Tuesday, May 29, 2012

Video Ceramah Ustaz Sidek Nor di Sg Rokam - 28.5.12











Video ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Shah Alam - 27.5.12

Kerajaan pajak lebih 100,000 ekar tanah rezab Melayu ke Bursa Saham

PETALING JAYA 28 Mei: KEADILAN mendedahkan sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu dipajakkan oleh kerajaan Umno BN dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia adalah daripada jumlah keseluruhan 847,362 ekar tanah yang
dipajakkan dan kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd.

Ia dijadikan sebagai aset utama FGVH dan menjadi syarat penting untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

"KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salainan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang
terlibat.

"Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajak ini, sejumlah 105,382 ekar adalah
tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah rezab Melayu di seluruh negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
KEADILAN, di sini, hari ini.

Menurut Rafizi, FGVH diberi hak menguruskan tanah itu selama 99 tahun melalui satu perjanjian dengan Felda pada 1
November 2011.

Katanya, syarat pindah milik tanah rezab Melayu sangat ketat dan jika statusnya dibatalkan, kerajaan negeri perlu
menggantinya dengan keluasan yang sama.

"(Tetapi) perjanjian ini tidak sebut sama ada status tanah ditukar atau tidak.

"Selepas 'initial public offering' (IPO), penjualan saham akan dibuka seluasnya termasuk kepada syarikat asing, dan
peruntukan saham kepada peneroka hanya 2.5 peratus," katanya.

Berikutan itu, beliau menunggu jawapan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri
Isa Samad mengapa tanah yang diperuntukkan kepada orang Melayu turut dipajak kepada FGVH.

"Apakah jaminan kerajaan bahawa tanah ini tidak bertukar tangan, dan pembangunannya nanti mengikut semangat tanah
rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun lalu," soalnya lagi.

Enakmen Rizab Melayu 1913 diperkenalkan pada 1 Januari 1914 dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri dengan
tujuan untuk menjamin pemilikan tanah orang Melayu.

Menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan, tanah rizab yang dibatalkan wajib digantikan di tanah lain yang
sama jenis dan luasnya di negeri yang sama.

-Keadilan Daily

Monday, May 28, 2012

Mengapa PAS bersama Bersih 1, 2 & 3 - Kenyataan Media Presiden PAS

Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah S.W.T)

Rasulullah S.A.W bersabda : "Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik ". Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan  Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : "Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......". Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain  diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat. Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab. Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar  memahami hak  mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan  daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan  politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.  Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung. 

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England  pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing. Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihanraya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah  menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan  penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum.

Semua yang berlaku adalah kemunkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim  secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut  peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: "Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul  (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya ".

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei  seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu  di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah  besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia. Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W: "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah".  Sabdanya lagi: " Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal ".

PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya.  Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama UMNO yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38

Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Konvoi bermotosikal anak muda bersama Radzi Zainon



