Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Wednesday, January 30, 2013

PM umum pilihanraya 14 September

Hari ini Perdana Menteri telah membuat kejutan dengan mengumumkan tarikh pilihanraya akan diadakan pada 14 September tahun ini.

Pengumuman awal ini bertujuan untuk membuka ruang kepada pengundi agar lebih fokus kepada isu national.

Ianya juga dapat melepaskan bebanan pengundi daripada berteka-teki tentang tarikh pilihanraya.

Perdana Menteri Julia Gillard mengumumkan tarikh 14 September sebagai tarikh pilihanraya tidak sepertimana biasa yang hanya memberi ruang selama sebulan untuk pihak pembangkang berkempen. Pengumuman tersebut dibuat beliau di National Press Gallery, Canberra, Australia.

Laaaaaa....Perdana Menteri Australia rupanya. Ingatkan Perdana Menteri Malaysia yang begitu berani mengumumkan tarikh pilihanraya begitu awal.

Haha...Perdana Menteri perempuan pulak tu...

Tak payah nak tunggu risikan, tak payah nak create dan spin isu. Hanya bergantung kepada keupayaan parti saja sudah cukup untuk memenangi hati rakyat.


Tuesday, January 29, 2013

Tampar pelajar Mesir: Zambry perlu bertanggungjawab

IPOH: Bapa kepada mahasiswa yang ditampar oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak (HEP) Mesir tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang atas kejadian tesebut.


Ahmad Po'aad berkata, insiden tersebut sangat serius kerana ianya melibatkan soal maruah keluarga beliau.

Menurutnya, keluarga beliau sangat kecewa dengan tindakan tidak profesional oleh pegawai tersebut dan pihaknya tidak akan berdiam diri terhadap isu itu, kemungkinan tindakan selanjutnya akan di ambil.

"Saya mendesak agar Datuk Seri Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak yang bertanggungjawab ke atas isu ini segera mengambil tindakan yang tegas hasil siasatan yang dilakukan pihak beliau.

"Saya tidak mahu isu ini dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan terhadap Pegawai HEP tersebut," katanya ketika ditemui  selepas perbincangan dengan Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) di Ipoh, hari ini. (Gambar)

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya telah menghubungi peguam bagi membincangkan tindakan selanjutnya yang akan diambil kepada pegawai tersebut.

Kata beliau, tindakan tersebut sangat berat dan bukannya perkara biasa kerana ianya turut membabitkan soal keselamatan anaknya yang sedang menuntut di Universiti Al-Azhar.

" Ini adalah soal maruah keluarga saya, pegawai HEP tersebut tidak ada hak untuk menampar anak saya sedangkan anak saya berada di pihak yang benar ketika itu.

"Sebagai seorang pegawai beliau perlu mempunyai etika yang tinggi dalam menguruskan hal ehwal mahasiswa disana," ujar beliau lagi.

(Pegawai HEP, Muhaimin [dalam bulatan] dikatakan menjadi agen Umno disana)

Sementara itu, Pengarah IPMM, Hafez Sabri berkata, pihaknya akan terus mendapatkan maklumat tentang kejadian itu demi mempertahankan nasib mahasiswa yang dizalimi itu.

Pada 19 Januari lalu, Pegawai Hal Ehwal Pelajar  (HEP) Perak di Mesir dikatakan telah memukul seorang pelajar tanpa alasan dan sebab yang munasabah dan beberapa NGO telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar mendesak menyiasat perkara itu secara terperinci.

Sumber: PerakiteDaily

Monday, January 28, 2013

Akhbar The Star pernah dimiliki Melayu?

"Beberapa tahun selepas teori kalau hendak memulakan akhbar baru mesti sanggup menghadapi rugi sekurang-kurangnya tiga tahun, maka seorang taikun Cina Pulau Pinang, Boon Siew, pengedar tunggal motorsikal Honda di Malaysia menerbitkan akhbar The Star. Dipercayai kekayaannya mampu rugi bahkan lebih dari tiga tahun.

Dari mula ia menyiarkan tulisan tetap setiap hari Ahad oleh Tunku Abdul Rahman Putra, bekas Perdana Menteri yang dikatakan pencen bulanannya tidak cukup bagi menampung keperluan kewangannya. Boon Siew sanggup membayar seribu ringgit kepadanya untuk satu tulisan. Tunku boleh dapat empat atau lima ribu ringgit sebulan. Ia tanda modal The Star besar dan ia melegakan kewangan Tunku.

Satu hari Boon Siew mengadap Tunku. Kata Tunku pada saya, Boon Siew minta fikirannya tentang tawaran seorang yang mengaku wakil Perdana Menteri Tun Razak untuk mengambil alih The Star. Tiada pilihan bagi Boon Siew melainkan menyerah pada tekanan itu. Terus Tunku mengira ia adalah percubaan orang-orang Tun Razak bagi menghalangnya meneruskan tulisannya. Kata Tunku, 'Inilah saja yang ada pada saya sekarang. Pasal apa depa nak kacau?"

Ruangan Tunku di akhbar itu mulanya Looking Back kemudian ditukar kepada As I See It. Antara kandungannya mengkritik pentadbiran Tun Razak. Bila Tun Hussein Onn menggantikan Tun Razak, ia terus mengkritik dasar dan pentadbiran Tun Hussein yang dirasanya tidak betul. Demikian juga dengan pentadbiran Dr. Mahathir. Satu kemungkinan lagi Boon Siew dipaksa menjualnya ialah The Star adalah akhbar yang ada potensi memecah monopoli The New Straits Times. Tan Sri Abdullah Ahmad, Setiausaha Politik Tun Razak yang sangat berpengaruh masa itu tentu ada maklumat tentang usaha mengambil alih The Star.

