Ehsan Green

Ehsan Green

Mineral Water Al-Ehsan

Mineral Water Al-Ehsan

Tuesday, January 31, 2012

Umno parti rasuah

31 JAN — Kawan kawan saya dalam Umno bercakap mengenai rasa cemas bila kerajaan yang di pimpin oleh Umno menabur wang begitu banyak kepada rakyat. Bayaran RM100, RM200, dan sekarang ini RM500 sedang rancak di jalankan. Tapi apa yang hendak di risaukan? Bukankah ini hasil pejuangan Umno dan bukti Umno dan BN amat perihatin kepada rakyat?

Mereka bertanya kepada saya, bayaran2 ini, adakah ianya meningkatkan peluang Umno dan kerajaan BN menang? Saya cakap sudah tentu ia meningkat peluang- peluang untuk rakyat merasa sakit hati. Bila rakyat sakit hati, bertambah ramailah musuh2 Umno.

Hah? Macam mana itu berlaku? Saya menyatakan bahawa dalam hal beri memberi ini, Umno selalu menghadapi masaalah. Siapa yang menentukan siapa dapat RM100, RM200 dan RM500? Selalunya yang menentukan ialah ketua kampung.

Ketua kampung punya keutamaan ialah menyenaraikan adik beradik, saudara-saudara terdekat, dan geng-geng yang sebulu dengan mereka. Golongan yang terpinggir ramai daripada yang dapat imbuhan. Ini memang resam sesetangah ketua kampong. Semasa saya jadi ADUN dahulu, saya mempunyai masaalah dengan ketua-ketua kampung yang seperti inilah juga — yang jadi pagar yang memakan padi.

Kalau buka kawasan pembesaran kampung, lot-lot tanah di sapu mereka dan keluarga mereka sendiri. Kalau ada rumah rakyat, rumah PPRT, sanak saudara di dahulukan. Bahkan lot-lot tanah di beri kepada suku-sakat mereka yang tidak pun tinggal dalam kawasan pemberian tanah.

Apabila saham Felcra di beri oleh kerajaan, yang sepatutnya di beri kepada kepala keluarga, pemimpin kampung mendesak di beri kepada anggota isi rumah. Kalau keluarganya ada lima orang, mereka mahu saham Felcra di beri kepada ke lima-lima ahli keluarganya. Apa akan jadi bila perkara seperti ini di biarkan? Ianya bermakna lima ketua keluarga yang lain di nafikan peluang untuk dapat saham Felcra.

Nah, sekarang perkara yang serupa berlaku apabila pentadbiran Najib Razak membayar wang kepada rakyat. Ramai orang menerima wang tersebut tapi bilangan yang di nafikan hak untuk menikmati rezeki dari Najib Razak juga kian bertambah.

Jadi saya suka sangat Najib Razak buka lebih banyak fronts kebencian rakyat. Ini melanggar nasihat yang dia selalu beri kepada rakan-rakan dan ahli Umno. Jangan open up fronts terlalu banyak untuk orang membenci kita.

Dan saya harap ada orang membawa perkara ini kepada mahkamah. Adakah pemberian wang ini suatu bentuk sogokan dan rasuah untuk mendapatkan undi rakyat? Kepada saya, ianya satu bentuk rasuah yang di lakukan dengan terang. Duit dan wang ini bukan Umno yang punya. Ianya duit yang datang dari hasil pendapaatn kerajaan. Operasi menyampaikan wang tersebut sepatutnya di lakukan melalui pejabat pejabat daerah. Kenapa wang tersebut di sampaikan oleh ketua bahagian Umno dan bakal-bakal calun dari komponen BN?

Di Sentul Kuala Lumpur, penyampaian wang RM500 ini menonjolkan bakal calun dari parti Gerakan yang akan menentang Tian Chua dalam PRU 13 nanti. Tapi jangan risau, kita sudah tahu outcome PRU tersebut.

Tian Chua yang berani membaringkan diri di hadapan jentera dan kenderaan polis tidak mungkin di kalahkan oleh rasuah Gerakan dan Umno.

Sukalah saya mengingatkan dalam soal beri duit dan wang ini, ianya bukan lah suatu perkara yang luar biasa. Bahkan, inilah bukti yang saya suka sebut sebagai satu-satunya cara dan kaedah yang DS Najib tahu dan gunakan untuk menyelesaikan masaalah. Caranya ialah membayar sana sini. Itu dianya, cara parti Umno dan pemimpin tertingginya menyelesaikan masaalah.

Elok kita biarkan Umno mengamalkan cara merasuah rakyat. Sebab sebuah parti seperti Umno yang sustain sokongan kepada nya melalui merasuah rakyat tidak akan kekal lama. Ini berbanding dengan parti politik yang mencerna dalam diri penyokong nilai nilai, keyakinan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan.

Saya mahu orang Melayu sedar bahawa Umno tidak mempunyai seruan perjuangan. Alif Ba Ta Umno (Agama, Bangsa dan Tanah Air) sudah lama di singkirkan dan di gantikan dengan perjuangan kepentingan peribadi dan kelompok.

Adakah Umno berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu?

Ianya hanya suatu metos yang di bina oleh pemimpin-pemimpin haprak Umno. Apabila keadaan cemas dan sesak, ketika itulah Umno akan menjerit sana sini, bahawa hanya merekalah yang melindungi kepentingan bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air.

Berhentilah dari menipu bangsa Melayu.

Jika Umno berjuang untuk kepentingan Melayu, maka tidaklah mereka menafikan hak bangsa Melayu mendapat royalty minyak di Kelantan dan Terengganu. Penduduk dalam dua negeri ini majoritynya Melayu tapi mengapakah royalty minyak tidak di beri secara lansung kepada rakyat kedua negeri itu secara lansung?

Rakyat Kelantan di nafikan hak mendapat royalty hanya semata mata rakyat negeri itu menyokong parti PAS. Dalam kes negeri Terengganu, orang Umno sendiri tidak percaya kepada pemimpin Umno negeri untuk mengendali pemberian wang royalty minyak. Orang Umno tak percaya kepada orang Umno sendiri kerana mereka tahu, jika royalty minyak Terengganu di kendalikan oleh Mat Said dan geng-geng, wang tersebut akan masuk kedalam poket orang lain.

Makanya, Umno bukanlah memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu secara keseluruhan. Pertama, orang Melayu yang di maksudkan oleh Umno itu tidak termasuk Melayu yang bukan dalam Umno. Melayu yang di maksudkan oleh Umno ialah Melayu dalam Umno itulah jua. Dalam kamus Umno orang Melayu hanya ahli Umno yang tiga juta itu sahajalah yang layak di gelar Melayu. Orang Pahang, bila tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat akan berkata — kepala bapak awaok! Maka bila orang Umno kata mereka berjuang untuk orang Melayu, saya orang Pahang akan berkata, kepala bapak awaok!

Kedua, daripada tiga juta ahli itu, Umno berjuang untuk kumpulan terpilih. Jika cawangan Umno mempunyai 50 orang ahli, ketua cawangan akan berjuang untuk 30 orang sahaja. Itu terdiri dari yang sekabilah dengannya. Amalan ini di lakukan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya pada peringkat induk.

Bayangkan sebuah parti yang membina kekuatan nya diatas perpecahan yang bermula di peringkat cawangan lagi adakah parti seperti ini layak bercakap mengenai perpaduan dan bersatu?