Sungai Rapat- 27 Mei 2012: Seramai 80 anak muda kawasan DUN Sungai Rapat telah menyertai Konvoi Bermotosikal Anak Muda PAS Sungai Rapat anjuran Dewan Pemuda PAS Gopeng dengan kerjasama Dewan Pemuda Ipoh Timur dan Batu Gajah.
Program yang bermula di Pejabat PAS Kawasan Gopeng Taman Soon Choon pada 8 pagi telah memulakan konvoi ke Pasar Tani Medan Gopeng untuk edaran risalah penerangan dan agenda santuni rakyat. Kebiasaannya saudara Radzi Zainon akan bersama anggota Pusat Khidmat Masyarakat yang terdiri di kalangan belia  dan golongan veteran, hari ini beliau hadir dengan diiringi oleh 80 anak muda dan remaja yang mula didedahkan dengan aktiviti santuni rakyat.
Edaran risalah diteruskan di Pengkalan Barat dan seterusnya konvoi telah bergerak ke Pasar Batu Gajah pula. Konvoi di Batu Gajah dimeriahkan dengan kehadiran pemuda PAS Batu Gajah yang sedia menanti di situ untuk edaran risalah di Pasar Pagi Batu Gajah. 
Pemuda Batu Gajah telah mengiringi Radzi Zainon untuk bertemu beberapa keluarga di Kampong Pisang yang memerlukan bantuan. Selepas ucapan ringkas daripada saudara Radzi yang juga bakal calon PAS di DUN Sungai Rapat, kumpulan konvoi dihiburkan pula dengan persembahan rakyat daripada kumpula kesenian tempatan. Konvoi yang berpakaian T-Shirt petugas PAS bercorak imej wajah Radzi ini berjaya menampilkan syiar kepada penduduk tempatan dan memberi petanda  bahawa anak muda Sungai Rapat sanggup membantu PAS dan Pakatan Rakyat walaupun tanpa sebarang upah. 
“Walaupun tanpa upah dan tanpa T-shirt percuma, malah semua yang hadir ini membeli sendiri baju yang mereka pakai pagi ini menunjukkan isyarat jelas bahawa anak muda bukan objek atau komiditi yang boleh dibeli dengan upah dan laba duniawi. Inilah sikap anak muda yang sejati serta menjadi tanggungjawab PAS untuk mencungkil jiwa ashabul Kahfi di kalangan remaja Sungai Rapat”, jelas Radzi semasa ditemubual oleh Unit Media Sungai Rapat.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media Sungai Rapat








Anak Pak Bedoi pelawak terbaik tanahair

Friday, May 25, 2012

Ceramah PKR Lembah Pantai kena baling batu, telur, elektrik dipotong

KUALA LUMPUR 24 Mei : Ceramah PKR di perkarangan pangsapuri di Lembah Pantai di sini menjadi kecoh apabila beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin kanan parti itu.

Seorang penonton ceramah yang diadakan di dalam perkarangan flat Pantai Permai, cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui.

Beliau dikejarkan ke hospital oleh petugas PKR. 

Beberapa penonton lain terkena lemparan telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada khemah ceramah itu dipotong dan keadaan menjadi gelap.

Peralatan Krew TVSelangor yang berada dilokasi tersebut untuk tujuan siaran langsung juga terkena serpihan telur yang dilemparkan.

Nurul Izzah, yang juga MP Lembah Pantai, dilihat memujuk beberapa penonton ceramah yang memaki hamun Umno kerana tindakan sabotaj tersebut, supaya bertenang dan bersabar.

Setelah beberapa minit, bekalan elektrik ceramah itu dapat disambung semula.

Nurul Izzah di dalam ucapannya berkata provokasi tersebut diadakan kerana Umno-BN takut akan kehadiran Pakatan.

"Masa saya berkempen dulu, tidak pernah seteruk ini, mereka boleh buat jahat tetapi ingatlah, rakyat akan bangkit lawan kejahatan ini.

"Umno-BN patut malu kerana melakukan provokasi sebegini, kita tidak akan takut tetapi mereka yang takut, " katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Atkin juga menyeru individu-individu yang membaling batu dan telur tersebut agar memberhentikan tindakan mereka.

"Saya mintak Pemuda Umno supaya jangan bertindak sedemikian. Hormati hak kita untuk berucap seperti kita hormati hak kamu untuk berucap.

"Berucaplah sekuat-kuat hati tetapi jangan sampai buat macam ini (bertindak ganas)," Shamsul Iskandar berkata.

Ceramah PKR yang bertemakan "Halatuju Politik dan Ekonomi Negara" turut memuatkan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Menegah Rendah oleh Nurul Izzah.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR Tian Chua turut memberi ucapan pada malam itu. 

Suasana bermula tegang dari pukul 8 malam ekoran sebuah lagi ceramah Umno-BN yang telah diadakan berhampiran tapak ceramah PKR.