Tunku pun mengadu kepada penyokong setianya Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah. Tun Mustapha tidak berlengah lalu datang kepada Tunku dengan satu beg eksekutif yang penuh duit. Tun Mustapha mengambil alih The Star dan menjadikan Tunku sebagai pengerusi. Apabila Tun Mustapha digulingkan dan dia pula mulai kesempitan duit, akhirnya The Star dijual pula kepada MCA. Maka The Star jatuh ke tangan kumpulan yang mempunyai modal yang sanggup menanggung rugi bukan sekadar tiga tahun, bahkan beberapa tahun. The Star bukan sekadar mampu memecahkan monopoli The New Straits Times, malah menjadi syarikat penerbitan Inggeris yang utama."

Kisah ini dipetik daripada buku terbaru karya Subky Abdul Latif yang bertajuk 'Propagandis Zaman' iaitu sambungan kepada Memoir Kewartawanannya, Anak Apak.

Banyak kisah-kisah sejarah negara di ceritakan melalui pengalaman beliau yang terlibat secara langsung sebagai wartawan pada waktu itu.



50 pasukan kecewa padang Futsal dikunci


Batu Kurau: Umno semakin tertekan, selepas isu sekatan kebebasan bersuara terhadap mahasiswa, kini umno terus menekan golongan anak muda. Terkini lokasi padang Kejohanan Futsal Piala Dato' Fauzi Shaari anjuran JPRK Larut dikunci oleh pihak umno.


Menurut Ketua Cawangan PAS Kg. Pantai Besar, Norzati b Ramli. Sehari sebelum pertandingan pihaknya telah menerima aduan daripada beberapa orang anak muda bahawa pintu pagar padang futsal tersebut telah dikunci oleh seorang ahli umno. "Bila saya terima berita ini, saya terus menghubungi Ust Akmal dan memaklumkan apa yang berlaku dan beliau bergegas ke tempat kejadian". Ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg Pantai Besar pula menyatakan kekesalannya atas peristiwa yang berlaku. Menurutnya PAS sebagai sebuah parti politik yang sah sepatutnya berhak menggunakan segala kemudahan awam yang terdapat dinegara ini. "Kami juga adalah warganegara Malaysia yang membayar cukai setiap tahun kepada kerajaan, tapi kenapakah kami disekat daripada menggunakan padang ini?". Soalnya.


Akibat pebuatan tersebut, majority anak muda yang menyertai pertandingan tersebut melahirkan ketidakpuasan dan kekecewaan mereka terhadap insiden tersebut. Mohd Hafiz b Zulkifli yang mewakili Pak Abu Catering FC dari Selama kecewa dengan sikap umno, beliau menyifatkan padang futsal tersebut adalah kemudahan untuk rakyat Malaysia dan bukannya untuk parti umno. "Sekiranya umno rasa tertekan, umno buatlah program seumpama ini juga dan jangan kerana tidak mampu buat, mula nak sekat program orang". Ujar beliau yang pernah mewakili Pasukan Takraw Negeri Perak bawah 21 Tahun 2008-2012 (SUKMA).

Seorang lagi peserta, Puwira b Che Dan yang mewakili pasukan Sg. Ara FC turut berkongsi perkara yang sama. 

Beliau menyifatkan dalam Negara yang mengamalkan demokrasi, tidak sepatutnya umno mempolitikkan kegiatan sukan. "Ini kali kedua saya menyertai program anjuran PAS, sebelum ini saya juga menyertai program sukan anjuran umno walaupun saya tidak menyokong umno, ini kerana bagi kami ini adalah demokrasi". Ujar beliau.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut, Ust Mohd Akmal Kamarudin ketika ditemui dilokasi pertandingan pula menyifatkan umno sebagai parti yang cakap tidak serupa bikin. Ini kerana Perdana Menteri sering melaungkan transformasi demokrasi tetapi insiden ini jelas menunjukkan umno adalah pengamal politik sempit. "Saya mewakili seluruh anak muda Parlimenn Larut dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab ini. Kami dipihak Pemuda PAS berjanji sekiranya Pakatan Rakyat Berjaya menawan Putrajaya, segala kemudahan awam yang ada diseluruh Negara akan dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira parti". Tegas beliau.

Pertandingan yang menawarkan hadiah utama sebanyak RM1200 untuk johan itu Berjaya menghimpunkan seramai 50 buah pasukan dari seluruh Parlimen Larut termasuk dari Pulau Pinang dan Kedah serta pasukan Parlimen berdekatan.

Sumber: blog 

Sunday, January 27, 2013

Istiqamah bakal calon merupakan aset kemenangan Pas di Dun Sg Rapat

Sungai Rapat- 24 Januari 2013
Walaupun gagal menguasai Kerusi DUN N43 Sungai Rapat dalam PRU-12 yang lalu, Radzi Zainon kekal sebagai pemimpin alternatif yang cukup konsisten dengan kerja membantu rakyat sehingga kini.
Malah sikap istiqamah beliau yang kelihatannya membuat kerja pilihanraya bukan sekadar menjelang pilihanraya malah kini  telah berlanjutan selama 5 tahun.


"Aktiviti yang konsisten berterusan serta kegiatan membantu rakyat serta mudah dijumpai atau diajak berbincang menyebabkan Radzi Zainon sebagai calon bukan sekadar pilihan PAS Kawasan Gopeng dan Negeri Perak, malah ia memnag menjadi pilihan majoriti rakyat DUN Sungai Rapat" jelas Tuan Haji Abd Rahim bin Md Arif yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gopeng.