Dasar yang ada dan di amalkan oleh Umno ialah dasar Bumiputera — yang berada di hadapan mengaut dan memonopli segala hasil peuangan ialah putera-putera pemimpin, putera raja, putera ahli politik, putera ketua cawangan, putera ketua bahagian, putera ahli MKT Umno dan putera-putera orang berkuasa dan bernama. Bumi? Anak Bumi ketinggalan di belakang putera tanpa apa-apa selain dari memegang telur sendiri. — sakmongkol.blogspot.com

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).

Belanja Sakan Di Australia, Raja Rezza Dipergunakan Untuk Buat Penafian

Festival Fesyen Islam: Rosmah tak 'belanja sakan'

Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata, Datin Seri Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa.

Menjawab soalan yang dikemukakan oleh Malaysiakini, Datuk Raja Rezza berkata61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London.

Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: "Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia."

Raja Rezza, yang ketika ini berada di luar negara untuk mempromosikan Festival Fesyen Islam berkata bahawa beliau sedih kerana "aktiviti positif seumpama itu telah dimanipulasi secara negatif".

Kapp dalam satu kenyataan medianya, minggu lalu berkata, isteri Perdana Menteri dan rombonganya, termasuk Raja Rezza, telah melawat kedainya dan membuat pelbagai pembelian.

Pereka fesyen kelahiran Afrika Selatan itu mengulas isu berkenaan berikutan laporan akhbar yang mendakwa Rosmah selaku penaung Festival Fesyen Islam telah berbelanja sakan dan menghabiskan sehingga A$100,000 membeli pakaian di kedainya.

Pembelian itu buat kali pertama didedahkan dalam akhbar terkemuka Australia Sydney Morning Herald, oleh wartawan Andrew Hornery (kiri) dalam kolumnya yang melaporkan bahawa Kapp berkata beliau diterbangkan ke Malaysia dengan 'pakaian contoh' untuk Rosmah sebelum menyiapkan 61 pesanan yang lain.

Hornery juga melaporkan bahawa Rosmah dan Najib menginap di penthouse Hotel Darling, yang menelan belanja kira-kira A$20,000 semalam semasa percutian peribadi mereka di negara itu.

Kapp juga dilaporkan mengunjungi penthouse hotel berkenaan pada malam sebelum Tahun Baru untuk menunjukkan contoh kain kepada Rosmah.

Rosmah mendakwa laporan itu "tidak benar" dan seganja "dibesar-besarkan".

Bagaimanapun Hornery dan wartawan fesyen Patty Huntington, yang menulis di blog Frockwriter tetap mempertahankan laporan mereka. -mk


Jika sebelum ini, wartawan Australia diminta untuk membuat penafian tentang laporan di dalam kes perbelanjaan di Sydney, namun kali ini Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) dipergunakan untuk melakukan penafian tersebut.

Katakanlah benar 61 helai pakaian yang dibeli Rosmah adalah untuk stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London, bagaimana pula dengan penginapan di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling? Bagaimana Raja Rezza nak belit tentang hal tersebut?

Mungkin terdesak kerana pilihanraya semakin hampir, penafian tersebut terpaksa dilakukan sekalipun tidak memenuhi permintaan orangramai supaya Rosmah menyaman wartawan Australia yang dituduh memfitnah beliau.

Semua orang tahu tabiat dan gelagat Rosmah. Justeru hukum kebenaran tidak dapat ditolak dengan membodohkan orangramai melalui penafian sedemikian.

Sebelum ini GB sudah mengulas


Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.

Filem pendek terbaru dari Semarak Production, Aduhai 1Malaysia



IPOH, 31 Jan: Selepas mencapai kejayaan dalam filem pendek yang pertama Orang Kuat Umno (OKU), Semarak Production sekali lagi menerbitkan filem pendeknya yang kedua bertajuk 'Aduhai 1Malaysia'.

Filem tersebut telah dimuat naik di dalam youtube semenjak tiga hari yang lepas dan boleh ditonton melalui pautan http://www.youtube.com/watch?v=Pv5srEmNVGk.


Ianya antara lain menyentuh isu politik semasa termasuk skandal NFC yang sedang hangat diperkatakan.


Selain itu, filem ini juga menyentuh kisah 'panglima ludah' yang ada kaitan dengan isu mahasiswa yang menurunkan bendera gambar Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno tempoh hari.


Menurut Pengerusi Semarak, Ustaz Mohd Fakruddin Abd Aziz, filem ini adalah kesinambungan daripada filem "orang kuat umno" yang berjaya menarik seramai 100,000 pengunjung dalam masa 3 hari.


"Hasil daripada sambutan filem tersebut, kali ini kami terbitkan satu lagi filem yang dijangka akan mencapai jumlah pengunjung yang lebih tinggi," ujar beliau.


Sementara itu, pengarah filem pendek tersebut iaitu Ustaz Mohd Akmal Kamarudin pula menyifatkan filem ini adalah hasil kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus untuk menjayakan filem ini terutamanya pihak Sekterariat Pakatan rakyat Perak dan juga pihak Lujnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.


"Tanpa kerjasama dari pihak sekteriat pakatan rakyat perak dan juga lujnah penerangan dakwah ini mungkin filem ini agak sukar dihasilkan," katanya.


Dalam menerbitkan filem ini, pihak Semarak Production telah menjalinkan kerjasama dengan

beberapa selebriti terkenal antaranya bekas penulis lirik dan pelakon terkenal, Bob Lokman dan juga pelakon filem Hantu kak Limah Balik Rumah iaitu Man Kadir atau lebih dikenali sebagai Pak Jabit.


Pas dan PR akan menang besar jika pilihanraya adil dan bersih

Ipoh, 31 Jan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan bahawa, apabila kebebasan demokrasi dibuka dan rakyat boleh memilih mengikut naluri mereka, nescaya Islam akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya, sebagaimana yag berlaku di Negaranegara Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.

Beliau menyatakan,contohnya  apabila pemerintahan 'kuku besi', diktator Hosni Mubarak di jatuhkan oleh rakyat Mesir dan pilihanraya bebas diadakan, Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) yang menjadi sayap politik Ikhwanul Muslimin menang besar disana.

Bila jatuh rejim Hosni Mubarak berlaku pilihanraya adil dan bebas, kita dapat melihat Ikhwanul Muslimin mencapai kejayaan besar, sekarang mereka berada di parlimenMesir, jelas beliau.

Memetik ucapan beliau,

"Maksudnya, parti Islam pasti akan mencapai kemenangan bila ada ruang demokrasi diberikan kepada rakyat di Negara mereka"

 " Sekiranya berlaku pilihanraya yang adil dan bebas di Malaysia, Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga akan mencapai kemenangan sebagaimana Ikhwanul Muslimin di Mesir"

" Sebenarnya rakyat tidak takut dengan demokrasi dan kebebasan, tetapi yang takut dengan adalah Umno dan Barisan Nasional (BN)"

"Umno Mesir tersungkur bila ada kebebasan, Umno Tunisia tersungkur bila ada kebebasan dan demokrasi, Umno Malaysia (juga) akan tersungkur, rebah (dan) ranap) bila ada demokrasi,"jelasnya.

http://perak.pas.org.my/

http://ustazabubakar.wordpress.com/

UJIAN KEPIMPINAN!!! Muhyiddin gagal jadi pemimpin sederhana

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal dalam dua ujian kepimpinan apabila tidak menjadi pemimpin sederhana dan tidak mendokong konsep 1Malaysia ciptaan pemimpinnya Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Muhyiddin telah gagal dalam dua ujian tersebut apabila beliau telah memberi reaksi paling rasis dan ekstremis terhadap kemasukan orang Melayu ke dalam DAP.