Wartawan TVSelangor berkata beberapa kumpulan mat rempit yang berkeliaran di jalan ke flat tersebut bertindak membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan.

Jalan ke flat Pantai Permai juga dikepong oleh pemuda yang dipercayai aktivis Umno-BN berbaju merah yang cuba menakut-nakutkan pengguna kenderaan dengan mengajukan banner perkataan kesat dan mengibar bendera Umno.

Thursday, May 24, 2012

HIJAU KE PUTRAJAYA 1 JUN!!! Semua perlu hadir - TGNA, Video penerangan program

 
KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.

Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khususnya yang inginkan keadilan perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

"Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke  majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,"ujarnya.

Menurutnya, program berkenaan penuh erti kerana ianya akan diisikan dengan majlis munajat, mubahalah dan lain-lain lagi untuk diluahkan hasrat kepada Yang Maha Esa.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian aktiviti memanah sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), ketik diminta mengulas berhubung program itu.

"Kita boleh mengadu pada Allah berhubung kita sering diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak tertentu dengan kezaliman walaupun usaha untuk memperjuangkan Islam,"ujarnya.

Sambungnya lagi, memerangi perbuatan mungkar adalah suatu perkara wajib tidak kira melalui Bersih atau apa cara sekalipun.

Bersih hanya satu daripada cara bahawa rakyat tidak bersetuju dengan pengundi hantu, kekotoran daftar pengundi dan berbagai lagi.

"Nak perjuangkan melalui Bersih itu terpulanglah, tetapi wajib menentang kezaliman, kemungkaran dan berbagai lagi,"ujarnya.

Menurutnya, itu semua bukan kerja parti sahaja, sebaliknya ajaran agama.

DS Nizar ke balai polis

Hari ini Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah bertandang ke IPD Ipoh untuk memberi keterangan mengenai kes yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di dalam ceramahnya sedikit masa lalu.

Turut menemani beliau kesana adalah isteri tersayang, Datin Seri Fatimah Taat serta 3 orang peguam.

Wednesday, May 23, 2012

Debat PTPTN: Fakta Rafizi vs Auta Khairy




BIODATA SDR RAFIZI RAMLI (Pengarah Strategi KEADILAN)

Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan

Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Orkestra Morrison’s Academy

Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia

PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik

PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion

PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.

Mahasiswa/Mahasiswi digalakkan berhutang, kroni yang kenyang


Tuesday, May 22, 2012

Bukti anak Pak Bedoi menipu, fitnah Nizar

Anak Pak Bedoi yang bernama Samhuri, Naib Ketua Pemuda Umno Kampar yang mengamuk kerana pasir dibeli, tanah liat yang diberi, lalu bertindak mengisytiharkan keluar daripada Umno dan ingin menyertai parti DAP. Ingat lagi siapa anak Pak Bedoi ini? Kalau tak ingat, sila klik [DISINI] 


Selepas puas mengamuk, kini anak Pak Bedoi ini kembali kepangkuan Umno (sila rujuk DISINI). Mungkin kerana tidak tahan telornya dipicit ataupun telah mendapat habuan sepertimana dalam video sensasinya yang lalu (makan, karaoke, amoi Siam) yang membuatkan anak Pak Bedoi ini membuat U-Turn ke pangkuan Umno.

Kalau anak Pak Bedoi ini ingin kembali comolot dengan Umno, tiada siapa yang akan menghalang, apalagi marah kerana ulat taik tidak akan bisa melepaskan bau taik itu daripada hidupnya.

Tetapi, janganlah sampai menuduh, memfitnah orang lain untuk cover perangai kamu yang memalukan Umno seMalaysia. Apabila rasa tersepit, dalam kesusahan, minta tolong dengan orang, walaupun daripada pihak lawan. Tetapi apabila dah sedar, dah senang, mula menuduh-nuduh yang bukan-bukan. Apa dan siapa yang dituduhnya? Cuba tengok DISINI.


