Thursday, February 28, 2013

Ummo jajah Dewan Serbaguna, pecah-belah masyarakat setempat


28 Februari 2013- Pengkalan Pegoh

UMNO Kawasan Gopeng sekali lagi melanggar etika kerana menggunakan Dewan Serba Guna Pengkalan Pegoh sebagai Bilik Gerakan mereka di sini.

Menurut makluman penduduk tempatan, papan tanda Bilik Gerakan BN yang dipasang di dinding Dewan Serba Guna menyerlahkan sikap UMNO yang suka melanggar etika kemasyarakatan. Malah perpaduan yang cuba dipupuk melalui aktiviti di Dewan berkenaan hancur apabila UMNO memasukkan unsur kepartian.


Saudara Anuar Ibrahim wakil penduduk Pengkalan Pegoh mengatakan hipokrit UMNO terserlah apabila kerap mengatakan PAS memecah belah perukunan penduduk tempatan melalui agenda politik dan aktiviti masjid sebaliknya UMNO lah parti pemecah belah.

"UMNO parti haprak dan miskin. bangunan perhubungan negeri sahaja gah! Di peringkat cawangan dan UPU markaz dan bilik pun tiada. Inikah parti yang dikatakan berduit dan memerintah sekian lama? PAS miskin dan dicela apabila mengutip dana di ceramah-ceramah sebaliknya mampu pula memiliki markaz dan bilik gerakan sendiri tanpa perlu menjadi parasit seperti UMNO cawangan" ulas Anuar sebagai penutup bicara.

PAS Kawasan Gopeng akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat mengenai salahguna Dewan Orang Ramai seluruh kawasan Gopeng.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Van Jenazah: Umno tidak prihatin, Anak Muda Pengkalan Pegoh ambil inisiatif


25 Februari 2013- Pengkalan Pegoh

Pertemuan 6 mata antara penulis  selaku pengulas isu DUN Sungai Rapat dengan Saudara Anuar Ibrahim dan saudara Fairuz semalam adalah untuk membincangkan perkembangan usaha anak muda Pengkalan Pegoh untuk mendapatkan dana memiliki van jenazah untuk kegunaan kariah.

Walaupun Persatuan Belia Wira Pengkalan yang berusaha mengumpul dana ini bukan merupakan pertubuhan politik, namun kita tetap merasakan perjuangan mereka untuk mendapatkan van jenazah yang bersifat 'dharuri' (amat perlu) ini sewajarnya dipandang berat sedari awal oleh pihak ADUN Sungai Rapat Datuk Hamidah yang juga kerap menganjurkan program kepartian di Masjid Pengkalan Pegoh.

Saudara Anuar bertanya di mana Dato' Hamzah dalam isu ini. Jangan hanya ghairah melobi dan memujuk ahli PAS kampung menyertai UMNO sedangkan keperluan seperti van jenazah sebegini pun UMNO tidak cakna.

Terdahulu semasa kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim dua tokoh UMNO tersebut cuba melobi anak muda Pengkalan Pegoh agar membuat kacau semasa majlis ceramah DSAI memandangkan penceramah 'Ustazah' Umi Halfida tidak berjaya membawa isu anti Anwar dengan baik.

Anak muda mengambil inisiatif mendapatkan dana ini disebabkan sejak tahun 1960 lagi masjid Pengkalan Pegoh beroperasi tiada sebarang kereta jenazah yang disediakan pihak berwajib.

Malah jika berlaku kematian penduduk terpaksa meminjam van daripada Taman Temara dan Changkat Larang.

Isu ini telah dihebahkan melalui Sinar harian, TV Al Hijrah 23 Feb dan TV9 pada 25 Feb 2013 yang lalu.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat



Sunday, February 24, 2013

Fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda pekan Gopeng



GOPENG (23.2.13): Pada hari Sabtu itu, pekan Gopeng yang biasanya sunyi dan damai, tetiba menjadi tumpuan ramai. Seawal tengahari lagi, kenderaan mula memasuki pekan Gopeng untuk mencari tempat letak kereta agar tidak bersesak-sesak pada waktu petang nanti.

