Thursday, December 12, 2013

Dapatkan Hadiah Tahun Baru dari Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man malam ini


Malam ini akan berlangsungnya satu ceramah perdana dengan tajuk 'Hadiah Tahun Baru' bersama-sama dengan Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Pesuruhjaya Pas Perak, Tuan Haji Razman Zakaria.

Ceramah akan dijayakan di Ziha's Homestay (bersebelahan dengan Surau Al-Ikhlas, Bandar Pulai Jaya, Simpang Pulai) bermula jam 9.00 malam ini, 12 Disember 2013 (Khamis).

Ceramah anjuran Dewan Pemuda Pas Gopeng dan Pas Cawangan Pulai Jaya ini juga akan menampilkan persembahan istimewa daripada Ustaz Huri Alias.

Datanglah beramai-ramai untuk mengetahui apakah hadiah yang bakal kita terima di tahun baru ini.

Monday, December 2, 2013

Makluman Pelantikan Jawatan Dalam Kepimpinan PAS Pusat Untuk Sesi 2013-2015

     
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang pertama selepas Muktamar Agung Tahunan PAS ke 59 yang baru sahaja berakhir pada minggu yang lalu telah diadakan pada hari ini, Ahad 1 Disember 2013 di Pejabat Agung PAS Pusat.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh saya selaku Presiden Parti, dan dihadiri oleh Timbalan Presiden, semua Naib Presiden, dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Mesyuarat telah berbincang dan membuat keputusan jawatan lantikan mengikut perincian berikut :

1. Setiausaha Agung PAS - Dato’ Hj Mustafa Ali
2. Bendahari - YAB Dato Ahmad Yaakob
3. Ketua Penerangan - YB Dato’ Mahfuz Omar
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah
1. Kelantan - YAB Dato Ahmad Yaakob
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Pahang – Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Johor - YB Tn. Hj Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Sdr Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Sdr Mohd Taufek Abdul Ghani
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad
8. Perak - Tn Hj Razman b. Zakaria
9. Kedah - YB Dato’ Mahfuz Omar
10. Perlis - YB Mohd Shukri bin Ramli
11. W Persekutuan – Tn. Hj Mohammad Noor Mohammad
12. Sabah - Sdr Mohd Aminuddin Aling
13. Sarawak – Tn. Haji Adam Ahid

Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik adalah terdiri dari :
1. YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah
2. Dato’ Abu Bakar Chik
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos
4. Tn. Hj. Mohd Hussin
5. Tn. Haji Asmuni Awi
6. Zulkiflee Mohd Omar
7. Dr Muhaimin Sulam

Adalah juga dimaklumkan bahawa pelantikan ke jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember 2013 nanti.

Pihak kepimpinan PAS mendoakan agar semua kepimpinan yang diberikan amanah ini dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan ikhlas.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Tahniah! Haji Razman Zakaria dilantik Pesuruhjaya PAS Perak yang baru


Tuan Haji Razman Zakaria, YDP Pas Lenggong dan juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak 2 telahpun dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Perak yang baru bagi menggantikan AF Ustaz Abu Bakar Hussein.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Razman diatas perlantikan ini. Beliau juga sebelum ini adalah calon Pas bagi Parlimen Lenggong dalam PRU13 yang baru lalu. 

AF Ustaz Abu Bakar dikatakan melepaskan jawatan tersebut atas sebab kesihatan. 

Semoga PAS Perak akan lebih berdaya maju dibawah pimpinan Tuan Haji Razman Zakaria. 

Perhatian sekarang tertumpu kepada saf pimpinan Badan Perhubungan Pas Perak yang akan dilantik. Diharapkan agar mereka yang benar-benar layak untuk mengangkat Pas Perak ke tahap yang sepatutnya yang akan berada di Pejabat Perhubungan Negeri. 

Sekali lagi, sekalung tahniah buat Pesuruhjaya Pas Perak yang baru, Tuan Haji Razman Zakaria. 

Sunday, December 1, 2013

Al-Fatihah! Dato' Fauzi Shaari kembali ke Rahmatullah


Dato' Fauzi Shaari, bekas Pengarah JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) PDRM yang menyertai Pas sedikit masa lalu telah menghembuskan nafas terakhir beliau sebentar tadi. 

Allahyarham yang meninggal jam 8.50 malam ini telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Selayang tiga hari yang lalu apabila secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dirumahnya di Shah Alam.

Allahyarham juga merupakan calon Parlimen Larut pada PRU13 setelah menyertai PAS tahun lalu. 

Jenazah Allahyarham akan di bawa kerumahnya di Sec 10, Shah Alam dan akan dikebumikan jam 11 pagi esok.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Amin.

Gambar popular Allahyarham Dato' Fauzi Shaari yang saya sendiri ambil sewaktu pengumuman dan penyerahan borang Pas kepada Dato' Presiden, Haji Abdul Hadi Awang di Larut tahun lalu. 

Followers

Video ajijoi

Loading...