Al-Quran Digital Read Pen

Al-Quran Digital Read Pen

Monday, December 31, 2012

Perutusan Tahun Baru 2013 oleh Pesuruhjaya Pas Perak

Syukur kepada Allah SWT atas kurnia dan rahmat yang diberikan lantas kita dapat terus bersama-sama berperanan sebagai penggalas gerakan perjuangan rakyat  yang Insya Allah akan dijanjikan kemanisan sekiranya keikhlasan mengiringi titi perjuangan mulia ini.

Berlalunya 2012 meninggalkan pelbagai suka duka dalam arena kehidupan kita apatah lagi dunia politik tempatan dan pentas agama tanah air yang diwarnai dengan aneka macam peristiwa dan kemelut ekoran daripada pelbagai spekulasi, provokasi dan propaganda yang merancakkan krisis masyarakat.

Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan satu permulaan kepada perubahan ke arah yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kemelut lalu dan kemungkaran mendatang serta menumbangkan kezaliman.

Kita menyambut kedatangan tahun 2013 dengan penuh harapan, agar keadaan menjadi lebih baik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat, Negeri dan Negara.

Justeru, sewajarnya apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 akan menjadi pedoman bagi meneruskan kesinambungan perjuangan kesekian kalinya lantas memikul amanah yang diberikan Allah SWT kepada kita untuk terus menjadi wadah kepada generasi akan datang.

Namun, semestinya semua ini tidak bermakna sekiranya kita sebagai gerakan Islam yang terbesar di Malaysia ini hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu.

Kita perlu ingat bahawa dalam menelusuri jihad menerusi pentas gerakan perjuangan ini, tidak dapat tidak kita harus bertembung dengan mehnah dan tribulasi.

Justeru marilah bersama kita memperhebatkan gerak kerja dan terus bermunajat agar cabaran seperti ini berjaya dipadam dengan dan keikhlasan yang senantiasa dituntut untuk diperbaharui.

Semoga kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan oleh AllahSWT  untuk melunaskan tanggungjawab serta ikrar yang kita laungkan buat gerakan perjuangan ini.

Mewakili seluruh kepimpinan PAS Perak, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada seluruh  rakyat perak khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Ustaz Abu Bakar Hussian

( Pesuruhjaya PAS Perak )


Monday, December 24, 2012

Patutlah ADUN Sungai Rapat ni meroyan.. takut kena saman rupanya..


Semalam TV3 ada menyiarkan satu laporan tentang seorang Exco Barisan Nasional Perak telah mendakwa beliau diugut oleh Pemimpin DAP Perak berikutan pendedahan tentang isu tanah.

Berikutan itu Exco tersebut yang juga ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman Hamidah telah membuat laporan polis terhadap ADUN DAP Pantai Remis, Ngah Kor Meng.

Ugutan itu menurut Buletin Utama kononnya berkaitan isu pemilikan tanah dua pemimpin DAP Perak di Gua Musang Kelantan.

Sebenarnya apa yang membuat ADUN Sungai Rapat meroyan atau gelabah hingga membuat laporan Polis ialah Nga Kor Meng, ADUN Pantai Remis nak saman dia pasal fitnah..

IPOH – Setiausaha DAP Negeri, Nga Kor Ming menafikan ada mengeluarkan perkataan berunsur ugutan kepada Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman pada hari empat Sidang Dun ke-12, Khamis lalu.

Beliau ketika dihubungi mengakui, agak terkejut dengan laporan yang dibuat Hamidah mengatakan dirinya diugut sekali gus mengaitkannya dengan skandal pemilikan tanah di Kelantan.

Menurutnya, apa yang berlaku tiada langsung kaitan ugutan, malah pada hari kejadian, semua wakil rakyat (termasuk pembangkang) masih boleh dilihat bergembira dan ambil gambar bersama.

"Saya tidak ada keluarkan ungkapan sebegitu, di kantin ada ramai orang, jika saya katakan pun pasti ada yang melarang.

"Jika benar beliau (Hamidah) berasa terancam, takkanlah kami masih boleh bergurau dan mengambil gambar bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Kor Ming tidak menolak kemungkinan isu itu timbul kerana desakan pilihan raya umum (PRU) yang makin hampir.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Hamidah, semalam kata beliau, pihaknya tidak berdepan masalah sekiranya polis mahu menjalankan siasatan.

