Thursday, May 30, 2013

Jangan disambut lompatan itu

Gegar berdesus khabar angin mengatakan beberapa Adun Umno di Perak ini yang mahu melompat gara-gara tidak berpuas hati.

Maka, jika lompatan itu benar-benar berlaku, boleh tumbang kerajaan Umno pimpinan Zambry di Perak ini.

Walau ke parti mana sekalipun di dalam Pakatan Rakyat ini yang mahu dilompat  mereka, saya amat berharap sangat agar tidak disambut lompatan mereka itu. 

Biarkan mereka jatuh terkangkang sekalipun, biarkan saja.

Dimana maruah PR dimata rakyat Perak jika lompatan Adun BN itu disambut mereka dengan penuh gembira, bakal memerintah semula setelah beralih kerusi sedemikian rupa.

Jika dahulu, PR Perak mengadakan pelbagai bantahan dan reaksi di atas kejatuhan kerajaan pimpinan mereka hanya kerana beberapa Adun mereka melompat ke parti lawan, takkan sekarang mereka mahu menubuhkan sebuah kerajaan daripada cara yang mereka keras menentang dahulu. 

Petisyen pilihanraya lalu bakal diketahui dalam masa 6 bulan, eloklah jika PR Perak bersabar sedikit. Jika menang petisyen, kerajaan akan bertukar tangan, dengan lebih bermaruah daripada kerajaan yang ditubuhkan daripada hasil lompatan Adun-adunnya. 

Semoga parti-parti dalam PR Perak tetap memegang prinsip mereka menentang tertubuhnya sebuah kerajaan melalui lompatan sang Adun. 

Biarkan mereka melompat ke mana saja, asalkan kita LAWAN TETAP LAWAN.

Saturday, May 25, 2013

AMK jangan biadap dengan Presiden PAS

Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk "AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13", kami menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media.

Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, hari ini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini. Jika tidak, media Umno/BN akan melaga-lagakannya.

Jika ia datang dari macai dan media Umno/BN, kami langsung tidak hiraukan namun kali ini AMK pula menjadi penyambung lidah macai Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.

Sahabat Pemuda AMK! AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan YB-YB PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi.

Inilah perkara yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS kepada semua rakan-rakan PR sepanjang perundingan kerusi PRU. Namun, PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi. Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.

Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihanraya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2008.

Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 PR dimalukan dengan insiden-insiden YB-YB PKR keluar parti seperti spt di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat.

Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.

Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit. Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempohhari.

Tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu PR dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yg juga calon PSM di Semenyih.

Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.

Sahabat Pemuda AMK! AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihanraya mereka. Ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihanraya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihanraya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS. Ini suatu hakikat.

Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar.

PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.

Buat sahabat AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman PR bukan di media.

Jika di media, tambahan pula menghentam Presiden kami maka kami selaku Pemuda Pas sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri.

Sedang kami Pemuda Pas boleh menghormati DSAI selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yg mungkin kami tidak bersetuju, jadi molek kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.

Sahabat Pemuda AMK! Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai pemuda PR yang ada akhlak dan adabnya.

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

Himpunan Blackout 505 peringkat Pas Negeri Perak di Tapah bersama Mat Sabu

PR dapat tubuh kerajaan di Perak jika tiada penipuan!


PAS Perak akan menganjurkan Himpunan Blackout 505 peringkat negeri pada 26 Mei ini.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, himpunan tersebut adalah bertujuan untuk menyatakan kebersamaan PAS dengan rakyat menolak serta mengutuk penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Perhimpunan tersebut katanya dijadualkan berlangsung di Kompleks PAS Kawasan Tapah, Jalan Bidor jam 9.00 malam.

Jelas Ustaz Abu Bakar, himpunan tersebut akan dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, AJK PAS Pusat, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham, Pengerusi PKR Perak, Dr Muhd Nur Manuty dan kepimpinan serta Adun Pakatan Rakyat Perak.

“Saya menyeru seluruh rakyat Perak khususnya ahli PAS turun beramai-ramai ke program ini bagi menyatakan rasa tidak puas hati akan sistem pilihanraya di Negara ini yang tidak benar-benar adil serta bersih,” katanya.

Mengulas lanjut, Adun Titi Serong itu menjelaskan, PAS melahirkan keyakinan perhimpunan tersebut akan berlangsung dengan aman dan ianya adalah satu hak rakyat melalui sistem demokrasi.