Dengan jumlah pengundi seramai 28830 orang pada tahun 2008 dan jumlah keluar mengundi sebanyak 72.98%, Radzi bin Zainon (PAS) berjaya memperolehi  undi sebanyak 9,999 manakala YB Datuk Hamidah bt. Osman (BN) memperolehi  jumlah undi 10,635 dengan majoriti hanya 636 undi berbanding dalam keputusan pada tahun 2004 YB menang dengan majoriti 6,269 undi. Kini pengundi di DUN Sungai Rapat sudah mencecah lebih 42000 orang dan kita bakal melihat kebangkitan pengundi muda kali ini.

Radzi bukan sekadar melakukan tugasan menyantuni rakyat melalui kerjasama PAS Gopeng, malah beliau mendapat sokongan dan bantuan kuat daripada PAS Kawasan Batu Gajah dan Ipoh Timur yang juga berkongsi DUN Sungai Rapat.

Slogan Sungai Rapat Milik Kitabukan lagi retorik apabila melihat situasi UMNO yang masih tidak keruan dan goyah dalam soal pemilihan calon.

Menurut Radzi Zainon, "memang YB Datuk Hamidah Osman yang 'run the show' seluruh DUN Sungai Rapat, namun beliau bukanlah calon pilihan rakyat. Malah senarai beberapa calon kedua dan ketiga juga belum ditentukan sebagai calon tuntas DUN ini. Hal ini jelas apabila melihat aktiviti kegiatan mereka tidak berterusan, tersekat-sekat, tenggelam timbul serta tiada susulan dalam setiap aktiviti kebajikan mereka. Strategi Datuk Hamidah mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat selama sebanyak lebih 13 kali amat dibenci rakyat malah dikritik oleh pengikutnya sendiri kerana membazir dan tidak ikhlas".

UMNO Gopeng kelihatan apologatik, hanya responsif terhadap isu kebajikan yang PAS dan Pusat Khidmat PAS lontarkan atau bongkar. Sebagai contoh setiap kali isu setinggan dibongkar di Kg teluk Pedang, Kampung Bendera, Seri Jaya dan Pengkalan Gate Lama, isu lampu jalan Pengkalan Gate Tambahan  dan isu jalan raya tidak berturap lebih 20 tahun di  Kampung Bendera, UMNO akan hadir paling lewat seminggu ke kawasan berkenaan untuk melaksanakan tindakan kerana takutkan kehilangan pengundi. Mereka tidak melaksanakan aktiviti proaktif dan ikhlas untuk membantu rakyat.

Kepimpinan UMNO Gopeng yang dikaitkan dengan pelbagai masalah dan korupsi Insya Allah akan ditolak rakyat walaupun Zamby Abdul Kadir menyatakan BN Perak ingin memastikan semua calon bebas daripada sebarang masalah serta ingin menyahut seruan  Presiden BN untuk mengambil kira semua faktor termasuk latar belakang serta kesediaan rakyat untuk menerima calon.


Ungkapan beliau dalam laporan BERNAMA  bahawa siapa yang terpilih menjadi calon nanti, jentera  perlu sokong atas nama parti BN dan perlu berlapang dada bagi yang tidak terpilih serta amaran jangan berlaku pertempuran sesama jentera dalam parti sebaliknya medan pertempuran adalah  dengan pembangkang mengambarkan senario jentera BN Sungai Rapat yang berpecah belah. Budaya gilakan pangkat tiada dalam jentera PAS Sungai Rapat.

Apabila ditanya strategi umum PAS untuk menang di DUN Sungai rapat beliau menyatakan ada beberapa strategi utama yang digunakan iaitu
  1.          Agenda kebajikan, menyediakan kertas kerja cadangan dan 'trouble shoot' sesuatu isu rakyat walaupun tidak memiliki sebarang kuasa eksekutif.
  2.          Santuni Kedai kopi yang cukup disukai rakyat. Melalui kunjungan kerap beliau ke kedai-kedai kopi beliau berjaya menganalisa masalah, isu dan mendengar sendiri luahan rasa rakyat.
  3.          Program ilmiah di Masjid, surau-suarau kerana Radzi sendiri memiliki latar belakang tarbiah Islamiyyah yang baik sejak zaman kampus. Tarbiah bekalan beliau menyebabkan beliau mampu menyampaikan tazkirah, menganalisa isu agama dan global dengan baik.
  4.          Program rekreasi dan aktiviti bersama anak muda. Beliau yang merupakan bekas Ketua Platun Rejimen 503 Askar Wataniah Ipoh pada tahun 1996 sebenarnya lasak walaupun lembut dalam tutur kata. Beliau mahir dalam permainan bola sepak sehingga Piala Radzi zainon diwujudkan walaupun beliau belum bergelar  seorang 'Yang Berhormat'.
  5.          Aktiviti gotong royong seperti membersih surau dan kubur serta membantu membaiki rumah rosak seperti kes ribut di Sungai Rokam dan warga emas di Pengkalan Gate  kerap diadakan. Kerjasama Dewan Pemuda Gopeng dan Batu Gajah serta Unit Amal Gopeng, Ipoh Timur dan Batu Gajah amat membantu kejayaan aktiviti sebegini.
Sepanjang 11 bulan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak, Radzi Zainon bertindak mendekati masyarakat atas kapasiti beliau sebagai ahli majlis Tindakan Daerah Kinta, ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Ahli Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah. Pengalaman berharga 11 bulan itu digunakan oleh beliau untuk mengenali selok belok ekeskutif dan pentadbiran kerajaan negeri.

Rakyat secara umum menganggap DUN Sungai Rapat memang memiliki ikon yang jelas iaitu Radzi  walaupun keterbatasan hebahan media yang tidak menyebelahi PAS. Beliau dianggap calon 'cerdik' dan proaktif, optimis dan berjiwa Islam serta bertindak sebagai pemudahcara dalam setiap permasalahan. Hal ini diakui sendiri oleh YDP PAS Kawasan Batu Gajah Tuan Haji Ismail Bin Ariffin.