"Harap polis dapat siasat termasuk kemungkinan laporan dibuat itu adalah palsu," katanya ~ Sinar

Video Buletin Utama TV3 tentang slot berita tersebut sila lihat di sini ( MiLo SuaM )

Sejak bila pulak nak saman itu boleh dianggap sebagai satu ugutan? .. awatlah bengap sangat pemimpin UMNO ni?

Sumber: blog anaksungaiderhaka

Friday, December 21, 2012

Anak jantankah Zambry, ditentukan hari ini

Semasa perbahasan Sidang Dun Negeri Perak yang dibentangkan oleh DS Nizar Jamaludin, Adun Pasir Panjang, beberapa persoalan telah dikemukakan kepada Adun Pangkor, DS Zambry Abdul Kadir yang menuntut beliau untuk menjawab beberapa pembongkaran yang diketengahkan Nizar.

Sambil itu, DS Nizar juga telah mencabar DS Zambry untuk menjawab segala-galanya sebagai anak jantan tanpa berselindung sedikit pun.

Tatkala itu, DS Zambry telah bangun lalu mengesahkan bahawa beliau memang anak jantan dan akan menjawab segalanya pada hari ini (Jumaat).

Seluruh rakyat Perak khususnya boleh menjadi saksi pada hari ini untuk menyaksikan DS Zambry membuktikan kejantanannya dengan menjawab segala pembongkaran mengenai pentadbirannya termasuklah kes penganugerahan projek kepada pegawai khasnya yang telahpun dilaporkan kepada SPRM baru-baru ini.

Diharapkan agar DS Zambry akan telus dan amanah dalam memberikan jawapan kepada segala persoalan tanpa berselindung dengan ulasan merapu dan sindir-menyindir sepertimana ahli-ahli dewan daripada Barisan Nasional yang lain dalam beberapa hari sidang berlangsung.

Sidang Dun Negeri Perak boleh diikuti secara langsung melalui saluran ustream seperti di posting terdahulu di blog ini.

Thursday, December 20, 2012

'Selamatkan Tanah Rakyat': Memo diserah konvoi GAML

Sikap tidak Profesional kakitangan pusat khidmat A/Parlimen Lenggong, dengan layanan buruk menutup pintu pejabat.

LENGGONG: 18 Dis- Lebih seratus orang peserta melibatkan lebih 50 buah kereta dan motosikal menyertai konvoi Gabungan Anak Muda Lenggong (GAML) menyerahkan memorandum berkaitan tanah dan pembaziran kepentingan rakyat ke pejabat Umno bahagian, pejabat Pentadbir Tanah & Daerah, termasuk  Ketua Balai Polis Lenggong.

Deretan kereta peserta konvoi GAML memenuhi bahu jalan 
pekan Lenggong.
Program bermula pada tengahari, setelah peserta berhimpun di Masjid Jame' disini, sejurus selesai menunaikan solat Zohor dan solat hajat.

Pada jam 2 petang, peserta konvoi menuju kepejabat Umno Bhg. bagi menyerahkan naskah memorandum yang terkandung beberapa desakan, berkaitan pencerobohan tanah hutan simpan PIAH, ladang teh dan pengambilan tanah bangan ragut oleh pihak kerajaan.

Namun begitu, kunjungan konvoi di pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Shamsul Anuar Nasarah, mendapat layanan buruk kakitangan pejabat, apabila kakitangan pejabat itu mencampakkan memorandum diserahkan oleh Sdr Amirul Fairuzzen, yang mewakili Badan NGO itu.

Kakitangan pejabat ADUN Kota Tampan melambai tangan 
kepada peserta GAML
Bagaimanapun, layanan baik diterima oleh peserta konvoi di pejabat pentadbir Tanah dan Daerah, apabila wakil pegawai Daerah menyambut ketibaan wakil GAML dan menerima serahan memorandum secara profesional.
Di balai polis Lenggong pula, peserta konvoi mendapat layanan baik daripada wakil ketua balai dengan cara yang profesional apabila menerima serahan memorandum daripada wakil GAML.

Memorandum diserahkan GAML  itu mendesak supaya semua agensi kerajaan yang terlibat  membuat siasatan dan seterusnya memberi penjelasan kepada masyarakat penduduk kampung terbabit dengan aktiviti dan pencerobohan yang dimaksudkan itu.