Kata beliau, Pakatan Rakyat gagal untuk membentuk kembali kerajaan apabila kurang 3 kerusi walaupun kita mendapat undi popular dengan memperoleh 54.79 peratus sokongan daripada rakyat di negeri ini.

“Perjalanan pilihanraya lalu ternyata tidak bersih dan adil dengan pelbagai perkara yang berlaku antaranya pengundian dua kali, dakwat kekal yang tidak kekal dan sebagainya.

“Jika (pilihanraya) berjalan dengan adil sudah pasti Pakatan Rakyat akan berjaya mengambil alih kembali kerajaan Perak dan PAS akan menang lebih banyak kerusi di negeri Perak,” jelas beliau.

- PerakiteDaily

Thursday, May 23, 2013

Tian, Haris, Tamrin pula ditahan


Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.
Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.
"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
NONEMenurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau juga sedang dicari polis.

"Di KL, baru dihubungi isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh) Sulu," tulisnya di Twitter.
Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.
Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.
Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan.
NONEBeliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar.
Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.
Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untukmenumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.
Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.
Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.
Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.

- Malaysiakini

Saturday, May 18, 2013

Air mata di wad ICU

Catatan sebelum ini mengundang banyak persepsi, barangkali juga kali ini. Catatan ini ringkas, namun penuh makna bagi pemilik hati yang masih punya nilai keinsanan, apatah lagi nurani yang memahami tasawwur 'amal Islami, menghayati konsep, sistem, rukun dan adab berjemaah dalam sebuah Harakah Islamiyyah.


Pagi tadi, Dr Syamsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS menghubungi aku memaklumkan Presiden akan datang menziarahi Ustaz Azizan petang nanti, jam 3.30.  Hati dan perasaan segera lega dan gembira. Presiden PAS yang dikasihi itu, dalam waktunya yang sangat terbatas, akan meluangkan masa sekali lagi, membuat perjalanan jauh, menziarahi sahabat seperjuangan yang sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya.

Aku menyambut TGHH di kereta dan membawanya ke wad. Dia segak berjubah hitam berbutang hingga ke bawah, berserban seperti selalu. Wajahnya berseri walaupun nampak penat dengan kesibukannya. Pak Cop dan beberapa kepimpinan PAS Kedah menanti di pintu wad ICU. Dia memberi salam kepada beberapa pengunjung di koridor, terus melangkah laju terus ke bilik Ustaz Azizan.

Assalamualaikum! Suaranya bergetar. Ustaz Azizan dimaklumkan oleh anaknya Solehah, "Ayah! Ustaz Hadi mai..." Wajah Ustaz Azizan nampak berseri, bola matanya meliar mencari suara sahabat dan pimpinannya itu. Ustaz tidak mampu berkata-kata dan bersuara, tiub oksigen dan saluran paip masih menyekat suara dan mulutnya, dia cuba juga mengerakkan bibirnya untuk menjawab salam sahabatnya itu. Kedua belah tanggan terangkat ke paras dada, seolah menyatakan syukur di atas kedatangan itu.


"Bersabarlah, bersabarlah .... Banyakkan zikir dan doa. Hadis menyatakan orang yang bersabar menghadapi sakit akan diberi pahala yang banyak..." Kata TGHH sambil menggenggam tangan Ustaz Azizan. Wajah dan bola mata mereka bertentangan. Suara TGHH bergetar menahan sebak. " Ana datang nak bagitahu, keputusan yang besar bagi anta ini diambil untuk menyelamatkan nyawa anta, nyawa lebih penting dari anggota tubuh (kaki), atas kewajipan itu, kami semua sahabat dan keluarga membuat keputusan membenarkan pembedahan itu" kata TGHH. Ustaz Azizan mengangguk dan mengangkat tangannya sekali lagi seperti mahu kami juga berdoa untuknya. Mulutnya bergerak, namun tiada suara yang keluar.
TGHH memalingkan wajahnya ke belakang, matanya merah, air mata meleleh disebalik kaca matanya. Kami yang berada di situ tiada daya menahan pilu teramat sangat, dada berombak, nafas tersekat dan air mata menitis laju. Keakraban dan kasih sayang antara mereka terserlah memancar dalam pertemuan itu, tiada ayat untuk menzahirkannya. Aku berpaling ke sisi, Pak Cop, Dr Syamsuri, Helmi Khalid,  Doktor dan jururawat turut menangis menekupkan mulut dengan tangan.