PAS yakin dengan kewibawaan Radzi untuk mengambil alih kerusi N43 Sungai Rapat daripada tangan UMNO pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN Sungai Rapat
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
MEDIA sungai Rapat

Yb Hamidah cuba cari pengaruh di surau-surau

YB Datuk Hamidah kelihatannya mulai cuba mencari pengaruh di majlis-majlis ilmu termasuk majlis anjuran surau-surau kerana memerlukan sokongan untuk  Pilihanraya kali ke-13 tahun ini.

Kerajaan Barisan Nasional yang teraksa membubar Parlimen pada selewatnya 24 April 2013 kali ini penuh sejarah kerana pertama kali Perdana Menteri Malaysia gagal menujum tarikh sesuai untuk membubar Parlimen lebih awal. Maka YB-YB diperingkat akar umbi kelihatan mulai resah tambahan pula YB Datuk Hamidah kedengarannya bukan calon pilihan di DUN Sungai Rapat.



Gambar ihsan : Sungai Rapat Online

Pada 25 Januari yang lalu  penganjur Ceramah Sambutan Maulidurrasul 1434H di Surau An-Naim Kampung Seri Rahmat Batu Gajah dimaklumkan oleh pihak penyokong UMNO bahawa YB Datuk hamidah akan hadir ke ceramah berkenaan.

Adalah difahamkan beliau cuba meminta penganjur untuk member ucapan sepatah dua kata tetapi tidak dibenarkan oleh penganjur kerana faham benar apakah bentuk ucapan yang bakal beliau lontarkan.
" kami anjur bukan dengan kerjasama UMNO kenapa perlu hadir dengan kereta-kereta UMNO skuad Kasih saysng dan sebagainya adakah beliau ingin menunjukkan program itu atas dana UMNO?" lontar saah seorang warga emas di Kampung berkenaan selain meminta nama beliau dirahsiakan.
Ada pihak meminta agar Radzi Zainon turut hadir agar kedua pihak yang pernah bertarung di gelanggang demokrasi tahun 2008 itu bertemu dan beramah mesra namun Radzi memaklumkan agar jangan diganggu kehadiran YB Datuk Hamidah.

"Walaupun beliau pernah menghalau pemimpin rakyat (YB Dr Lee Bon  Chye dan Radzi Zainon) di majlis Dialog bersama Penduduk Taman Pegoh Aman, tunjukkan bahawa rakyat yang tidak menyukai beliau juga ada adat dan akhlak Islam. Jangan bersikap buruk sepertimana sikap beliau kepada pihak lain",  ulas Radzi lagi bila ditanya pandangan beliau.

"Saya berharap beliau lebih proaktif dan turun bertemu kesusahan rakyat lebih kerap bukan sekadar apabila ada majlis tertentu untuk menunjuk muka. Terlalu banyak isu kebajikan di Batu Gajah yang belum beliau selesaikan malah hanya bereaksi selepas kehadiran Pusat Khidmat PAS Sungai Rapat" tambah beliau.

Memetik ayat blogger UMNO Sungai Rapat online "Saya agak tertarik kerana YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat, Ketua Kampung Seri Rahmat dan Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Rahmat turut hadir bersama-sama penyokong Pas yang lain dan mampu duduk sebari dengan mereka. Sudah lama saya terlalu teringin melihat kerjasama sedemikian kerana siapa lagi yang akan mempertahankan Agama Islam, jikalau bukan umat Islam sendiri. Bangsa lain hanya mahukan umat Islam berpecah-belah supaya senang mereka menakluki negara Malaysia dimana Agama Rasminya adalah Agama Islam". (http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2013/01/ketepikan-fahaman-politik-demi-agama.html)

Perlunya nasihat ini diberikan kepada pemimpin UMNO agar selalu menghadiri majlis ilmu di surau-surau atau di masjid-masjid dan bukan sekadar menghadiri majlis anjuran pihak lain jika ikhlas dalam isu persefahaman dan ingin duduk 'sebaris' atas nama Islam.

Namun jika benar YB Datuk Hamidah ikhlas untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Sheikh Mohamad Nor Bin Mansor Al-Hafiz malam itu, kita doakan agar beliau mendapat hidayah dan kekal menghampiri majlis ilmu Allah.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat

Thursday, January 24, 2013

Video Debat Darul Ridzuan


















Foto-foto sekitar Debat Darul Ridzuan

Pentas utama tempat berlangsungnya Debat Darul Ridzuan

Dr Khairudin Abd Malik selaku Pengarah Program menyampaikan kata-kata aluan 

Khairul Azman pengerusi majlis

Tiga pendebat daripada Pakatan Rakyat Perak

Tiga pendebat daripada BN Perak yang diketuai oleh Zambry Kadir tetapi malangnya tiada kunjung tiba sehingga ke penghujung acara

Moderator bagi acara debat, Prof. Madya Dr  Hj Fakhruldin
 
Pembentang kertas pertama daripada pihak PKR Perak, Saudara Tomi

Pembentang kertas kedua daripada Pas Perak, Sdr Salman Saleh

Orang ramai yang memenuhi dewan banquet Hotel Excelsior, Ipoh

Pembentang kertas ketiga daripada Dap Perak, Howard Lee Chuan How
 
Kupasan oleh DS Nizar Jamaludin kepada kertas-kertas isu yang dibentangkan

YB Dato' Ngeh Koo Ham 

YB Chang Lih Kang

Komen daripada penonton


YB Nga Kor Meng juga turut hadir

Komen yang berapi daripada warga emas ini yang begitu terkejut dengan pendedahan mengenai tanah-tanah yang diberikan oleh Zambry kepada kroni-kroninya
Dr Khairuddin menyatakan kesesalannya apabila surat rasmi yang dihantar kepada BN Perak yang meminta sebuah sekretariat daripada mereka bergabung dengan sekretariat PR Perak bagi merencana dan mengurus acara debat pada malam ini langsung tidak dijawab
 
Mereka-mereka yang telah menjayakan program Debat Darul Ridzuan

Debat Nizar vs Zambry: Gagal dalam berjaya

Debat Darul Ridzuan di antara Nizar dan juga Zambry, sepertimana yang diketahui ramai bahawa Zambry telah menyatakan ketidaksanggupannya untuk hadir kerana tidak sama taraf di antara mereka.

