Thursday, March 29, 2012

Penjelasan blogger Alhusseyn terhadap fitnah oleh blog YB Hamidah


Baru-baru ini, blog YB Hamidah Osman (Sg Rapat Online) telah melemparkan fitnah kepada blogger Alhusseyn dan Pas kerana berjaya mengadakan ceramah serta menarik ramai orang ke program tersebut di Kg Sg Rokam. Kegagalan program ceramah anjuran Hamidah pada hari yang sama untuk menandingi ceramah Pas tersebut telah membuatkan Hamidah tidak senang duduk. Apatah lagi apabila diumumkan kemasukan bekas Ketua Pemuda Umno Sg Rokam ke dalam Pas pada ceramah malam itu.

Bekas Ketua Pemuda Umno Sg Rokam tersebut juga telah dipaksa oleh orang-orang Hamidah untuk membuat pengakuan yang beliau telah diperdaya untuk memasuki Pas.

Kepada yang pernah singgah di blog Hamidah, Sg Rapat Online, pasti tahu tahap pemikiran penulisnya dan ketepatan berita yang dilaporkan. Bahasa yang digunakan juga bukanlah dari kalangan elit Melayu yang memperjuangkan bangsa tetapi lebih kepada survival pemiliknya sahaja.

Berikut adalah penjelasan daripada blogger Alhusseyn yang dipetik daripada blog beliau mengenai fitnah tersebut:-

Rabu, Mac 28, 2012

Hamidah Laknatullah Sesungguhnya!

Pada 25 Mac 2012 malam Isnin satu ceramah telah diadakan oleh PAS Cawangan Sungai Rokam di Kg Sg Rokam, Ipoh. Yang lucunya, Hamidah pun ikut buat juga. Mana-mana Pakatan Rakyat buat ceramah

Bila Hamidah dapat tahu, dia terhegeh-hegeh membatalkan majlis ceramah 'Yahudi Laknatullah' nya yang pada mulanya dirancang akan diadakan di Arena Square Batu Gajah. Lalu dipindahkan ke Dewan Ahmad Said, Sg Rokam, untuk menyaingi ceramah Pakatan Rakyat yang telah dirancang terlebih awal.

Dalam risalah yang Hamidah edarkan, dia tidak berani menyebut anjuran Umno atau olehnya. Mungkin dia sedar, orang ramai memang menyampah dan tidak akan pergi kalau tahu dia adalah penganjurnya.

Kalau tidak kerana ada makan percuma dan 5 buah bas untuk mengangkut orang luar ke sini, sudah tentu sunyi sepi lah majlis Hamidah.

Atas tujuan untuk menganggu ceramah PR, Hamidah telah memasang dua corong speaker dan satu speaker box di luar kawasan dewan. Dia ikat corong-corong tu pada tiang telepon kat luar pagar dan dihalakan ke arah lokasi ceramah PR.Tiga speaker box lain juga turut di halakan ke arah lokasi ceramah PR.Dahsyat betul perangai Midah ni – mengalahkan Yahudi!

Sewaktu majlis ceramahnya sudah kehabisan modal, dan pihak kami masih garang dengan penampilan DS Nizar, puak Hamidah mengulang-ulang rakaman ceramah Hamidah semata-mata untuk menganggu ceramah Nizar.Mujurlah PA sistem kami pun cukup power!

Ceramah Midah laknatullah itu tidak mencapai sasarannya.Seketika bila DS Nizar menarik nafas dan ‘pause’ sebentar, maka ketika itulah kami sempat mendengar laungan lolongan Midah yang terlalak terlolong. Kami semua sekadar gelak dan terasa lucu dengan sikap Midah tersebut!

Dalam blog bangang ini dia kata Pas/PR telah mempergunakan saudara Jefry Bin Saudi iaitu bekas ketua pemuda Umno Kg Sungai Rokam sebagai penerima penghargaan tetapi diumumkan bahawa saudara Jefry telah menyertai Pas secara rasminya bersama 20 orang rakan-rakannya ….. ha! ha! ha!

Jefry telah dianiayai oleh Cikgu Ali @Alhussein juga kawan rapatnya. Saudara Radhi Zainon pula adalah perancang utama penipuan ini agar penyokong tegar Pas tetap menyokong mereka. Ha! ha! ha!