TGHH memegang dahi Ustaz Azizan yang saat itu memandangnya. Sambil mengusap kepala sahabatnya, TGHH mengeluarkan kalimat ini... "Bersabarlah... kerja keras anta selama lima tahun pasti Allah akan terima ..... Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah selama dua tahun setengah sahaja, dia diracun dan mati. Anta sempat juga 5 tahun, lebih lama daripada Umar Abdul Aziz, bersyukurlah dan teruskan bersabar!" Kata-kata TGHH ini diucap dalam tangisan, tersekat-sekat dan perlahan. Kami di belakang bagai tertimpa 'segunung rasa hiba'...menjuraikan air jernih tak terkawal lagi.
"Ana akan ke Turkey esok, InsyaAllah ana akan sampaikan salam anta kepada sahabat-sahabat di sana." Kata TGHH perlahan. Ustaz Azizan mengangguk, matanya memandang wajah TGHH, ada aitrmata bertakung di kelopaknya. Aku segera terbayang pertemuan Ustaz dengan sahabatnya Sheikh Yusoff Karocha, penterjemah kitab dan guru kepada Tayeb Erdogan di Turkey. Mereka bertemu penuh keakraban pada Januari lalu.

Ustaz Azizan mengangkat kedua tangannya dalam kepayahan, TGHH membaca doa ringkas dalam bahasa arab, kami mengaminkannya. Pak Cop dan aku mengambil tempat di sisi katilnya, sementara TGHH mendapat penjelasan ringkas Doktor tentang kondisi terkini Ustaz Azizan. " Ustaz berehatlah, kami semua akan terus berdoa untuk Ustaz." Kata Pak Cop dalam esakan tangisnya.

"Ana minta diri dulu, anta teruslah berehat dan banyakkan sabar". Ustaz Azizan cuba menghulurkan tangganya yang masih bertambat beberapa paip dan wayar bersambung ke mesin. TGHH menyambut dan memegangnya. Dia menjengketkan kakinya, membongkok dan mencium dahi sahabatnya yang terbaring itu, agak lama. "Moga anta lekas sembuh!" Katanya dalam esakan.

TGHH menghala keluar. "Terima kasih semua!." Katanya sambil mengangkat tangan kepada Doktor dan jururawat yang sedang teresak kesayuan dalam bilik itu. Dia berhenti seketika, menanggalkan cermin mata dan mengesat air matanya di depan pintu. Aku lihat ramai juga yang menyaksikan pertemuan itu dari depan cermin pintu, turut menangis.

Demikianlah kasih sayang diantara dua tokoh pimpinan PAS yang terbina kerana  Allah, subur dan terus segar untuk mengharungi perjuangan suci ini. Ikatan tulus dari hati yang tersimpul kukuh sejak puluhan tahun lalu itu tidak terlerai, tidak mampu dirungkai oleh apapun, dengan sebab apapun, kerana simpulan itu benar dan ikhlas atas jalan Allah, bukan palsu bukan lakonan. Mereka berdua telah sebalut dalam perjuangan ini.... Air mata masih berjurai saat aku menitikkan nokhtah kepada catatan ini.

- HarajahDaily

Monday, May 13, 2013

50,000 rakyat banjiri Himpunan Tolak Penipuan PRU 13 di Ipoh

IPOH 13 MEI: Hampir 50,000 rakyat semua kaum memenuhi perkarangan Pejabat KEADILAN Perak, dekat Medan Istana, Ipoh, malam tadi dalam Himpunan 'Suara Rakyat, Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13′ (Black 505) bersama Perdana Menteri Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ipoh 1Himpunan yang dijadualkan pada jam 8.30 malam itu bagaikan pesta apabila rakyat terutama anak muda hadir seawal 5 petang.

Ini demi menyatakan bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab melakukan penipuan keputusan PRU 13 sekaligus memberi kemenangan tidak sah kepada Umno BN.

Turut memeriahkan acara, deretan gerai makanan, warung-warung NGO, busana pro-perubahan dan pelbagai lagi menjadi pilihan hadirin.

Kebanjiran lautan rakyat menyebabkan lalu lintas bandaraya Ipoh sesak hingga menyebabkan ada di antara mereka terpaksa meletakkan kenderaan sejauh lima kilometer dari tempat himpunan.

Rata-rata yang hadir berpakaian hitam membawa plakad seperti 'BN tipu, SPR Tipu', 'Ini Tsunami Malaysia', 'Hentikan Perkauman' dan 'Demokrasi Sudah Mati Dibunuh Umno BN'.