Ini dinyatakan Zambry melalui akhbar Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 23 Januari 2013. Bukan melalui jawapan kepada surat rasmi yang dihantar Pakatan Rakyat Perak ke pejabat Umno Negeri tempohari.

Maka, debat ini tidak jadi walaupun penganjur masih meneruskan program sepertimana yang dirancang tanpa kehadiran Zambry dan Exconya.

Gagal

Program debat yang diadakan di Hotel Excelsior, Ipoh ini dianggap gagal kerana ketidak hadiran pihak Zambry daripada BN yang membuatkan ianya bukan lagi debat kerana hanya satu pihak sahaja yang berucap.

Ketidakhadiran Zambry juga telah membuatkan hilang minat orang ramai untuk datang sekaligus menggagalkan sasaran kehadiran yang diharapkan oleh penganjur.

Berjaya

Walaupun program debat yang gagal itu telah bertukar kepada sebuah forum, namun ianya telah berjaya menyampaikan serta membuka mata dan minda setiap yang hadir mengenai beberapa isu yang diketengahkan.

Antara isu yang begitu terkesan kepada hadirin adalah mengenai pemberian tanah dan projek oleh Zambry melalui kerajaan negeri kepada kroni-kroninya. Terketar-ketar seorang warga emas yang menahan kemarahan apabila memberikan komen mengenai isu tersebut sewaktu sesi soal jawab.

Penganjur juga telah berjaya membuktikan bahawa yang benar itu berani manakala yang salah itu sentiasa di dalam ketakutan. Pihak Pakatan Rakyat dilihat benar-benar bersedia dengan segala maklumat dan bukti-bukti yang ditonjolkan manakala pihak BN Perak dilihat sedari awal lagi cuba menjauhkan diri daripada debat ini.

Inilah peluang yang diberikan oleh Pakatan Rakyat Perak kepada BN Perak yang diketuai oleh Zambry untuk menyata dan membuktikan kebenaran dihadapan rakyat Perak sendiri.

Malang sungguh kerana Zambry dan BN Perak masih berdolak-dalih dalam menyatakan kebenaran dan juga menjauhkan diri daripada debat ini yang merupakan wacana ilmiah buat semua pihak.

Walaupun debat ini gagal dalam berjaya, ianya telah membuka minda rakyat kepada kebenaran.

Tuesday, January 22, 2013

Debat Nizar dan Zambry, jadi ke tak jadi?


Ramai yang tertanya-tanya, sama ada banner (seperti di atas) yang giat bertebaran di dada blog dan facebook, adalah banner gurauan semata?

Mana mungkin perdebatan hebat di antara dua tokoh yang menjadi pemimpin kepada dua parti besar di Malaysia bakal mengambil tempat dan bersaksikan rakyat negeri Perak sendiri.

Daripada maklumat yang didapati, pihak Pakatan Rakyat Perak telahpun menghantar surat jemputan rasmi untuk acara debat ini kepada Zambry di Pejabat Umno Negeri Perak pada 16 Januari yang lalu.

Namun, sehingga hari ini, masih tiada jawapan balas daripada pihak Zambry ke atas surat jemputan rasmi  PR Perak tempohari. Zambry dikatakan enggan untuk berdebat dan ini dilaporkan di dalam akhbar Utusan. Pihak penganjur amat kecewa dengan sikap Zambry yang tidak professional apabila tidak membalas surat jemputan rasmi itu dan hanya menyatakan keengganan beliau menerusi media yang menandakan beliau sedar dan tahu bahawa terdapat surat jemputan rasmi yang telah dihantar ke pejabat Umno Negeri.

Daripada pemerhatian rambang yang diambil daripada komen-komen orang ramai terutamanya rakyat Perak sendiri melalui laman facebook, rata-rata mereka mahukan debat ini berjaya dijalankan sepertimana yang dirancang. Ini bagi membuka peluang kepada kedua-dua tokoh ini merungkai segala isu-isu dan persoalan yang tergantung akibat tiada jawapan yang bernas yang diperolehi semasa Sidang Dun Negeri Perak baru-baru ini.

Isu pokok yang lebih diutamakan di dalam Debat Rakyat kali ini adalah mengenai rasuah kepada Ngeh Koo Ham oleh Tuan Guru Nik Aziz sepertimana yang didakwa oleh pihak Umno dan juga mengenai kroni-kroni Zambry yang dikatakan mendapat banyak projek daripada beliau. Siapa berdusta? Itulah yang ingin didebatkan agar rakyat Perak boleh menilai sendiri mengenai isu-isu ini setelah peluang tersebut tidak dapat mereka kecapi melalui Sidang Dun baru-baru ini.

Menurut pihak penganjur, debat ini akan tetap diteruskan dengan atau tanpa kehadiran Zambry kelak di Hotel Excelsior, Ipoh. Orang ramai dijemput untuk bersama-sama mengasah minda 23 Januari ini.

