dengan keluaran terbaru mereka ini adalah ianya merupakan kenderaan yang mesra alam (Eco-Friendly) yang pertama buatan negara. 

Oleh kerana ianya menggunakan teknologi mesra alam, kerajaan telah memberikan insentif kepada Perodua untuk usaha tersebut. Dan dengan sebab itulah Perodua berupaya menawarkan harga yang teramat istimewa rendahnya sehingga ianya mampu dimiliki oleh semua.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM24,600 sehingga RM42,530 ini begitu menarik perhatian ramai. Sungguhpun harganya rendah tetapi kualiti yang didatangkan bersama produk terbaru ini begitu tinggi dan menepati citarasa semua.

Kesemua model Axia yang didatangkan dalam 8 warna ini diberi 5 tahun waranti atau 150,000km.

Pembeli pasti tertarik dengan model terbaru ini yang memberikan lebih ruang (muat sehingga 4 beg perjalanan), pemanduan yang mudah, mesra alam dan lebih penjimatan. Untuk transmisi manual, pemanduan eco ini boleh membawa anda sejauh 21.6km untuk setiap liter minyak,

Enjin EEV 1.0 ini menggunakan timing belt walaupun ianya hanya 3 silinder. Ini membuatkan kos penyelenggaraannya lebih rendah. Enjin aluminium keseluruhannya ini juga lebih senyap dan bersih.

Perodua Axia Standard
Axia SE (Special Edition)

Grill depan yang lebih garang dan sporty dengan fog lamps

Stereng dan dashboard yang lebih elegan



Selesa walaupun hanya duduk dibelakang

Tempat duduk yang kemas dan lembut serta ruang kaki yang luas

Tempat letak barang yang lebih luas sehingga muat 4 beg perjalanan

Lampu belakang LED dengan clear lens

Enjin 1.0 EEV

Axia 1.0 Advance

Sungguh sporty walaupun dengan harga yang murah

Sekali pandang seperti Myvi SE, dua kali pandang seperti Alza SE, tiga kali pandang....teruslah booking

Rekabentuk yang menarik

Axia mempunyai saiz yang lebih panjang dan luas tetapi sedikit rendah daripada Viva


5-split-spoke Alloy Rims


Kemasan dalaman yang mantap


Tempat duduk kulit 

Stereng dengan kemasan kulit dan juga audio control



Touchscreen multimedia system dengan built-in GPS, DVD Player, TM Wifi Hotspot locator, USB dan juga Bluetooth 

Ruang kaki bahagian depan juga begitu luas

Tempat duduk kulit

Rekabentuk belakang yang lebih menarik

Eagle-eye Projector Headlamps

Enjin 1.0 EEV 


Memang menarik dan mendapat thumbs-up 



Terdapat juga warna-warna yang lain selain daripada yang dipamerkan di bilik pameran ini.



Harga yang ditawarkan kepada pembeli adalah seperti berikut:-


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Axia, memandu uji ataupun menempah sebuah untuk anda dan keluarga, sila hubungi rakan saya, Ahmad Fairouz daripada DMM Sales Sdn Bhd, Jln Tun Abdul Razak, Ipoh di nombor 019-5644104. (Jangan lupa sebut nama saya ye....hehe).


Kepada pengguna kereta Perodua seperti saya (saya guna Viva), pasti anda akan setuju jika saya katakan yang produk Perodua tidak akan mengecewakan anda. Perodua AXIA, seindah namanya.


Monday, September 15, 2014

Bila nak tulis blog lagi?

Dah banyak kali orang bertanya, tak tulis blog dah ke? Aku jawab, sekarang ni lebih banyak masa duduk dalam facebook je, jarang menulis panjang-panjang untuk blog.

Bila dah ramai yang bertanya tu, maknanya ramailah yang menunggu posting terbaru dalam blog ni.

InsyaAllah, kalau dah macam tu, akan dicuba untuk diusahakan menulis kembali nanti. Apa benda yang nak ditulis? Entahlah. Tengok la macam mana nanti.

Sabarlah ye.

Followers

Video ajijoi

Loading...