Kebanjiran ramai yang bertali arus disambut dengan gerai jualan yang melebihi 40 buah dengan pelbagai jualan makanan dan barangan.


Ramai juga yang sedari petang lagi telah sedia melabuhkan punggung ditempat yang dirasakan sesuai di dalam kawasan Masjid Jamek Lama Gopeng itu. Takut-takut dipenghujung petang nanti, tiada lagi tempat 'best' untuk mereka.

Semuanya ini gara-gara fenomena Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang datang berceramah di masjid lama ini.


Fenomena penceramah popular masakini, Ustaz Azhar Idrus memang satu tarikan dakwah yang amat kuat dikalangan umat Islam negara ini. Kemana sahaja ceramah yang mempersembahkan 'Ustaz Youtube' ini, pasti menjadi sasaran orang ramai. Kehadiran puluhan ribu untuk mendengar ceramah agama olehnya sudah menjadi kebiasaan. Para peniaga juga telah ada yang menjadikan lokasi ceramah UAI ini sebagai tempat wajib untuk mereka berniaga. Keuntungan pasti berganda dengan kehadiran seramai itu.


'Magnet' UAI bukan sahaja bisa menarik ramai anak-anak muda, ianya juga kini kuat melekat kepada golongan-golongan korporat muda. Cara UAI berceramah, walaupun dalam loghat pekat Terengganu, kena dengan selera mereka untuk mendekati dan memahami Islam.

Lihat saja gambar di atas, kumpulan kereta BMW yang berkonvoi dari KL sanggup turun ke Gopeng semata-mata untuk mengikuti ceramah agama UAI. Kemana saja UAI berceramah, mereka akan turun beramai-ramai. Satu tanda sokongan yang kuat kepada usaha dakwah UAI ini.

Kehadiran 40,000 yang dianggarkan oleh pihak penganjur sebelum ini tidak sampai kepada matlamatnya. Ini mungkin kerana tempat itu sendiri yang tidak dapat menampung sebegitu ramai pengunjung dalam satu masa. Ada juga maklumat yang mengatakan bahawa kesesakan lalulintas yang begitu panjang membuatkan ramai yang tidak dapat meneruskan niat untuk bersama-sama di masjid tersebut.

Namun begitu, mengikut pengumuman yang disampaikan melalui Ustaz Azhar sendiri, kehadiran pada ceramah malam itu melebihi 20,000 orang. Jumlah kutipan derma bagi pembinaan masjid fasa ke-3 pada malam itu berjumlah RM34,584.65.

Syabas dan tahniah perlu dihulurkan buat penganjur, Masjid Jamek Lama Gopeng yang seluruh jawatankuasanya telah bertungkus lumus dalam menjayakan acara sebesar ini. Walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi yang mahu menggagalkan acara besar ini, namun berkat usaha semua dan bimbingan dari Allah Taala, berjaya juga dilaksanakan amanah untuk menganjur ceramah ini.

Setelah menunggu selama 2 tahun untuk mendapatkan Ustaz Azhar Idrus berceramah di sana, berbaloi rasanya dengan usaha mereka. Sistem suara yang canggih dan layar besar yang dipasang untuk keselesaan pengunjung perlu dipuji dalam menganjurkan acara sebesar ini.

Live streaming, tayangan siaran langsung melalui internet yang dilakukan oleh pihak masjid amat dihargai oleh lebih 850 penonton yang mengikuti siaran langsung itu dirumah. Satu usaha terkini dalam menyebarluaskan majlis ilmu.

Mari ikuti rakaman lensa saya sepanjang ceramah. Maaf tak dapat untuk mendapatkan shot-shot menarik disetiap ceruk kerana hanya berada dihadapan pentas sepanjang masa.

