Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Thursday, June 28, 2012

WWW1: Nizar lapor polis terhadap Utusan, TV3

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu plat kenderaan WWW 1, hari ini.

Laporan polis tersebut dibuat di IPD Dang Wangi, bersama-sama barisan peguam Pemuda PAS Perak.

Menurut beliau, laporan itu dibuat kerana kedua-dua media pro Umno itu telah menyiarkan berita yang disifatkannya sebagai fitnah ke atas kredibiliti beliau.

"Mereka telah memfitnah saya dengan memutarbelitkan kenyataan saya di twitter dengan mengatakan saya menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk bidaan WWW1.  Sedangkan, saya tidak menyatakan sedemikian," tegas beliau yang ditemui Harakahdaily.

Dalam pada itu, kata beliau peguamnya turut menghantar notis kepada TV3 dan Utusan Malaysia untuk menarik balik dan meminta maaf secara terbuka berkaitan penyiaran berita tersebut.

Sekiranya, TV3 dan Utusan Malaysia tidak berbuat demikian, tambah Nizar pihaknya akan mengemukakan saman malu terhadap kedua-dua media tersebut.

Ditanya tentang tempoh yang diberi pihaknya kepada TV3 dan Utusan Malaysia itu, Nizar berkata pihaknya memberi tempoh sehingga tujuh hari bermula hari ini untuk berbuat demikian (tarik balik dan mohon maaf).

Nizar, sebelum ini dalam twitnya mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran yang dimenangi Sultan Ibrahim itu dengan bayaran RM520,000 dengan kesusahan rakyat Johor.

Ekoran kenyataannya itu, pelbagai reaksi positif dan negatif dibangkitkan, dan turut disiasat di bawah Akta Hasutan, malah pejabatnya turut digeledah pihak polis bagi membantu siasatan.

Nizar bagaimanapun bertindak memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Ibrahim beberapa hari selepas itu.

Wednesday, June 27, 2012

Utusan & TV3 disaman Nizar hari ini

Sebentar tadi, Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin telah memfailkan saman beliau terhadap akhbar Utusan Malaysia dan juga stesen televisyen TV3 mengenai isu putar belit tweeter plat WWW1.

Saman yang dibuat beliau di Balai Polis Dang Wangi, telah ditemani oleh peguam-peguam daripada Pemuda Pas Perak.

Perkembangan lanjut akan menyusul nanti.

Kupon Hi-Tea bersama Ikon Ahli Baru PAS mula dijual


Program Hi-Tea bersama Ikon Baru Ahli PAS anjuran Lajnah Penerangan Pas Perak mengalu-alukan orang ramai untuk turut bersama-sama pada 7 Julai ini di Hotel Hillcity, Ipoh.


Beberapa ikon yang baru menyertai Pas akan diraikan bagi memacu semangat kepada yang lain untuk turut serta bersama Pas.

Antara yang telah mengesahkan kehadiran setakat ini adalah Laksamana Imran, Dato' Adnan Ibrahim, Abdullah Omar (Bekas OCPD), Zabidi Shamsudin (Bekas Ketua Nazir KPM), Leman Raja Lawak, Hairie Othman dan beberapa nama lagi yang akan diumumkan nanti.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu, AF Tuan Haji Abu Bakar (Pesuruhjaya Pas Perak) dan   Dato Seri Haji Nizar Jamaluddin turut menyerikan program ini.

Kupon untuk menyertai program ini berharga RM30 sahaja bagi mengisi tabung Lajnah Penerangan Pas Negeri Perak.

Tempat adalah terhad, untuk mendapatkannya hubungi 013-3190807 atau melalui email saya jijoi_8@yahoo.com.

Bekas timbalan pengarah JAKIM masuk PAS























KUALA LUMPUR:  Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalu-alukan sesiapa sahaja atau di kalangan mereka yang mempunyai peranan untuk menyertai Parti PAS.

Katanya, PAS bersikap terbuka dan menerima siapa sahaja bukan hanya di kalangan ahli politik bahkan mereka di kalangan teknokrat.

Mengulas fenomena bekas kakitangan kerajaan, artis dan selebriti secara terbuka menyertai PAS pada hari ini,  Abdul Hadi berkata, itulah satu kekuatan dan nilai tambah kepada PAS.

Beliau berkata demikian selepas menerima penyerahan borang keahlian daripada bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengah hari tadi.

Yusof Hassan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasal dari Parit Buntar Perak dan berhijrah ke Selangor kira-kira 30 tahun yang lalu.

Selepas dua tahun berkhidmat dalam Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Koh Tsu Koon, Yusuf berpindah ke Jakim kerana beliau merasakan tidak serasi dengan Ketua Menteri terbabit yang dilihat terlalu BN.