Katanya Muhyiddin telah memberi amaran kepada orang Melayu supaya jangan "jatuh ke dalam perangkap DAP" di samping bersikap rasis dan eksteremis apabila mendakwa kononnya "DAP tidak pernah sekali pun berjuang untuk hak orang Melayu."

Menurutnya, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO sudah mula panik dengan penyertaan beberapa personaliti Melayu dalam DAP termasuk bekas wakil rakyat UMNO dari Pahang, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz; veteran UMNO Negeri Sembilan Aspan Alias; bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari dan dua graduan undang-undang muda UiTM Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata bahawa sejak penubuhan DAP, ia berjuang sebagai sebuah gerakan politik yang patriotik dan berbilang bangsa yang berdedikasi ke arah perjuangan untuk semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama, mahu pun daerah.

Tambah beliau, DAP merupakan parti se-Malaysia yang pertama kerana bukan sahaja beroperasi di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sawarak.

Sehingga hari ini UMNO dan MCA tidak beroperasi di Sarawak manakala sejarah DAP dalam Sabah dan Sarawak sudah melangkaui 30 tahun.

"Seperti mana yang saya sudah sebut dalam sidang media untuk menyambut kemasukan dua graduan muda UiTM, Fairuz Azhan dan Dyana Sofya, sudah terdapat lima wakil rakyat dari kaum Melayu dalam sejarah DAP Perak."

"Sejak dari mula penubuhan DAP sejak lebih empat dekad lalu, para pemimpin DAP di dalam dan luar Parlimen telah berjuang untuk orang Melayu yang tertindas dan dizalimi sebagaimana rakyat Malaysia yang lain sama ada berketurunan Cina, India, Orang Asli, Kadazan mahupun Iban," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selepas tsunami politik pilihan raya umum 2008, Kit Siang berkata semakin ramai orang Melayu dapat melihat dan menilai UMNO yang cuba meracuni minda orang-orang Melayu yang menggambarkan DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja.

Menurut beliau, inilah yang menyebabkan panik di kalangan pemimpin UMNO seperti Muhyiddin kerana penipuan mereka terhadap DAP kini menemui satu pasaran yang kian meruncing termasuklah di kalangan orang Melayu.

"Kemasukan orang Melayu ke dalam DAP sepatutnya dilhat sebagai 'kejayaan' dasar 1Malaysia Najib, tetapi sebaliknya ini dikutuk oleh padangan rasis dan ekstremis Muhyiddin.

"Musuh utama 1Malaysia Najib sebenarnya datang daripada pandangan rasis dan ekstremis seperti Muhyiddin," tambah beliau.

BONGKAR!!! Hubungan UMNO-Israel sudah berdekad lamanya

Artikel ini membongkar hubungan Malaysia-Israel sejak zaman Tunku Abdul Rahman, antara Tunku dan Menteri Israel, Moshe Sharett sehinggalah ke komen terbaru Anwar Ibrahim yang segera di tegur oleh kepimpinan PAS. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah diziarahi oleh menteri hal ehwal Israel yang pertama bernama Moshee Sharett di Kuala Lumpur.

Presiden UMNO, Tunku ketika itu mengatakan bahawa 'kami berbangga sekiranya ada hubungan diplomatic dengan Israel. "It will be considered an honor for us to have a diplomatic representative from Israel."

Pada 26 Ogos 1957, Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion menghantar ucapan tahniahnya kepada Tunku di atas kemerdekaan Malaysia dan mengatakan bahawa Israel hendak meletakkan perwakilan Israel di Malaysia. Israel juga mengundi untuk menerima Malaya di dalam PBB. 

Pada 23 Disember, perwakilan Malaysia memberitahu delegasi Israel bahawa Malaysia mengiktiraf Israel tetapi tidak bercadang hendak mengadakan hubungan diplomasi dengan Israel.

Pada tahun 1959, delegasi Israel ke Australia, Moshe Yuval melaporkan bahawa dia telah berjumpa Tunku di Australia di mana Tunku memberitahunya bahawa kepimpinan Malaysia (UMNO) mengenali Israel tetapi tidak dapat membuat hubungan diplomasi dengan Israrel berikutan penentangan kuat rakyat Malaysia.

Pada tahun 1961, Tunku menziarahi London dan berjumpa perwakilan Israel bernama Arthur Lurie. Perwakilan Isreal menzahirkan rasa hampa berikutan ketiadaan hubungan diplomatik Malaysia-Isreal manakala Tunku menjawab bahawa sahabat-sahabat dan kumpulan-kumpulan yang pro-Arab khususnya Mesir menentang keras sebarang hubungan dengan Isreal. 

Meskipun begitu, Tunku mengalukan hubungan komersil Malaysia-Israel dan mencadangkan penubuhan konsulat Isreal di Singapura. Syarikat Isrrael, Astraco kemudiannya menubuhkan cawangan di Singapura dan pada tahun 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Malaya member lessen kepada Astraco untuk menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Israel, Golda Meir menghantar telegram kepada Tunku mengucapkan tahniah kepada Tunku.
Antara tahun 1964 sehinggalah tahun 1966, Moshe Yegar, wakil dari Israel telah berjumpa dengan Tunku, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan ramai lagi dalam usaha mengeratkan hubungan Malaysia-Israel. Meskipun begitu, usaha Israel gagal kerana Malaysia akhirnya mengambil pendekatan pro-Arab. Tambahan lagi, ketika itu Malaysia berdepan dengan ancaman dari Indonesia dan mengharapkan sokongan negara-negara Islam ketika itu.

Pada tahun 1968, anak lelaki Tunku, seorang usahawan datang ke Israel bersama usahawan Israel bernama Shaul Eisenberg. Ketika itu, perwakilan Malaysia meminta Israel menyokong bidaan Malaysia untuk menjadi hos Asia Games 1974. Tunku bersara sebagai PM pada tahun 1971.

Justeru, hubungan mesra Presiden UMNO yang pertama dengan Israel menafikan saranan bahawa kepimpinan UMNO sentiasa anti-Israel.

Seterusnya, perlu diakui bahawa selama zaman kepimpinan Tun Mahathir, Malaysia telah mengambil pendekatan anti-Israel yang kuat. Pada tahun 1969, Malaysian menjadi negara Asian yang pertama yang menerima perwakilan Fatah dan menjemput Fatah membuka pejabat di ibu negara Malaysia. Tetapi, pada tahun 1982 di bawah Mahathir, pengiktirafan diplomatic penuh (full diplomatic recognition) diberikan kepada Palestin. 

Pada tahun 1986, Tun Mahathir sewaktu di Zimbabwe mengatakan bahawa pembunuhan oleh Nazi gagal mengajar orang Yahudi apa-apa.
Sepanjang pemerintahan Tun Mahathir, Tun Mahathir telah menzahirkan sikap anti-Yahudi yang cukup kuat, berikutan penindasan orang Yahudi ke atas orang Palestin.