Sebelah ni gambar Jefri yang datang ke rumah saya sebentar tadi membuat penjelasan kepada saya. Saya dah rakam, tunggu diupload nanti...

Nampak sangat menggelabah puak-puak Hamidah ni – nak membohong pun tak pandai.

Mereka buru Jefri dan membawanya ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Hamidah dan paksa dia buat pengakuan.Mereka paksa Jefri baca skrip yang telah mereka sediakan.

Jefri dan rakan-rakanya sudah lama masuk PAS.Cawangan kami ini pun hampir setahun tidak buat ceramah kerana keuzuran saya.

Pada kesempatan kami mengadakan ceramah pada malam tersebut, maka kami pun umumkan kemasukan Jefri dan rakan-rakanya yang lain.

Itu yang buat Hamidah tersentak dan kelam kabut. Dia rasa macam tidak percaya.Pagi-pagi esoknya dia arahkan orang-orang cari Jefri dan paksa buat pengakuan ’turning over’ Ha! Ha! Ha!

Korang tengoklah sendiri sijil ahli Pas saudara Jefri bawah ini – lihat tarikhnya – 13 MAC 2011. Alhusseyn mana ada tipu punya.

Umno/BN memang dajal yang telah lahir untuk memusnahkan umat Islam dan wajar ditentang sehabis-habisnya. Mereka sanggup buat apa saja walaupun menipu, berbohong dan kelentong demi mengekalkan rampasan kuasa kepimpinan di negeri Perak.

Tunggulah videonya nanti.Seorang sahabat sedang memprosesnya.Bukan baca skripnyalah!

Khamis, Mac 29, 2012

Pengakuan Bekas Ketua Pemuda Umno Yang Masuk PAS

Blog Bangang penjilat bontot Hamidah tu tulis :
Ketika kejadian Jefry berada di Dewan Sungai Rokam dan dalam masa penghujung ceramah Cikgu Ali telah menelefon Jefri katanya diminta datang untuk memberi penghargaan kepadanya. Maka Jefri pun pergi ke khemah ceramah Pas dan diumumkan untuk naik ke pentas. Apabila Jefri berada di atas pentas, pihak Pas mengumumkan bahawa bekas ketua pemuda Umno Kg Sg Rapat telah menyertai Pas.
Korang tengok gambar Jefri yang tercongok depan majlis ceramah kita orang. Siapa yang Munafiq? kah! kah! kah! Sendiri tuduh orang Munafiq , sekarang sendirilah tanggung akibatnya.


Baginda Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya: "Sesiapa yang memanggil orang lain dengan 'Kafir' atau 'musuh Allah' sedangkan orang tersebut tidaklah begitu, maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya (orang yang menuduh)” - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Begitulah juga sesiapa yang menggelar orang lain dengan 'Munafiq' atau 'pembohong' sedangkan orang tersebut tidaklah begitu, maka tuduhan tersebut akan kembali kepada orang tadi yang menuduh.

Jangan mudah percaya berita buruk atau cerita yang mengaibkan seorang Muslim. Allah swt berpesan di dalam Al-Quran :

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang yang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat : 6)

Seterusnya saya sertakan penjelasan saudara Jefri yang datang ke rumah saya petang tadi untuk membuat penjelasan seperti berikut:



Monday, March 26, 2012

Sg Rokam kembali hangat dengan ceramah

Cikgu Ali selaku Ketua Cawangan menyampaikan kata-kata aluan kepada hadirin

IPOH (25.3.12): Sudah lama sungguh tidak diadakan ceramah Pakatan Rakyat di Kg Sg Rokam. Tetiba ahli-ahli Pas cawangan Sg Rokam mengusahakan satu ceramah yang bakal menjadi pencetus untuk kembalinya kegemilangan ceramah di kampung itu. Ada juga yang bertanya, akan ramaikah yang datang nanti jika diadakan ceramah di kampung itu kerana sudah lama 'sejuk' daripada aktiviti ceramah.