Ekoran itu, beliau hanya bertahan selama dua tahun sahaja dengan kerajaan Pulau Pinang sehingga akhir 2004.

"Saya berasal daripada keluarga yang kuat PAS, dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan kawan-kawasan saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara rasmi saya masuk PAS," katanya.

Penyerahan borang keahlian PAS hari ini, Yusof menyifatkan apa yang disyaki oleh rakan-rakan sekerjanya sebelum ini adalah tepat.

"Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang PAS apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya, cuma mereka tidak ada bukti. Jadi hari inilah buktinya. Tuduhan rakan-rakan saya adalah benar," katanya.

Beliau yang baru enam bulan bersara daripada Jakim, mengakui ramai di kalangan rakan-rakan di dalam jabatan itu mahu menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi.

Bagaimanapun beliau menafikan penyertaannya dalam PAS hari ini ekoran fenomena ramai individu termasuk artis dan selebriti secara terbuka menyertai  parti Islam itu.

"Tidak, bukan kerana ramai yang mula menyertai PAS, saya pun masuk PAS. Sebenarnya hasrat itu sudah lama lahir dari lubuk hati saya," katanya.

Turut bersama ketika penyerahan borang keahlian itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Sallehen Mukhyi serta beberapa wakil PAS Selangor.

- Harakahdaily

Tuesday, June 26, 2012

PAS Perak jadikan kemenangan Morsi sebagai inspirasi kemenangan PR di Perak



IPOH 25 Jun, Kemenangan Morsi di Mesir yang diistiharkan semalam merupakan suatu kemenangan yang besar bagi perjuangan Islam dalam usaha menegakkan keadilan di bumi Allah SWT.

Demikian kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian, ketika mengulas perkembangan terkini Mesir yang menyaksikan Dr Mohammad Morsi diistiharkan secara rasmi sebagai pemenang dalam Pilihanraya Presiden negara itu.
Dr Mohammad Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.
Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.
Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.
Memetik ucapan beliau,
"Moga kemenangan ikhwan muslimin di mesir menjadi insipirasi pejuang Islam di Malaysia untuk meningkatkan lagi usaha dakwah dan penerangan kepada rakyat"
" PAS sentiasa yakin bahawa pertolongan Allah akan tiba, dan kerana itu PAS Perak khususnya sentiasa berusaha untuk meraih kemenangan bagi menyebarluaskan agama Islam di Negeri ini, kerana Islam adalah agama yang membawa rahmat buat seluruh manusia"

Sunday, June 24, 2012

Ustaz Azhar Idrus bakal beraksi dikaca tv

Ustaz Azhar Idrus, satu nama yang tidak payah diperkenalkan lagi dewasa ini. Nama itu juga membawa fenomena baru dalam bidang dakwah apabila kuliah-kuliah pengajarannya mula digilai ramai terutamanya golongan muda melalui laman Youtube.

Namun begitu, agak mustahil bagi beliau untuk muncul di kaca tv negara ini kerana kuliah pengajarannya lebih kepada menyampaikan kebenaran tidak kira siapa jua pun, termasuklah pemerintah negara.

Mulai bulan Julai ini, rakyat Malaysia bakal menyaksikan Ustaz Azhar Idrus di kaca tv rumah mereka melalui satu rancangan baru yang akan bersiaran 3 Julai ini.

Rancangan yang diberi nama 'Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus' akan bersiaran melalui Astro Oasis pada Selasa, Rabu & Khamis jam 7.30 malam dan ulangannya pada jam 11 malam.

Semoga usaha baik oleh Astro Oasis ini dapat memberikan manfaat yang berguna buat rakyat negara ini.

Fenomena Ustaz Azhar Idrus bakal berkembang lagi bagi menawan lebih ramai penonton yang beragama Islam.

'Jom Gi Kuliah'

Laporan polis terhadap blog Sg Rapat Online


Entri daripada blog Sg Rapat Online pada 23 Jun baru-baru ini yang bertajuk 'Semakin Kerap PAS Buat Ceramah Semakin Benci Rakyat Kepada Mereka' (rujuk http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/06/semakin-kerap-pas-buat-ceramah-semakin.html) merupakan satu fitnah yang serius apabila menyatakan yang penganjur ceramah Pakatan Rakyat di Taman Song Choon, Ipoh pada 22Jun lalu telah merampas kamera video dan melelongkannya dengan harga yang murah untuk mengisi tabung pilihanraya PR.

Maka, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak penganjur ceramah di Tmn Song Choon bagi menjaga nama baik Pakatan Rakyat, khususnya Pas Cawangan Taman Song Choon dan Pas Gopeng.

Blog yang mempromosikan Hamidah Osman ini dilihat begitu kerap memfitnah Pakatan Rakyat Gopeng dengan entri-entri yang ditulis oleh penulis upahan yang dikatakan seorang pesara tentera.