Krew Perakite Daily ada di tempat kejadian dan merakam semua percakapannya. Samhuri nafi ada berhubung dengan Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan mengatakan dia tidak ada mengajak Mantan Menteri Besar itu ke tempat kejadian.

Beliau juga menuduh Nizar pembohong!

Ini ialah bukti siapa sebenarnya yang berbohong. sebarkan!

Video ucapan Tuan Guru Haji Hadi di Batu Kurau



Monday, May 21, 2012

Video ucapan Datuk Fauzi Shaari







SAH! Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS


BATU KURAU (20.05.12): Segala gembar-gembur yang mengatakan bahawa seorang bekas pegawai tertinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bakal menyertai PAS telah terjawab hari ini.

Datuk Fauzi Shaari, mantan Pengarah Siasatan Jenayah PDRM telah dengan rasminya menyertai PAS apabila menyerahkan borang keahlian beliau kepada Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dihadapan hadirin yang melebihi 5000 orang di Padang Taman Kota Wira, Ulu Sepetang dekat sini.

Turut bersama di dalam majlis itu adalah Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak Ustaz Haji Abu Bakar Hussian, Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nur Manuty serta pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang lain. 



Di dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Datuk Fauzi menyatakan hasratnya menyertai PAS adalah kerana PAS adalah satu-satunya parti yang benar-benar dilihat memperjuangkan Islam di Malaysia ini, apatah lagi di dalam perlembagaannya juga tercatat untuk memperjuangkan Islam.




Gambar-gambar majlis Pengisytiharan Perdana

Ustaz Akmal selaku pengacara majlis memang berjaya menghidupkan suasana ceria dengan lawak jenaka ringan yang mencuit jiwa, walaupun bapa mertuanya ada dibelakang 

Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar sedang menyampaikan ceramah beliau

"Si anu tu ada rekod jenayah dulu..." 

"Si anu tu rupanya ada rekod jenayah dulu..."

Ribuan hadirin tekun mendengar ceramah daripada Ustaz Abu Bakar


Giliran Abg Mat pula berceramah



Pandangan dari kiri pentas ceramah

Pandangan dari depan

...dan kanan pentas

Bang Mat bagi ceramah yang kaw-kaw punya 

Bang Mat Sabu sedang beri sedikit tips dan panduan kepada Datuk Fauzi bagaimana untuk menyampaikan ceramah dengan baik dan berkesan

Penyerahan borang keahlian 

Dengan penerimaan borang kemasukan oleh Tuan Guru Haji Hadi, sahlah sudah Datuk Fauzi sebagai ahli Pas

Ceramah pengenalan daripada Datuk Fauzi. Selepas ini pasti sibuk mengelilingi Malaysia untuk berceramah

Ceramah Tuan Guru dimulai dengan tafsiran ayat-ayat Al-Quran sebagai panduan


Diakhir ceramah, wartawan sempat menemubual Tuan Guru Presiden

Sunday, May 20, 2012

Apabila Imam masjid mula menyanyi dan bermain gitar



Dakwah punya skop dan pengertian yang luas. Pelbagai bidang di dunia ini yang telah disentuh oleh para pendakwah. Cara mungkin berbeza, namun matlamat tetap sama. Mengajak manusia kembali kepada yang Maha Esa.

Apa motif sebenar Umno Gopeng berceramah? Beri penerangan atau penentangan?




UMNO Gopeng kelihatan terdesak untuk meraih sokongan kaum Melayu walaupun terpaksa melanggar polisi kempen 1Malaysia dengan membawa idea-idea perkauman dalam setiap ceramah bersiri mereka hari ini.