Orang ramai mula berkumpul sementara menunggu azan Maghrib
Solat Maghrib berjemaah melimpah keluar masjid 


  


Sebaik selesai solat Maghrib, semua telah sedia menanti ketibaan Ustaz Azhar Idrus
 


Demi ilmu, anak kecil juga dibawa bersama

Muslimat ditempatkan di dalam masjid dan di balai lintang. Dua skrin projektor disediakan untuk muslimat yang berada di dalam masjid

Ustaz Azhar Idrus sebaik tiba ke pentas
Pengerusi Masjid Jamek Lama Gopeng, Cikgu Hamdan menyerahkan t-shirt kepada Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar menunjukkan t-shirt yang diterimanya

Wajah yang bisa menarik minat sejuta umat

Ustaz Azhar berceramah sambil dikelilingi orang ramai yang bertuah dapat menaiki pentas





Isi ceramah Ustaz Azhar masih boleh diikuti melalui rakaman live streaming di www.ustream.tv/channel/ceramah-gopeng

Terdapat juga projektor yang dipancarkan kedinding bangunan (dibelakang sana) untuk tontonan orang ramai yang tidak dapat mendekati kawasan masjid



Akhir ceramah, doa dibaca oleh Ustaz Azhar




Ustaz Azhar bersalaman dengan orang ramai




Ada yang mahukan Ustaz Azhar menurunkan tandatangan dibajunya


Pihak masjid menyediakan sedikit jamuan ringan buat Ustaz Azhar diakhir ceramah
Gambar skrin live streaming yang masih boleh ditonton di www.ustream.tv/channel/ceramah-gopeng

Saturday, February 23, 2013

LIVE! Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Jamek Lama Gopeng


Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Jamek Lama Gopeng akan disiarkan secara LIVE! malam ini buat tontonan semua yang jauh dan tidak dapat hadir bersama.

Ikuti siaran langsung ini melalui www.ustream.tv/channel/ceramah-gopeng

Pentas telah tersedia untuk ceramah Ustaz Azhar Idrus. 

Penyair Pyanhabib tolong promosikan ceramah Ustaz Azhar Idrus dua hari di Perak, Masjid Jamek Lama Gopeng dan Stadium Kg Gajah. Terima kasih Pyanhabib

Friday, February 22, 2013

Peniaga bantah kenaikan sewa tapak pasar malam Medan Gopeng


22 Februari 2013- Medan Gopeng
Beberapa peniaga pasar malam Medan Gopeng mengadu bantahan mereka terhadap kenaikan kadar kutipan terhadap peniaga pasar malam.

Menurut mereka pihak pengurusan JKKK Kg Melayu gagal menyediakan kemudahan dan keperluan peniaga seperti yang disediakan oleh pihak pengurusan pasar malam kawasan lain. 

Rungutan-rungutan mereka boleh diteliti melalui figure di bawah.

Para peniaga berharap kerajaan baharu yang bakal muncul kelak akan lebih memahami kehendak dan keperluan peniaga kerana peniaga juga adalah rakyat Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat




Sumber: blog landskapsiasah

Umno perguna masjid; PAS Gopeng serah memorandum pada JAIPk


22 Februari 2013- Ipoh
Rentetan sikap UMNO yang tidak beradab menggunakan  masjid sebagai sasaran program kepartian walaupun atas nama munajat dan ceramah agama, PAS Kawasan Gopeng mengambil inisiatif menghantar memorandum kepada Pengarah JAIPk Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin  D.P.M.P , P.M.P , A.M.N untuk diambil tindakan sewajarnya.

PAS Kawasan Gopeng menganggap perbuatan menggunakan logo parti dalam dua program UMNO yang diterajui oleh YB Datuk hamidah dan penceramah UMNO terkenal Us kazim Elias sebagai perbuatan yang tidak beradab kerana ia menyalahi dan melanggar titah Yang Mula Raja Muda sebelum ini. Malah UMNO yang kini giat berkempen menyokong institusi istana dan Islam juga kelihatan melanggar arahan Mufti Perak agar menghindar sebarang objektif kepartian di masjid-masjid.

Menurut Tuan Haji Abd Rahim, pihak PAS Gopeng akan turut menghantar surat permohonan kepada jawatankuasa masjid berkenaan agar dibenarkan juga PAS menggunakan premis masjid sekiranya tiada tindakan atau teguran daripada pihak JAIPk.