Pas Cawangan Taman Song Choon berharap agar dengan laporan polis yang dibuat dapat menjernihkan keadaan yang dikeruhkan oleh blog tersebut demi kesejahteraan awam di dalam Dun Sg Rapat.

Laporan polis terhadap laporan akhbar Sinar Harian




Laporan muka hadapan akhbar Sinar Harian Edisi Perak hari ini mengenai laporan polis terhadap kekerapan ceramah Pakatan Rakyat di Kg Sg Rokam mengundang satu lagi polemik di dalam Dun Sg Rapat.


Laporan polis yang dibuat oleh Ketua Kampung Sg Rokam dilihat sebagai cubaan untuk menyempitkan ruang demokrasi di dalam negara.

Umno Gopeng seolah-olah cuba berselindung dibelakang pihak polis apabila hilang keupayaan untuk menyaingi program ceramah anjuran Pakatan Rakyat Gopeng.

Dikatakan bahawa kekerapan PR mengadakan program ceramah dikampung tersebut merupakan satu gangguan kepada penduduk setempat.

Tetapi mereka gagal untuk mengakui bahawa gangguan hanya berlaku apabila terdapat ceramah kedua anjuran Umno yang hanya bertujuan mengganggu program ceramah PR.

Kepada pembaca akhbar Sinar Harian hari ini, tentu mereka dapat menilai di antara kenyataan yang dibuat oleh Ketua Kampung Sg Rokam dengan Setiausaha Sekretariat PR Negeri, Dr Khairuddin Abd Malik mengenai polemik ini.

Terpisah pemikiran antara yang cerdik dan tidak di dalam masalah ini.

Yang cerdik mengatakan bahawa masalah ini boleh diselesaikan sekiranya kerajaan yang memerintah membenarkan penggunaan dewan-dewan orang ramai sedia ada kepada semua pihak.

Satu lagi yang mengundang persoalan mengenai laporan akhbar Sinar Harian ini adalah mengenai dakwaan daripada Muhammad Amin yang mendakwa kamera videonya telah dirampas semasa program ceramah tersebut.

Ini merupakan satu fitnah kerana selama PR mengadakan program ceramah, tidak pernah berlaku apa-apa insiden yang melibatkan rampasan apa jua benda daripada yang hadir. Malah, jika terdapat kejumpaan apa-apa barang kepunyaan hadirin, pasti akan diumumkan semasa ceramah untuk dikembalikan kepada tuan yang empunya.

Oleh kerana dakwaan, tuduhan dan fitnah yang dikeluarkan agak keterlaluan dan boleh menjejaskan kredibiliti pihak Pakatan Rakyat, satu laporan polis telah dibuat oleh Pas Cawangan Sg Rokam selaku penganjur ceramah di kampung tersebut.

Bob Lokman masuk wad kecemasan


Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Bin Lokman telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Taiping awal pagi ini apabila mengadu sesak nafas.

Beliau yang seharian berada di Kuala Kangsar dan Selama mengikuti program bersama-sama dengan Pas Larut mungkin terlalu letih yang mengakibatkan kesihatannya terganggu.

Ustaz Akmal Kamarudin yang bersama-sama dengan Bob Lokman di Hospital Taiping mengesahkan yang keadaan Bob adalah stabil dan tidak membimbangkan. Rehat dan rawatan yang secukupnya bakal mengembalikan kesihatan dan kekuatan untuk Bob kembali aktif memenuhi program-program beliau sedikit hari lagi.


Sebelum kejadian, Bob Lokman telah menjamu selera dengan durian bersama-sama dengan YDP Taiping, Ustaz Fakhruddin setelah selesai program 8 X 24 di Kuala Kangsar. Adakah durian ini penyebab Bob sesak nafas? Wallahua'lam.

Didoakan semoga Bob Lokman kembali sihat seperti sediakala untuk meneruskan kerja-kerja sehariannya dalam perjuangan bersama jemaah Islam.

Saturday, June 23, 2012

Siaran Langsung Ceramah Merdeka Rakyat di Bukit Gantang Malam Ini



Kenyataan Terbuka
23 Jun 2012

SEMUA HARUS FOKUS KEMERDEKAAN RAKYAT!

Pidato Perdana Merdeka Rakyat akan diteruskan dalam siri seterusnya pada malam ini (23 Jun 2012) dijadualkan bermula jam 8.30 malam di Taman Ria, Simpang Perak, di kawasan Parlimen Bukit Gantang. Taman Ria terletak lebih kurang 1 km di belakang Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taman Damai.