Sekali lagi, Zambry diberi peluang untuk membuktikan kejantanannya setelah beberapa kali gagal berbuat demikian.

Sentimen perkauman Umno; cetus ketakutan orang Melayu

IPOH: PAS Perak melihat Umno cuba mencetus ketakutan orang Melayu dengan menggunakan sentimen perkauman dalam agenda politik mereka bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian memberitahu Umno sedang mereka-rekakan cerita bahawa bangsa Melayu akan terancam disebabkan oleh bangsa lain.

"Dalam masa mereka hendak mengukuhkan kedudukan mereka, orang Melayu dimomokkan Umno dengan menggunakan politik sentimen perkauman.

"Umno telah menakut-nakutkan orang Melayu bahawa kedudukan bangsa Melayu akan terancam jika parti selain daripada Umno
 memenangi pilihanraya," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan Umno dan media milik mereka yang sering mempolemikkan isu sensitif dengan hasrat untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini terutamanya orang Melayu akan menggagalkan semangat perpaduan kaum negara ini.

"Rakyat telah sedar dengan fitnah yang dilemparkan oleh mereka dan saya pasti Umno akan terus agresif untuk meneruskan isu sentimen perkauman ini demi politik mereka.

"Namun saya yakin, rakyat sudah matang serta menolak politik sempit Umno, rakyat sendiri sudah pasti keputusan yang mereka lakukan demi kesejahteraan negara ini bukannya politik perkauman Umno," kata beliau lagi.

Monday, January 21, 2013

Selepas menang saman dengan Utusan, kini Anwar tuju Hasan Ali pula


Selepas menang saman ke atas Utusan Melayu yang memfitnah beliau, kini DS Anwar Ibrahim bakal mengambil tindakan terhadap Datuk Hasan Ali pula.

Tindakan selanjutnya akan ditentukan DS Anwar selepas berbincang dengan peguam beliau.

KUALA LUMPUR 21 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu.

“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. 

Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.“Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan,” katanya.

“Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno. Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan,” jelas Anwar.

Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme.“Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. 

Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas,” tegasnya.

"Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya,” kata Anwar lagi.

Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia memfitnah Anwar semasa temubual bersama BBC, mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertikai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Peguam mewakili Anwar, N Surendran turut memuji ketegasan hakim yang menyatakan dua elemen penting dalam kes tersebut.

"Kebebasan media dan badan kehakiman yang dinyatakan hakim dalam kes ini adalah satu penghakiman yang sangat penting, ‘rare’ dan mudah sebenarnya. 

Itulah perkara asas dalam menjayakan sesebuah demokrasi,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.Utusan diarah membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000 kepada Anwar. 

Pampasan pula akan ditentukan 15 Februari ini ekoran penyiaraan artikel bersifat fitnah pada 17 Januari 2012 itu bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar. 

~keadilandaily

Sekitar fakta-fakta isu penggunaan istilah Allah

Pendahuluan.
Tujuan asal pengumpulan fakta ini adalah untuk tujuan mendokumentasikan kronologi dan faktor asas kepada suatu isu ikhtilaf ulama’ yang melibatkan kepentingan umat Islam dan hak umat Kristian yang telah lama menggunakan kalimah Allah. Ikhtilaf ulama’ ini perlu diperhatikan dari sudut perbahasan samaada dalam aspek fiqh nusus, fiqh waqie, dilektika dakwah, siasah syariyyah mahupun suatu tindakan sad az Zarai’e.
Beberapa titik penting yang perlu diperhalusi;
  1. Isu ini akan digunakan semaksima oleh UMNO untuk mengatakan PAS tidak menegur DAP dalam isu aqidah (terlalu liberal)
  2. Isu ini ijtihadiy malah membenar secara mutlak, melarang secara mutlak, membenar dengan syarat ianya masih dalam lingkup ijtihadiy.
  3. Ucapan Presiden, Ucapan Tuan Guru Nik Aziz dan Majlis Syura TUNTAS bahawa yang dibenarkan hanya menyebut kalimah Allah kerana berpandu dalil Ali Imran 64 dan Al Ankabut 63[1].
  4. Ucapan Presiden, Ucapan Tuan Guru Nik Aziz dan Majlis Syura TUNTAS melarang terjemahan kalimah Allah ke dalam Bahasa apa sekalipun kerana Allah adalah lafzul Jalalah yang suci.
  5. Di Negara Arab dan serata dunia Kalimah Allah telah lama digunakan. Sabah Sarawak juga menggunakan kalimah Allah dalam Gereja mereka dengan kebenaran kerajaan.
  6. KDN perlu bertanggungjawab apabila ada Injil bahasa Indonesia diimport masuk ke Malaysia walaupun UMNO mengaku membela kalimah ini daripada Bible.
  7. Umat Kristian juga perlu resah jika benar kalimah Allah digunakan secara meluas dalam Bible kerana anak mereka boleh sahaja mengenali Islam yang sebenarnya dan akhirnya meninggalkan ajaran Kristian sepertimana di Negara Arab. Mengapa hanya orang Melayu yang risau? Inilah paranoid yang dicetus oleh UMNO.
  8. Jika dilarang penggunaan kalimah Allah dalam sebutan oleh kaum bukan Islam, maka lagu-lagu kerajaan negeri melayu yang ada lafzul Jalalah sepatutnya ditukar kepada God semasa mereka menyanyikan lagu tersebut.
  9. Teguran dan penjelasan telah diberi oleh Presiden PAS terhadap Lim Guan Eng dalam Mesyuarat Pakatan Rakyat sedangkan UMNO tidak pernah menegur MCA menghina hukum Hudud dan sistem Syariah negeri Selangor.
  10. Kita tidak boleh manfikan konsep Rububiyyah yang diakui oleh semua agama. Semua agama diakui oleh Al Quran mengakui adanya tuhan yang mencipta. Mereka syirik uluhiyyah walaupun mengiktiraf Allah sebagai nama Tuhan. Secara nasnya kita dilarang menghalang mereka menyebut nama Allah. Walaupun begitu penghalangan mencetak Injil berbahasa Melayu perlu dalam konteks waqi’e Malaysia atas alasan sadd azzarai’e.