Sikap Profesional kakitangan pej. Pentadbiran Tanah & Daerah
yang patut dicontohi.
Menurut Pengerusi GAML, sdr Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, 41, wakil rakyat Parlimen Lenggong dan ADUN Kota Tampan, mesti bertanggungjawab menjawab semua pertikaian masyarakat mengenai status tanah serta semua projek dan aktiviti yang sedang berjalan dan terbengkalai menurut kandungan memorandum itu.

Peserta konvoi terdiri daripada anak muda yang berbagai latarbelakang itu, telah dibawa melihat sendiri semua tempat disebutkan dalam kandungan memorandum yang telah diserahkan iaitu, Tanah ladang teh, bukit kulim, kg. Beng, bagan ragut di Cherakoh, pusat ikan pekasam Negara, kg. Kuak, jambatan mengelak kejadian banjir (kononnya) di kg. Tampan Air dan pembaziran projek R&R tasek Raban yang ditinggalkan usang begitu sahaja.

Terima kasih kerana, suara Rakyat Didahulukan.
Ahmad Ramdzi berkata, berpuluh-puluh juta ringgit wang rakyat dibazirkan oleh kerajaan dengan projek yang sia-sia. Pembinaan kompleks Ikan pekasam Negara yang menelan belanja RM5.8 juta. Setakat ini hanya diniagakan oleh 3 orang pengusaha secara kecil-kecilan sahaja. "Adakah ianya berbaloi dengan peruntukan jutaan ringgit yang telah dibelanjakan oleh kerajaan", Soal beliau.

Tegasnya lagi, pembaziran projek pusat hentian R&R Tasek Raban juga hendaklah diperjelaskan kepada masyarakat ekoran, pelaburan projek jutaan ringgit siap dibina itu telah dihentikan operasinya. Projek itu membabitkan dana rakyat yang tidak dapat dimanfaatkan untuk pendapatan ekonomi masyarakat disini.

Sikap profesional wakil ketua balai polis Lenggong, menerima memorandum
sangat dihargai oleh peserta GAML
Persoalan yang timbul, apakah pelan masa depan supaya dimajukan kembali bagunan ini dan siapakah yang pula yang akan diberi kepercayaan untuk memajukan semula pembangunan yang menelan puluhan juta wang rakyat ini?

Apakah pemimpin kerajaan disini langsung tiada inisiatif menilai perkembangan ekonomi yang mewajarkan pembangunan itu perlu dilaksanakan ataupun tidak di daerah kecil ini. Soal Ramdzi.
Antara persoalan penting yang perlu dijawab oleh wakil Rakyat ialah,  mengenai pengambilan tanah untuk penternakan di kg. Cherakoh. Pembangunan kolej kononnya untuk kemajuan Negara telah mengorbankan punca pendapatan ekonomi peserta terdiri  masyarakat setempat ekoran tanah bagan ragut disini tidak diganti dengan tanah yang baru dimana-mana lokasi.

Jelas Ramdzi, kerajaan hanya meluaskan kemajuan yang tidak dapat dinikmati oleh penduduk setempat dan menyempitkan tanah keperluan masyarakat untuk penternakan serta mengurangkan pendapatan ekonomi rakyat.

Peserta GAML dihadapan Pusat Ikan Pekasam Negara, kg. Kelantan, Kuak.
Menurut Pengerusi Badan NGO ini, pihak beliau akan sentiasa memantau perkembangan pelan tindakan yang akan diambil oleh pihak-pihak berwajib setelah memorandum ini diserahkan.
Ahmad Ramdzi mengulas bahawa, pihaknya tidak teragak-agak bertindak menghantar memorandum yang sama ke Parlimen, sekiranya pihak-pihak bertanggungjawab tidak melakukan sebarang tindakan keatas aduan dibuat oleh NGO ini.

Pusat hentian R&R Tasek Raban tingkat atas kini terbiar.
GAML minta wakil rakyat berikan penjelasan berapakah nilai  pembaziran yang telah ditanggung oleh kerajaan
keatas projek yang tidak memberi manfaat kepada pendapatan ekonomi rakyat ini.

Tanah bagan ragut di kg. Cherakoh ini diambil oleh kerajaan untuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) 

TANAH BAGAN RAGUT RAKYAT: kerajaan meluaskan pembangunan yang secara langsung telah menyempitkan ekonomi rakyat. Tanah ganti tidak beri. Jika Ada ganti, adakah tanah ganti itu berada di lokasi berdekatan dengan perkampungan penduduk setempat...???