Tun Mahathir adalah seorang insan berani yang juga bermasalah. Beliau dianggap sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai Bapa Pemodenan Malaysia tetapi beliau juga dianggap sebagai Bapa Fitnah Malaysia di mana budaya memfitnah mula disuburkan di zaman beliau. Pada masa sama, kecaman dan penindasan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan beliau, termasuklah sekatan royalti minyak, sekatan promosi jawatan dan sebagainya cukup subur. Pada masa yang sama, budaya rasuah dan kronisme cukup subur di zaman beliau di mana Malaysia merosot dari ranking rasuah pada No.23 sehinggalah ke No.60 pada masa ini. Sebagai perbandingan, Singapura berada di ranking no.3. Memalukan.

Meskipun begitu, ketegasan Tun Mahathir dalam isu Yahudi dihormati.
Berbeza dengan Tun Mahathir, tokoh seperti Anwar Ibrahim cuba mengambil pendekatan diplomasi win-win situation ala-ala Rais Yatim (dalam isu Batu Putih) dalam isu Israel. Anwar sentiasa cuba manzahirkan dirinya sebagai seorang yang bertimbang rasa dan tidak berat sebelah dalam isu Israrel. 

Ucapan Anwar bahawa Israel berhak mempertahankan dirinya merupakan ucapan yang betul tetapi tidak bijak dan menjengkilkan.

Sepatutnya, Anwar Ibrahim menunjukkan penentangan yang kuat ke atas kezaliman Israel dan bukan cuba menjaga hati semua pihak. 

Penentangan ke atas kezaliman Israel bukanlah kerana kita semua anti-Yahudi atau anti-Sematik, tetapi kerana kita menentang kezaliman.
Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Sulaiman dan Nabi-nabi lain pun berasal dari kaum Yahudi dan kita menghormati mereka semua. Penentangan kita ke atas Israel ialah berikutan kezaliman Israel ke atas umat Islam.

Meskipun begitu, sebelum penyokong UMNO bersorak, ingatlah bahawa Presiden UMNO, Najib sendiri yang begitu ghairah menyokong dan menjemput APCO, sebuah syarikat Yahudi untuk terlibat dalam hal ehwal Malaysia terkini. Kenyataan Anwar sedikit tidak bijak tetapi tindakan UMNO menjemput APCO merupakan tindakan jahat yang menghampakan.
Seterusnya, sejahat-jahat Yahudi, mereka tidak menindas kaum sendiri. 

Ini berbeza dengan UMNO di mana Tok Guru, golongan Melayu PAS dan PKR, malah rakyat Kelantan (yang majoritinya Melayu) menjadi golongan sasaran utama kezaliman UMNO.
Wassalam.

Ps: untuk rujukan lebih lanjut, maklumat boleh diperolehi dari jurnal-jurnal antarabangsa termasuklah Jewish Political Studies Review.

- oleh Dewa

Jasa Umno menghapuskan tulisan Jawi

Prof. Dr. Kang Kyoung Seok

Petaling Jaya, 30 Jan : Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap saranan dan gesaan seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengenai pengamalan tulisan jawi kepada masyarakat.

Semalam, seorang pakar tulisan jawi berketurunan Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof. Dr. Kang Kyoung Seok dari Pusan University of Foreign Studies mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang 'tenat' dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

"Ramai pakar yang saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi?," katanya yang fasih berbahasa Melayu semalam.

Terkesan dengan saranan 

Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil bin Mahhiyuddin yang mewakili suara PMIUM hari ini menyatakan sokongan terhadap kebimbangan yang dicetuskan pensyarah terbabit.

"Ya.. Memang saya secara peribadi mengakui pengamalan menulis dalam bahasa Jawi sudah menjadi asing dengan bangsa Melayu yang dahulunya terkenal dengan tulisan unik ini.

"Secara tidak langsung, mahir dalam tulisan Jawi adalah sangat membantu bagi kita untuk memahami dan mempelajari bahasa Al-Quran seperti yang diamalkan ketika zaman ibu bapa, datuk nenek kita dahulu.
"Saya mewakili PMIUM amat terkesan dengan saranan pensyarah terbabit yang bukannya rakyat Malaysia tetapi sedar akan kehilangan budaya dan kelemahan yang berlaku."

Belia sudah tidak kuasai 

Menurutnya lagi yang juga siswa Tahun Ketiga Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis Universiti Malaya, remaja dan kanak-kanak sekarang sudah tidak tahu sekiranya diminta menulis jawi.

"Dan bagi saya, bukan saja remaja, malah mungkin belia yang berumur 20-40 sudah tidak ada kemahiran dan penguasaan bahasa jawi ini.

"Saya sarankan agar pembudayaan menulis jawi ini dihidup dan ditekan kembali terutama di peringkat sekolah, universiti dan masyarakat amnya.

"Secara tidak langsung ia sedikit sebanyak akan membantu kita semakin cepat mahir dalam menguasai tulisan tersebut yang semakin ditenggelam zaman.

"Mungkin PMIUM boleh adakan kursus atau bengkel tulisan ini.", ujarnya dipetik satu kenyataan.

Monday, January 30, 2012

Guan Eng: Angpau Putih Ibrahim Ali Hina Orang Cina


PULAU PINANG 30 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas tindakan Perkasa yang di ketuai Datuk Ibrahim Ali yang dianggap menghina masyarakat cina di negara ini dengan menggunakan sampul putih di majlis pemberian angpau baru-baru ini.

Kenyataan Lim tersebut ekoran satu majlis Tahun Baru Cina di Kelab Sultan Sulaiman pada 29 Januari lalu Perkasa mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih. 

"Tahun Baru Cina menggunakan angpau warna merah tapi Ibrahim Ali dan Perkasa bagi warna putih.

"Warna putih adalah angpaw untuk orang mati. Ini satu penghinaan pada orang Cina.

Menurut Lim, MCA juga turut bertanggungjawab kerana mengheret Perkasa untuk turut serta dimajlis tersebut.

"Kita tahu MCA terlibat kerana seorang AJK MCA bahagian Seputih, Datuk Tew Choo Meng adala orang yang bertanggungjawab membawa perkasa di majlis tersebut.

"Rasis Cina MCA, rasis melayu adalah Perkasa dan Utusan, mereka dah bersatu jadi abang adik, sokong sama sokong," jelas beliau melalui rakaman Audio sidang medianya kepada TV Selangor.

Menurut Lim, beliau bimbang dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pelampau seperti Perkasa dan MCA.

"Tapi Perkasa hina orang Cina itu perkara biasa tetapi apabila MCA juga terlibat sama bawa Perkasa untuk sama-sama hina orang Cina itu yang saya tak boleh terima," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.

Isu KUIN : Terdapat campur tangan Umno - Presiden PAS

Presiden PAS belum terima memo pelajar KuinPresiden PAS belum terima memo pelajar Kuin
GOMBAK- Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan masih belum menerima sebarang memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan lima pelajar Kolej Islam Insaniah (Kuin) di Kedah sehingga kini.

Walaupun pertubuhan pelajar mengatakan akan menyerahkan memorandum itu kepadanya, tetapi memorandum tersebut masih juga belum diterimanya sehingga hari ini.

"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu.

"Walaupun mereka kata nak hantar memorandum kepada saya, tetapi hingga sekarang mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya," katanya.

Ketika menjawab soalan peserta pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini, beliau berkata, walaupun pertubuhan pelajar mengatakan telah menghantar memorandum ke Pejabat Agung PAS, tetapi memorandum itu masih juga belum diterimanya.

Soal penggantungan lima pelajar terbabit, menurutnya, bagaimanapun perlu difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalahfaham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berkata,kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.

"Namun Ustaz (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.