Ipoh 2Ucapan pimpinan dimulakan tepat jam 8.30 malam oleh Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Chua Yee Ling dan Naib Pengerusi KEADILAN Negeri, Baldip Singh.

Turut sama berucap, Adun Teja, Chang Lih Kang; Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing; Ketua Serikandi, Siti Aishah Shaik Ismail serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Acara kemuncak bermula sebaik Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyampaikan input penerangan kepada rakyat.

Ucapan diakhiri Anwar yang juga Ketua Umum dengan penuh bertenaga dan paling ditunggu-tunggu.

HamidahHimpunan 'Black 505′′ peringkat Perak adalah yang ketiga dalam siri jelajah penerangan penipuan pilihan raya selepas himpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei dan Batu Kawan, Pulau Pinang (11 Mei).

Himpunan 'Black 505′′ turut diadakan di Kuantan, Pahang pada Selasa, 14 Mei dan Johor Bahru, Johor pada Rabu, 15 Mei.

- KeadilanDaily

Puluhan ribu rakyat Perak berhimpun di Ipoh untuk Blackout505

IPOH: Himpunan Blackout 505 di Ipoh malam tadi menyaksikan ribuan lagi rakyat Perak turun bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum itu, mula berkumpul di Perkarangan Pejabat Parti KeAdilan Rakyat Negeri Perak, Medan Istana Ipoh, sejak petang lagi.

Mereka masing-masing membawa sepanduk dengan mesej membantah sebarang unsur penipuan dan manipulasi yang berlaku pada PRU13 lalu.

Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap malam tadi menyeru rakyat bangkit melawan sebarang penipuan yang berlaku.

Tegasnya, PRU13 yang lalu adalah proses pilihanraya paling kotor dalam sejarah Negara ini.

Menurutnya, kekalahan bukanlah perkara baru bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP yang telah lama berjuang sejak merdeka lagi namun kali ini penipuan berlaku dengan amat dahsyat.

"Kami sudah biasa ditipu dalam pilihanraya namun pada kali ini (PRU13) penipuan berlaku dengan sangat dahsyat sekali dan rakyat perlu bangkit menuntuk hak pilihanraya yang adil," katanya dihadapan ribuan hadirin.

Jelas Anwar, protes sedemikian bukan bermakna Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kekalahan tetapi rakyat tidak sangup terus ditipu oleh BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kami bukan tidak mahu terima kekalahan tetapi rakyat tidak mahu terus tertipu, jika tidak bangkit penipuan akan terus berlaku dan mereka akan terus kekal berkuasa.

"Jika tiada penipuan, negeri ini (Perak) sudah pasti akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Perak adalah destinasi ke tiga setelah berjaya mengumpul ratusan ribu rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor dan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

- HarakahDaily

Saturday, May 11, 2013

Isu MB Selangor: Siapa kepala taik itu?

Selain Kelantan dan Pulau Pinang, Selangor adalah negeri Pakatan Rakyat yang cemerlang dalam PRU ke 13 lalu.

Kecemerlangan PR di Selangor menjadikan BN berputih mata walaupun saban hari di lagukan sayangi Selangor. 

Berbagai usaha dilakukan dan boleh dikatakan Selangor adalah antara negeri yang menerima serangan  paling hebat dari  BN.


Bn sangat mendambakan Selangor kerana negeri itu adalah lubuk harta. Tambah lagi kebijaksanaan Tan Sri Khalid seorang eksekutif cemerlang memimpin Selangor dengan gaya yang sangat mengkagumkan. Beliau bertungkus lumus memikirkan bagaimana menjayakan Selangor dari berpolitik. Sebagai seorang hartawan, Khalid tak kebuluq harta Selangor.


Serangan paling hebat ialah melalui catuan air hasil kerjasama jahat SYABAS dengan BN. Namun gaya profesional Khalid menangani dengan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi politik sangat menambat hati pengundi Selangor hingga kemenangan besar dimiliki Pakatan Rakyat.


DAP dan PAS mengakui keadaan ini! Sebab itu dari awal lagi PAS nampak lebih berminat menyerahkan kerusi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dari merebutnya walaupun berkelebihan dari segi bilangan kerusi. DAP juga begitu, dengan mengakui bahawa mereka tidak memiliki kerusi melayu, ia juga berminat Khalid Ibrahim meneruskan kecemerlangannya.