Pembinaan Jambatan telah dijalankan bertahun-tahun masih tidak siap-siap, menyebabkan ekonomi peniaga penduduk kg. Tampan merosot. Wakil rakyat mendakwa kononnya, jambatan rendah menjadi penyebab berlaku banjir disepanjang Sg.Nerok.
Jambatan menghubungkan Kg. Tampan Air  -  Lenggong terputus bertahun-tahun, menyebabkan banyak masalah kepada peniaga di kg. ini.

Sumber: lenggongkite13.blogspot.com

Wednesday, December 19, 2012

Pegawai Khas Zambry dapat projek, PAS lapor SPRM


IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian projek kepada pegawai khas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Kadir.

Ini berhubung pendedahan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Persidangan DUN Perak semalam tentang satu perjanjian diantara pemilik tanah Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd yang dimiliki oleh pegawai khasnya, Asmadi Teh.

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-hiss berkata, Asmadi adalah pegawai khas Dr Zambry di DUN Pangkor yang juga merupakan AJK Umno Bahagian Lumut.

Menurutnya, Perjanjian tersebut berdasarkan BOT (Build-Operate-Transfer) dimana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus projek itu.

"Pemberian tersebut dilihat telah melanggari etika serta melibatkan unsur salah guna kuasa yang dianggap berat," katanya ketika membuat sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Perak, Ipoh.

- PerakiteDaily

Zambry dilapor kepada SPRM hari ini

Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilakukan hari ini (19 Disember 2012 - Rabu) pada jam 2 petang di Pejabat SPRM Perak, Plot 7, Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Laporan dibuat terhadap pendedahan isu Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang memberikan projek hotel di Rumah Perak, Batu Feringgi, Pulau Pinang kepada pegawai khas beliau.

Laporan akan diketuai oleh Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Salman Haji Saleh.

Semua wartawan, media dan orang ramai dijemput hadir bersama.

Tuesday, December 18, 2012

Ikuti siaran langsung Sidang DUN Negeri Perak

Menteri Besar yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin bersalaman dengan Menteri Besar Mahkamah di lobi sidang DUN

Video streaming by Ustream
Siaran Langsung Sidang DUN Perak yang dibawakan oleh Ustream 

Cermin kereta YB dipecahkan orang

Sekitar jam 2 pagi tadi, lena seorang YB telah dikejutkan dengan kebisingan bunyi penggera (alarm) keretanya.

Apabila diperiksa, laungan bunyi penggera itu tercetus akibat cermin keretanya yang telah dipecahkan.

Bukan sahaja cermin kereta bahagian depan sebelah kirinya itu dipecahkan, pintu van khidmat Dun-nya juga didapati telah dibuka.

Beliau akan membuat laporan polis mengenai kejadian ini.

Beliau yang dimaksudkan itu adalah YB Anuar Sudin, Adun Changkat Jong daripada Pas.


Program konvoi dan serahan memo di Lenggong

Bebaskan Lenggong daripada Penipuan Pemimpin Umno.

Hari ini 18 Disember Jam 1.00 tengahari berkumpul dan solat Zohor di Masjid Jamek Lenggong. Konvoi dan Serah Memo di Pejabat Umno Pejabat Tanah dan Balai Polis.

Ajak beramai-ramai berkereta dan bermotosikal dengan pakaian Ala PAS (Hijau Kuning Oren dan Merah). Gerakkan jamaah seramai mungkin.

Malam ini diadakan ceramah MAT SABU di Dataran HJ ZUL, Lawin.

'Selamatkan Tanah Rakyat': NGO GAML buat laporan polis dan serahan memorandum

LENGGONG- 17 Dis: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu, Gerakan Anak Muda Lenggong (GAML) sedang giat memantau penebangan pokok bagi projek pembalakan dan pembangunan tanah disini, membuat laporan polis hari ini berkaitan status tanah dan hutan di kawasan hutan Simpan PIAH yang juga merupakan kawasan tadahan air.

Menurut pengerusi NGO berkenaan, saudara Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin, 41, rungutan daripada penduduk di beberapa buah kampung berdekatan berhubung isu penebangan hutan, pembangunan dan pengambilan tanah oleh kerajaan dan mana-mana syarikat di daerah ini, mestilah dijelaskan kepada rakyat, agar tidak timbul sebarang keraguan.