Alhamdulillah, pertanyaan tadi terjawab dengan kembali 'panas'nya suasana ceramah sepertimana dahulu. Ramai yang hadir, sehingga melimpah ke segenap ceruk gelap, ceruk pasu bunga dan tebing longkang. Ternyata ramai yang masih merindui 'bau' cuaca ceramah di Kg Sg Rokam.

Faktor itu juga dibantu dengan kuatnya penceramah yang dijemput mereka. DS Nizar Jamaluddin, YB Dr Lee Boon Chye dan Sdr Radzi Zainon punya tarikan dan pengikut mereka yang tersendiri. Tambahan pula bunga-bunga pilihanraya dilihat meranum dan bakal mekar sekitar bulan Jun nanti.

Faktor kedua yang begitu kuat bagaikan magnet yang bisa menarik orang ramai ke ceruk Jalan Melati malam itu adalah adanya ceramah lawan yang tidak jauh dari lokasi. YB Hamidah Osman kini mendapat hobi baru, memacak khemah dimana sahaja Pakatan Rakyat mengadakan program, dan memekik melolong melarikan diri daripada tajuk ceramah yang diwar-warkan pada awalnya. Diajak berdebat, pelbagai helah diberi, melaung-laungkan cabaran dari corong speaker yang jauh, beranilah dia.

Kerana Midah, hadirin malam itu mendapat dua rasa. Rasa seronok mendengar penjelasan demi penjelasan tentang isu-isu terkini politik tanahair daripada penceramah Pakatan dan rasa getik dengan sayup-sayup suara lolongan Midah umpama hantu kopek tersangkut pada pokok kaktus.

Tahniah penulis ucapkan kepada wargakerja Pas cawangan Sg Rokam yang diterajui Ketua Cawangannya Cikgu Ali kerana berjaya menghangatkan malam kampung itu dengan 'kenduri' ceramah mereka. Sepertimana yang ditanyakan DS Nizar kepada Cikgu Ali malam itu sebelum berangkat pulang, "Bila nak buat ceramah lagi?". Semoga pertanyaan tersebut bisa menjadi peniup semangat untuk terus-menerus memacak khemah dan memasang speaker buat halwa telinga penggemar ceramah politik tempatan.

Jom tengok gambar-gambar sewaktu ceramah yang diambil daripada hujung lensa Sdr Zainal (penulis malas nak keluarkan 'senjata' penulis kerana ramai yang membawa 'senjata' dan 'menembak' pada malam itu).

Sdr Radzi Zainon yang menjalankan tugasan sebagai moderator dan sekaligus sebagai penceramah yang pertama

YB Dr Lee Boon Chye penceramah kedua



Ketibaan DS Nizar disambut orang ramai

Pimpinan di pentas utama

Dr Khairuddin, penceramah ketiga yang lebih serius dan padat dengan maklumat

Orang ramai dibahagian depan pentas

Wakil cawangan baru Taman Ampang yang menerima sijil keahlian Pas daripada DS Nizar

DS Nizar menyampaikan sijil keahlian kepada bekas Ketua Pemuda Umno Sg Rokam, Sdr Jefri yang menyertai Pas bersama 20 orang rakan-rakannya

DS Nizar menyampaikan ceramah

Banyak isu negara yang disentuh DS Nizar

Pemandangan dikalangan orang ramai yang mendengar ceramah



Tanpa diupah, mereka datang beramai-ramai untuk mendapatkan maklumat terkini


Atas kereta pun jadi...

Apa cerita ceramah sebelah sana?

Tajuk ceramah, bukan main...

Standard Midah, kalau tak angkut, orang tak mandang...

5 buah bas disewa untuk angkut orang dari luar

Speaker yang sengaja dihalakan ketempat ceramah Pakatan


Sedikit sedutan daripada ceramah lalak Midah yang bertajuk 'Yahudi Laknatullah'...
kalau lebih-lebih nanti, kome terkencing gelak pulak

Sunday, March 25, 2012

Ceramah PR bakal diganggu Hamidah lagi


Kebelakangan ini, setiap kali Pakatan Rakyat membuat aktiviti ataupun ceramah di sekitar Dun Sg Rapat, pasti akan mendapat gangguan daripada YB Hamidah Osman.

Gangguan yang dimaksudkan adalah berupa program yang sama dianjurkan berhampiran dengan tempat program PR.