"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri," tegasnya.

Tambahan pula, katanya, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya sahaja mengenai perkara itu, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.

Situasi di Kuin itu pula, katanya, juga perlu difahami oleh pelbagai pihak kerana walaupun telah berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi masih lagi belum bebas sepenuhnya dari pengaruh Umno BN.

"Jadi di sebalik kejadian itu,terdapat campur tangan Umno untuk mencetuskan perkara itu dan memburukkan keadaan," ujar beliau. -Harakahdaily

Ibrahim Ali makan saham RM25 juta?

Ibrahim Ali, Presiden Perkasa yang dikenali sebagai manusia paling rasis perkauman di Malaysia.

Beliau dilihat begitu bermati-matian mempertahankan kuota bumiputera. Namun disebalik itu, tidak ramai yang tahu mengapa Ibrahim Ali begitu kuat semangat kebangsaannya dan begitu tebal sayangnya kepada parti Melayu yang namanya menggunakan Bahasa Inggeris, Umno.

Menurut twitter Setiauasaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Ibrahim Ali sebenarnya bukan mempertahankan hak Melayu tetapi lebih kepada kepentingan peribadinya.

Ibrahim Ali menurutnya lagi telah memperolehi sebanyak RM25 juta saham daripada Mara Holding Sdn Bhd. Saham inilah yang sebenarnya dipertahankan bermati-matian oleh beliau.

Sudah kenal siapa Ibrahim Ali sekarang?

Ismail Sabri menipu isu kenaikan harga gula, kata DAP

KUALA LUMPUR, 30 Jan - Parti DAP hari ini membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu. 

"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob. 

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (foto) dalam satu kenyataan. 

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30. 

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa"harga gula global terus melambung"

Pua juga berkata apa yang sangat menarik ialahharga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung.

Hassan Ali kutip derma di Bukit Gantang

 
Gambar : "Bersatulah Umatku" telah bertukar tajuk menjadi "Bantulah aku..." 

29 Jan 2012 ~ Ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang yang bertajuk "Bersatulah Umatku" telah bertukar tajuk menjadi "Bantulah aku..."

Dari kehadiran pada sessi ceramah Dr Hasan Ali malam ini memang ramai,sehinggakan 3 biji bas dari luar Bukit Gantang pun disewa. (Salah sebuahnya dari Semanggol). Ada juga ahli PR yang datang,rata-rata yang datang ialah kerana ingin mendengar apa isi kandung ceramah dari mantan Exco Selangor dari PAS ini berceramah..dan mejoritinya ialah ahli UMNO. 
Nampaknya isi kandung ceramahnya berlegar tentang kisah kekecewaan apa yang berlaku pada dirinya dan Dr Hasan Ali buat-buat tak tahu apa salahnya hingga dipecat. 

Selebihnya ialah mencerca dan memfitnah PR dan yang menariknya Dr Hasan Ali juga mengikut rentak pemimpin2 UMNO dalam ceramah iaitu memfitnah Datuk Seri Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) konon-nya DSN mempertikaikan tindakan-tindakan beliau semasa menjadi exco Selangor dahulu dan menganggap DSN adalah perasit. Sedangkan sebelum ini semasa Dr Hasan Ali menjadi ahli PAS beliau tidak pernah menjejaki kaki disini.

* ~ Perkara yang menarik ialah diakhir ceramahnya,beliau meminta diletakan songkok atau kotak atau apa saja dihadapan pentas,aku ingat nak buat apa..??? rupanya untuk derma, aku pun tak faham derma apa....hahaha... agaknya Dr Hasan Ali ingin melatih puak UMNO menderma...nanti kalau dah jadi pembangkang dalam negara kenalah buat macam ni...dana dah tak ada...hahaha....

- Blog Orang Ni

Ibrahim Ali tunjuk bodoh, bagi Angpow putih tanda kematian di Tahun Baru Cina


Inilah yang berlaku apabila seorang yang terkenal dengan sikap racistnya berpura-pura menerima baik golongan yang di bencinya selama ini…


Ibrahim Ali cuba untuk membuktikan kepada Masyarakat Tionghua bahawa beliau dan pertubuhannya iaitu PERKASA bukanlah sebuah pertubuhan yang racist.. oleh itu mereka telah mengadakan satu jamuan sempenan menyambut Gong Xi Fa Cai buat Masyarakat Tionghua.

Malangnya dengan sifat racist yang menebal dalam diri mereka, mereka jelas tidak ambil tahu sama sekali pantang larang Masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan itu..

Jika diperhatikan betul-betul pada gambar di atas, envelope atau sampul 'ang pow' yang dihulurkan oleh Ibrahim Ali kepada masyarakat Tiong Hua yang hadir dalam jamuan sempena sambutan Gong Xi Fa Cai oleh PERKASA ianya adalah berwarna putih.

Samada Ibrahim Ali sedar atau tidak atau mungkin juga sengaja dilakukan Ibrahim Ali ianya adalah satu perbuatan biadap atau kurang ajar bagi masyarakat Tionghua.

Ini kerana angpow putih ditakrifkan sebagai PAK KAM atau funeral payment oleh masyarakat Tionghua dan adalah pantang bagi mereka untuk menerima pemberian sebegitu di hari perayaan mereka..

Tindakan Ibrahim Ali itu bukan saja tidak menghormati budaya Tionghua, malah menghina dan mencacatkan keindahan budaya masyarakat Tionghua.

Lain kali kalau tak tahu tanya!!

Tapi.. kalau kita minta dari Bank atau beli dari pasaraya tak ada rasanya diberikan atau dijual envelope ang pow warna putih..

SENGAJA atau TIDAK DISENGAJAKAN ni??

Pesan seorang sahabat.. "When giving money on festive or auspicious occasions, you should never put money in a white envelope or you would face the resentment of the recipient! Money wrapped in white envelopes is given when the occasion is sad, like funerals, when a gift of money is given to help with the funeral costs. This is called 'Pak Kum' money for the family of the departed. So if you ever come across a Chinese client please think twice about giving his or her fee in a white envelope although in our western countries it would be unlikely to offend."

- Anak Sungai Derhaka

Saturday, January 28, 2012

YB Hamidah sabotaj program besar Najib dengan adakan Konsert Jamal Abdillah?


Dijangkakan kira-kira 50,000 orang terdiri daripada pemimpin negara dan orang awam akan hadir untuk memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 (Peringkat Kebangsaan) di Sitiawan, Perak, pada 28 Januari ini.

Sudah pastinya pihak kerajaan terutamanya kerajaan negeri Perak akan memastikan orang ramai berkunjung kesana untuk bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan juga Zambry Abdul Kadir dalam program tersebut.

Namun begitu, menurut blog yomamaparpu, terdapat sabotaj daripada pihak dalaman Umno negeri Perak sendiri apabila dimasa yang sama menganjurkan Konsert Jamal Abdillah di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Konsert ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada menghadiri program Najib dan Zambry di Sitiawan.

Yang paling menariknya menurut blog itu lagi, sabotaj ini dilakukan oleh YB Hamidah Osman kerana namanya tidak tersenarai sebagai calon di PRU-13 nanti.

Lagu buat Kak Midah....tapi bukan dinyanyikan Najib mahupun Zambry kerana mereka takkan kata "Aku Maafkan Kamu"

Angkara Ketua Kampung, ramai tak dapat RM500 BR1M?