Sebagai contoh, dalam siri "Ceramah Nizar Pembohong Bersiri" di kawasan Parlimen Gopeng dan DUN Sg Rapat khususnya, mereka tidak dapat lari daripada memperlekeh kaum Cina semasa mereka mengaitkan Nizar sebagai  boneka DAP. UMNO sedari dulu tidak pernah meletak imej DAP sebagai parti multiracial ,berklai-kali mengingatkan ancaman Cina memperguna Melayu apabila PAS berkawan rapat dengan DAP. UMNO Gopeng terlupa bahawa setiap patah isi ceramah mereka turut sampai ke telinga-telinga kaum Cina di kawasan itu.
Lebih malang lagi, mereka kelihatan seperti kanak-kanak kecil. Mendirikan khemah di mana sahaja adanya ceramah Pakatan Rakyat. Jika khemah diubah mereka juga akan mengerahkan anak muda UMNO mengubah khemah untuk berceramah betul-betul disebelah tapak ceramah Pakatan Rakyat.
Adakah UMNO telah sedar bahawa ceramah merupakan metod paling ampuh memberi penerangan? Adakah mereka mulai curiga dengan keberkesanan propaganda melalui media massa yang mereka kuasai? Jawapannya tidak!
Mereka langsung tidak optimis dan percaya ceramah umum dapat mengubah persepsi rakyat terhadap UMNO. Mereka hanya ingin mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Buktinya?
Pertama, mereka langsung tidak kisah penduduk tempatan yang mungkin tidak hadir (atau peratusan kehadiran yang kecil) ke ceramah mereka. Lantaran itu mereka sanggup berceramah di hadapan pengikut  tegar mereka yang diangkut dengan bas-bas persiaran dan semestinya makcik-makcik berkenaan bukan penduduk tempatan. Ini menunjukkan polisi mereka adalah ‘janji ada orang depan pentas’ tanpa mengira keberkesanan ceramah. Tidak seperti KPI ceramah Pakatan Rakyat yang menitik berat kehadiran penduduk tempatan. Jelas UMNO hanya ingin mengganggu ceramah pihak lain.
Kedua, speaker yang mereka pasang dihalakan kearah tapak ceramah Pakatan Rakyat. Bukankah kelihatan bodoh jika berceramah di hadapan audien tetapi speakernya dihalakan ke satu hala tertentu sahaja?
Ketiga, dalam isi ceramah UMNO, si penceramah akan berucap seolah-olah mencabar dan menyindir penceramah Pakatan Rakyat disebelah. Jika benar berceramah mereka patut bersedia bercakap dengan hadirin di hadapan sahaja bukannya bercakap dengan audien di ceramah sebelah!
Lebih melucukan UMNO adalah parti yang paling penakut untuk berdebat tetapi cukup garang dalam majlis ceramah mereka sahaja.
Pada pandangan kami jentera Pilihanraya PAS Gopeng, Barisan Nasional sudah tidak memberi erti bagi rakyat Gopeng. Buktinya, BN hanya terdiri daripada UNMO sahaja di Gopeng. Tiada aura atau bahang dari MCA dan MIC.
UMNO Gopeng memang gentar hari ini kerana mereka terpaksa berhadapan dengan kombinasi PAS, PKR di Gopeng berbanding mereka yang hanya mampu mengadakan ceramah UMNO sahaja dengan tema perkauman. Lebih memeningkan mereka, sahabat-sahabat DAP daripada Batu Gajah dan Ipoh Timur juga kerap bertandang ke Parlimen Gopeng untuk memberi penerangan kepada rakyat.
Jika benar BN itu hebat, sila adakan ceramah BN yang sejati. Di mana MCA dan MIC anda jika benar anda memerintah negara ini dengan kerjasama 3 kaum utama? Di mana elemen 1 Malaysia yang Presiden anda kumandangkan?
Jelas UMNO Gopeng yang ditunjangi oleh YB Hamidah Osman  tidak akan mampu menjawab persoalan ini kerana UMNO Gopeng kini kian tenat, resah dan nyanyuk untuk menhadapati kemaraan gelombang perubahan fikrah dan tekad pengundi bagi Pilihanraya UMUM- ke13 akan datang.
Radzi Zainon
Timbalan YDP PAS Kawasan Gopeng, merangkap Penyelia Pusat Khidmat DUN Sg Rapat

Followers