Program yang terbaru adalah Ceramah Isu Semasa yang dianjurkan oleh Pas Cawangan Sg Rokam bersama penceramah jemputan Dato Seri Nizar Jamaludin, YB Dr Lee Boon Chye dan Sdr Radzi Zainon pada 25 Mac 2012 (Ahad) jam 9.00 malam di Jalan Melati, Kg Sg Rokam, Ipoh.

Hamidah juga tiba-tiba mengadakan ceramah berhampiran iaitu di Dewan Dato Ahmad Said, Kg Sg Rokam pada hari dan masa yang sama. Tajuknya kali ini adalah 'Yahudi Laknatullah'. (Orang kata, Yahudi = Umno). Ustaz-ustaz yang biasa digunakan Hamidah untuk ceramahnya adalah orang-orang sama disetiap ceramahnya termasuklah adik kepada Kazim, Hasbullah Elias.

Sepertimana sebelum ini, ceramah yang dianjurkan Hamidah hanyalah semata-mata untuk mengganggu kehadiran orang ramai ke tempat ceramah PR. Sistem suaranya akan dikuat dan dihalakan ke tempat ceramah PR untuk mengganggu penyampaian penceramah PR.

Dikatakan bahawa memang Hamidah telah mengarahkan agar setiap program PR diganggu sepertimana yang dilakukan di Melaka.

Setiap program Hamidah juga akan diangkut Wanita Umno daripada Gopeng dan Batu Gajah dengan bas-bas yang disewa untuk menunjukkan yang program mereka mendapat sambutan. Selalunya, penduduk tempatan yang hadir boleh dikira dengan jari sahaja.

Malam ini, 5 buah bas telah ditempah untuk mengangkut orang-orang daripada luar bagi memenuhi dewan tersebut.

Setelah 54 tahun negara kita merdeka, amalan kebudak-budakan pra-matang sebegini masih lagi menjadi amalan pimpinan Umno walaupun segala sistem media (tv, radio, surat khabar) utama negara dibawah kawalan mereka menjadi bahan kempen mereka siang dan malam.

Pakatan Rakyat Perak sedikit pun tidak goyah dan bimbang dengan permainan YB Hamidah ini kerana rakyat Perak telah mengenali siapa dia Hamidah dan juga mainan politiknya.

Apabila PR yang tidak mendapat tempat di media-media utama, terpaksa menyampaikan suara melalui program-program ceramah, berasa diangkat 'darjat'nya dimata rakyat apabila pihak berkuasa yang mengawal segala media utama negara mula turun kebawah berceramah seperti mereka.

Teruskan kerja-kerja kamu, wahai Midah. Rakyat bukannya makin suka, malah makin meluat.

Friday, March 23, 2012

Lagi penyelewengan tanah di Perak oleh Umno

KENYATAAN AKHBAR 

'SATU LAGI PENYELEWENGAN TANAH RAKYAT DI NEGERI PERAK

DI GADAI OLEH UMNO' 

          Sekitar awal 80an Teh Lenggong amat terkenal di negeri Perak. Aroma dan citarasa Teh Lenggong ternyata berbeza dengan teh – teh yang lain. Produk ini suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan penduduk Lenggong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 700 ekar dibangunkan melalui PKNK ini telah memberi peluang pekerjaan serta maanfaat yang besar kepada penduduk setempat.

          Lawatan dan tinjauan oleh Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Negeri Perak serta rombongan pada baru-baru ini  mendapati sudah tiada sebarang aktiviti menanam teh di atas bukit tersebut dan hanya dapat dilihat rangka bangunan kilang teh Lenggong yang telah usang.

          Seluruh kawasan ladang teh yang dikatakan berkeluasan sekitar 700 ekar telah digondolkan dan rombongan difahamkan oleh individu yang berada disitu tanah ladang teh itu telah diserahkan kepada satu syarikat perladangan milik persendirian yang sekarang giat menjalankan aktiviti penanaman sejenis pokok untuk industri kertas iaitu pokok 'eucalyptus'. Dari maklumat yang diberikan juga, difahamkan pokok jenis ini telah diharamkan penanamannya di beberapa buah negara seperti Brazil, Australia dan India. Penyelidikan melalui web seperti dibawah menjelaskan kenapa ianya diharamkan.