Ahmad Ramdzi berkata, wujud desakan daripada penduduk berkaitan status pengambilan balak di Kampung Beng dan Kampung Luat, yang dipercayai berlaku pencerobohan terhadap hutan simpan PIAH di Bukit Kulim. Pembersihan hutan di kawasan ini seolah-olah tanah itu akan diteroka untuk tujuan pertanian. Dan diragui, tanah ini akan diserahkan kepada syarikat-syarikat atau pemaju tertentu untuk dimajukan.

Tegasnya lagi, penduduk kampung sekitar berhak mengetahui status semasa tanah tersebut. Lebih-lebih lagi, penduduk disini lebih layak mengusahakannya, kerana mereka memerlukan tanah dipinggir kampung mereka sendiri untuk diusahakan bagi meneruskan kehidupan.

Di Kampung Changkat Berangan, GAML mendesak pihak polis membuat siasatan berhubung pengambilan tanah padang ragut yang telah diperuntukkan untuk kegunaan ragut oleh ternakan penduduk Kampung Raban, Kampung Changkat Berangan dan Kuak. Hal ini berikutan pembinaan bangunan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong oleh kerajaan.

Penduduk ingin tahu, kepada siapa tanah itu diserahkan dan dimanakah kawasan gantian bagi tapak padang ragut itu, supaya aktiviti penternakan kepada penduduk setempat tidak terjejas.

Selain itu juga, isu berhubung status ladang teh Lenggong juga menjadi pertikaian masyarakat setempat. Selain pembaziran wang rakyat ke atas pelaburan membuka ladang teh pada tahun 80an itu juga, isu penerokaan tanah ladang teh seluas 800 ekar oleh sebuah syarikat bukan bumiputera yang menjalankan aktiviti tanaman dan pertanian pada masa ini, turut dilaporkan untuk tujuan penyiasatan pihak polis. Kesan penerokaan ini telah menyebabkan kawasan tadahan air musnah dan penduduk di pinggir sungai Nerok menerima kesan buruk banjir kilat, setiap kali hujan lebat.

Berikutan itu juga, di Kampung Banggol Belimbing, penduduk disini telah menerima kesan buruk akibat banjir kilat yang dipercayai berpunca daripada pencerobohan dan penerokaan terhadap tanah peninggalan ladang teh Lenggong.

Ahmad Ramdzi berkata, selaku Pengerusi GAML, beliau bersama ahli NGO (GAML) telah membuat laporan polis untuk tujuan siasatan dan mengharapkan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh pihak-pihak yang berwajib. Pihak NGO juga akan bertindak menyerahkan memorandum 'Selamatkan Tanah Rakyat' ke pejabat  Ahli Parlimen Lenggong, ADUN Kota Tampan, Pentadbir Tanah dan Daerah dan Ketua Balai Polis Lenggong pada jam 2 hingga 3 petang esok.

Sunday, December 16, 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Bandar Seri Iskandar hari ini


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Perak akan diadakan pada hari ini 16 Disember 2012 bermula jam 3 petang sehinggalah 12 malam, bertempat di Bandar Seri Iskandar, Perak.

HKR Perak adalah siri himpunan rakyat terakhir sebelum Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Nasional yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013.

Antara matlamat himpunan adalah sebagai persediaan untuk himpunan yang lebih besar dan utama di Kuala Lumpur, membawa masyarakat memahami isu-isu utama negara menjelang PRU13 dan menggerakkan jentera parti dan NGO ke arah menyuntik semangat perubahan dalam masyarakat.

Aturcara

Program akan bermula seawal 9 pagi dengan pertandingan futsal 7 sebelah.

Konvoi berkereta dan motosikal yang bermula jam 10 pagi daripada segenap pelusuk negeri Perak dijangkakan akan tiba di Bandar Seri Iskandar jam 5 petang dan bakal turut serta di dalam Pameran Superbike, Vespa Klassik, Scrambler, Skuter dan juga Kereta.

Acara untuk Pemuda, Wanita dan Pertandingan Melukis untuk Kanak-Kanak turut diadakan serentak.

Konsert 'Bangkit Bro Bangkit' yang menampilkan Ito Blues Gang, Zuar XPDC, Nik Jidan, 2BS dan Airmas bakal menghangatkan suasana petang himpunan.

Dewan Ulama dan NGO-NGO Islam akan memimpin Solat Maghrib, Isyak dan juga Solat Hajat.