Menurut Dr Zaharuddin Abdul Rahman[2]
  1. Pandangan Syeikh Al-Qaradawi dan Wahbah Az-Zuhayli yang membenarkan Kristian menggunakan Kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan, adalah tepat tetapi fatwa mereka tidak sesuai digunakan untuk menyokong keputusan pihak yang membenarkannya di Malaysia, ini kerana hukum asal sememangnya HARUS.
  2. Jika sekiranya mudarat melebihi manfaat, adakah kerajaan selaku pemerintah berhak dan dibenarkan oleh hukum Islam untuk melarang Kristian dari menterjemahkan kalimah God kepada Allah?. Kerajaan dibenarkan menggunakan kuasa dalam hal ini. Dan peruntukkan kuasa itu sememangnya diakui di dalam undang-undang Islam.
  3.  Tiada dalil qati'e yang putus sebagai asas dan indikasi hukum bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
  4.  Terdapat banyak dalil Al-Quran yang bersifat zhonniyah ad-dalalah yang menunjukkan KEHARUSAN bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan Nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Ia adalah pandangan majoriti ulama termasuk Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lainnya.
  5. Dato' Dr Haron Din, dalam rakaman penjelasannya memperlihatkan beliau menolak dan memberi amaran atas dasar maslahat dakwah dan bukan sangat bergantung kepada teks al-Quran dan Hadis.
  6. Tulisan Dr. Syed Tawfiq Al-Attas, yang juga jelas memperlihatkan ulasannya menolak rasional terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa. Selain itu, beliau juga menolak alasan Kristian yang kononnya cuba merujuk kepada Bible. Kedua-dua bantahan Dr Syed ini bukanlah ulasan dari perspektif hukum dan Aqidah Islam tetapi lebih kepada mematikan alasan Kristian.
  7. Prof Madya Dr Khadijah Hambali  dalam tulisannya membuktikan TIDAK BENARNYA dakwaan Kristian dan rasional mereka yang ingin menggunakan nama Allah kerana nama itu yang wujud di dalam kitab bible asli mereka. Beliau membawakan petikan-petikan yang membuktikan hujahnya. Di samping itu, beliau juga mengulas ketidakwajaran terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa dan mempertikaikan rujukan Kristian dalam hal ini. Dr Zaharudin  bersetuju dengan hujjah Dr Khadijah ini, namun perlu difahami apa yang dibawakan oleh Dr Khadijah sebenarnya lebih cenderung kepada faktor dan objektif dakwah,
  8.  Terdapat juga beberapa kumpulan ulama cenderung kepada hukum haram, namun kebanyakan hujjahnya bercampur baur antara hujjah teks al-Quran dan hujjah maslahat dan dakwah. Justeru, melalui penelitian saya, pandangan yang melarang adalah lemah jika ditinjau dari perspektif argumentasi teks Al-Quran. Namun larangan boleh dibuat atas dasar masalah dakwah yang khusus di Malaysia.
  9. Ulama tanahair terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan keharusan atau pengharaman dari perspektif dakwah dan melihat situasi khas di Malaysia. Majlis Fatwa dan yang bersamanya kelihatan mengharamkan manakala PAS, PKR dan individu masih menganggapnya sebagai HARUS dengan syarat-syarat tertentu.
  10. Dr Zaharuddin  cenderung bersama Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun tidak melihat pandangan mereka yang membenarkan dengan syarat sebagai salah kerana ia merupakan sebuah isu ijtihadi dalam menilai mudarat dan manfaat. Perbezaan telahan dalam hal ini sememangnya sukar dielakkan.

Fakta-fakta penting
  1. Di dalam kerancakan berbicara hak penggunaan nama Allah, perlu juga diteliti jangan hingga kita menidakkan rububiyyah Allah mencipta dan mentadbir golongan bukan islam. Umat Islam perlu yakin bahawa Allah juga tuhan kepada kaum bukan islam cumanya emreka engkar atau tidak mengenali Allah yang sebenarnya. Lihat perihalan di bawah;
Seorang guru menguji kefahaman anak muridnya tentang konsep ketuhanan.
Guru: Apa nama tuhan orang Islam?
Murid: Allah, cikgu..
Guru: Betul. Apa pula nama tuhan orang kristian?
Murid: Jesus atau God, cikgu.
Guru: Salah tu. Nama tuhan mereka Allah juga. Allah yg jadikan mereka dan semua makhluk dalam alam ini. Cuma mereka tak kenal Allah dan sifat2nya sebagaimana kita kenal Allah[3].
  1. Artikel 3 dalam Perlembagaan mencatatkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Kedua, dilindungi orang Islam dalam konteks Artikel 11 (4). Walaupun kebebasan beragama dibenarkan tetapi dari segi umat Islam, mereka tidak boleh diganggu. Perlembagaan Persekutuan 11(4) yang memperuntukkan undang-undang Negeri dan Persekutuan bagi mengawal dan menghadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.


Untuk membaca selanjutnya, sila klik di SINI

Sumber: blog Landskap Siasah

Sunday, January 20, 2013

Susah sangatkah untuk kenali siapa pemfitnah?