Sila Rujuk :

http://www.deccanherald.com/content/134708/govt-bans-eucalyptus-cultivation-parts.html

 

http://zeenews.india.com/news/karnataka/k-taka-bans-plantation-of-eucalyptus-and-acacia-on-forest-land_694703.html

 

http://www.climatemediapartnership.org/reporting/stories/maathai-calls-for-eucalyptus-ban/

 

http://www.wrm.org.uy/bulletin/150/Brazil.html

 

http://www.wrm.org.uy/bulletin/52/Brazil.html

          Oleh yang demikian, pihak Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Perak memohon Dato' Dr Zamri Kadir (Menteri Besar Perak) yang juaga merupakan ketua kerajaan pada masa ini supaya membuat penjelasan kepada rakyat negeri Perak keatas perkara berikut :

1.     Apakah sebab ladang teh ini ditutup dan berapakah kerugian wang rakyat yang ditanggung oleh kerajaan Negeri Perak hasil penutupan ladang teh Lenggong ini?

2.     Bagaimana tanah ladang teh Lenggong yang dahulunya dikatakan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilepaskan kepada syarikat persendirian?

3.     Tinjauan rombongan mendapati bukan sahaja tanah ladang teh yang diteroka malah hampir keseluruhan tanah persekitaran angagaran lebigh dari 1000ekar telah teroka. Adakah kerajaan negeri mendapat hasil hutan balak daripada tanah yang diteroka tersebut?

4.     Bagaimana pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan,Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah  membenarkan spesis pokok yang diharamkan di beberapa buah negara ditanam dikawasan ini kerana difahamkan ianya boleh menggangu sistem akeologi seterusnya memberi kesan yang buruk kepada penduduk Lenggong .


Haji Razman Bin Haji Zakaria

Pengerusi

Lajnah Pembangunan

Tanah & Wilayah PAS Perak.

Lima isu perlu selesai punca PRU yang dijangka Jun diperlengahkan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata beliau masih lagi mencari tarikh sesuai untuk pilihan raya dengan menambah ia hanya akan berlaku setelah keyakinan rakyat berpihak kepada pentadbirannya. — Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata beliau masih lagi mencari tarikh sesuai untuk pilihan raya dengan menambah ia hanya akan berlaku setelah keyakinan rakyat berpihak kepada pentadbirannya. — Gambar fail
KUALA LUMPUR,  23 Mac - Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan lima isu yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan sokongan untuk pilihan raya yang mana menurut sumber kerajaan mungkin akan dilaksanakan pada Jun.

The Malaysian Insider difahamkan lima isu tersebut adalah Pusat Fidlot Nasional (NFC), semakan semula pendapatan kakitangan awam, pertukaran saham Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) - Air Asia, kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, dan penyenaraian saham FELDA, FELDA Global Venture Holdings (FGVH).

Turut difahamkan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Jawatankuasa Manifesto BN telah mengadakan perbincangan dengan wakil editor di Kumpulan New Straits Times pada Selasa lalu berhubung isu berkenaan.

"JJ telah memberikan taklimat dan menyenaraikan isu, namun beliau tidak mendedahkan tarikh tersebut," menurut sumber kepada The Malaysian Insider, memanggil nama panggilan bekas menteri dan juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat itu.

Sumber lain turut mengesahkan taklimat tersebut dan berkata Jamaluddin turut menyebut Jun sebagai tarikh terawal untuk mengadakan pilihan raya.

"Wakil BN yang dilantik dan calon sedang bersiap sedia untuk pilihan raya Jun ini tapi kami masih lagi perlu menyelesaikan kesemua isu tersebut," menurut sumber BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata beliau masih lagi mencari tarikh sesuai untuk pilihan raya dengan menambah ia hanya akan berlaku setelah keyakinan rakyat berpihak kepada pentadbirannya.

"Macam-macam boleh berlaku tapi pilihan raya adalah berdasarkan pelbagai faktor tapi kami perlu meyakinkan rakyat.