Yang peliknya kalangan PKR sendiri terutama pengerusi Perhubungan Azmin Ali yang umum mengetahui mengintai kerusi itu sejak lama dulu.  Tadi Azmin mengumpulkan kelompok pemujanya untuk menuntut kerusi MB secara yang dianggap berhelah. Bermula dengan kelancangan mulut tak berinsuran Zuraida yang meminta PAS dan DAP agar diam dan tak campur tangan, kini Azmin muncul setelah melihat tiada jalan selain menjengokkan kepala.


Kebodohan dan ketamakan kuasa Zuraida dilemparkan dengan tuduhan terbalik kepada PAS dan DAP sedangkan ucapan itu menzahirkan kejahilan dan kebodohan ADUN perempuan tu... Dia ingat Selangor PKR punya...


Di Perak , pernah menteri Besar diserahkan kepada PAS yang paling kurang kerusi DUN setelah DAP yang terpaksa akur dengan undang undang negeri yang mensyaratkan MB mesti melayu. PKR yang lebih banyak dari PAS menuntut kerusi tersebut. Pemimpin tertinggi dalam senarai DUN PKR adalah bekas posmen dibuang kerja. Kerana ketamakkan kuasa... majlis angkat sumpah terpaksa ditangguhkan.


Walaupun DSAI turut cenderung meminta jawatan tersebut, namun ketokohan DS Nizar dan sokongan DAP menyebabkan DSAI mengalah apatah lagi dengan restu Sultan.


Azmin seorang ahli politik . Beliau menjadi musuh Ezam setelah bersama mempertahankan DSAI. Beliau muncul setelah Anuar keluar ... Itulah yang menimbulkan kemarahan Ezam.. Anuar bagi Ezam lebih melayan Azmin berbanding dia yang bertungkus lumus berjuang. Azmin hanya mengutip hasil 
tanpa berjuang ketika susah... bacalah sejarah perjuangan azmin yang sangat indah...


Kini azmin ibarat Taik yang dah membusuk dalam perut Pakatan Rakyat. Serangan awal kepada Bos yang dipuja sekian lama adalah isyarat tuntutan jawatan MB agar DSAI mengendur. Anuar sehingga kini masih diam. Kita tak tau apa yang dipikir oleh Bos yang kaya dengan helah politik itu.??  Nasib baik Pakatan Rakyat ditangguhkan ke Putrajaya... kalau tak...tak tau la apa yang dituntut Azmin dari Bos pujaaannya..


Kalau masa Hasan Ali dulu, ia dikaitkan dengan UG walaupun hakikat apa berlaku adalah perjuangan peribadi. Sebagaimana Hasan Ali cuba berlindung di balik selendang untuk kebaikan Selangor, begitu juga Azmin. Saya mula menalah bahawa Azmin tidak akan kekal lama dalam PR jika idamannya kerusi MBSelangor tidak dimiliki. 

Apakah Azmin juga ada UG nya... walaupun hakikatnya UG itu adalah khayalan orang mabuk yang dipakaikan kepada Hasan Ali yang menjadikannya nampak gah... kerana dikaitkan  secara semberono dengan Presiden PAS .. yang tak pernah menepati hakikat tersebut.


Sidang Media yang dibuatnya itu adalah isyarat kekuatan yang dimiliki. Nampaknya perangai busuk umNO masih berbaja dalam kepala otak Azmin dan kawan kawannya.. Entah apa yang di marah dengan Tan Sri Khalid? 

Alasannnya Khalid mudah dipengaruhi... Siapa yang pengaruhi Khalid???



Apakah Khalid mudah dipengaruhi atau tak mudah di kuasai oleh Azmin??? Rasanya jawapan kedua lebih tepat...

Apa yang membimbangkan aku ialah... BN akan menggunakan kuasa  cuba mempengaruhi Sultan merestui Azmin jika dua nama di angkat. BN tahu sangat Azmin lebih mudah dijatuhkan berbanding Tan Sri Khalid... 


 PAS dan DAP mesti bertegas mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB... Biarlah Azmin dan Zuraida merajuk dan meninggalkan PR dari membiarkan mereka berkuasa dan membusukkan PR. Macam taik yang busuk...biarlah dia keluar dari menjadi kentut yang membusukkan seluaruh buana... macam kata novel Shit Shahnon Ahmad... Azmin mungkin kepala taik itu...uweeeeeeekkkk...

Friday, May 10, 2013

Pakatan Rakyat Perak buat petisyen 6 kawasan

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.

Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama. 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.

Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.

Nizar memberitahu perkara itu ketika berucap di majlis munajat kesyukuran HALWA  Bukit Gantang di Markaz Pas Kawasan Bukit Gantang semalam.