Masyarakat kita terutama kaum Melayu kelihatan agak sukar mengenali siapa pemfitnah siapa yang benar kerana si pengeluar fitnah kerap memberi laba dan ganjaran dunia kepada mereka.

Malah budaya membaca akhbar di kedai kopi di awal pagi berjaya mentarbiah pemikiran mereka kearah pemikiran sehala (dogmatik) bukannya lateral thinking.

Tambahan pula jenis akhbar yang disediakan oleh si tuan kedai hanya berkitar 3 akhbar lapuk yang tegar menghasilkan fitnah saban bulan, saban hari. Walaupun mereka disaman, mereka masih konsisten memproduksi fitnah semata-mata mengampu kepimpinan yang ada.

Orang Melayu sedar atau tidak 17 Januari 2013 yang lalu 5 orang  Hakim Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Utusan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk  tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan iaitu  memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.

Malah Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 juga telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Kenapa mereka disaman? Jika kerajaan menjustifikasikan AES, saman ekor semata-mata untuk mendisiplinkan rakyat yang engkar mematuhi peraturan, maknanya yang kena saman dilabel kerajaan sebagai pesalah, pihak yang melanggar undang-undang. Melanggar undang-undang maknanya tidak baik.

Jadi hari ini kita tahu Utusan Malaysia disaman dan mereka dilarang merayu. Bermakna mereka tidak baik dan telah membuat salah.

Apa pula kesalahan mereka?

Kesalahan Utusan adalah menyiar di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 artikel  bertajuk ""ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " dan diakui oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham pada 21 November 2011.

Rasanya tidak perlu penulis nyatakan isi artikel fitnah tersebut kerana pembaca boleh sahaja mencarinya melalui akses internet yang ada.

Utusan menfitnah berkali-kali dan mereka berkali-kali diputuskan bersalah oleh pihak Mahkamah. Ya, mahkamah sivil duniawi ciptaan manusia juga menyabit salah bagi dosa fitnah yang mereka keluarkan. Biar penulis senaraikan beberapa dosa yang Utusan lakukan sebelum ini;

1.       Pada 30 Ogos 2012 Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur perintah  Utusan Melayu (M) Bhd bayar gantirugi kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin isu berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor.

2.       8 Oktober 2012- Utusan Malaysia mohon maaf kepada MP Seputeh Teresa Kok kerana fitnah yang disiar Mingguan Malaysia 12 Oktober 2008

3.       22 Jun 2012- Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintah bayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng. RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah. Utusan Melaysia menulis pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.

4.       14 Disember 2011- Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dapati, Utusan Malaysia bersalah fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang isu berita yang bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng' yang diterbitkan pada 20 Disember 2010. Utusan beri pampasan RM200,000 dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos. Utusan  menuduh Lim sebagai seorang 'rasis' dan 'anti-Melayu'.

5.       12 Mei 2012 Utusan Malaysia mohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam. Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di  Utusan dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk 'Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.

Sifir mudah perlu kita terangkan kepada masyarakat terutama kaum Melayu bahawa saman fitnah adalah antara indikator mudah untuk mengenal hak dan batil. Sebagai contoh ramai pecacai UMNO, blogger upahan dan facebooker UMNO menggunakan kata-kata fitnah Anwar Al Juburi dan peliwat sebagai gelaran. Mereka lambakkan kata-kata ini sehingga mencipta stigma dan persepsi. Hakikatnya:

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan dalam kes liwat II, bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dan dibebaskan.  Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin berkata, kedua-dua bukti DNA dan oral-lisan tidak boleh sabit kesalahan. Si penyokong UMNO haprak resah dengan keputusan hakim duniawi telah menaikkan baner 'Liwat tetap liwat' seolah mencabar keputusan Mahkamah. Tindakan mereka cukup aib.


Sebelum itu pada 19 Jun 2012  Anwar telah  menang kes saman fitnah terhadap Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan menerima wang sebanyak RM60 juta di Mahkamah Tinggi kuala Lumpur. Kalau Nalla benar kenapa pelru disaman dan disabitkan salah?

Pelik apabila orang Melayu kian lupa bahawa ada seorang penfitnah besar telah meninggal dunia. Pada 18 Ogos 2005   Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan tuntutan gantirugi sebanyak RM4.5 juta kepada Anwar  dalam saman fitnahnya terhadap penulis buku, Khalid Jefri (50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi PM). Malah tindakan  buku itu telah disebarkan kepada kesemua perwakilan dalam perhimpunan agung Umno pada bulan Mei 1998 dikritik Hakim sebagai perosak karier Anwar selepas itu.

Jadi, daripada mana sabit hukum penggunaan gelaran Al Juburi yang UMNO dan pecacai blogger mereka gunakan?

Bodohnya orang kita sehingga fakta rasuah dan pembaziran yang didedah Ketua Audit negara saban tahun dibutakan dan ditulikan daripada pengetahuan orang Melayu khususnya. Akibatnya mereka seolah-olah melihat tuduhan rasuah dan penyeleweng terhadap BN yang dilontar oleh pemimpin Pakatan Rakyat sebagai tiada usul, hadis maudhu' atau khabar palsu tanpa sanad dan rujukan. Sedangkan rujukan absah begitu mudah diakses iaitu Laporan Audit Negara yang dibayar gaji oleh kerajaan Malaysia juga!

Hal ini menjadi obligasi kita untuk menerangkan hakikat memandangkan masyarakat kita masih ada yang memerlukan 'spoon feeding' untuk faham sesuatu benda. Tugas anggota petugas penerangan perlu dipermantap dan diperkasa. Fakta-fakta mestilah  disusun dan Insya Allah kebenaran demi kebenaran pasti menjelma jua.

Sumber: blog landskapsiasah

Followers

Video ajijoi

Loading...