Siri Merdeka Rakyat kali ini juga bersiaran secara langsung di saluran Ustream Merdeka-Rakyat. Setelah kejayaan membawakan siaran langsung Merdeka Rakyat di beberapa siri, termasuklah ketika menghadapi masalah kehilangan sebuah kamera video (rosak) akibat 'semangat merempuh' tatkala kehadiran Anwar Ibrahim di Setiawangsa, SAMM hadir dengan lebih bersedia untuk membawa siaran langsung di Bukit Gantang dengan kelengkapan yang lebih ideal.

Semoga malam ini satu dunia boleh menghayati amanat Anwar Ibrahim dan pimpinan dalam menghadapi PRU-13. Mereka ada TV123 Awani Astro, kita juga punya siaran langsung yang berkualiti cukup untuk memastikan tumbangnya kezaliman. Pautan siaran langsung di sini -http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat . Sebarang usaha untuk menayangkan siaran langsung ini melalui projektor ke layar besar amatlah digalakkan.

Kami di Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap komited untuk menjayakan siri Merdeka Rakyat kali ini sebagaimana komitednya DS Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara tanpa mengira penat lelah, walaupun gegak-gempita melanda Parti Keadilan Rakyat. Namun demi menyelamatkan negara ini, segala persengketaan dalaman bukan sahaja seharusnya diselesai secara bijak tetapi harus fokus menumbangkan musuh sebenar iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Apa yang berlaku di Selangor sememangnya agak mengecewakan namun ia tidak mungkin menjadi halangan untuk program raksasa Merdeka Rakyat dijayakan dengan meriah. Merdeka Rakyat adalah suatu pesta untuk diraikan oleh marhein dan ia harus dihormati dengan masing-masing sedia untuk menamatkan perbalahan.

Kepada ahli politik yang terlibat secara langsung dalam persengketaan ini (jika ada persengketaan) uruskanlah perbedaan pendapat dengan bijaksana, lihatlah harapan rakyat untuk sebuah kelompok pemerintah yang boleh diharapkan, apatah lagi persediaan untuk menjadi parti pemerintah harus dipraktikkan demi menjamin keyakinan rakyat yang menaruh harapan.

Janganlah hanya kerana kepentingan peribadi menjadikan kita lupa dan alpa sehingga tergamak membenarkan diri ditunggang musuh yang akhirnya merugikan parti dan perjuangan. Ingatlah segala usaha dan pengorbanan, segala kuderat yang telah dihulur, segala ranjau berduri yang telah dilalui.

Hormatlah pengorbanan ini demi rakyat. Berlaku adillah di atas nama KeADILan, adil jugalah kepada semua penggerak dan organisasi massa (ormas) yang bertungkus-lumus merealisasikan sebuah negara rakyat dan akhir sekali, berlaku adil jugalah terhadap DS Anwar Ibrahim yang saban hari mengorbankan segalanya demi sebuah kemerdekaan sebenar - Kemerdekaan Rakyat!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

Video Ceramah Siti Aishah di Tmn Song Choon 22 Jun







Thursday, June 21, 2012

TERHANGAT! Video Ucapan Sulung Hairie di Pentas PAS!




Xklusif daripada PerakiteDaily

Video pemanas untuk ceramah di Sg Rokam malam ini


Malam ini akan diadakan ceramah untuk membongkar Umno khasnya Umno Gopeng dan YB Dato Hamidah Osman di Kg Sg Rokam, Ipoh.

Penceramah yang terdiri daripada YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang akan menjelaskan mengenai saman beliau terhadap blog Hamidah, Cikgu Nazri, bekas AJK Bahagian Umno Gopeng pula akan membuka pekung Umno Gopeng serta Hamidah, manakala regu tag team YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng) dan juga Sdr Radzi Zainon (Timbalan YDP Pas Gopeng) akan memberikan penerangan mengenai isu Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman yang dimainkan oleh Hamidah.

Wah, semua penceramah malam ini akan bertumpu kepada Hamidah. Jadi, jika Hamidah ingin membuat CGC (Ceramah Ganggu Ceramah) berhampiran sepertimana biasa, tak perlulah terpekik terlolong mencabar penceramah-penceramah di pentas Pakatan Rakyat malam ini, sila jemput ke pentas PR untuk memberikan hujahnya secara berhemah. Pas Sg Rokam selaku penganjur sudah pasti akan berbesar hati menerima kunjungan Hamidah.

Beranikah Hamidah berhujah secara berhemah?

Sebagai pembuka selera dan juga pemanas untuk ceramah malam ini, jom ikuti rakaman video ini.









Tapak SAR: Pas Gopeng pertahan prinsip Islam

IPOH: PAS Gopeng mempertahankan prinsip Islam apabila menyokong sekumpulan penduduk yang mempertahankan tanah mereka daripada dirampas walaupun untuk membina sekolah agama.