Turut hadir pada majlis itu Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang Abdul Rahim Ismail.

Pada PRU13 lalu, BN menang 31 kerusi Dun Perak manakala Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi.

- HarakahDaily

Thursday, May 9, 2013

Taktik kotor SPR untuk menangkan BN Perak terbongkar?



Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .

Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi itu oleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.

Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak undid an ketiadaan beberapa kotak peti undi .

Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan waima jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen dan Dun dalam kotak undi bercampur.

“Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.

Tambahan pula terdapat sejumlah kertas undi diletatakan di luar peti undi. “Saya meminta pengiraan semula kerana empat peti undi daripada Chenderiang dan lima peti undi dari Ayer Kuning tidak ada dalam dewan pengiraan di Dewan Merdaka.

Berikutan permintaan tersebut, pegawai SPR telah membawa masuk 2 peti undi dari Ayer Kuning. Tujuh peti undi yang lain masih belum sampai.

“ Di masa yang sama saya telah meminta 91 borang 14 daripada 91 saluran mengundi tetapi pegawai SPR enggan memberikan., Vasantha Kumar memberitahu, “Sesetengah borang 14 tidak ditandatangani sempurna oleh pegawai SPR.

“Pada ketika inilah, muncul calon BN, M Saravanan, lalu meninggikan suaranya dan mengugut saya.” “Saya memberitahunya jangan masuk campur kerana pertelingkahan adalah antara beliau dan SPR.


Pertelingkahan adalah mengenai kertas undi dari Dun Chenderiang dan Dun Ayer Kuning. “Pada ketika itu, keputusan untuk Perak ialah 29 untuk BN and 28 bagi Pakatan.

Saya bertegas mahukan pengiraan semula kerana keputusan dari dua Dun tersebut ( Chenderiang dan Ayer Kuning) merupakan faktor penentu dalam pembentukan kerajaan negeri Perak.

“Apabila saya desak agar dokumen tersebut dikeluarkan sebelum keputusan diisytiharkan, pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menolak polling agents dan saya, keluar dari dewan tersebut.

Pada ketika ini, Vasantha Kumar berkata, “Saravanan membaling kerusi kepada saya semasa saya sedang ditolak keluar.”

“Saya terkedu bila polis menolak saya 50 meter keluar dari Pusat Pengiraan tersebut, sedangkan Saravanan dan pembantunya cuba menyerang saya. Bagaimana pun polis menahan mereka.”

Vasantha Kumar mendakwa dirinya dan counting agents nya telah ditolak keluar oleh polis hingga ke main road di luar dewan tersebut.

Tiada wakil untuk memantau peti-peti undi

“ Polis kemudiannya mengepung dewan itu dan tidak membenarkan saya masuk. Pada ketika itu, saya tidak mempunyai wakil didalam dewan itu untuk mempastikan peti-peti undi itu tidak di cerobohi.”

Beliau mendakwa pada ketika itu, Saravanan dan dua calon BN bagi dua kerusi Dun (Chenderiang dan Ayer Kuning) telah dibenarkan berada dalam dewan tersebut sewaktu keputusan sedang di buat.

Vasantha Kumar berkata, pegawai-pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menahannya diluar dewan hampir satu jam lamanya.

“Selepas satu jam, saya sebagai calon Tapah, saya berhak untuk masuk ke dewan.”

Setelah memasuki dewan tersebut, Vasantha Kumar berjalan keaarah pegawai SPR dan meminta 91 pengesahan borang 14 dari kesemua 91 saluran peti undi. “Pegawai tersebut gagal menunaikan permintaan tersebut.


Dia memberitahu saya supaya mengambil tindakan mahkamah jika ada pertelingkahan. “ Saya tidak bersetuju dengan keputusan yang akan mereka isytiharkan kerana boring 14 tidak disertakan dan tidak ada pengiraan semula undi pos dan undian biasa yang sahih.

Tidak lama kemudian, lebih kurang jam 1.00 pagi, keputusan diumumkan – bahawa calon BN, Saravanan dan dua kerusi Dun tersebut telah menang.

Kemenangan dua kerusi Dun tersebut menjadikan BN berjaya merebut Negeri Perak melalui 31 kerusi ke atas Pakatan Rakyat dengan 28 kerusi.

Vasantha Kumar membuat aduan polis dibalai polis Tapah pada jam 1.30pagi kelmarin.