Ramai warga kampung, sama ada yang miskin, tua dan ibu tunggal, menyatakan rungutan mereka kerana tidak mendapat wang bantuan RM500 BR1M, sungguhpun pada dasarnya mereka layak untuk menerima.

Kesemua borang mereka telah disalurkan melalui Ketua Kampung masing-masing, namun ramai yang merungut kerana bantuan mereka tidak kesampaian.

Mereka kesal kerana ada Ketua Kampung yang pandai-pandai menapis permohonan mereka sebelum diserahkan kepada pihak LHDN.

Sepatutnya, Ketua Kampung hanyalah bertindak sebagai orang tengah untuk membantu hasrat kerajaan menyalurkan bantuan kepada orang ramai. Tetapi, ada Ketua Kampung yang menapis permohonan tersebut mengikut sentimen mereka sendiri. Hanya sanak saudara dan orang-orang bawahan mereka sahaja yang di'lulus'kan.

Ada yang terkejut apabila mendapat surat pemberitahuan tidak layak untuk mendapat bantuan RM500 BR1M kerana pendapatan yang tertulis diborang adalah sebanyak RM5000 sedangkan beliau mengisinya dengan angka RM500. Mereka mensyaki terdapat pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap borang-borang mereka sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Berlainan dengan masyarakat Cina yang berbondong-bondong datang mengambil bantuan RM500 tersebut kerana pimpinan masyarakat mereka tidak mengamalkan sikap dengki terhadap bangsa sendiri. Malah mereka bertungkus-lumus memastikan setiap warganegara berbangsa Cina yang berpendapatan kurang daripada RM3000 mendapat bantuan tesebut, tanpa mengira latar belakang pemikiran politik mereka.

Bantuan RM500 ini adalah hak rakyat Malaysia yang layak, apa pula hak ketua-ketua kampung untuk menafikannya.

Skandal dalam Umno Perak buat Najib bertandang lagi


Skandal Bakal ADUN Umno-APCO Perak Makin Terbongkar!

Senario di Negeri Perak semakin PANAS, terutamanya di kawasan Beruas.

Azman Noh (tengah) yang memegang jawatan Naib Ketua Umno-APCO Bahagian Beruas telah melakukan 'onar' dan memalukan orang-orangnya di negeri bijih timah itu.

Apa yang berlaku ini patut digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat sekiranya Azman Noh ini di calonkan untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Sebelum ini, beliau pernah di hadapkan di mahkamah atas dakwaan rasuah.

Baca petikan di mstar pada 2009 seperti di bawah :-

"Tertuduh Azman Noh, 42, yang juga merupakan seorang kontraktor didakwa secara rasuah memberi suapan RM300 kepada Davad @ Daud Parman pada 11 Oktober lepas di sebuah rumah beralamat No.10 A, Kampung Sungai Ramai, Air Tawar dekat sini kira-kira 12 tengah malam.

Azman yang juga bekas seorang pendidik didakwa melakukan perbuatan itu sebagai dorongan supaya Davad @ Daud melakukan satu perkara iaitu memilihnya bagi jawatan Naib Ketua Umno-APCO bahagian itu dan Abdul Manaf Hashim bagi jawatan Ketua Umno pada pemilihan bahagian Beruas pada 12 Okt lepas."

Kali ini, ceritanya lebih menarik kerana ia melibatkan skandal seksyang terhebat di Negeri Perak.

Menurut sumber-sumber yang sangat rapat dengan beliau, Azman dan 'pasangan wanita nya' telah menghabiskan banyak masa yang 'intim' di Singapura dan juga Haadyai, Thailand.

Mereka dikhabarkan tinggal sebilik di tempat-tempat yang dilawati ini dan berkelakuan seperti 'suami isteri'.

Malah yang paling memalukan ialah apabila mereka juga berani tinggal sebilik semasa Perhimpunan Agong Umno-APCO tidak berapa lama dahulu.

Dikhabarkan, 'skandal' hebat mereka ini telah terbongkar seperti meletusnya gunung berapi yang sangat hebat.

Dikhabarkan juga 'pasangan wanita nya' ini sedang berperang besar dengan suaminya akibat terbongkarnya skandal ini.

Mungkin berbagai-bagai penafian boleh di lakukan oleh 'merpati dua sejoli' ini .

Adalah paling baik kalau sekiranya 'merpati dua sejoli' ini melakukansumpah laknat di dalam masjid bagi membuktikan mereka tidak bersalah.

Kalau mereka tidak melakukan sedemikian, bermakna mereka memang bersalah dan suami 'pasangan wanita' ini DAYUS sekiranya membiarkan perkara ini berlaku.

Eloklah apa yang berlaku di Beruas ini kerana Azman Noh berperangai seperti ini, manakala Dato Hamdi juga sama juga dua kali lima.

Salah seorang lagi yang turut merancakkan suasana ialah seorang cikgu sekolah bernama Cikgu Azizi yang kerja sampingannya membuat perniagaan menyewa khemah untuk majlis-majlis keraian.

Beliau yang sangat rapat dengan Ketua Bahagian, telah mendapat peruntukan dari MPP untuk menternak ayam dan kambing.

Setahu saya, mana boleh kakitangan kerajaan berniaga?

Apakah tindakan Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Daerah berkenaan perkara ini?

Baguslah biar mereka semua berebut dan Pakatan Rakyat yang akan menguasai kawasan ini.

Selamat Berjuang!!!!!

Party leader and two others charged with bribery

Three charged: (From left) Beruas Umno division
vice-chief Azman Noh, businessman Johari Ibrahim
and primary school senior assistant Junaidi Abdul Hamid
were taken to Sessions Courts in Ipoh, Malacca and Kuala Lumpur
and charged with offering bribes during the Umno
division elections. All three denied the charges

PETALING JAYA: An Umno division vice-chief and two others have been charged with offering bribes during the party division elections last year.

Beruas Umno vice-chairman Azman Noh was charged at the Ipoh Sessions Court while primary school senior assistant Junaidi Abdul Hamid and businessman Johari Ibrahim were charged at the Kuala Lumpur and Malacca Sessions Courts respectively yesterday.

All three pleaded not guilty.

Azman, 42, a contractor, is accused of giving a RM300 bribe during the Beruas division elections to a Davad @ David Parman.

The payment was to ensure that Azman was voted in as the division's vice-chief. Azman won.

The money was also meant as an inducement for Davad to cast his votes for Abd Manaf Hashim and Azhar Ahmad, who were contesting for the division chief and deputy chief posts respectively.

Azman, who was arrested on Tuesday, is said to have committed the offence at a house in Kampung Sungai Ramai, Manjung, around midnight on Oct 11, 2008.

Judge Azhaniz Teh Azman Teh fixed bail at RM6,000 with one surety. Hearing was fixed for June 1.

In Kuala Lumpur, Junaidi, a senior assistant at a primary school in Raub, pleaded not guilty to giving RM200 each to two Umno members – Noranizah Abd Hamid and Adnan Samad – as an inducement to vote for Datuk Mustafar Kamal Abdul Hamid for the post of Raub Umno division chief and Datuk Abdullah Bakar as the deputy chief.

He is alleged to have committed both offences at the coffeehouse at the Grand Seasons at 8pm on Sept 13.

- Jalan Pulang

Friday, January 27, 2012

Bantuan Rakyat 1Malaysia bukan duit Umno

UMNO jelas menyalahgunakan wang rakyat kerana  memanipulasi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 seolah-olah duit itu datang dari wang  UMNO, tegas Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian.