Bermula jam 8.30 malam pula, Pentas NGO akan memaparkan ceramah dan ucapan-ucapan daripada kumpulan Bersih, Anak, Kerabat, Royalti, SAMM, ABU, Bukit Merah Community, Save Teluk Rubiah dan lain-lain lagi.

Jam 9.30 malam, persembahan artis daripada Ito Blues Gang, Nik Jidan, Sivaguru dan lain-lain.

Pidato Pimpinan Rakyat dan penyampaian hadiah pertandingan akan bermula sekitar jam 10 malam sehinggalah berakhirnya pada jam 12 tengah malam.

Datanglah beramai-ramai bagi menyemarakkan program yang telahpun diatur bersama ini.

"BANGKIT BRO BANGKIT"

Thursday, December 13, 2012

Deepak+Bala - Najib+Rosmah = Altantuya


Isu Deepak nampaknya menjadi isu hangat juga. (video pendedahan Deepak di bawah artikel ini) Kehangatannya agak lebih daripada kehangatan isu Musa Hassan dengan kenyataan tentang gangguan politik ke atas urusan Polis. Semuanya melibatkan pimpinan besar kerajaan dan parti pemerintah.
Tidak pernah lagi keadaan ini berlaku sebelum ini, maksud saya sebelum pentadbiran Dr Mahathir. Saya pernah berkata keadaan yang tidak menentu hari ini adalah sumbangan besar Dr Mahathir kerana perkara seperti ini hanya mula berlaku semasa pentadbiran beliau.
Kalau kita kaji lebih kurang sahaja, kita boleh mengambil sikap ‘conclusive’ yang sesuatu perundingan dan persetujuan di antara dua pihak untuk melakukan perkara yang tidak baik dan kotor akhirnya akan terbongkar juga, walaupun sesulit mana pun rundingan itu dibuat. Bermuafakat untuk kerja yang tidak baik akhirnya pasti akan terbongkar.

Di dalam hal Deepak ini, masyarakat yakin yang akuan bersumpah (SD) Bala Subramaniam yang kedua itu merupakan tindakan yang sengaja dibuat kerana tekanan. Masyarakat ramai tidak mungkin percaya yang Bala Subramaniam akan menukar akuan bersumpahnya yang pertama itu kalau tidak ada pihak yang membuat tekanan terhadapnya..

Apabila Deepak membongkarkan rahsia sebenarnya, maka ia memudahkan rakyat ramai untuk mambuat penialaian yang ‘conclusive’ bahawa penglibatan pimpinan besar dan isteri atau keluarga dalam kerja-kerja jenayah seperti ini adalah mendukacitakan kita semua. Itulah sebabnya para cerdik pandai yang jujur dan ada sedikit keikhlasan selalu berkata yang negara kita ini dipimpin oleh manusia yang tidak sepatutnya berada di sana.

Negara telah memberikan mandat kepada pihak yang tidak selayaknya berada di persada kepimpinan negara yang rakyatnya inginkan ketulenan nilai kumpulan yang memerintah. Rakyat tidak putus-putus berdoa semasa sembahyang Jumaat dan di mana-mana dan setiap masa untuk mendapatkan rahmat Allah dan syufaat jujungan besar Muhammad SAW untuk negara kita berada di dalam keadaan aman dan mempunyai pentadbiran yang cekap dan bersih.

Bagi diri saya secara peribadinya saya amat bersyukur kerana doa kita selama ini untuk duduk dalam sebuah negara yang aman dan tenteram secara fizikal dan pemikiran beransur-ansur telah dimakbulkan Tuhan. Segala yang kotor dan noda kepimpinan secara beransur-ansur tetapi pasti sedang terbongkar dan rakyat boleh membuat apa yang sepatutnya untuk negara apabila kita sudah mendapat sedikit sebanyak pentunjuk untuk kita bertindak dan menentukan haluan rakyat dan negara.

Sebagai seorang Islam, adalah elok dan molek kalau kita teruskan doa dan bermunajat agar negara kita dijauhi daripada kepimpinan yang terlalu sarat dengan noda terhadap rakyat dan negara yang dipimpin mereka.

Sesungguhnya kita telah melakukan segala-gala perancang mengikut zahiriahnya, tetapi kita mesti yakin yang menjadi penentu yang ‘ultimate’ adalah Allah SWT semata-mata. PerancanganNya adalah perancang yang Maha baik dan di sebalik segala-gala yang berlaku pasti ada hikmah dariNya.