Sumber: blog Addin77

120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat

  • 120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat
  • 7:50PM Mei 8 2013
  • LAPORAN LANGSUNG

    11.40pm: Kesesakan lalulintas bertambah teruk membabitkan mereka yang mahu pulang. Namun ada juga yang masih cuba untuk ke stadium.

    post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 7WartawanMalaysiakiniAidila Razak tidak dapat sampai ke 
    stadium kerana terperangkap dalam lalulintas selama empat jam.

    Termasuk mereka yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas di seluruh Petaling Jaya, jumlah orang ramai dianggarkan 120,000 - menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar sejak kebelakangan ini.

    11.27pm: Walaupun perhimpunan itu sudah tamat, tetapi masih ada mereka yang berpakaian hitam berjalan ke arah stadium dari jarak beberapa kilometer jauhnya.

    Trafik terhenti terus sepanjang sekurang-kurangnya lima kilometer dari pelbagai arah dan ramai yang mahu ke stadium masih terperangkap.

    Ini termasuk lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya.

    11.25pm: Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

    "Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

    "Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

    post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 6Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.

    11.00pm: Walaupun hujan renyai-renyai, orang ramai masih berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. Kereta diletakkan sejauh 2 km dan nampaknya belum ada tanda-tanda ia akan berakhir lagi.

    Ramai yang tidak dapat mendengar ucapan pemimpin mereka tetapi masih meluangkan reformasi dan ubah.

    1040pm: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.

    Sementara itu, Khalid sambil tersenyum memenui permintaan orang ramai yang terdiri daripada mereka yang hendak beredar dan mereka yang hendak masuk ke dalam stadium.

    10.39pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

    post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 2Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam
    "Apa lagi Cina mahu?".

    Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

    Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.

    10.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.

    Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.

    Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih  menuju ke stadium dengan berjalan kaki.

    post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 410.15pm:Mereka yang masih di jalan raya mula menurunkan cermin kenderaan untuk berbual sesama mereka. Antaranya ialah seorang wanita Melayu yang sudah berusia  dan sekumpulan remaja Cina.

    "Ada sebuah bas yang datang dari Johor!" seorang lelaki memberitahu yang lain.

    "Saya datang dari Kedah!" jawab seorang lagi lelaki.

    Kemudian seorang remaja Melayu mengebarkan bendera PAS dari tingkap dan sebuah kereka yang membawa sekumpulan wanita muda pelbagai kuam membunyikan hon tanda sokongan.

    Lampu isyarat telah bertukar warna beberapa kali tetapi keadaan masih tidak berganjak.

    10.05pm: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, yang juga mula melaungkan "Kami anak Malaysia".

    post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 3 bicycles10.00pm:Empat kilometer dari tempat itu, penumpang dalam bas dan beberapa kereta turun dari kenderaan mereka dan berjalan kaki. Semua berpakaian hitam.

    Sementara itu, lelaki dalam sebuah trak pikap mengebar bendera PKR.

    9.33pm: Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.

    9:30pm: Sistem audio dalam stadium tidak berfungsi dengan sepenuhnya, menjadikan ia sukar untuk mendengar ucapan dari luar stadium atau dari kawasan tertentu di dalam stadium

    Peserta juga masih menghadapi kesukaran mendapatkan talian telefon.

    9.25pm: Penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan "Ini Kalilah".

    post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 5Jalan-jalan di sekitar stadium sesak sepanjang beberapa 

    kilometer, dan tiada tanda-tanda ia reda sejak dua jam lalu.

    Ramai orang, yang memaki baju-T 'Ini Kalilah' meletakkan kereta mereka di tepi lebuh raya dan berjalan kaki ke arah stadium.

    9.05pm: Gerai makanan dan menjual barangan Pakatan seperti T-shirt, selempang dan pelekat, mengelilingi kompleks stadium.

    Sementara itu, orang terus bergerak masuk ke dalam stadium. Semua tempat duduk sudah penuh dan yang lainnya duduk di padang dan trek.

    9pm Kira-kira 50,000 sudah memenuhi stadium dan ramai daripada mereka terpaksa berjalan jauh ekoran kesukaran mencari tempat letak kereta.

    Di pentas, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberi arahan kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

    Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

    Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

    Berpakaian kuning, ramai juga membawa bunga kuning, simbolik tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil.

    NONE8.50pm Hujan telah berhenti beberapa minit lepas dan peserta himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" tidak lagi menggunakan payung. Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen yang baru beberapa hari terpilih mula berucap kepada penonton.

    8.45pm: 
    Ramai pemimpin Pakatan masih tidak sampai ke tempat acara kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya, antaranya Elizabeth Wong dan Tian Chua.