"Masa yang sesuai adalah bila terdapatnya keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan ... kami masih lagi mengenalpasti sokongan bagaimana yang kami miliki," katanya kepada radio berbahasa Cina 988FM pagi tadi.

Ditanya sama ada pilihan raya akan dilaksanakan pada Jun atau May, Najib berkata perkara itu ditentukan oleh keupayaan pentadbirannya untuk "menyelesaikan isu besar". Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkenaan isu itu.

"Faktor boleh menang itu adalah masa yang sesuai untuk kami gerakkannya," kata PM.

The Malaysian Insider pada 10 Mac lalu telah melaporkan Najib telah mengarahkan kesemua pemimpin BN untuk menyenaraikan calon mereka tapi hanya beliau yang berhak membuat kata putus daripada 13 parti komponen perikatan tersebut bagi mencapai kemenangan.

Setiap parti daripada jumlah itu biasanya akan menyerahkan senarai yang telah dipersetujui oleh pengerusi tapi Najib menegaskan untuk meletakkan "calon boleh menang" atau calon yang mampu untuk mengekalkan atau menguasai 222 kerusi Parlimen dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat - Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor.

Disamping keyakinan beliau itu, kaji selidik yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan 10 peratus rating beliau kepada 69 peratus kerana penambah baikan ekonomi dan juga pemberian wang tunai RM500 kepada rakyat berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Kajian Merdeka Centre menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri daripada golongan isi rumah berpendapatan kurang RM1,500 sebulan adalah sebanya 78 peratus dengan empat perilima India, dan 74 peratus Melayu menyukai Najib.

Namun kurang separuh daripada 1,022 pengundi di Semenanjung Malaysia berkata "mereka berpuas hati dengan kerajaan."

Populariti Presiden Umno itu menurun sejak mencapai tahap tertinggi 72 peratus pada May 2010, menurun kepada 69 peratus pada November tahun yang sama sebelum terus menurun kepada 59 peratus pada Ogos 2011.

Ekonomi Malaysia telah pulih daripada kemelesetan pada 2009 kepada kenaikan 7.2 peratus pada 2010 kembali perlahan pada tahun lepas kepada 5.1 peratus.

Bank Negara menjangkakan kadar kenaikan akan berada pada tahap 4.5 kepada 5 peratus tahun ini.

- The Malaysian Insider

Tuesday, March 20, 2012

Pas Perak ucap tahniah pada seluruh graduan ILHAM



PAS Perak  mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh 146 graduan Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) yang telah berjaya menerima Diploma Tasawur Islam dalam majlis istiadat Konvokesyen Ilham kali ke-11, di Dewan Dato' Haji Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) baru-baru ini.

PAS Perak mengucakan tahniah kepada seluruh graduan ILHAM dari Negeri Perak kerana menjadi negeri yang paling ramai  melahirkan graduan Ilham iaitu seramai 77 orang.

PAS Perak juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad kerana telah  berjaya merangkul Anugerah Presiden di mana kriteria dilihat berdasarkan permarkahan akdemik, komitmen dengan parti, masyarakat dan keluarga beliau. 

PAS Perak, melihat kecemerlangan di dalam pelajaran sebagai satu kemestian bagi mereka yang ingin membawa risalah dakwah Rasulullah SAW ini, selain itu tribulasi di Malaysia yang semakin mencabar memerlukan kepada persediaan yang mapan dan latihan yang mencukupi bagi graduan baik dalam bidang dakwah. 

PAS Perak, berharap agar graduan ILHAM mampu menjadi individu yang kompeten dan mempunyai daya saing yang tinggi sebagai modal insan untuk negara yang kita cintai.

Kepada mereka yang  masih belum mengecapi kejayaan tersebut, PAS Perak mendoakan kejayaan mereka serta mengharapkan mereka dapat melipat-gandakan usaha pada tahun hadapan.

 

Ustaz Abu Bakar Hussian

( Pesuruhjaya PAS Perak )

http://perak.pas.org.my/

http://ustazabubakar.wordpress.com/

Monday, March 19, 2012

PAS optimis Pakatan kembali tadbir Perak

IPOH, 19 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan bahawa kerjasama parti parti komponen Pakatan Rakyat di Perak adalah cukup baik, beliau menyatakan demikian dalam Majlis Sambutan Ulangtahun ke- 4 Pakatan Rakyat Perak yang diadakan di Medan Istana Bandar Ipoh Raya baru-baru ini.