Prinsip itu adalah menentang assobiyah iaitu tidak membela kezaliman yang dibuat hatta untuk kepentingan golongan sendiri.

Namun PAS kawasan itu tidak pernah membantah usaha mana-mana pihak sama ada kerajaan Umno BN ataupun Pakatan Rakyat yang mahu membina sekolah apatah lagi Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Bagaimanapun dalam isu kononnya PAS dan PKR membantah pembinaan SAR di Taman Pegoh Aman, Ipoh di atas tapak sebuah padang awam telah disalah ertikan.

Semalam Utusan melaporkan PAS membantah pembinaan sekolah agama rakyat di Gunung Rapat.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng, Radzi Zainon, yang turut terlibat dalam kemelut itu, menafikan sekeras-kerasnya mereka membantah pembinaan SAR sebagaimana yang dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Apa yang tidak dipersetujui PAS dalam hal ini, katanya tindakan pihak terbabit yang mengambil tapak padang tersebut tidak mengikut prosedur yang sah.

"Cara mereka mengambil tanah tersebut tidak ikut prosedur, (seolah-olah dirampas sahaja) dan saya hanya melahirkan simpati terhadap penduduk disitu,"katanya.

Radzi pernah didatangi penduduk terbabit sambil menceritakan kekecewaan mereka apabila memorandum bantahan pembinaan sekolah yang dihantar kepada Adun Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman, langsung tidak diendahkan.

Pada 4 Mei 2012, penduduk telah menghantar memorandum kepada Hamidah meminta diadakan sesi dialog bersama penduduk, malangnya ia telah tertangguh selama dua minggu.

Beliau juga difahamkan tahan lapang itu adalah milik penduduk bersama selepas mereka membayar lebih RM1000 kepada pemaju bagi mendapatkan tanah itu.

"Adun BN berkenaan tidak hirau langsung masalah penduduk terbabit, akhirnya mereka datang jumpa PAS dan Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye," katanya.

Ekoran itu, PAS dan PKR telah membuat sidang media pada 29 Mei 2012 di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan.

Bahkan, beliau juga dimaklumkan pihak Datuk Hamidah telah mengumumkan perutukan RM100 000 untuk membina sekolah agama secara tergesa-gesa.

Tambahnya, sekolah terbabit dibina dalam keadaan tanpa perancangan awal sepertimana jawatankuasa SAR yang biasa, tanpa prosedur Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Kerja Raya, dan Bomba.

"Tanpa pagar keselamatan atau papan tanda projek yang selalunya mengambil masa enam bulan hingga setahun. Projek tersebut dibuat tanpa sesiapa tahu apakah status bangunan dan untuk apakah bangunan misteri itu dibina.

"Jika ditinjau dari segi pengalaman Jawatankuasa SAR Desa Perlancongan, jangkamasa untuk memohon tapak sahaja memakan masa hingga setahun," katanya.

- Harakahdaily

Terbaru! Artis Hairie Othman berceramah di pentas PAS


Dunia kini semakin terang. Segala fitnah yang dulunya berselindung disebalik bayang-bayang, kini terserlah disuluh sinar kebenaran.

Sedikit masa dahulu, amatlah payah untuk kita mendengar berita mengenai para artis mendekati satu jemaah yang mengangkat Islam sebagai perjuangannya. Artis dan pembawa obor agama, bagaikan magnet yang berlainan kuasa, saling tolak menolak.

Tetapi, hari ini berita mengenai artis yang mendekati, malah bersama-sama di dalam perjuangan menegakkan agama Islam sudah menjadi lumrah. Keghairahan mengenai berita itu kini beralih kepada siapakah artis terbaru yang bersama-sama dengan parti PAS mahupun Pakatan Rakyat.

Terbaru, pelakon dan pengarah filem Hairie Othman telah membuat kejutan dengan hadir berdiri berceramah di pentas PAS di Kg Seri Jaya, Batu Gajah, Perak malam tadi. Beliau turut menyatakan bahawa borang keahliannya untuk bersama PAS akan diadakan di satu program di ibu negara pada 6 Julai nanti.


Bermula dengan komen beliau di dalam laman facebooknya, yang menyelar kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berkata bahawa tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas kononnya untuk berdakwah, sebaliknya hanya untuk berpolitik.

"Saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk Umno tak de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak boleh ke? mesti ikut macam lembu saja?" tempelak beliau terhadap kenyataan Menteri tersebut.

Komen beliau itu mendapat liputan meluas di laman facebook dan tweeter. Ramai yang berkongsi pandangan dan menghebahkan komen beliau itu untuk dikongsi oleh yang lain.

Daripada komen tersebut, mula terbuka hatinya untuk mendekati parti politik yang berbeza pendapat dengan kerajaan hari ini. Dan parti yang didekati dan menjadi pilihannya adalah PAS.