Walaupun kita sedih dengan apa yang kita dengar, tetapi hikmahnya tetap ada. Mungkin dengan terbongkarnya segala-gala yang kotor ini merupakan kemakbuklan doa kita selama ini untuk mendapatkan petunjuk daripada yang Maha Esa itu. Kita boleh melakukan tindakan yang kita fikirkan wajar dan memohon segala apa yang kita lakukan itu sentiasa berada di dalam sepenuh keredhoanNya.

Tuntutan kita dari Tuhan yang Maha Esa hanya satu, iaitu kita sentiasa berada di dalam keredhoanNya. Kalau begini keadaan negara dan kepimpinan kita tidak keterlaluan jika kita katakan hanya Tuhan sahaja yang bakal menentukan masa depan negara kita.

Walau bagaimanapun kita tetap berwajib untuk melakukan segala kerja syariat untuk mencapai matlamat membentuk sebuah negara yang kembali baik dan jauh daripada segala perlakuan sumbang dan jenayah oleh kepimpinan negara kita.

Semoga segala usaha kita untuk membawa perubahan itu di redhai Tuhan yang Maha berkuasa dan mendengar itu.
Aspan Alias


UMNO dan PERKASA Tolong Melayu??? Ini Buktinya !!!!


INGATKAN UMNO YANG BANTU DATUK YAHYA SULONG NI..

Apabila masalah Datuk Yahya Sulong yang menerima notis DBKL supaya keluar dari kediaman beliau selepas gagal membayar tunggakan sewa sebanyak RM868 di sebarkan ke media baru..



Maka kita menjangkakan pemimpin UMNO atau Perkasalah yang akan laju kehadapan bagi memberikan bantuan kepada pelakon veteran ini..

ini kerana UMNO dan Perkasa selalu mengatakan merekalah pejuang bangsa melayu terulung di dalam abad ini..

Namun..
Yang tidak berlengah-lengah menghulurkan sumbangan selepas sahaja mendapat maklumat berkenaan penderitaan Datuk Yahya Sulong ini adalah pemimpin dari Pakatan Rakyat...

Antara bantuan pantas yang diberi adalah meliputi bayaran kesemua tunggakan sewa rumah Datuk Yahya Sulong sebanyak RM868 yang langsung tidak dapat sedikit pun kelonggaran dari DBKL di mana bos-bos DBKL adalah melayu juga adanya..

Tian Chua ziarah keluarga Yahya Sulong

Ahli Parlimen Batu,Tian Chua menziarahi Datuk Yahya Sulong dan isterinya di kediaman mereka di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul semalam.

Dalam pada itu Biro Kebajikan Artis,Wanita Keadilan yang diketuai oleh penyanyi Dayangku Intan akan meminta kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan membuat tindakan susulan selepas kejadian yang menimpa pelawak veteran yang sedang uzur itu.

Sementara itu..
Ahli Parlimen Shah Alam,Khalid Samad akan meminta kerajaan Negeri Selangor untuk membantu menyelesaikan segala permasalahan Datuk Yahya Sulong sekeluarga..


Kita bukan mahu menggunakan isu kemiskinan Datuk Yahya Sulong ini untuk politik... tetapi apabila UMNO yang sentiasa melaung-laungkan perjuangan bangsa melayu.. dan apabila BN melaungkan pembelaan dan keperihatinan mereka ke atas artis-artis di negara ini..

Maka sudah tentulah kita tertanya-tanya kemanakah UMNO dan BN dalam isu Datuk Yahya Sulong ini..?




Wednesday, December 12, 2012

Isu Larut: Lima Cawangan Bantah kenyataan Ketua PAS Cawangan Sg. Bayor

Ketua Cawangan dan AJK dari lima cawangan sepakat menafikan kenyataan Ketua PAS Cawangan Sg. Bayor, Sdr Zanian.
 
Selama: PAS Larut tampil membuat penafian bahawa enam cawangan dalam DUN Selama akan memboikot PRU-13 sekiranya YDP PAS Larut, Dr Dhari tidak dipilih sebagai calon. 