Buktinya beliau menyatakan, Mesyuarat diadakan dua minggu sekali di kalangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Disamping itu, Sekretariat Pakatan Rakyat juga ditubuhkan bagi menyelaraskan dan melaksanakan program bersama, bersepakat dalam menangani apa sahaja isu dan pendirian serta bekerjasama dalam menjayakan program, jelas beliau.

Menurut beliau lagi, sehingga sekarang tidak ada isu yang boleh mengganggu kerjasama Pakatan Rakyat Perak, Prinsip yang kami sepakati ialah bersatu menumbangkan kezaliman, salah guna kuasa, amalan rasuah dan kemungkaran ekonomi Umno-BN. Sekiranya ada sekalipun hanya isu kecil yang boleh diselesaikan di meja perbincangan dengan penuh berhemah.

Memetik ucapan beliau,

"Saya yakin insya-Allah Perak akan kembali ditadbir oleh Pakatan Rakyat setelah dirampas dengan cara yang begitu kotor dan jelek oleh Umno- BN"

"Sebenarnya rakyat Perak masih bersama Pakatan Rakyat, dulu Perak dirampas bukan kerana pilihan rakyat tetapi oleh perancangan zalim Umno- BN"

" Umno tidak mampu mempertahankan kerajaan negeri, hal ini kerana dua kelompok rakyat yang selama ini menjadi talian hayat mereka sudah beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat"

"MCA, MIC dan Gerakan sudah lumpuh dan hilang pengaruh kerana sebahagian besar pengundi Cina dan India sudah hilang kepercayaan kepada Umno-BN. Umno sudah hilang tonggak kekuatan mereka, Umno gunakan sentimen perkauman pula bagi meraih undi simpati orang Melayu menyebabkan pengundi Cina dan India semakin benci kepada Umno-BN"

"Amalan rasuah, salah guna kuasa, salah urus tadbir, perkauman, tidak menepati janji, khianat pada rakyat, pentingkan kroni, pecah amanah dan sebagainya adalah kelemahan kelemahan Umno-BN yang sangat ketara, justeru tidak ada sebab rakyat masih bersama dengan Umno-BN yang semakin menuju zaman pengakhirannya dalam arus politik Negara"

http://perak.pas.org.my/

http://ustazabubakar.wordpress.com/

Dato Tuan Ibrahim Islamkan pemuda Tionghua di Markaz Pas Teluk Intan



TELUK INTAN, 18 Mac:"Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah," demikian maksud kalimah syahadah yang telah dilafazkan oleh Yong Yuk Thien, 26, seorang pemuda Tionghua yang berasal dari Sabah.


Majlis itu dipimpin oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas menyampaikan Kuliah Manghrib sempena Konvoi Penerangan PAS Pusat ke Perak yang diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kampung Padang Tembak dekat sini, semalam.


Selepas selesai mengucap dua kalimah syahadah, Tuan Ibrahim telah memberikan penerangan berkenaan tanggungjawab seorang muslim.


“Seorang saudara baru masih boleh lagi berhubungan dengan ahli keluarga terutamanya kedua-dua ibu bapa, menghadiri perayaan yang bukan bersifat keagamaan seperti Tahun Baru Cina, majlis perkahwinan dan sebagainya,” jelas beliau kepada pemuda tersebut.


Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap, pihak PAS Kawasan Teluk Intan dapat mengambil tanggungjawab memastikan Yong mendalami ilmu agama serta mengambil tahu sebarang perkara berkaitannya.


Yong ketika ditemua berkata, beliau banyak membaca buku tentang agama Islam di samping mendapat pemahaman dan bimbingan daripada kakak dan bapa saudara beliau yang sudah memeluk Islam.

Beliau yang bakal melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej di Kuala Lumpur pada Mei depan berharap akan

menjadi seorang muslim yang baik kelak.


Program Konvoi Penerangan PAS Pusat ke Negeri Perak membariskan pimpinan utama PAS termasuklah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.


- Harakahdaily

Followers