    8.40pm: Jalan raya dibanjiri kereta bermula dari persimpangan Lebuh Raya Persekutuan sehinggalah ke pusat membeli-belah Paradigm Mall.

    Sebahagian hadirin himpunan malam ini meletak kereta mereka di tepi jalan raya utama dan berjalan kaki hampir satu kilometer ke Stadium Kelana Jaya.

    8.39pm: kesesakan teruk lalulintas dilaporkan di sekitar stadium. Beberapa peserta perlu berjalan lebih 2km untuk mendapatkan tempat.

    "Saya terperangkap dalam 'tempat letak kereta' terbesar di dunia. Tidak bergerak seinci pun selama hampir 15 minit," lapor wartawan Malaysiakini Aidila Razak.

    NONEMereka yang telah sampai ke stadium pula mendapati sukar untuk mencari ruang letak kereta.

    8.15pm:
     Puluhan ribu orang sudah berada di dalam stadium. Hujan renyai-renyai berterusan dan orang ramai berpayung mereka atau memakai baju hujan.

    7.30pm: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berucap kepada penyokongnya buat kali pertama malam ini sejak pilihan raya umum Ahad ini, yang didakwanya dicemari dengan penipuan untuk memastikan kemenangan BN.

    Perhimpunan di Kelana Jaya itu dijangka menarik kehadiran yang 
    besar yang tidak sabar lagi untuk mendengar ucapan pemimpin mereka selepas pilihan raya yang keputusannya membuat ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak berpuas hati.

    NONEOrang ramai secara memenuhi ruang stadium yang pada masa ini sekitar satu perempat penuh kerana hujan renyai-renyai di stadium Kelana Jaya.

    Tiada kehadiran polis dilihat walaupun terdapat spekulasi bahawa polis akan mengadakan kawalan ketat di sekitar stadium, yang menempatkan 50,000 penyokong semasa perhimpunan pra-pilihan raya dahulu.


    - Malaysiakini

Wednesday, May 8, 2013

Saksikan Siaran Langsung 'Suara Rakyat, Suara Keramat' dari Stadium Kelana Jaya


Siaran Lansung Daripada Stadium Kelana Jaya 




Majoriti rakyat Perak masih bersama Pakatan

KUALA LUMPUR: PAS Perak mendakwa majoriti rakyat negeri itu masih bersama Pakatan Rakyat biarpun gagal menawan semula negeri itu Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ketua penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata pada PRU13 lalu, dari jumlah 1,160,292 pengundi Perak, Pakatan Rakyat meraih 54 peratus undi popular berbanding 44 peratus diperolehi BN.

"Malah PAS Perak masih dapat mengekalkan sokongan undi popular sebanyak 46% yang diperolehinya dalam PRU 12 walaupun dengan peningkatan jumlah undi baru sebanyak 33% di  kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi PAS. 

"Angka ini jelas menunjukkan bahawa kemenangan BN pada hakikatnya bukanlah merupakan kemenangan mutlak dan rakyat pada keseluruhannya masih menyandarkan harapan kepada PR untuk melakukan perubahan," katanya.  

Pada PRU13 lalu, Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi DUN berbanding BN 31 kerusi sekaligus gagal menawan semula pentadbiran Perak yang pernah dikuasai 11 bulan pada 2008 lalu sebelum berlaku rampasan kuasa pada 2009.

Bagaimanapun, keputusan yang memihak BN kali ini dilihat masih meletakkan mereka dalam keadaan tidak stabil untuk memerintah negeri.

Mengulas keputusan PRU kali ini PAS Perak bagaimanapun katanya mampu menerima kekalahan tersebut mengikut sistem yang terpakai.

"Atas arahan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Titi Serong yang baharu, Haji Abu Bakar Hussien meminta agar seluruh pendokong PAS dan PR Perak khasnya agar bertenang dengan keputusan PRU 13 kali ini. 

"Diminta semua pendokong PAS dan PR agar menerima arahan daripada pimpinan dari masa kesemasa dengan suasana yang ada sekarang dan jangan bertindak di luar arahan pimpinan. Kita sebenarnya sudah menunjukkan kematangan kita berhadapan dengan keputusan yang telah dibuat pada PRU 13 kali ini," katanya.

Jesteru, katanya PAS Perak berharap agar semua meneruskan kerja-kerja bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PAS dan PR di Perak khasnya.

- Harakahdaily


Followers

Video ajijoi

Loading...