Menurut setiausaha MTD DUN Selama, saudara Mohd Ridzuan Abd Malik. Kenyataan ketua cawangan PAS Sg. Bayor iaitu sdr Zanian bukanlah mewakili ahli-ahli PAS tetapi adalah mewakili individu, bahkan PAS Larut mempunyai bukti bahawa kehadiran pada sidang media itu ada diantaranya adalah ahli Umno. Oleh itu beliau juga turut mensyaki bahawa ada pihak ketiga disebalik sidang media tersebut.

Selain itu, beliau juga menafikan bahawa keseluruhan ahli daripada enam cawangan tersebut berjumlah seramai 1500 orang. "Kita telah menyemak senarai nama ahli di cawangan dan kita dapati jumlah tersebut adalah satu pembohongan". 

Beliau turut menjelaskan bahawa hanya lima cawangan sahaja yang wujud dan bukannya enam seperti dalam kenyataan akhbar. Malah kenyataan yang menyatakan Dr. Dhari mendapat 14 sokongan daripada cawangan dan 9 sokongan yang diperolehi oleh Ust Akmal juga adalah suatu hujah yang amat jahat. "Untuk makluman semua, dalam DUN Selama kita hanya mempunyai 17 cawangan sahaja bukannya 23 cawangan". Ujar beliau lagi.

Walaubagaimanapun, beliau menyifatkan perkara ini ada hikmahnya iaitu Jentera DUN Selama bertambah kuat dengan berlakunya isu ini. 

"Sebelum ini, kalau diadakan pertemuan, jumlah kehadiran boleh dikira dengan jari. Tetapi dengan isu ini, baru-baru ini kita menerima 85 kehadiran dalam mesyuarat. Ini sebagai tanda sokongan terhadap kita semakin kuat.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa dalam PAS tidak ada istilah ahli baru atau ahli lama seperti didakwa oleh Ketua Cawangan PAS Sg. Bayor iaitu saudara Zanian. "Kita telah diajar oleh pimpinan bahawa semua ahli adalah sama dan tidak ada yang boleh mendabik dada bahawa seseorang itu telah lama berjuang untuk parti, namun kecewa apabila tidak dipilih sebagai calon". Tegas beliau.

Diakhir pertemuan tersebut, beliau menyeru kepada ahli bawahan yang tidak berpuas hati supaya akur dengan kenyataan YDP PAS Larut yang menggesa untuk menerima keputusan pucuk pimpinan parti dalam isu ini dan kembali fokus kepada matlamat menumbangkan BN dalam PRU akan datang, beliau juga menyeru agar Dr Dhari khususnya agar cepat menyelesaikan isu ini daripada dimainkan oleh pihak musuh.


Sumber: teratakkampungku.blogspot.com

Sunday, December 9, 2012

Bekas OCPD Slim River dan Ikon Jom Masuk Pas kembali ke Rahmatullah


TAIPING (8 Dis 2012): 
PAS dikejutkan dengan kehilangan seorang pejuang, Abdullah Omar iaitu bekas OCPD Slim River di usia 66 tahun, hari ini.

Beliau yang menyertai PAS selepas bersara tahun lalu menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 6.00 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Kg Expo selepas Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Silverstoon, Kemunting, Taping.

Yang Dipertua PAS Taiping, Ustaz Fakhruddin Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada PAS.

Katanya, beliau sangat aktif dalam PAS di peringkat kawasan dan giat berceramah diseluruh negara selepas pengisytiharannya menyertai PAS tahun lalu.

Kata Fakhruddin, Abdullah tidak pernah jemu memohon maaf kepada ahli PAS atas perbuatannya ketika beliau dalam pasukan polis termasuk 35 tahun menjawat jawatan polis cawangan khas (SB).

"Perjuangan beliau sangat besar walaupun baru beberapa tahun menyertai PAS dan kesungguhannya harus menjadi ikutan kepada semua ahli PAS," katanya yang ternyata sedih dengan kehilangan rakan seperjuangannya itu.

Pada Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, beliau telah membahaskan usul PAS Pusat dalam isu pengkhianatan Umno kepada negara dan di kesempatan itu, beliau memohon maaf kepada semua ahli PAS atas segala perbuatannya ketika berkhidmat.

"Dosa apa yang saya tidak buat kepada PAS sepanjang 5 pilihanraya yang lepas, saya tidak mahu sebut disini, biar Allah dan saya sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya dalam dalam perbahasannya yang menyentuh hati semua para perwakilan ketika itu.

Beliau adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu.

Followers

Video ajijoi

Loading...