Memorandum yang dihantar tersebut diserahkan melalui wakil PAS Kawasan Gopeng, Tuan Haji Abd Rahim (YDP PAS Gopeng), Ustaz Radzi Zainon (Tim YDP) dan Muhammad Nuruddin Bashah (Penerangan MTD Sg Rapat) kepada Pembantu Peribadi (PA) yang berbahagia Dato' Pengarah sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah
Penerangan MTD Sg Rapat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
MEMORANDUM
KEPADA : Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin  D.P.M.P , P.M.P , A.M.N
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)
Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
20 Februari 2013

BANTAHAN TERHADAP PENGGUNAAN LOGO KEPARTIAN DAN PROGRAM BERBENTUK KEPARTIAN DI MASJID-MASJID MAHUPUN PREMIS MASJID DI PARLIMEN GOPENG
--------------------------------------
Daripada : PAS KAWASAN GOPENG
Pihak PAS Kawasan Gopeng ingin mengemukakan Memorandum Khas kepada Pengarah JAIPK Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin  D.P.M.P , P.M.P , A.M.N bagi mempertimbangkan tindakan wajar untuk menghalang pihak tertentu menggunakan premis masjid sebagai lokasi aktiviti kepartian.

Latar belakang:
Pihak PAS Kawasan Gopeng menjunjung tinggi titah Yang Mulia Raja Muda Negeri Perak serta nasihat daripada pihak Mufti Perak sebelum ini berkenaan larangan menjadikan masjid sebagai gelanggang berpolitik. Malah PAS tidak pernah menaikkan sebarang bendera atau logo kepartian di kawasan masjid atau pada iklan-iklan, baner ceramah anjuran jawatankuasa masjid kerana percaya ia boleh mengundang ketidakselesaan dan menganggu keharmonian perpaduan di dalam kariah.

Pada tahun 2010, Yang Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pernah bertitah bahawa Baginda mahukan pegawai agama bebas daripada politik kepartian atau pengaruh mana-mana pemimpin dan kumpulan politik dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab urusan agama Islam.

Titah Baginda titah baginda pada majlis sembah menghadap Orang Besar Jajahan Perak dan pegawai tadbir agama daerah di Kompleks Islam di Ipoh  antara lain menegaskan bahawa Masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas untuk permainan politik, sebaliknya hendaklah menjadi instrumen perpaduan untuk menyatupadukan ummah.

Manakala  kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah menasihati umat Islam termasuk pihak kepartian agar tidak menggunakan surau dan masjid sebagai `gelanggang' berpolitik sepanjang bulan Ramadan dan juga pada hari-hari lain.

Tindakan UMNO Gopeng yang diterajui oleh YB Datuk Hamidah;
·         Menganjurkan ceramah Agama oleh Us Kazim Elias  di Masjid Kg Rapat Jaya Tambahan pada 20 Feb 2013 dengan menggunakan baner bercetak logo UMNO dan Barisan Nasional.

.   Menganjur Munajat dan solat hajat di Masjid Pengkalan Pegoh pada 19 Feb 2013 juga dengan baner yang berlogokan parti UMNO dan Barisan Nasional.

Walaupun baner tidak dipasang di kawasan masjid, namun program tersebut ternyata dibuat di masjid, memasukkan logo parti seolah-olah usaha menampilkan penganjur adalah pihak politik.

Penutup:
Kami berharap agar pihak JAIPk akan berlaku adil dalam menangani isu ini memandangkan misi dan visi JAIPk sendiri adalah untuk mengurus selia masjid-masjid agar menjadi medan perpaduan umat islam di negeri ini.

Objektif Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau juga meletakkan sasaran untuk mengembalikan fungsi dan peranan Masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Syarak serta menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan Umat Islam, pusat penyebaran ilmu dan maklumat amat dihormati oleh pihak PAS Kawasan Gopeng.

Yang Benar,
Hj Abd Rahim bin Md Ariff
YDP PAS Kawasan Gopeng

Radzi Bin Zainon
Timbalan YDP Pas Kawasan Gopeng

PAS Kawasan Gopeng, 23A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 IPOH


 
Sumber: blog landskapsiasah

Thursday, February 21, 2013

40,000 bakal hadir ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Jamek Lama Gopeng

40,000 merupakan anggaran kehadiran yang bakal membanjiri Masjid Jamek Lama Gopeng Sabtu ini.