Gambar di atas telah berlegar-legar di laman facebook beberapa hari lalu, menunjukkan terdapat perjumpaan beliau bersama seorang lagi rakan artis yang sebelum ini telah kelihatan di beberapa siri ceramah dan program anjuran PAS, bersama-sama dengan Naib Presiden PAS Dato' Haji Mahfuz Omar.

Memang tidak dinafikan bahawa ramai lagi golongan artis yang mula terbuka hati dan minda untuk mendekati Pakatan Rakyat. Mungkin selama hari ini, mereka telah dipergunakan untuk melalaikan serta dilalaikan daripada tanggungjawab sebagai seorang insan yang beragama Islam agar menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Semoga ramai lagi artis-artis dan selebriti yang dikenali ramai untuk bersama-sama dengan jemaah Islam untuk membuka jalan kepada rakyat negara ini membina masa depan yang lebih baik daripada hari ini.

Siapakah artis atau selebriti yang akan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat selepas ini, sama-samalah kita nantikan pengumuman mengenainya.

Wednesday, June 20, 2012

Hubungan dengan Polis Perak terjalin erat - PAS Perak

IPOH, 20 Jun, PAS Perak telah mengadakan satu sesi lawatan kunjung mesra ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak untuk bertemu  Ketua Polis Perak Dato' Mohd Shukri bin Dahlan . Menurut Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, beliau mewakili PAS Perak sangat menghargai kerjasama baik yang diberikan oleh Ketua Polis Perak khususnya kerana dapat bertukar idea bagi menyelesaikan banyak perkara berhubung isu-isu semasa di negeri Perak ini.

Memetik ucapan Pesuruhjaya PAS Perak:

"Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara pimpinan PAS Perak dengan pucuk pimpinan polis kontijen Perak, ini menunjukkan PAS Perak sentiasa menjaga hubungan baik dengan semua pihak bagi memastikan hubungan silaturrahim sesama insan terpelihara dengan baik".

" PAS Perak sentiasa mengharapkan agar pihak polis menjalankan amanah mereka dengan adil dan saksama terhadap rakyat tanpa membezakan latarbelakang politik yang berbeza dikalangan rakyat"

"Kami juga sempat membawa isu-isu penting untuk dibincangkan antaranya, isu berkenaan program-program yang dianjurkan oleh PAS di negeri ini sentiasa diganggu oleh UMNO, perbincangan mengenai kerjasama antara PAS dan pihak polis untuk bersama membenteras jenayah di negeri ini dan beberapa isu semasa yang lain"

Memetik ucapan Ketua Polis Perak:

" Saya sangat menghargai kerjasama yang diberikan pimpinan PAS Perak, insyaAllah pihak polis akan memberikan kerjasama yang baik atas segala pandangan dan idea yang diberikan pimpinan PAS Perak"

Kesimpulan daripada pertemuan ini akhirnya mencetuskan beberapa resolusi penting antaranya ialah PAS sebagai sebuah parti yang terbuka untuk semua dan bersedia memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan keamanan dan keadilan untuk rakyat dapat dicapai.

Rombongan tersebut di ketuai oleh Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Perak, turut hadir bersama ialah, Ustaz Misbahul Munir ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ), Haji Razman Zakaria ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ), Ustaz Zawawi Hassan ( Ketua Pemuda PAS Perak ), Dr Najihah Ahmad ( Ketua Muslimat PAS Perak ), dan beberapa pimpinan tertinggi yang lain. 

http://perak.pas.org.my/

http://ustazabubakar.blogspot.com/


Tuesday, June 19, 2012

FGVH, Siri Pengkhianatan Melayu Terbesar - Presiden PAS

UMNO meneruskan siri-siri mengagalkan bangsa sendiri setelah sekian lama menghapuskan tulisan jawi, bahasa Melayu yang dipinggirkan dalam PPSMI dan kegagalan Umno meningkatkan ekuiti pemilikan kekayaan orang Melayu dalam Dasar Ekonomi Baru.


Terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya. Ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham.

Apa yang memilukan, peneroka dan kakitangan Felda yang berpuluh tahun membangunkan Felda, diberikan saham terkecil iaitu 2.5 peratus dan 3 peratus sahaja. Tetapi mereka sanggup memberi ruang kepada Syarikat Asing dari luar negara memegang sekitar 20 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini. 

Tidak mustahil dimasa akan datang syarikat asing atau mereka yang tidak kena mengena dengan Felda yang akan menjadi pemilik aset berharga Felda ini setelah saham-sahamnya terjual. Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah-tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan. Apatah lagi menyerahkan urusan sebesar itu dikendalikan oleh individu yang terpalit dengan rasuah yang diakui partinya sendiri.

Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda dan seluruh negara. Pas menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Felda supaya segera menggantikan UMNO yang lama memerintah dan terus bertindak gagal dengan memberi undi kepada Pas dan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita tidak punyai masa yang lama lagi untuk menunggu berapa banyak lagi aset negara berpontensi terjual dibawah pemerintahan UMNO BN hari ini.

Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Ramah mesra cara Hamidah



Apabila program-program ceramah anjuran Pakatan Rakyat, Hamidah memang cukup suka mengganggu. Tetapi apabila program beliau yang dengan jelas menyatakan program dialog, tak berani pula untuk menerima kehadiran wakil-wakil daripada Pakatan Rakyat.

Kalau nak buat program untuk orang-orang dia sahaja, lain kali buatlah di bilik gerakan sendiri. Tak payah buat banner besar-besar mengajak orang ramai datang untuk beramah mesra dan berdialog. Buatlah program syok sendiri tu senyap-senyap.

Monday, June 18, 2012

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS

http://2.bp.blogspot.com/-Bh8IHMQwQXo/TaHDM0InwZI/AAAAAAAAJ6k/3ui9s_TaQKE/s320/salleh%2Bjafaruddin.jpegKUALA LUMPUR, 18 Jun: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid. 

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah. 

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah. 

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan. 

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu. 

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu. 

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib. 

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib. 

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz. 

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan. 

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya. 

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam. 

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam.

Adilkah peneroka dapat 800 unit, Isa Samad 180,000 unit saham Felda?



Peneroka Felda adalah golongan yang telah bertahun mengusahakan tanah-tanah rancangan di Felda. Usaha gigih dengan titik peluh golongan penerokalah yang telah menjayakan serta membuahkan hasil yang lumayan di tanah rancangan Felda.

Baru-baru ini, apabila terdapat usaha menyenaraikan Felda di Bursa Saham melalui Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), ramai peneroka yang keliru dan bimbang akan nasib tanah rancangan mereka.

Kini jelas sudah, siapakah sebenarnya yang akan mengaut keuntungan yang besar daripada penyenaraian saham Felda ini. Sila rujuk gambar di atas yang di ambil daripada prospektus FGVH.

Amat memalukan apabila Isa Samad menyatakan bahawa saham sebanyak 800 unit yang diberikan kepada peneroka adalah WAJAR sedangkan beliau sendiri sebagai Pengarah FGVH, yang tidak mengusahakan langsung tanah rancangan di Felda menerima 180,000 unit saham tersebut. Bukti jumlah saham yang diterima Isa Samad boleh dirujuk di mukasurat 906 prospektus FGVH tersebut.

Jurang diantara 800 unit dan 180,000 unit amatlah besar dan jauh sekali. 800 unit bermakna tidak sampai satu lot pun saham yang menjadi pegangan peneroka berbanding dengan Isa Samad sebagai Pengarah FGVH. Siapakah yang akan mengaut keuntungan besar dan siapakah pula yang akan dipergunakan dalam isu penyenaraian saham Felda nanti?

Para peneroka perlu berhati-hati dengan penyenaraian saham FGVH ini kerana ianya melibatkan masa hadapan mereka. Jangan dibiarkan pihak-pihak tertentu mengaut keuntungan di atas angin daripada usaha titik peluh bertahun-tahun peneroka negara kita.


Majoriti peneroka terima tawaran saham FGVH

BENTONG, 17 Jun — Majoriti peneroka Felda bersetuju menerima tawaran saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebanyak 800 unit, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Beliau berkata hanya segelintir daripada 112,635 peneroka yang menolak tawaran saham berkenaan.
“Penyenaraian FGVH dijadual 28 Jun di Bursa Malaysia, dan kami telah menerima maklum balas positif warga Felda walaupun ada yang tidak berpuashati dengan jumlah saham yang ditawarkan kepada mereka.
“Tawaran saham sebanyak 800 unit adalah wajar kerana mereka sebenarnya mempunyai saham sebanyak 20 peratus dalam bentuk tabung amanah dan dividen tahunan sepanjang hayat, manakala kakitangan Felda tidak layak mendapat faedah itu.
“Oleh itu jangan mudah mendengar hasutan pihak-pihak tertentu yang cuba menggagalkan penyenaraian FGVH,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival, Penjenamaan Semula dan Pelancaran E-Alumni Kolej Yayasan Felda di Dataran Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga dekat sini, hari ini.
Beliau berkata penyenaraian FGVH itu bertujuan mengangkat status ekonomi dan sosial masyarakat Felda secara holistik dan tidak ada sebab masyarakat Felda tidak menyokong usaha baik yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mohd Isa (gambar) berkata peneroka Felda adalah golongan bertuah kerana mereka disediakan saham FGVH walaupun tanah milik mereka tidak terbabit dalam penyenaraian itu.
Beliau berkata peneroka mendapat 22.5 peratus saham iaitu 2.5 peratus saham tunai 800 unit, manakala 20 peratus dalam bentuk tabung amanah dan peneroka atau waris mereka akan mendapat dividen pada setiap tahun.
“Felda akan turun padang ke setiap wilayah Felda bagi menerangkan kedudukan sebenar pegangan saham peneroka kerana ramai yang tidak faham akibat hasutan pembangkang yang gemar mengelirukan peneroka,” katanya.
Pengerusi Felda itu turut menegur segelintir peneroka yang masih menyokong pembangkang walaupun kerajaan pimpinan perdana menteri telah meletakkan mereka pada kedudukan yang sangat istimewa dalam komuniti masyarakat Malaysia. — Bernama