Beliau menyatakan, buktinya kita dapat lihat di seluruh pelusuk Negeri Perak   kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 ini adalah pemberian UMNO BN.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan lagi, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 adalah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber pendapatan Negara, Semua rakyat yang layak wajib  ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang UMNO.

Memetik ucapan beliau, " Saya percaya kini UMNO semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah Negeri yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat mampu laksanakan, kerana dasar  penjimatan dan memerangi rasuah menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan"

" Kini pemimpin UMNO kecoh menjadikan modal kempen  pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya ini"

" Pemberian yang diberi  setiap 5 tahun sekali, itu pun apabila kuasa Umno BN berada di hujung tanduk"

http://perak.pas.org.my/

http://ustazabubakar.wordpress.com/

Thursday, January 26, 2012

MAKLUMAT RISIKAN!!! BN hanya akan menang 5 negeri, Najib tak jadi bubar parlimen pada bulan Mac


Maklumat terbaru yang dipetik dari unit risikan Majlis Tertinggi Umno-APCO menyatakan bahawa BN hanya akan menang di lima buah negeri sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan sekitar Mac hingga Jun tahun ini.

Justeru itu, bagi meningkatkan kembali sokongan terhadap mereka, sumber itu juga turut menyatakan pilihanraya umum sudah pasti akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.

Lima negeri tersebut adalah Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.

Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.

Adalah dipercayai, maklumat ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.

Antara faktor yang menyebabkan pembubaran parlimen tidak diadakan pada bulan Mac seperti ramalan sesetengah pihak adalah kerana isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno-APCO di PWTC.

Penangguhan rayuan kes fitnah liwat Anwar Ibrahim sehingga tiga bulan juga dikatakan antara faktor utama kerana pembebasan Anwar dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat setelah isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali kini selesai.

Najib selaku perdana menteri rejim telah dimaklumkan perkara ini dan meminta Umno-APCO mengemukakan laporan segera kepada ibu pejabat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sokongan yang terus merosot di sebalik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagihan.

Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.

Menurut laporan itu lagi, jentera pilihanraya sudah diminta supaya bekerjasama dengan SPR bagi menambah senarai daftar pengundi termasuk memasukkan sekali nama isteri anggota penjawat awam seperti polis dan tentera sebagai pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Kelantan dan Pulau Pinang sudah dianggap gagal kerana laporan tersebut juga menyebut aliran sokongan kekal tidak berubah dengan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dijangka memperolehi kerusi hampir sama seperti pilihanraya umum Mac 2008 lalu.

Pulau Pinang pula kekal milik Pakatan Rakyat dengan dijangka penurunan sedikit majoriti undi di beberapa kawasan parlimen "panas" seperti Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dijangka tidak menghadapi masalah mempetahankan kerusi parlimen Bagan selain kekal memegang kerusi DUN Air Putih dengan sedikit penurunan majoriti tetapi masih dalam keadaan selamat.

Perak dijangka kembali kepada Pakatan Rakyat dengan mandat lebih besar berbanding pilihanraya umum Mac 2008, dengan menyaksikan pertambahan kerusi DUN daripada 31 pada empat tahun lalu kepada 37 kerusi, selain berupaya menguasai 13 kerusi parlimen daripada 23 kerusi yang terdapat di negeri tersebut.

JALAN PULANG

Wednesday, January 25, 2012

Mengapa saya pilih DAP - Fairuz Azhan Amiruddin


25 Januari – Baru-baru ini satu sidang media telah diadakan di Ipoh untuk memperkenalkan saya dan saudari Dyana Sofya yang membuat keputusan untuk menyertai DAP.

Berita tentang kami sebagai dua orang graduan undang-undang dari UiTM menyertai DAP bagaikan telah mencetuskan fenomena dan pelbagai reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat am.

Bukan sahaja saya datang daripada sebuah universiti Bumiputera tetapi saya bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh Melayu di Ipoh yang cukup terkenal. Malah alma mater saya, Sekolah Tuanku Abdul Rahman dahulu dikenali sebagai MSS atau pun Malay Secondary School.

Saya bukanlah golongan orang Melayu yang 'tak bersyukur', malah sebaliknya. Segala pendedahan dan ilmu yang saya perolehi saya guna pakai untuk berfikir bagaimana untuk menambah baik keadaan di negara kita.

Salah guna kecerdikan

Secara peribadi, ini saya lihat amat berbeza dengan golongan elitis Melayu UMNO yang menggunakan pendidikan tinggi mereka, dan kecerdikan mereka untuk menindas dan memanipulasi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

Kepentingan mereka adalah untuk mewujudkan 'inferiority complex' di kalangan masyarakat Melayu supaya orang ramai terus bergantung kepada parti politik mereka dan parti itu dengan sendirinya akan terus relevan.

Jika orang Melayu benar-benar diperkasakan, maka seharusnya mereka tidak perlukan UMNO atau pun mana-mana parti politik untuk 'membela' mereka. Orang Melayu yang berdikari dan mandiri tidak memerlukan ehsan politik untuk hidup bebas dan merdeka.

Jika orang Melayu hendak diperkasa, mengapa mereka perlu mendapat surat pengesahan Ketua Bahagian UMNO untuk mendapat projek? Ini hanya mencipta mentaliti pencacai atau pun rent seeker di kalangan orang Melayu, dan bukan memperkasakan mereka.

Lantas, pimpinan UMNO dan konco-konco mereka hanya mencipta politik perkauman dan politik ketakutan di kalangan masyarakat Melayu dan masyarakat majmuk di Malaysia demi kepentingan parti mereka, dan bukan demi kepentingan orang Melayu khususnya atau pun rakyat Malaysia keseluruhannya.

Saya pendirian teguh bahawa rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu khususnya harus dibebaskan daripada pemenjaraan minda yang dicipta propaganda UMNO. Bukakanlah hati dan minda, dan carilah kebenaran. Dan jika kita berani untuk membuka hati dan mata kita, kita akan dapati bahawa DAP merupakan satu parti yang baik untuk rakyat Malaysia termasuklah orang-orang Melayu.

DAP sesuai untuk semua

Walhal dari dulu lagi DAP sering menjadi mangsa fitnah proganda UMNO yang tidak masuk akal seperti ia adalah parti untuk kaum Cina sahaja, ia parti komunis, ia penghancur Melayu dan sebagainya.

Tetapi tahukah kita sebenarnya bahawa tujuan asal penubuhan DAP tidak ada kena-mengena dengan tohmahan itu semua?

Deklarasi Setapak 1967 dengan jelas membuktikan tujuan penubuhan DAP secara rasmi adalah untuk mempertahankan hak-hak semua rakyat termasuk orang Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini temasuklah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, dan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.

Slogan "Malaysian Malaysia" atau "Malaysia untuk rakyat Malaysia" secara jelas memperlihatkan keikhlasan DAP untuk memastikan semua orang berdiri sama tinggi duduk sama rendah, dan bagi yang benar-benar memerlukan, mereka wajib dibantu tanpa mengira kaum dan agama.

Namun, sejak lebih 45 tahun, slogan itu sering diputarbelitkan maksudnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, kononnya ia ingin menghancurkan dan membinasakan orang Melayu. Ini adalah salah sama sekali.

"Malaysia untuk rakyat Malaysia" bermaksud di samping hak Bumiputera dilindungi dan dijamin, pemerintah tidak boleh menindas atau merampas hak-hak orang lain. Kaum-kaum bukan Bumiputera adalah warga negara yang sah dan ada hak di bumi Malaysia milik bersama kita ini.