Ceramah agama yang akan diadakan selepas solat Maghrib oleh penceramah tersohor masakini, Ustaz Azhar Idrus itu telah menarik minat orang ramai untuk hadir pada hari tersebut.

Banner-banner ceramah dikatakan telah digantung disetiap daerah dinegeri Perak ini.

Pihak pengurusan Masjid Jamek Lama Gopeng telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ceramah yang besar ini setelah menunggu giliran mereka selama 2 tahun untuk mendapatkan Ustaz Azhar Idrus.

Keselesaan dan keselamatan pengunjung mendapat perhatian utama pihak masjid. Kawasan sekeliling masjid telahpun dibersih dan ditambak untuk menampung kebanjiran orang ramai yang dahagakan majlis ilmu daripada 'Ustaz Youtube' ini.

Orang ramai digalakkan untuk membawa sejadah dan kertas lapik mereka sendiri pada hari tersebut.

Pihak masjid juga telah menyediakan 3 layar gergasi untuk menampung kehadiran yang ramai untuk mengikuti ceramah pada malam itu.

Bagi yang jauh dan tidak dapat hadir, pihak masjid akan menyediakan siaran langsung secara live streaming yang boleh diikuti di www.ustream.tv/channel/ceramah-gopeng

Biarpun beberapa percubaan telah dilakukan oleh pihak-pihak yang cemburu dengan majlis ceramah agama ini, namun dengan kuasa Allah Taala segala yang telah dirancang oleh pihak masjid selama ini bakal membuahkan hasil buat semua.

Pengurusan tempat letak kereta telahpun mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai dan berpuluh gerai menjual makanan dan barangan lain sedia menanti kehadiran anda semua.

Bersamalah hadir ke majlis ini untuk menuntut ilmu daripada seorang penceramah yang begitu hangat masa kini.





Wednesday, February 20, 2013

PM umum letak jawatan hari ini

Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan secara sahnya meletak jawatan beliau, sumber berita dipetik.

Perletakan jawatan tersebut berikutan kegagalan beliau untuk membentuk sebuah kerajaan teknokrat.

Sungguhpun demikian, suasana dalam negara masih juga ternanti-nanti akan tarikh pilihanraya umum yang masih menjadi tandatanya.

Perletakan jawatan Perdana Menteri itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada negara ini kerana yang meletak jawatan itu adalah Perdana Menteri Tunisia.

Monday, February 18, 2013

3 hari BN Perak rugikan peniaga di UTC Ipoh


Suatu ketika semasa BERSIH 3.0 para peniaga telah membuka gerai pasar malam di hadapan rumah Ambiga Pengerusi Bersih atas alasan himpunan untuk menuntut pilihanraya yang adil itu menyebabkan peniagaan mereka rugi dan ramai rakyat tidak membeli jualan mereka.

Sedangkan jelas dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka baru-baru ini peniaga daripada luar KL juga mengaut keuntungan menjual makanan dan minuman ringan inikan pula peniaga KL sendiri?

Ternyata provokasi peniaga rugi adalah propaganda palsu yang mengaibkan. Malah terbukti tindakan kerajaan BN sendiri yang menyusahkan peniaga.

Contohnya sepanjanag penutupan jalan di hadapan UTC (Urban Transfornation Centre) Ipoh dahulu dikenali sebagai Superkinta, peniaga-peniaga barangan basah menanggung rugi besar. 3 hari mereka kehilangan pelanggan.

Peniaga rugi sepanjang  13, 14, dan 15 Feb 2013 ini di UTC Pasar Besar Ipoh (Super Kinta).

En Rashid seorang peniaga yg juga setiausaha peniaga menghadiri mesyuarat pada 07 Feb 2013 menjelaskan bahawa peniaga boleh berniaga tapi dinasihatkan supaya bercuti, kerana jalan disekeliling pasar ditutup kerana dipasang dgn khemah dan kenderaan tidak dibenarkan masuk.

Hal  ini menyebabkan peniaga dan pembeli tidak dapat berurusan selama 3 hari.

Tujuan penutupan jalan adalah untuk menyambut Perdana Menteri. Di dalam posting akan datang akan dimasukkan gambar kerusi-kerusi kosong yang menyambut Perdana Menteri.

Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat




Sumber: blog landskapsiasah

Saturday, February 16, 2013

Fathul Bari berlakon kononnya berdebat dengan wakil Pas


Umno kian terdesak menjelang pilihanraya umum ke-13 yang bakal tiba tak lama lagi. Mereka sanggup buat apa saja, gunakan siapa saja asalkan dapat menyelamatkan nyawa parti usang itu daripada tenggelam dimamah zaman.

Sesiapa saja di dalam Umno mahupun yang bersahabat dengannya, akan digunakan untuk memperdaya rakyat. Waima ahli agama juga tidak terkecuali daripada perancangan jahat mereka.

Terbaru, Ustaz Fathul Bari pula memainkan peranan beliau dalam memperdayakan orang ramai agar mempercayai bahawa ahli-ahli Pas kini ramai yang telah meninggalkan parti Pas dan bersama-sama dengan Umno untuk memperjuangkan agama Islam.

Lakonan terbaru Ustaz Fathul Bari telah didedahkan di dalam facebook. Begini ceritanya:-


•Jam 9.30pm, YB Satim mula bicara. Serangan pada Kerajaan Negeri bermula. Termasuklah auta2 yg disorak penyokong Umno lebih kurang 150 orang. Agak lucu bila dia menipu ahlinya yg berkitab Utusan mengatakan bila Umno jatuh, gereja terbesar di Asis Tenggara dibina di Selangor (padahal KL), Selangor kalah kes saman ibu tunggal (padahal kes belum bicara cuma bantahan ditolak) dan mcm2 lagi. Simpati pada penyokong Umno yg dibodohkan seburuk ini.

•9.45pm, giliran guest of honor, UFB berucap. Tak sampai 5 minit, seorang kanak2 sekolah rendah bagi note pada dia ada "ustad PAS" nak berdebat diatas pentas. UFB "nampak" (atau buat2) terkejut, tapi setuju.

•9.50pm, "Ustad Redza" yg mengaku ahli PAS sejak habis SPM @ 1992, naik pentas. Saya terkedu...tak sangka ada "ahli PAS yg berani". Tapi ehhhh...macam dah tersedia restrum utk "Ustaz Redza". Terus berucap, terus belasah Umno itu ini dlm hujah yg lemah, kurang sopan dan mcm bagi bola tanggung.

•9.55pm to 11.15pm, "Ustaz Redza" dibelasah tanpa menjawab, tp terus menyoal spt dgn soalan ntah apa2...rasa malu jadi ahli PAS masa tu. Ada kala dia menyampuk UFB yg tak habis cakap dgn nada "biadap". Giler punya "Ustaz PAS"...Saya mula suspicious. Belek2 gambar yg snap awal tadi..ehhh..."Ustaz Redza" lah ustaz yg diatas pentas bersama YB Satim, dll sblm program bermula. Sahabat bagi tau "CELAKA, DEPA BERLAKUN UTK KONONYA WAKIL PAS LUNYAI DITALA UFB". Haha...lakonan kantoi!

10.45pm: "Ustad Redza" yg mengaku tak tengok berita dan baca suratkhabar mengakui apa yg UFB cakap adalah benar dan tiba2 MENGAKU DIRINYA BODOH LALU BERIKRAR MENYOKONG NAJIB dan UMNO.

Ehhhh...jam2 tu jugak ubah fikiran..Dari tak pandai berhujah, terus petah menghentam TGNA, TGHH, Anwar, dll....Bersorak mcm sarkis PWTC penyokong UMNO. Geli hati dibodohkan pemimpin sendiri.

11.20pm, habis "drama debat"..."Ustaz Redza" duduk dipentas bersama UFB, YB Satim, dll....ehhhh...mcm dah sedia tempat utk "Ustaz Redza" dan "Sheik Khairie" (yg mengaku Ketua Penaja Cawangan PAS Taman Equine - legally tak sah lagi) yg kononnya menyerbu prog Umno utk membelasah UFB.

Lihatlah, betapa tonggang-langgang dan busuknya lakunan arahan YB Satim. Betapa penipunya ulama muda UFB yg sanggup melakunkan "drama debat" ini (Dr MAZA ajak debat, lari lintang pukang...) 

Followers