Sunday, June 17, 2012

Bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia sertai PAS



BAGAN SERAI: Bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran MalaysiaTuan Haji AHmad Zabidi bin Shamsuddin menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.

Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.

Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.

Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.
Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.

“Orang yang tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal,” katanya di hadapan 30ribu hadirin.

Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat.

“Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN.

Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular ciptaan manusia.

Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu kini hilang keyakinan dan melihat perjuangan PAS adalah benar serta mewarisi perjuangan Rasulullah.

Sumber: Perakite Daily

Kerana takut berdepan, Hamidah halau Ahli Parlimen Gopeng dari program dialog


Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012 
Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti yang memainkan peranan  besar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.
 Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi Zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.
Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk Hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee”, demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.
Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyat tanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh Radzi mahupun YB Dr Lee sendiri.
“ Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk Taman Pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat”, jelas Radzi Zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.
Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan. 
Selepas sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama.


Isu sekolah agama tersebut boleh dilayari [DISINI]
Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan ‘lancau lu punya padang’. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam?


Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012. 
Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, dan  hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja. 
Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat

Lagi laporan mengenai kejadian ini di blog AlHusseyn. Klik [DISINI]

Video Bangunan Umno Bukit Gantang disita

Saturday, June 16, 2012

[Bergambar Panas..!!!] Bangunan UMNO Bukit Gantang disita...adakah ini hadiah buat Timbalan Perdana Menteri dari YB Rosli?


Hanya dua hari lagi sebelum ketibaan Timbalan Perdana Menteri ke Bukit Gantang, pejabat utama Umno Bahagian disita hari berikutan satu pertikaian dimahkamah.

Pada pukul 10.0 pagi tadi, JRAS Corporation telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menyita bangunan Umno Bukit Gantang berikutan kegagalan satu projek di Trong.
Penyitaan tersebut sepatutnya dibuat semalam, tetapi oleh kerana terdapat beberapa masalah teknikal, maka ianya hanya dapat dilakukan hari ini. Bailif Mahkamah Taiping telah melekatkan surat penyitaan dipintu utama bangunan tersebut.[Klik Sini]
Tidak ada kakitangan Umno Bahagian yang datang bertugas hari kerana mereka telah mendapat tahu lebih awal dan pintu bangunan telah dikunci dari dalam. Pihak mahkamah terpaksa menggunakan khidmat tukang kunci untuk memastikan semua pintu masuk dikunci.
Saksikan gambar semasa penyitaan bangunan UMNO Bukit Gantang dilaksanakan berserta butir yang boleh dikongsi bersama
Lelaki ini dipercayai orang UMNO,beliau tidak puas hati dengan apa yang berlaku serta mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada salah seorang ahli  Media yang ingin mengambil gambarnya.

Notis penyitaan bangunan ditampal di pintu bangunan UMNO

Bangunan UMNO Bukit Gantang tidak boleh beroperasi..pintu telah dikunci. 

Dimanakah ahli-ahli UMNO Bukit Gantang akan menjalankan tugas selepas bangunan mereka disita..??? Adakah di rumah YB Rosli,di masjid,di dewan orang ramai atau dibawah pokok..???


Dulu kini dan selamanya....pemimpin-emimpin UMNO menipu rakyat... 

NOTIS PENYITAAN



Notis yang ditampal hari ini.... (Gambar saja di papar mengiring camtu...hahaha)

Apa dah jadi UMNO Bukit Gantang..????
Mampukah Zambry  dan Rosli berhadapan dengan keadaan ini ketika  pemimpin tertinggi UMNO akan ke Bukit Gantang 17 june ini... ?

*** Maklumat tidak rasmi:  Ahli UMNO disebuah cawangan dalam Parlimen Bukit Gantang akan menyerahkan dokumen memorandum bantahan beberapa  projek  milik UMNO kepada TPM setibanya disini. InsyaAllah akan didedahkan  diwaktu yang sesuai. Orang UMNO pun dah ramai hentam UMNO rupanya......hahaha... 

Followers

Video ajijoi

Loading...