Baling batu sembunyi tangan

Apabila DAP mempersoalkan penyelewengan, rasuah, kronisme, nepotisma dan salah guna kuasa oleh pimpinan UMNO, maka tukang karang mereka memutarbelitkan isu dengan mengatakan ia adalah serangan terhadap orang Melayu dan Bumiputera. Padahal ia bukanlah serangan perkauman tetapi pendedahan tentang para pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab dan tidak telus mengkhianati amanah rakyat semata-mata mahu mengkayakan diri, keluarga dan kroni mereka.

Sikap baling batu sembunyi tangan ini telah lama membantutkan perpaduan antara rakyat. Walau pun ada kalangan ahli UMNO sendiri yang benci dengan kerakusan dan ketamakan pemimpin mereka, mereka masih takut untuk berubah kerana percaya dengan fitnah kononnya DAP dan Pakatan Rakyat mahu menghancurkan kaum Melayu.

Rakyat khususnya orang Melayu perlu sedar bahawa DAP adalah sebuah parti politik yang sah di sisi undang-undang yang mengajak semua rakyat Malaysia tidak kisah bangsa atau agama apa pun untuk menyertai perjuangan demokrasi sosial – keadilan dan peluang saksama untuk semua.

DAP mahu membantu Pakatan Rakyat mencipta usaha tulen pemerkasaan individu melalui ketelusan dan semangat berdikari jaya diri, dan setiap ahli parti dianggap sama rata dan sama-sama menyumbang ke arah Malaysia yang lebih baik.

Beza buruk dan baik

Jika pimpinan UMNO-BN tidak mahu isytihar harta menteri, timbalan menteri, menteri-menteri besar dan ketua menteri serta para exco negeri, DAP mahu dan telah pun mengisytiharkan harta mereka.

Mengapa isytihar harta penting? Supaya rakyat dapat menjadi hakim dengan mengetahui asset dan pendapatan pemimpin mereka pada waktu mula memerintah dan bagaimana harta tersebut boleh berkurang atau bertambah selepas tempoh-tempoh pemerintahan.

Ini adalah penting kerana kita tahu pernah ada seorang guru yang menjadi pemimpin negeri, kemudian dalam masa beberapa tahun telah menjadi jutawan. Sedangkan semua orang tahu bahawa pemimpin diharamkan membuat kekayaan apabila diberi amanah mentadbir negeri atau negara.

Jika UMNO-BN mengamalkan sistem tender tertutup untuk kepentingan kroni mereka, DAP mengamalkan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT). Ini amat penting kerana sistem tunduk kepada kroni sentiasa menyebabkan rakyat menderita seperti syarikat pengendali tol lebuh raya masih terus mengutip tol walau pun telah mendapat keuntungan besar atau pun penjana tenaga bebas (IPP) masih diberi subsidi besar walau pun susbisidi keperluan harian seperti minyak dan gas untuk rakyat semakin dikurangkan.

Jika UMNO-BN mengikut garis politik perkauman, DAP adalah parti yang terbuka yang memperjuangkan semua rakyat Malaysia. DAP tidak akan menggunakan isu kaum dan agama untuk mempertahankan dasar-dasarnya. Sebaliknya pimpinan UMNO telah banyak kali cuba menutup salah guna kuasa dan penyelewengan atas nama agama dan kaum.

Ini langit dan bumi bezanya di antara DAP dan UMNO-BN.

Idaman saya

Dari dulu saya mengidamkan parti yang memperjuangkan satu impian di mana rakyat Malaysia semua boleh bersatu, hidup aman damai, bebas daripada perkauman atau pun ketakutan. Saya berjumpa perjuangan tersebut dalam DAP.

Memang DAP bukan sesuatu yang sempurna. Namun tidak ada apa yang sempurna dalam dunia ini. Yang mungkin ada adalah yang terbaik di antara yang serba kekurangan. Di situ saya nampak peranan DAP. Dasar demokrasi sosialnya mengutamakan rakyat dan menjaga kebajikan mereka.

Lihatlah di Pulau Pinang sebagai model untuk masa depan Malaysia yang lebih baik. Dengan urus tadbir CAT, ia merupakan negeri yang paling banyak menerima pelaburan atas jaminan dan pujian Transparency International serta laporan Ketua Audit Negara.

Melalui urus tadbir CAT yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng selaku pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang, orang Melayu paling banyak mendapat kontrak kerajaan secara tender terbuka dan telus.

Dengan pentadbiran CAT, hutang negeri sewaktu Pulau Pinang ditadbir oleh BN, iaitu RM630 juta hanya menjadi RM30 juta (berkurangan 95%) dalam tiga tahun sahaja. Dan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri dengan penjimatan sedemikian? Kemakmuran yang datangnya daripada ketelusan ini disalurkan terus kepada rakyat berpendapatan rendah di mana ia telah menjadi negeri pertama di Malaysia yang membasmi kemiskinan tegar secara 100%!

Bukankah ini yang dimahukan masyarakat Malaysia? Mengapa orang Melayu hendak ditakutkan dan dikecilkan sedangkan mereka boleh diperkasa dan diperhebatkan oleh sebuah parti politik yang ikhlas berjuang untuk semua rakyat Malaysia? Dan parti itu ialah DAP yang kini berjuang bersama dengan PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang sama-sama mahu menyelamatkan Malaysia daripada kerakusan pimpinan UMNO-BN.

Malaysia perlu diselamatkan

Apa-apa hal, saya amat yakin bahawa Malaysia perlu di selamatkan. Trend menunjukan negara kita bakal bankrap menjelang 2019 jika isu hutang negara, kos hidup yang semaking meningkat, perkauman semakin menebal, rasuah berleluasa dan masyarakat dipenjara minda tidak diatasi segera.

Saya amat komited sebagai ahli DAP kerana saya yakin dengan perjuangan parti ini. Lihatlah tokoh-tokoh DAP. Lim Kit Siang selama ini tidak mendapat apa-apa, cuma menjadi mangsa fitnah dan tomahan serta mangsa tahanan tanpa bicara. Karpal Singh, yang kini tidak mampu menggerakkan tangan mahu pun kakinya dek kemalangan tetapi terus memperjuangkan nasib masyarakat yang tertindas. Inilah namanya komitmen dan dedikasi, ikhlas berjuang untuk rakyat walau pun ianya mengudang kesusahan kepada hidup mereka.

Saya sampai hari ini masih tidak faham di mana rasisnya DAP. Pengerusinya Karpal Singh, naib-naib Pengerusi terdiri dari pelbagai kaum, termasuk Tunku Abdul Aziz. Keahliannya terbuka kepada semua.

Jadi, mana perkaumannya? Apakah UMNO, MCA dan MIC yang masing-masing hanya membenarkan satu kaum menyertai parti mereka itu bukan rasis? Apakah rasis jika mendedahkan salah guna kuasa dan rasuah yang menyebabkan rakyat menderita?

DAP bukan sahaja pilihan untuk saya tetapi rasanya ia sesuai untuk semua orang termasuk orang Melayu. Ia hanya sebuah wadah politik untuk mencapai cita-cita murni mewujudkan keadilan untuk semua, peluang saksama serta negara berkebajikan tanpa mengira kaum. – Roketkini.com

Followers

Video ajijoi

Loading...